Monday, June 11, 2018

Unfinished Business ~ Teater Bangsawan DAENG


UNFINISHED BUSINESS ~ teater bangsawan DAENG yang sepatutnya dipentaskan pada hujung bulan mac aritu gagal dilaksanakan kerana lokasi pementasan terpaksa dikorban untuk memberi laluan mereka (bakal2 wakil Rakyat) berkempen tempoh hari. Moga2 pementasan ini akan dapat bersambung semula... Aminnn...
Teater ini mengisahkan tentang seorang individu sejarah atau watak bernama daeng kepau yang membuka tanah sungai rambai melaka... mungkin ramai atau x ramai di kalangan orang bugis yang tahu cerita cerita sejarah sebegini...

Wednesday, June 06, 2018

...Selamat Hari Raya EIDUL FITRI 1440...


psst : ni foto lame yer... yg baru sy dah kurus sket & bermisai janggut serta berjambang, rambut pun dah panjang macam pendekar kundur 😆😁😀
Alhamdulillah, selesai sudah kita semua menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan dengan pelbagai halangan atau dugaan yang di tempuhi...
Kesempatan ini saya mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri buat muslimin & muslimat kepada sahabat handai di sini... menjelang syawal ini rapatkanlah kembali hubungan sesama bangsa seagama kita yang kini tampak goyah akibat perselisihan ideologi politik...
Oleh itu, jika terdapat atau terkasar bahasa akibat kata kata atau perbuatan yang tidak saya sedari mungkin dalam menegur atau memberi pandangan yang menyinggung perasaan anda, saya menyusun 10 jari memohon kemaafan... tegur menegur amalan mulia atas dasar kebenaran terutama dalam mempertahankan Islam...
Allah SWT berfirman:
فَذَكِّرْ اِنْ نَّفَعَتِ الذِّكْرٰى
"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);"
(QS. Al-A'la 87: Ayat 9)
MAAF ZAHIR BATIN

Friday, June 01, 2018

Terima Kaseh TOKUSATSU SUPER RIDER & HEROES ART STUDIO


"Terima Kaseh TOKUSATSU SUPER RIDER & HEROES atas sokongan & penghormatan, let's HENSHIN!!! Form Ride ADIJAGAD!"

Thursday, May 24, 2018

First Henshin ADIJAGAD! Menjelma!


Steven Strange + accident = Dr. Strange
Akmal Razak + accident = Adijagad

Apa2pun, saya masih dalam proses 'recovering' dari kemalangan pada 2 minggu lepas...
Alhamdulillah Allah SWT beri lagi saya peluang untuk berjuang & beramal... buat mase ni sebelah tangan iaitu tangan kiri je berfungsi, tangan kanan patah tulang jari & 2 urat putus... hingga arini pun sy lupe, ingat ari rabu... manakala kaki kanan turut cedera x selincah dulu... rindu nak bersilat, tp mungkin x seperti sebelum ini... buat mase ni guna kekuatan kaki kiri untuk berdiri...
InsyaAllah, sedang berusaha... dengan izinNya, moga2 dipulihkanNya seperti sediakala... kita ni kan menumpang, meminjam nikmatNya aje
Salam ramadhan buat semua kawan 2, jangan x pose tau... saya yg sakit ni pun pose yet... ohyaaa... tq atas ucapan birthday, xsempat nk balas...

Sunday, April 22, 2018

Thursday, April 12, 2018

Penggambaran Filem Mat Kilau


"FIGHT SCENE" at jeti a.k.a penambang Pulau Tawar... masih lagi dengan tugasan sebagai koreografer... selepas ini tugasan semakin mencabar kerna terlibat dengan babak lakonan pula... mohon dipermudahkanNya...