Monday, November 01, 2010

Aktiviti Bulan November 2010


1] Persembahan : 2 november 2010 : Mengadakan persembahan silat dan kompang pada majlis menyambut 'first lady' iaitu datin rosmah mansur di Risda Ampang, Selangor. * untuk lihat gambar seterusnya, sila klik di sini >>>

2] Persembahan : 6 november 2010 : Mengadakan persembahan silat pada majlis perkahwinan di Kampung Seri Batu, Sentul. *untuk lihat gambar seterusnya, sila klik di sini >>>

3] Persembahan : 13 november 2010 : Mengadakan persembahan silat pada majlis perkahwinan di Presint 16, Putrajaya, Sepang. *untuk lihat gambar seterusnya, sila klik di sini >>>

4] Persembahan : 14 november 2010 : Mengadakan persembahan silat pada majlis perkahwinan di AU2 Keramat, Setiawangsa. *untuk lihat gambar seterusnya, sila klik di sini >>>

5] Persembahan : 27 november 2010 : Mengadakan persembahan silat & kompang di Desa Andaman, Wangsa Maju Seksyen 1 pada hari sabtu pukul 11 pagi. *untuk lihat gambar seterusnya, sila klik di sini >>>

Thursday, October 07, 2010

Natrah

DRAMA khas untuk rangkaian berbayar Astro WARNA, drama Natrah arahan Wan Haslinda dari produksi KL Motion CO. AKMAL dilantik oleh pengarahnya bagi menjayakan aksi pertarungan dan suasana 'mogok' oleh penduduk melayu singapura bagi membebaskan Natrah.

-

Saturday, July 31, 2010

The Robot (Launching)

31 Julai 2010, AKMAL EDGE telah diundang untuk membuat persembahan 'red-carpet' bagi pelancaran filem tamil lakonan Rajinikand dan Aishwara Rai di PICC Putrajaya.






Sunday, March 28, 2010

Alauddin

DRAMA Epik keluaran KL Motion CO juga, arahan Wan Haslinda. Kali ini AKMAL diberikan watak tetapi masih memegang watak antagonis lagi. Peranannya sebagai seorang Laksamana Negeri Pura bergandingan dengan RAZALI HUSSIN (Sultan Pura).

-
-
-

Saturday, November 07, 2009

Cinta Hasnol

INILAH antara cerita paling 'sempoi' yang pernah saya lakonkan kerana watak yang saya dapat memang tidak berat pun, namun ada sedikit adegan pertarungan itu yang menyebabkan saya terjebak dalam telemovie ini di bawah arahan DAK SELI... Akmal juga memegang watak KADIR iaitu sahabat di samping watak utama iaitu Hasnol lakonan ARASH MOHAMAD.






Wednesday, October 07, 2009

Aku Jebat

AKMAL berlakon dalam telemovie TV3 ini, masih lagi diberi peranan 'jahat' saje oleh penerbit & pengarah tempatan. Barangkali 'diorg' ni tak reti nak menilai yang mana kaca yang permata kot... sebab itu kita masih gagal menghasilkan satu pun filem berunsurkan seni beladiri kerana tidak ada pengkhususan dalam sesuatu cerita atau filem.

MUKA KECEWA, KEPENATAN & BOSAN sebenarnya... hihihihi... minta maaf, gambar lain yang saya tunggu sejak habis penggambaran ini masih gagal diperolehi sehingga hari ini...;-)

Wednesday, September 09, 2009

Akademi Polis

DALAM drama aksi Akademi Polis, AKMAL turut serta dalam cerita ini yang telah pun ditayangkan di TV9. Sekali lagi AKMAL memegang watak antagonis, menjadi orang Indonesia yang bernama Bambang bersama-sama sahabatnya yang ingin menyerang Kuala Lumpur melalui serangan bom. Pada masa yang sama kemahiran yang AKMAL ada turut ditagih oleh pengarahnya, YUSOF KELANA bagi menjayakan aksi pertarungan dalam episod tersebut.

GAMBAR KENANGAN... Selepas penat beraksi sesama mereka...

Sebahagian barisan yang menjayakan episod ini iaitu Sunshine,Azim, Akmal, Saiful & Maslina.

AKMAL bersama barisan pelakon utama AP5, Kamal & Maslina...

PUAS!!! Melihat wajah pengarah Akademi Polis, Y.K nama 'manja' nyer terkena dek penangan aksi trio kami...

INI GAMBAR KANDID... Perhatikan si Lando tu... Kah Kah Kah.... Apa lah yang dia buat tu... Tension KOt!