Sunday, July 08, 2018

⚽ Cinta Buatan Malaysia ⚽


"Boring world cup 2018 nih, terutama team British tu... baik sokong bolasepak tempatan"

🎶 OH ALE ALE, ALE ALE TOK GAJAH KU...🎶

🎶 KU LIHAT KU SOKONG KU BANGGAKAN🎶
🎶 UNTUK NEGERI PAHANG TERUSKAN BERJUANG🎶


Tahniah Pahang FA, juara lagi Piala FA... Azam (midfielder Pahang) anda terbaeekkk! Sumareh a.k.a KELI (final FA Cup best player), cepat tarik dia jadi pemain Malaysia... kalau dia main senang je kita nak kitai British kikiki...
noted : sebab meluat konspirasi piala dunia aku gi stadium & lagi bermakna sokong team kita sendiri, baru ade maruah!!! 😁😆😜

Monday, July 02, 2018

"Last Time I'm Also a Footballer You Know"


"LAST TIME I'M ALSO A FOOTBALLER YOU KNOW" ~ 24 Blacken FC ~ Saya pun ade team world cup sendiri korang tau tak... yang dahulu nyer kerap jadi champion di area lembah klang & kolej kolej IPT sekitar tahun 1995 - 1997, pastu kegawatan ekonomi ketika madey jadi PM daa, erkk, jangan kecam saya, abih team bungkus kikiki... team ni terdiri daripada wakil pemain dari negeri Pahang, Selangor, Sarawak, Melaka, Kelantan... dulu main posisi keeper, tu yg baju berkaler kaler macam jersi bekas keeper lejen Mexico iaitu Jorge Campos, tapi idola ku dulu ialah Khairul Azman Mohammad... Keeper lejen Pahang & Sabah... mase kat kampung orang panggil Saya 'gulik', sebab main striker, asyik jaringkan gol aje... sempena name penyerang berbisa belanda & AC Milan ketika itu, Ruud Gullit!!!

Monday, June 25, 2018

Last Action Hero B4 Tragic Accident


"...aksi terakhir lakonan dalam telemovie raya pertama 'Selirat' arahan feroz kader sebagai watak 'cameo' & fight choreographer dalam projek itu... nasib baik semua aksi pertarungan dalam cerita ini berjaya disiapkan sebelum tragedi menimpa... kini masih dalam 'recovering' kecederaan lagi... moga2 di permudahkanNya, amin ya rob..."

Monday, June 11, 2018

Unfinished Business ~ Teater Bangsawan DAENG


UNFINISHED BUSINESS ~ teater bangsawan DAENG yang sepatutnya dipentaskan pada hujung bulan mac aritu gagal dilaksanakan kerana lokasi pementasan terpaksa dikorban untuk memberi laluan mereka (bakal2 wakil Rakyat) berkempen tempoh hari. Moga2 pementasan ini akan dapat bersambung semula... Aminnn...
Teater ini mengisahkan tentang seorang individu sejarah atau watak bernama daeng kepau yang membuka tanah sungai rambai melaka... mungkin ramai atau x ramai di kalangan orang bugis yang tahu cerita cerita sejarah sebegini...

Wednesday, June 06, 2018

...Selamat Hari Raya EIDUL FITRI 1440...


psst : ni foto lame yer... yg baru sy dah kurus sket & bermisai janggut serta berjambang, rambut pun dah panjang macam pendekar kundur 😆😁😀
Alhamdulillah, selesai sudah kita semua menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan dengan pelbagai halangan atau dugaan yang di tempuhi...
Kesempatan ini saya mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri buat muslimin & muslimat kepada sahabat handai di sini... menjelang syawal ini rapatkanlah kembali hubungan sesama bangsa seagama kita yang kini tampak goyah akibat perselisihan ideologi politik...
Oleh itu, jika terdapat atau terkasar bahasa akibat kata kata atau perbuatan yang tidak saya sedari mungkin dalam menegur atau memberi pandangan yang menyinggung perasaan anda, saya menyusun 10 jari memohon kemaafan... tegur menegur amalan mulia atas dasar kebenaran terutama dalam mempertahankan Islam...
Allah SWT berfirman:
فَذَكِّرْ اِنْ نَّفَعَتِ الذِّكْرٰى
"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);"
(QS. Al-A'la 87: Ayat 9)
MAAF ZAHIR BATIN

Friday, June 01, 2018

Terima Kaseh TOKUSATSU SUPER RIDER & HEROES ART STUDIO


"Terima Kaseh TOKUSATSU SUPER RIDER & HEROES atas sokongan & penghormatan, let's HENSHIN!!! Form Ride ADIJAGAD!"