Tuesday, January 19, 2021

Adiwira Muslim Marvel (Bahagian 2) Sooraya Kader a.k.a The Dust

BERTEMU kembali… yeahhh Abang J.A.M bersemangat nak kongsikan sambungan kisah Adiwira Muslim Marvel yang seterusnya. Baiklah, bahagian kedua ini satu lagi watak adiwira muslim yang dicipta oleh Marvel iaitu SOORAYA KADER a.k.a THE DUST. Nama persis orang arab-melayu. Ya, watak ini dicipta oleh Grant Morisson, kelibatnya muncul dalam komik New X-Men siri 133 pada tahun 2002. Soraya Kader, penampilan sama seperti seorang muslimah iaitu lengkap berpurdah hitam. Watak ini sering keluar dalam komik Marvel. Sooraya Kader ini dikenali dengan gelaran ‘The Dust’ atau Debu. Ini kerana Sooraya Kader adalah seorang ‘mutant’ mempunyai kuasa yang mampu mengeluarkan kepulan debu seolah-olah seperti Storm.

Sebenarnya Sooraya Kader tidak menyedari bahawa dirinya ‘mutant’ ataupun memiliki kuasa yag boleh memanipulasikan debu. Satu peristiwa yang menyebabkan kuasanya terzahir apabila ada seorang lelaki yang membuatkan dia marah dan secara tidak sengaja Sooraya memanipulasi debu dengan menyerang lelaki yang membuat dia marah. Keajaiban Sooraya Kader pantas tersebar dan kumpulan X-Men medapat tahu kisah Sooraya Kader lalu pergi mendapatkannya. Lalu Sooraya Kader telah direkrut menjadi ahli X-Men yang seterusnya dan diberi perlindungan di X-Men.

Asal usul Sooraya Kader berasal dari Afghanistan dan beragama Islam. Setelah sekian lama mendapat penjagaan X-Men, Sooraya Kader telah menyertai kumpulan adiwira lain iaitu Champions sama seperti Miss Marvel. Itulah secara ringkasnya ulasan berkenaan adiwira muslim marvel Sooraya Kader a.k.a Dust. Bahagian ke-3 nanti Abang J.A.M akan kongsikan seorang lagi watak adiwira muslim marvel yang mungkin anda belum pernah dengar.

Monday, January 18, 2021

Adiwira Muslim Marvel (Bahagian 1) Kamala Khan a.k.a Miss Marvel

SEPERTI yang Abang J.A.M janjikan, bila berjanji mesti ditunaikan. Untuk pembuka tirai 2021 ni Abang J.A.M nak kongsi cerita tentang adiwira dari keluaran Marvel. Seperti yang kita sedia maklum, adiwira ciptaan atau keluaran Marvel sangat terkenal kini, seperti Captain America, Iron Man, Thor, Hulk, Black Widow, Hawkeye, Dr. Strange, Black Panther, Spiderman, Ant Man, Death Pool dan lain-lain. Tetapi pernahkah sebelum ini anda tahu, Marvel ada menerbitkan watak-watak adiwira berlatarbelakang wirawan atau wirawati berdasarkan seorang muslim?

Bahagian pertama ini Abang J.A.M nak perkenalkan watak superhero (adiwira) muslim, namanya KAMALA KHAN a.k.a MISS MARVEL. Ehhh, bukankah kita dah tahu Captain Marvel? Ya, yang ini lain, bukan dari watak yang sama, cuma gelarannya sahaja yang hampir sama. Kekuatan, asal-usul berbeza atau karakter amat berlainan. Kamala Khan Miss Marvel dicipta oleh editor Marvel sendiri iaitu Sana Amanat dan Stephen Wacker, penulisnya G. Willow Wilson serta seniman watak ini Andrian Alphona dan Jamie McKelvin.

Pertama kali diterbitkan dalam komik Captain Marvel siri 14 bulan ogos 2013. Kamala Khan adalah watak superhero muslim yang paling terkenal dari kalangan adiwira muslim dalam Marvel. Kenapa? Ini kerana sebelum ini watak Kamala Khan hanya memegang watak sampingan sahaja dalam marvel universe, tetapi kini watak Kamala Khan diberi peranan yang lebih besar termasuk penampilan dalam siri buku komiknya sambil penerbitan siri animasi sendiri yang diterbitkan oleh Disney Plus. Kamala Khan mendapat gelaran Miss Marvel kerana Kamala Khan adalah satu-satunya superhero (adiwira) muslim Marvel yang memiliki buku komik dan animasi solonya sendiri.

Mungkin ada yang menyangka Miss Marvel adalah persis Captain Marvel sekiranya anda hanya mendengar sahaja tanpa membaca komik atau menonton animasinya. Wataknya agak berbeza dengan Captain Marvel. Melalui wataknya, asal Kamala Khan dari Jersey City, New Jersey, Amerika, dia berbangsa Desi dan beragama Islam. Kuasanya berbeza dari Captain Marvel, Kamala Khan a.ka. Miss Marvel boleh mengubah bentuk badan atau ‘shapeshifting’ seperti tangannya boleh memanjang, buku limanya boleh membesar dan juga mempunyai kuasa ‘healing’ atau penyembuhan pada kadar yang cepat dan pantas.

