Wednesday, October 07, 2009

Aku Jebat

AKMAL berlakon dalam telemovie TV3 ini, masih lagi diberi peranan 'jahat' saje oleh penerbit & pengarah tempatan. Barangkali 'diorg' ni tak reti nak menilai yang mana kaca yang permata kot... sebab itu kita masih gagal menghasilkan satu pun filem berunsurkan seni beladiri kerana tidak ada pengkhususan dalam sesuatu cerita atau filem.

MUKA KECEWA, KEPENATAN & BOSAN sebenarnya... hihihihi... minta maaf, gambar lain yang saya tunggu sejak habis penggambaran ini masih gagal diperolehi sehingga hari ini...;-)

Wednesday, September 09, 2009

Akademi Polis

DALAM drama aksi Akademi Polis, AKMAL turut serta dalam cerita ini yang telah pun ditayangkan di TV9. Sekali lagi AKMAL memegang watak antagonis, menjadi orang Indonesia yang bernama Bambang bersama-sama sahabatnya yang ingin menyerang Kuala Lumpur melalui serangan bom. Pada masa yang sama kemahiran yang AKMAL ada turut ditagih oleh pengarahnya, YUSOF KELANA bagi menjayakan aksi pertarungan dalam episod tersebut.

GAMBAR KENANGAN... Selepas penat beraksi sesama mereka...

Sebahagian barisan yang menjayakan episod ini iaitu Sunshine,Azim, Akmal, Saiful & Maslina.

AKMAL bersama barisan pelakon utama AP5, Kamal & Maslina...

PUAS!!! Melihat wajah pengarah Akademi Polis, Y.K nama 'manja' nyer terkena dek penangan aksi trio kami...

INI GAMBAR KANDID... Perhatikan si Lando tu... Kah Kah Kah.... Apa lah yang dia buat tu... Tension KOt!

Tuesday, May 05, 2009

Katsarin

DRAMA Bersiri KATSARIN, telah pun ditayangkan di RTM2 pada tahun 2009 yang lalu. AKMAL EDGE melakonkan watak antagonis bersama ADAM CORRIE di samping bertindak sebagai ACTION CHOROEGRAPHER dalam drama yang memakan masa '6 Bulan' untuk di siapkan... Drama ini juga melibatkan beberapa lokasi yang banyak dan jauh iaitu Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, Jitra, Changlun, Danok (Siam), Port Dickson, Klang & Kuala Lumpur.

AKMAL bersama sahabat sedang merangka adegan pertarungan buat Talhah, Adam Corrie & Aman Graseka.

AKMAL & SAIFUL, bersama seorang pelancong Hong Kong yang menyaksikan sessi penggambaran kami di sana...

Dari kiri : AKMAL, SAIFUL, SHELLEY WANG, AZIMAT & AYIE

BEGINI....Aduhhh, penat beri tunjuk ajar tapi masih gagal buat sebaik-baiknya...

Taklimat buat semua termasuk pengarah, teknikal dan artis supaya tidak tersalah buat kerja masing-masing demi menjayakan babak 'gaduh' tersebut...

Selain berlakon dalam drama ini, AKMAL bertindak sebagai koreografer dan juga pembantu pengarah aksi...

Rasanya, buat pertama kali dalam sejarah penerbitan drama melayu, inilah kali pertama kita lihat penggambaran drama menggunakan dua 'monitor', saTu untuk pengarah dan satu lagi untuk 'pengarah aksi'... itu yang sebetulnya...

Saturday, August 09, 2008

Ransan (Trailer)

PERANCANGAN untuk membuat sebuah filem aksi berbentuk 'mangga' hampir pasti menjadi realiti apabila diberi peranan dan tanggungjawab untuk menjayakan teaser atau trailer filem Ransan yang bakal diarahkan oleh Raja Mukhriz. Namun, selepas menamatkan aksi hebat di trailer tersebut, tiada panggilan susulan kerana filem ini gagal dilaksanakan oleh pihak produksi kerana masalah teknikal... Iye ker?,,,, Iya... Iyaa... Iya jelah ;-)

Di set penggambaran sebelum membuat 'persembahan' bersama pasangannya... 

Kepenatan... Seolah-olah berlakon untuk produksi luar negara seperti di Universal Studio daaa...

Friday, August 08, 2008

Ejen Rahsia 5

KOLEKSI gambar-gambar aksi lakonan AKMAL EDGE dalam Drama Aksi 13 Episod di Astro-RIA pada 2007 dahulu. Dalam drama ini AKMAL memegang watak Sarjan Jeffry, seorang penembak tepat, pakar silat serta pakar kenderaan laut, udara dan darat. 

EPISOD 4 : Pertarungan Jeffry (AKMAL) Menentang Sky Cobra...

EPISOD 9 : Pasukan Ejen Rahsia 5 di serang oleh sekumpulan ejen luar negara... Jeffry (AKMAL) menyelamatkan Left. Shahrul yang tercedera...

Tactical Suit... Memang menyeksakan kami... tetapi puashati kerana seolah-olah kami semua seperti pasukan keselamatan sebenar...

TEMBAK! Selain aksi pertarungan, pasukan ejen rahsia 5 juga berkebolehan dalam aksi perperangan senjata berat...macam 'RAmBO' daaa...;-)

GUNS is HOT!!!! memang 'panas' dalam adegan ini sehingga menyebabkan kecederaan buat seorang pelakon jemputan khas luar negara... 

Operasi menyelamatkan Julia berhasil dengan jayanya...

EPISOD 7&8 : Jeffry menentang Ramon, iaitu ketua pengganas antarabangsa dari Filipina.

EPISOD 5&6 : Operasi Hutan dijalankan setelah Julia terperangkap dalam kancah peperangan gerila sempadan Malaysia.

EPISOD 11&12 : Operasi X-FILES... Menyamar jadi Sainstis...

Apa yang AKMAL EDGE buat tu agak????... Termenung atau Putus Cinta?

KECOH... Andy mengamuk dalam operasi menyelamatkan Kapten Hadi...

Kebolehan AKMAL melakukan tendangan tanpa bantuan kabel di udara sebanyak tiga kali dalam episod 1&2...


EPISOD 1 : Taklimat sebelum memulakan operasi oleh Tuan-X..

Jeffry & Shahrul melakukan intipan sebelum bertindak menyerbu ke 'gawang' musuh!