Thursday, May 24, 2018

First Henshin ADIJAGAD! Menjelma!


Steven Strange + accident = Dr. Strange
Akmal Razak + accident = Adijagad

Apa2pun, saya masih dalam proses 'recovering' dari kemalangan pada 2 minggu lepas...
Alhamdulillah Allah SWT beri lagi saya peluang untuk berjuang & beramal... buat mase ni sebelah tangan iaitu tangan kiri je berfungsi, tangan kanan patah tulang jari & 2 urat putus... hingga arini pun sy lupe, ingat ari rabu... manakala kaki kanan turut cedera x selincah dulu... rindu nak bersilat, tp mungkin x seperti sebelum ini... buat mase ni guna kekuatan kaki kiri untuk berdiri...
InsyaAllah, sedang berusaha... dengan izinNya, moga2 dipulihkanNya seperti sediakala... kita ni kan menumpang, meminjam nikmatNya aje
Salam ramadhan buat semua kawan 2, jangan x pose tau... saya yg sakit ni pun pose yet... ohyaaa... tq atas ucapan birthday, xsempat nk balas...

Sunday, April 22, 2018

Thursday, April 12, 2018

Penggambaran Filem Mat Kilau


"FIGHT SCENE" at jeti a.k.a penambang Pulau Tawar... masih lagi dengan tugasan sebagai koreografer... selepas ini tugasan semakin mencabar kerna terlibat dengan babak lakonan pula... mohon dipermudahkanNya...

Saturday, March 31, 2018

Ziarah Makam Pahlawan Pahang


"...ZIARAH makam Mat Kilau... bagi memenuhi hasrat iaitu hajat kang Yayan Ruhian saya pun membawanya ke Pulau Tawar untuk memberi inspirasi serta semangat Mat Kilau sebelum memulakan penggambaran kelak... terima kaseh Pakwe Kamarudin Yusof & Mohd Shafizal kerana membantu saya dalam aktiviti ini... kami juga turut melawat galeri Mat Kilau, Madrasatul Mu'allim Yunus Al Arabbiyah yang dahulunya merupakan masjid Mat Kilau dan tempat saksi pengakuan (pengisytiharan diri)... alhamdulillah, kami semua sempat bersolat asar berjemaah bersama para tahfiz di sana... terima kaseh juga buat Ali Karimie yang menjadi wakil produksi dalam ekspedisi ini..."


***sempat gak balun patin temerloh 😀😁😋

Tuesday, February 20, 2018

My Kicking Signature & Compilations


THE KICKS ~ MY STYLES ~ COMPILATIONS ~ 
"...sebuah klip video aksi teknik tendangan hasil dari kemahiran yang pernah atau berkesempatan saya tonton kan pada umum melalui peluang yang ada... sebenarnya banyak lagi aksi atau teknik beladiri sebenar dapat dipertontonkan pada umum terutama teknik dari beladiri SILAT khususnya... banyak sangat gaya atau falsafah yang unik teknik tendangan dalam silat saya tunjuk dalam filem tempatan, tapi sayang peluang untuk melakukan sendiri sering dinafikan, sering di perbodohkan oleh pihak tak bertanggungjawab... oleh itu, jika berpeluang saya ingin melakukan sendiri jika... InsyaAllah saya cuba hasil kan filem filem SILAT selepas ini... mohon2 sangat sokongan anda semua wahai sahabat & para pendekar semua 🙏😇👊"

Sila klik linked dibawah untuk SUBSCRIBE : 

Wednesday, January 10, 2018

Muscle Throwback! 💪👊👍




MUSCLE THROWBACK 💪👊👍
"...Ni foto foto kenangan waktu badan tengah katang katang (ketak ketak) dulu... rajin buat workout terutama 'street workout' kat taman taman rekreasi... sekarang ni dah slim balik sebab sakit je... insyaAllah dah sihat nanti kite bikin balik! No Pain No Gain!