Tuesday, January 26, 2021

Adiwira Muslim Marvel (Bahagian 9) Doktor Faiza Hussain a.k.a Excalibur

SEORANG lagi watak adiwira muslim marvel dicipta oleh Marvel. Kali ini pencipta watak tersebut dicipta oleh Paul Cornell, nama watak tersebut ialah Dr. Faiza Hussain, asal dari Pakistan. Merupakan seorang keturunan British Muslim, kelibatnya diterbitkan dalam komik Captain Britain dan M13 siri 1 bulan mei 2008. Dr. Faiza Hussain juga diberi gelaran Excalibur iaitu nama bagi pedang yang digunakan Raja Arthur dalam sejarah England.

Bagaimana dia memiliki kuasa sehingga diangkat sebagai adiwira? Dia mendapat kuasa apabila England diserang oleh sekumpulan penjahat dikenali dengan nama Skrull. Ketika itu Dr. Faiza Hussain sedang bertugas menyelamatkan mangsa serangan yang cedera. Tiba tiba ahli Skrull menyerang Dr. Faiza Hussain tetapi serangan tersebut tidak memudaratkannya sebaliknya memberinya secara tidak sengaja kuasa mengawal partikel tahap subatomic. Dengan itu Doktor Faiza mempunyai kuasa yang boleh meleraikan tubuh badan mereka tanpa membunuhnya.

Setelah memiliki kuasa tersebut Doktor Faiza Hussain turut membantu Captain Britain menumpaskan musuhnya Skrull seperti yang diceritakan dalam komik Captain Britain. Hebat juga adiwira muslim yang marvel ciptakan. Episod seterus selepas ini adalah perkongsian kisah superhero muslim marvel yang terakhir bakal Abang J.A.M kongsikan. Chow!!!

Monday, January 25, 2021

Adiwira Muslim Marvel (Bahagian 8) Kamran Khan

HOLAAA… alhamdullillah, bersambung lagi kita membahaskan secara ringkas adiwira muslim marvel dalam bahagian 8. Kamran Khan! Perghhh, bersemangat betul Abang J.A.M, mana tidaknya sedar tak sedar tinggal 2 lagi superhero muslim marvel yang bakal Abang J.A.M kongsi, selepas itu in shaAllah Abang J.A.M kongsi cerita yang lain pula yeahhh. Berbalik pada watak Kamran Khan, pada asalnya diterbitkan dalam komik Marvel isu ke-13. Kamran dilahirkan di Jersey City, New Jersey, Amerika Syarikat. Tidak lama kemudian dia berpindah ke Houston, Texas.

Kamran ini seorang yang bijak. Boleh kata geniusnya seperti Tony Stark mungkin kerana diterima masuk M.I.T pada usia yang sangat muda. M.I.T adalah tempat terpelajar seperti disebut Tony Stark dalam filem Avengers End Game. Kamran Khan memiliki kuasa sinaran biru yang keluar dari badannya. Dia juga mampu mengeluarkan renjatan elektrik yang boleh meletupkan sesuatu dari dalam apabila tersentuh dengannya. Kamran juga merupakan kawan baik kepada Miss Marvel iaitu Kamala Khan dan dia telah sertai kumpulan superhero yang dikenali sebagai ‘Lineage’.

Sunday, January 24, 2021

Adiwira Muslim Marvel (Bahagian 7) Monica Croix a.k.a M (Monet)

OBRIGADO… ya, terima kaseh kerana masih bersama Abang J.A.M dalam perkongsian isu adiwira muslim marvel. Superhero muslim seterusnya adalah Monica Croix atau dikenali dengan gelaran M. beliau merupakan salah seorang ahlu kumpulan X-Men. Dilahirkan di Sarajevo, Bosnia, dibesarkan sebagai seorang muslim dari kalangan keluarga yang kaya. Namun imej wataknya tidak sesuai sebagai watak seorang muslim kerana imej yang dipaparkan ianya seorang yang fahaman liberal. Sememangnya ramai dikalangan orang islam tidak memggemari wataknya walaupun dia seorang muslim.

Apa tidaknya, wataknya dicipta oleh seorang berbangsa Amerika yang kurang memahami tentang Islam. Monica Croix mempunyai kuasa mutan dan adik beradiknya turut memiliki kuasa mutan. Apakah kuasa mereka? Kuasa mereka adalah kuasa vampire (Pontianak) iaitu mereka boleh berubah menjadi mahkluk dikenali sebagai ‘Penace’, iaitu kulit mereka berubah menjadi warna merah, jari menjadi tajam dan berkebolehan bergerak pantas.

