Monday, October 08, 2012

Tamat Penggambaran Buat Akmal Edge! Merdeka!

GAMBAR KENANGAN... Foto ini foto terakhir bersama-sama pelakon dan krew-krew sewaktu melakonkan babak penghabisan watak Tiger sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Genap sebulan Akmal Edge di sana ketika menjalani proses penggambaran di sekitar Taiping, Kamunting, Simpang Empat dan lain-lain pada 8hb Oktober 2012. Pelbagai peristiwa dan pengalaman yang diperolehi di sana. Terasa cepat benar masa berlalu. Budaya, Cuaca dan Makanan di sana ada kelainan yang menyebabkan saya ingin ke sana lagi jika di-izinkan-Nya kelak. Insya-Allah ;-)

Saturday, September 29, 2012

Majlis Pelancaran Filem BALUN!

Barisan pelakon yang menjayakan filem ini... Eizlan Yusof, Roy Madada, Nadia Randall, Maisarah Zafirah, Reen Rahim, Jasmine Ashraf, Wan Raja, Saiful Zelwany, Fendi, Beto Kusairy, Henzi Andalas, Fasha Muoa, Chaoi, Izara Aishah, Akmal Edge, Faiz Azmi & Farrd...

Setelah hampir sebulan berkampung di Taiping, Perak, pada tarikh 29hb September 2012, Produk Filem BALUN! telah mengadakan Majlis Pelancaran filem tersebut di Hotel SSL Traders, Kamunting. Ramai para media hadir membuat liputan dalam majlis tersebut yang mana selain pelancaran diadakan juga sessi memperkenalkan barisan pelakon yang menjayakan filem ini.

Saturday, September 08, 2012

Penggambaran Filem BALUN! Bermula...

DENGAR SINI... Barisan pelakon sedang mendengar arahan dari pengarah Bobsingah...

Pada tanggal 8hb September 2012, produksi Elements Pictures telah memulakan penggambaran sulung filem terbitan syarikat mereka. Akmal Edge turut terlibat dalam filem ini memegang watak Tiger Johnny (antagonis) iaitu orang kanan pada Shaid Blond lakonan Eizlan di samping juara Pilih Kasih 3 (Reen Rahim). Filem asalnya bertajuk PUTRA ini diarahkan oleh Bobsingah ini turut diperkuatkan oleh pelakon handalan yang lain seperti Dato' Aziz Singah, Beto Kusairy, Izara Aishah, Namron, Yank Kassim, Saiful Zelwany dan ramai lagi.

Friday, September 07, 2012

'PUTRA" Kena BALUN!


Tinggal lagi 2 hari sebelum sessi penggambaran filem 'Putra' akan dimulakan, satu perubahan mengejut telah dilakukan oleh pihak penerbit filem 'Putra'. Setelah mendapat beberapa idea dan pandangan dari beberapa pihak yang berkenaan, pihak penerbit dan produksi sepakat menukar nama filem 'Putra' ke nama 'Balun'. Di harap rombakan ini akan menambah dan menguatkan 'aura' filem ini dan segala berjaya serta berjalan dengan lancar hendak-Nya. -AMIN ;-)

Monday, September 03, 2012

Sessi 'Fitting Costume' Classic Couture

Selepas menamatkan sessi latihan aksi, untuk persiapan seterusnya, kesemua para pelakon yang terlibat termasuk Akmal Edge membuat ukuran serta mengenakan persalinan mengikut watak masing-masing. Dalam filem PUTRA nanti Akmal memegang watak 'Tiger' iaitu orang paling kanan 'Shaid Blonde' lakonan Eizlan Yusof iaitu seorang ketua mafia yang paling ditakuti dalam cerita tersebut.

Thursday, August 30, 2012

Latihan Koreografing Filem Putra

Setelah sekian lama berhenti bagi menjalani ibadah puasa dan meraikan sambutan hari raya, sessi latihan koreograf aksi pertarungan filem PUTRA disambung semula. Akmal Edge terlibat sessi latihan tersebut dari 30 Ogos 2012 hingga 2 September 2012. Latihan pembuka selepas bercuti telah dipinda tempatnya, yang mana sebelum ini berlatih di MASS Academy. Pada sessi 30hb ini latihannya di Institut Kesenian & Kajian Media Malaysia (SEMESTA) di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Manakala 1 & 2hb latihannya di Studio Energyfit Crew, Prima Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri 2012


Sepanjang bulan ramadhan yang lalu, sememangnya saya amat 'kesibukan' dengan shooting di Pulau Pangkor, so, tidak sempat langsung nak 'update' blog saya ini... selain sibuk jug a menjual biskut2 raya iaitu biskut tat nenas & semprit... Alhamdulillah, sambutan nyer memberangsangkan hingga tak menang tangan... Kesempatan ini saya ucapkan ribuan terima kaseh kepada para sahabat yang membeli biskut raya ku dan salam aidilfitri pada semua umat islam di seluruh dunia moga aidilfitri kali ini memberi hikmah yang terbaik untuk kita semua untuk maju dan berjaya di dunia & akhirat... Amin ;-) Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin ;-)...