Monday, February 10, 2014

Persembahan Silat di Taman Puchong Prima


"... Buat masa ini belum ada panggilan SHOOTING, rasanya elok jugak TAKDE sebab boleh ABG JAM tumpukan pada latihan silat serta memantapkan lagi pergerakan silat untuk dipersembahkan pada projek SHOOTING filem aksi yang akan datang. ABG JAM rasa ANA selesa jika dapat MEMBIKINnya sendiri... Semoga usaha mendapatkan dana pembikinan filem aksi sendiri akan tercapai, INSHAALLAH... Seperti biasa, NO SHOOTING DOESN'T MATTER... Persembahan masih ada dan ini antara yang terbaru... AMIN ;-)..."

Tarikh : 9 FEBRUARI 2014
Tempat : TAMAN PUCHONG PRIMA
Pesilat : AKMAL EDGE, HADI, RIDZUAN & ISHAK




Tuesday, January 28, 2014

Persembahan Silat di Hotel Saujana Kuala Lumpur

"...Buat masa NIH ABG JAM banyak membuat aktiviti berkaitan silat sahaja... SHOOTING???... Ahhh! Lupakan sebentar... Rasanya ABG JAM perlu fokus pada aktiviti silat... Kalau SHOOTING biarlah cerita-cerita berkaitan silat atau aksi... Kan itu CORE ABG JAM dalam bidang perfileman... Dulu Bruce Lee pun begitu... Tiada SHOOTING seni beladiri adalah keutamaan... Sebab KAMI pejuang seni beladiri... Itulah Matlamat KAMI masuk bidang perfileman ini..."

Tarikh : 25 JANUARI 2014
Tempat : HOTEL SAUJANA, KL
Pesilat : HADI & AKMAL EDGE





Thursday, January 02, 2014

Akmal Edge in 'Malaysia Truly Asia 2014 by Yuna' TVC at Youtube NOW!

"...Setelah lama tidak melayari laman FACEBOOK baru-baru ini, TETIBA dapat mesej dari rakan FB nih yang memakai nama SHADE ASRI (owner operator at Arena Screen Studio) memberitahu pada ABG JAM. Tulisnya, Akmal Edge (tag nama ABG JAM) kat POSTING laman FB NYER... ABG JAM pun membuka dan melihat iklan pelancongan 'Malaysia Truly Asia 2014' telah ABG JAM lakukan penggambarannya pada sebulan yang lepas, dan ianya telah sedia di 'lauching' kat YOUTUBE pada 1hb Januari 2014. ABG JAM 'check-it-out'... Wah!!!  AWESOMEEE... Walaupun 10saat dalam TVC tetapi ianya cukup memberi semangat untuk ABG JAM kembali memperjuangan aksi silat di layar perak tempatan... Moga-moga inilah titik bangun kembali bagi KU... InshaAllah ;-) AMIN..."

TVC - Malaysia Truly Asia 2014 by Yuna

Saturday, December 28, 2013

Persembahan Silat di Murni International College, Putrajaya

"... Seminggu selepas persembahan di Nilai pada minggu lepas, ABG JAM diundang ke Kolej Antarabangsa Murni (MIC) di Putrajaya Presint 17 untuk membuat persembahan majlis perkahwinan. Uniknya hari itu ialah pasangan mempelai bukannya sepasang tetapi dua pasangan adik beradik pengantin perempuan berkahwin serentak iaitu seorang kakak dan adiknya. ABG JAM bersama pesilat dibawah bimbingan ABG JAM di gelanggang Puchong dan Wangsa Maju bergabung seramai 4 orang pesilat meraikan pasangan mempelai tersebut..."

Tarikh : 28 DISEMBER 2013
Tempat : MURNI INTERNATIONAL COLLEGE
Pesilat : AKMAL EDGE, MIE, AZIM & SHAWAL






Friday, December 27, 2013

'Recap' : 'The X-Files - Episod 11 & 12'

"...Alhamdulillah, dapat kembali ABG JAM menyambung semula coretan dalam ruangan RECAP Ejen Rahsia 5 ini... Lama juga tak keudara dilaman blog ini. Al-maklumlah, ke'BZ'ngan sikit... Baiklah, terus kepada perkara pokoknya... Untuk makluman ruangan RECAP Ejen Rahsia 5 ini sudah tiba ke episod yang terakhir, selepas ini sudah tiada lagi RECAP tentang ER-5, mungkin untuk cerita lain pula... Pada episod akhir ini ABG JAM mahu kongsi aksi ABG JAM dalam ER-5 ini yang bertajuk X-FILES... Apa ceritanya? Baca sinopsis dibawah daaa..."