Seperti saya kata tadi, perwatakkannya berbeza dengan Captain Marvel, Kamala Khan seorang yang comel dan lucu, Miss Marvel ini sesuai sekiranya dia digandingkan dengan Spiderman pasti anda akan terhibur nanti. Untuk makluman anda, watak Miss Marvel ini sebenarnya pernah berjuang bersama-sama Avengers dan kini Kamala Khan adalah salah seorang daripada ahli kumpulan ‘Champions’. Seterusnya Adiwira muslim Marvel ialah SORAYA KADER a.k.a The Dust. Nantikan ulasan tentang the Dust pada keluaran bahagian 2 Adiwira Muslim Marvel!

Sunday, January 17, 2021

Abang J.A.M Kembali!!!

ARGHHH!!!, lama juga tidak ke udara di laman blog ini... tahun baru semangat baru ni Abang J.A.M bersedia berkongsi sesuatu yang baru buat sahabat sahabat semua. Dari segi isi kandungan tidak seperti terdahulu, terlalu fokus pada aktiviti peribadi, tetapi kali ini saya akan berkongsi dengan anda cerita cerita pelabagai, senang cakap apa-apa ajalah! Seperti awal awal dulu saya buat... 

Nah! Salam Sejahtera buat anda semua yang mengikuti blog ini. Pelbagai peristiwa yang saya alami, baik suka duka mengharungi cabaran hidup yang sering menguji kesabaran dan keimanan. Alhamdulillah segalanya ketentuanNya. Tanpa ujian itu kita tidak akan sedar akan hikmahNya. Terima Kaseh Allah!

Friday, October 12, 2018

Bila Susah Jangan Sedih, Bila Senang Jangan Lupa Diri...


BE HAPPY, DO NOT LET SADNESS DESTROY YOU, SAY ALHAMDULILLAH ON EVERYTHING THAT HAPPENS TO YOU
"...rezeki adalah ujian, dimewahkan bukan bererti dimuliakan, disempitkan bukan bererti dihinakan.. pemilik, penjaga & pemberi segala nya dari Allah SWT"

Allah SWT berfirman:
وَمَا مِنْ دَاۤ بَّةٍ فِى الْاَرْضِ اِلَّا عَلَى اللّٰهِ رِزْقُهَا وَ يَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۗ كُلٌّ فِيْ كِتٰبٍ مُّبِيْنٍ
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)." ~ (Hud 11: Ayat 6)
sedikit pesanan bersama ;
"jangan rezeki je kita ikut Allah, segala-galanya kene ikut, jangan ikut atau bersama puak2 spt sekular liberal, orientalis, freemason, illuminati dll yang memusuhi agama mu" ~ maaf kan saya sekadar berkongsi untuk amal yang bermanfaat di hari jumaat yang mulia ini"

Allah SWT berfirman:
فَذَكِّرْ اِنْ نَّفَعَتِ الذِّكْرٰى
"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);" ~ (Al-A'la 87: Ayat 9)

Sunday, October 07, 2018

Khabib Nurmagomedov Beat Conor Mc Gregor

AMBIK UBAT... NI BARU BETUL FIGHT TILL END... THE MORAL IS, DON'T TALK & TRY TO MESS UP MY RELIGION 👊💪👊
"...Khabib Nurmagomedov a.k.a Habib Nur Muhammad berjaya kalahkan Conor McGregor dengan submission... angkuh sangat McGregor, kan dah kene TAP OUT!..."

Professional Fight Records (after UFC 229) :
Khabib 27-0-0 / McGregor 21-4-0

Statistik Pertarungan :
Knockdown : (khabib) 0-0 (McGregor)
Total Strike : 66% 75%
Significant Strike : 59% 63%
Takedown : 43% 0%
Submission : 1-0 (round 4 mins 3.03)

Thursday, October 04, 2018

Welcome, Muhammad Yusuf Iskandar


"Alhamdulillah, pada tarikh 2 oktober 2018 jam 11.09 pagi hari selasa, saya telah menyambut kelahiran anak ketiga dan anak lelaki yang pertama dalam keluarga saya, oleh itu, secara rasmi & perkenalkan, ladies & gentlemen, please meet MUHAMMAD YUSUF ISKANDAR pada anda semua, terima kaseh Allah s.w.t atas rezeki dan amanah ini, segala puji bagi mu... Aminnn..."

Wednesday, October 03, 2018

Goodbye Long Hair, Suci Tak Muka Saya?


GOODBYE LONG HAIR, SUCI TAK MUKA I 😅?
"...lama jugak berambut panjang, sempena Hijrah aritu, saya potong jugak rambut, sayang gak potong janggut tu tapi apakan daya keadaan memaksa, hahaha, faham ker?, kalau tak i boleh jadi cam tok janggut dah weh..."