Oleh kerana kuasa-kuasa tersebut mereka sekeluarga sering berselisihan dan bergaduh sesame sendiri. Abang Monica mengajaknya menguasai ilmu dimensi lain tetapi Monica menolak, itu yang membuatkan mereka sering bergaduh. Bagi mengelak dari berlaku sesuatu yang lebih teruk berlaku Monica mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarganya. Setelah keluar dari keluarganya, Monica Croix pernah sertai beberapa kumpulan superhero seperti Generation X, X-Corporation dan X-Men. Walaupun Liberal dia menentang ancaman kuasa jahat yang anti muslim!

Saturday, January 23, 2021

Adiwira Muslim Marvel (Bahagian 6) Kareem a.k.a Red Dagger

MAKIN lama makin banyak info yang anda dapat berkenaan Adiwira Muslim Marvel. Bagus, teruskan bersama Abang J.A.M untuk perkongsian seterusnya. Baik! Adiwira muslim seterusnya dikenali dengan gelaran ‘The Red Dagger’, atau nama wataknya Kareem. Pendek sahaja namanya, bukan Kareem Abdul Jabar ya, iaitu bekas pemain legenda NBA dan juga salah seorang anak murid mendiang Bruce Lee. Sebelum memeluk Islam dikhabarkan bahawa Kareem Abdul Jabar merujuk kepada Bruce Lee tentang pandangan pemilihan agama yang patut dianuti, atas pandangan Bruce Lee Kareem Abdul Jabar memilih Islam. Allahuakbar!

Berbalik pada watak Kareem iaitu adiwira muslim dalam marvel, pada asalnya diterbitkan dalam keluaran komik Miss Marvel (kamala khan) volume 4 siri 12. Kareem berasal dari Karachi, Pakistan dan diberikan gelaran The Red Dagger kerana sering memakai topeng merah dan mahir menggunakan pisau sebagai senjata, seolah-olah persis Gambit menggunakan kad. Kareem adalah pemuda atau pelajar di Amerika dan pernah tinggal menumpang bersama Miss Marvel iaitu Kamala Khan.

Di Pakistan, Kareem diangkat sebagai hero kerana suka menolong orang dalam kesusahan dan di Amerika dia menyertai kumpulan penentang jenayah bernama Champions yang turut disertai Kamala Khan a.k.a Miss Marvel. Nampaknya watak watak adiwira muslim marvel saling berkait antara satu sama lain. Siapakah watak adiwira muslim marvel yang seterusnya, sila ikuti sambungan seterusnya yeah!

Friday, January 22, 2021

Adiwira Muslim Marvel (Bahagian 5) Abdul Al Rahman a.k.a Colonel

Baiklah!!! Bersambung lagi perkongsian kita. Abang J.A.M mendedahkan satu lagi watak adiwira muslim marvel yang dicipta oleh Marvel. Beliau dikenali dengan nama Abdul Al Rahman, tetapi watak dicipta sebenarnya bukanlah sebagai ‘superhero’ sebaliknya Abdul Al Rahman merupakan ‘super villains’ yang sangat kuat. Kisahnya, Abdul Al Rahman berasal dari Iraq. Pada usia remajanya dia sangat kecewa kerana serangan Amerika ke atas negaranya. Penaklukan itu membuatkan dia tekad dan terdesak untuk memiliki kuasa bagi melindungi negaranya.

Saat yang dinanti, akhirnya Abdul Al Rahman dipilih untuk menjalani satu eksperimen yang boleh mengubah dirinya menjadi ‘super soldier’ seperti Captain America. Setelah melalui eksperimen tersebut usaha tersebut berhasil dan Abdul Al Rahman memiliki kuasa setanding dengan Captain America dan terus dilantik sebagai Kolonel bagi mengetuai kumpulan penentang dikenali sebagai ‘Liberatos’. Bagi Amerika Abdul Al Rahman adalah penjahat tetapi sebenarnya Abdul Al Rahman membela hak mereka yang dicabuli Amerika.

Menyedari kekuatannya setanding dengan Captain Amerika, Abdul Al Rahman mahu bertindak balas terhadap Amerika. Dia bersama pasukan Liberatos menyerang Amerika tetapi serangannya berjaya dipatahkan oleh Captain America dan Liberatos tewas. Kemudian, Abdul Al Rahman dan Liberatos diusir keluar dari Amerika. Itulah kisah watak Abdul Al Rahman yang memiliki kuasa superhero tetapi dilabel sebagai antagonis atau ‘supervillains’. Apa-apapun wataknya adalah adiwira muslim dalam marvel. Temui sambungan bahagian seterusnya adiwira muslim marvel! 