Tahun : 2006
Tajuk : THE X-FILES
Watak : Sarjan JEFFERY a.k.a JEFF

SINOPSIS

SEBUAH pusat kajian biologi dan kimia kerajaan telah dilanda suatu misteri. ER-5 dikerahkan untuk pergi ke tempat tersebut dengan menyamar sebagai sekumpulan saintis untuk mendapatkan maklumat tentang kejadian serta menyelamatkan kesemua data kajian yang telah dibuat. Mereka turut diiringi oleh 3 orang anggota unit tindakan. Pusat kajian itu di dapati seperti dilanggar garuda. Mereka terjumpa seorang doktor wanita dan seorang pembantu makmal yang sedang bersembunyi dari bahaya yang mengancam mereka, mereka juga turut menemui mayat-mayat yang kelihatan ngeri seperti telah dibunuh oleh seekor binatang buas. Rupanya satu ujikaji haram telah dijalankan oleh seorang profesor tanpa mendapat kebenaran. Ujikaji tersebut telah gagal lalu menyebabkan profesor itu menjadi seperti satu makhluk ganas dan membunuh setiap orang yang ada di dalam pusat kajian tersebut, termasuk 3 EJEN dan mereka-mereka yang masih hidup telah terperangkap di dalam bangunan pusat kajian tersebut...




 

Saturday, December 21, 2013

Persembahan Silat di Dewan Majlis Perbadanan Nilai, Negeri Sembilan

"...Rasanya hampir sebulan ABG JAM tak 'keudara' dilaman ABG JAM sendiri nih... Alhamdulillah, kali ini diizinkan-Nya. ABG JAM nak kongsikan peristiwa semasa membuat persembahan di Nilai baru-baru ini... Perghhh, punyer la teruk tersangkut dalam 'jammed' kat 'highway' nak ke seremban sana... Sepatutnyer 15 minit jer sampai ke Nilai dari Bangi, tapi disebabkan 'jammed' tu jadi satu jam lebih baru sampai ke Nilai... Alhamdulillah, nasib baik sampai sebelum masa majlis, kalo dak, haru biru ABG JAM..."

Tarikh : 21 DISEMBER 2013
Tempat : DEWAN MAJLIS PERBANDARAN NILAI
Pesilat : AKMAL EDGE





Tuesday, November 26, 2013

'Recap' : 'The Revenge - Episod 9 & 10'

"...Minggu ni takde persembahan silat seperti 3 minggu yang lepas, boleh kata setiap minggu ada persembahan... Biasaler... pasang surut persembahan... apa-apa bulan seterusnya tetap ada persembahan... Dalam masa yang terluang ini kelas silat bimbingan ABG JAM tetap berjalan seperti setiap hari iaitu ISNIN hingga AHAD... Alhamdulillah... Amboiiii... jauh menyimpang nampakkkk... Ni ruangan 'Recap'lah... Ape cer minggu nih dalam ruangan nieee..."

Tahun : 2006
Tajuk : THE REVENGE
Watak : JEFFRY a.k.a JEFF
-
SINOPSIS
-
DUA ketua kongsi gelap antarabangsa mengadakan satu pertemuan di negara ini. Mereka akan bertemu untuk menyaksikan satu pertandingan gusti haram, tetapi pihak EJEN RAHSIA 5 dapat mengesan masa dan tempat di mana ia akan diadakan. EJEN RAHSIA 5 berjaya melumpuhkan sidiket itu, namun begitu BIG JACK berjaya melepaskan diri. Setelah menghilang sekian lama BIG JACK kembali ke Malaysia untuk membalas dendam dengan menculik ketua operasi EJEN RAHSIA 5 iaitu Tuan X. Dalam masa yang sama dia mahu melunaskan dendamnya terutama ketua pasukan EJEN RAHSIA 5 iaitu Hadi yang menjadi dalang pada kemusnahan sindiketnya dahulunya...