Thursday, January 21, 2021

Adiwira Muslim Marvel (Bahagian 4) Abu Musa Jabir Ibnu Hayyan Al Azdi a.k.a The Second Man

Assalamualaikum dan selamat sejahtera… kita bersambung lagi bagi topik perkongsian Adiwira Muslim Marvel yang belum anda kenali. Itulah janji Abang J.A.M pada anda semua sebelum ini. Terdapat 10 orang adiwira yang bakal Abang J.A.M kongsikan, 4 sudah dibongkar tinggal 6 bahagian yang menanti anda. Baiklah, adiwira muslim kali ini tak perlu kita berteka teki sangat kerana namanya pun sudah kita tahu yang dia itu muslim. Ya, namanya Abu Musa Jabir Ibnu Hayyan Hadzi. Dia adalah superhero muslim yang kedua terbijak dikalangan superhero Marvel. Sebab itu dia diberi gelaran ‘The Second Man’.

Watak The Second Man ini berasal dari Baghdad, Iraq, latarbelakangnya adalah sekitar empayar Parsi iaitu 250 masihi. Sudah tentu watak superhero adalah muslim dari asal usul adalah Iraq. Abu Musa Jabir pernah menjadi ketua organisasi ‘brotherhood of shield’, sebuah organisasi untuk menghalang kehancuran dunia dari ancaman organisasi jahat ‘mutant’ yang lain. Bila disebut mutan, sudah fikir kita teringat filem X-Men : Apocalypse yang latarbelakang arab purba, mungkinkah Abu Musa Jabir berseteru dengan Apocalypse?

Kehebatan Abu Musa ini adalah kepandaiannya mencipta satu mesin yang dapat menghimpun semua impian, harapan, inspirasi semua manusia untuk diberikan pada seseorang supaya manusia mulia tersebut dapat melaksana dan melindungi manusia lain dari ancaman jahat mutan. Dan bagi manusia terpilih itu nanti akan memiliki semua impian, tenaga dan kekuatan seluruh manusia melebihi kuasa mutan mutan yang ada. Sekaligus menumpaskan kuasa-kuasa mutan yang jahat. Namun begitu ia mempunyai syarat, mesin tersebut hanya akan aktif apabila dunia benar benar diambang kehancuran.

Itulah antara kisah adiwira muslim Marvel Abu Musa Jabir yang juga digelaran dengan nama The Second Man. In Sha Allah pada bahagian ke-5 nanti saya kemukan seorang lagi watak superhero muslim marvel!

Wednesday, January 20, 2021

Adiwira Muslim Marvel (Bahagian 3) Josiah Bradley (al Hajj Saddiq) a.k.a Josiah X (Minister X)


HAI… bertemu kembali kita… Perkongsian kali ini pasti akan membuatkan anda terkejut. Ya, jika anda nak tahu sebenarnya terdapat 2 orang Captain Amerika. Pertama Steve Roger dan satu lagi yang pasti bukan Sam Wilson. Captain America yang kedua atau yang satu lagi sebenarnya adalah Isaiah Bradley, seorang adiwira muslim, ayah kepada watak Josiah Bradley dan juga seorang muslim, lelaki berkulit hitam yang beragama Islam. Bagaimana ia terjadi? Ceritanya begini…

Selepas Steve Rogers berjaya dalam ujian menjadi ‘super soldier’, pihak tentera Amerika ingin mencipta lagi seorang lagi ‘tentera hebat’. Oleh itu, seramai 300 sukarela orang dipilih menjalani program tersebut tetapi hanya seorang sahaja yang berjaya seperti Steve Roger iaitu Isaiah Bradley. Apa kaitan pula dengan Josiah Bradley, kenapa tajuk lain cerita lain? Haa… sebenarnya ada kaitan. Isaiah Bradley ayah Josiah. Secara keturunan Josiah mewarisi kekuatan ‘super soldier’.

Apabila kelahiran Josiah, dia secara semulajadi memiliki kuasa yang dimiliki oleh ayahnya dan turut menjadi ‘super soldier’. Oleh kerana kehebatannya, Josiah dihantar ke Afrika untuk mengetuai satu misi di sana. Sewaktu berada di Afrika, dia terpegun dengan kesucian agama Islam dan memeluk Islam di sana. Setelah memeluk Islam, Josiah menunaikan fardhu haji di Mekah. Sekembalinya ke Amerika Josiah telah menjawat jawatan Menteri Agama dan berjanji mempertahankan komuniti Islam dan bukan islam dari ancaman ‘super villains’. Oleh itu, Josiah Bradley turut di kenali dengan panggilan Josiah X. Amboi, macam Malcolm X pula.

Melalui sumber ini wajar juga ya, sekiranya Captain America itu diangkat wataknya sebagai muslim. Oklah, tamat sudah perkongsian ringkas kali ini. Bertemu lagi kita dalam bahagian seterusnya topik Adiwira Muslim Marvel kelak.