Wednesday, January 30, 2013

Tokoh Agung Sepanjang Zaman - Nabi Muhammad SAW


Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T
Apabila ditanya siapakah yang disifatkan sebagai tokoh agung yang berpengaruh dalam sejarah peradaban manusia, rata-rata akan memberi jawapan yang bersifat pelbagai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah mereka susun dan merasakan sesuai untuk dipenuhi oleh calon yang dinobatkan dengan gelaran sedemikian. Sesetengah bagi kita memilih golongan pemimpin politik atau ketua negara, atau mungkin seorang saintis dan mungkin juga sasterawan malah artis sebagai tokoh yang layak diberikan gelaran sedemikian.


Bagi seorang Muslim, tidak dapat kita tolak kenyataan bahawa tiada tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah perkembangan manusia dulu, kini dan masa hadapan melainkan seorang yang bernama Muhammad bin Abdullah, seorang Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T. Atas dasar cinta yang mendalam oleh kaum Muslimin, hikmah dan rahsia kelahiran baginda di bumi Mekah terus digali dan diselidiki bukan kerana rasa sangsi atas keperibadian agung ini tetapi atas rasa ingin mendekatkan diri kepada kebenaran.


Makam Nabi Muhammad S.A.W di dalam Masjid an-Nabawi, Madinah
Hakikatnya, jawapan sebenar terpilihnya Rasullullah sebagai pembimbing umat manusia adalah rahsia milik Allah (Surah Hud : Ayat 123). Para ulama dan pengkaji fiqh sirah telah mengkaji hikmah di sebalik kelahiran Rasulullah yang menjadi kejutan kepada golongan Yahudi yang selama ini menganggap kehadiran para Nabi hanya di kalangan kaum mereka sahaja. Mekah mempunyai keunikannya tersendiri. Meskipun didiami oleh kelompok-kelompok bangsa Arab yang hidup secara kabilah dan mengamalkan konsep assabiyah, namun di sebalik kehidupan gelap Jahiliyah, masih ada nilai-nilai murni yang terus dipegang erat sebagai tradisi kehidupan.


Hikmah Maulidur Rasul
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Terdapat segelintir umat Islam yang keliru apabila kita bertanyakan apakah kaitannya Maulidur Rasul dengan ajaran Islam. Ada yang memberikan pandangan sinis yang menggambarkan seolah-olah ialah satu perayaan keagamaan dan perarakan di kawasan sekitar masjid atau di stadium. Malah yang lebih menyedihkan, ada yang berpendapat ianya sekadar hari untuk mendengar syarahan agama atau majlis perjumpaan sesama umat Islam.


Namun begitu, ada juga di kalangan cerdik pandai Islam berfahaman WAHABI bertegas untuk melarang umat Islam mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap oleh puak Wahabi sebagai BIDAAH dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri. Inikah JIWA dan IMAN seorang umat Islam?


Justeru itu, marilah kita sama-sama berlapang DADA dan membuka MINDA untuk menghayati apakah hikmah yang tersirat dan tersurat dalam kita merayakan sambutan Maulidur Rasul. Di antara hikmahnya ialah :


1. Nilai-Nilai Murni
Keunikan bangsa Arab dapat dilihat daripada sikap mereka yang amat menyanjungi karya-karya sastera khususnya syair-syair. Daya ingatan mereka yang kuat dalam menghafal syair-syair Arab serta mengingati susur galur keturunan dalam kabilah adalah kelebihan yang dimiliki. Tambahan lagi keberanian mereka telah terbukti melalui persengketaan antara kabilah sehingga membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah.


Sehinggalah kehadiran Rasulullah S.A.W dengan risalah Islam, nilai-nilai keberanian serta kekuatan mengingat ini diangkat menjadi salah satu sifat yang mulia dan dibersihkan daripada kekotoran kepada kemurnian dan kesucian jiwa. Jiwa-jiwa mereka telah disatukan malah gambaran kehidupan jahiliyah turut dikhabarkan oleh Allah S.W.T dengan firmanNya.


“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).”


(Surah Ali-Imran : Ayat 103)


Demikianlah Allah S.W.T menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. Maka lahirlah golongan huffaz yakni penghafaz-penghafaz al-Quran di kalangan mereka dan mereka adalah golongan yang diamanahkan untuk memelihara kesucian dan keharmonian kitab Allah S.W.T seperti mana para sahabatnya. Rasulullah S.A.W bersabda:

"Orang-orang yang mulia di kalangan umatku ialah penghafaz al-Quran."

(Riwayat al-Tirmizi)

Keberanian mereka disalurkan kepada jalan yang lebih baik iaitu dengan tertegaknya konsep jihad, iaitu mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal, iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat keampunan Allah S.W.T, keredaan dan rahmat-Nya dengan mencakupi suatu usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan pelbagai cara sama ada alat, ilmu pengetahuan dan sebagainya.



Jika dahulu mereka berperang kerana ingin mempertahankan kabilah, sebaliknya konsep peperangan yang dididik oleh baginda telah diikuti oleh mereka untuk mempertahankan ajaran Islam daripada dicerobohi serta memastikan keamanan dan keadilan ditegakkan. Sejarah Islam mencatatkan ketika peperangan Yamamah. Tentera-tentera Islam yang ikut serta dalam peperangan ini, kebanyakan terdiri daripada para sahabat dan para panghafal al-Quran. Dalam peperangan ini telah gugur 70 orang penghafal al-Quran.


Bahkan sebelum itu gugur hampir sebanyak itu juga penghafal al-Quran di mana Nabi pada suatu pertempuran di Bir Maunah berhampiran kota Madinah. Ini membuktikan kejayaan Rasulullah mengalihkan pandangan dan jiwa mereka kepada mempertahankan sesuatu yang hak dan menolak kebatilan. Malah, bangsa yang dahulunya tidak mendapat tempat dalam usaha peluasan empayar Persia dan Rom memberi kejutan yang besar dan menggugat golongan raja-raja dan pemerintah yang zalim terhadap rakyatnya ketika itu. Ini diakui oleh Maharaja Heracilus apabila menerima sepucuk surat dari Rasulullah agar beliau adil terhadap rakyat dan menerima Islam sebagai cara hidupnya.


2. Kesucian Bumi Mekah
Kelahiran Rasulullah di bumi Mekah adalah satu nikmat dan rahmat Allah s.w.t. dalam menyucikan Kaabah daripada amalan penyembahan berhala. Kaabah yang terletak di tengah-tengah garis bumi seolah-olah seperti sebatang lilin yang diletakkan di tengah-tengah bilik dan cahayanya menerangi segenap penjuru bilik tersebut. Perpaduan begitulah diibaratkan kepada Rasulullah S.A.W, baginda adalah cahaya kebenaran yang menerangi segenap penjuru alam ini dengan kebenaran Islam melalui bimbingan al-Quran dan sunah dan meletakkan Kaabah kembali sebagai titik perpaduan umat untuk menyembah Allah yang satu.


3. Nabi Akhir Zaman
Allah S.W.T telah mengkhabarkan kepada para Nabi sebelumnya tentang kehadiran Nabi terakhir yang akan membawa mesej Islam kembali untuk umat akhir zaman. Nabi Musa dan Nabi Isa A.S adalah di antara nabi-nabi ulul azmi yang telah diberikan pengkhabaran tersebut. Perkara ini telah dijelaskan di dalam al-Quran:


“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: “Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad.” Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”
(Surah as-Saff : Ayat 6)

4. Doa Nabi Ibrahim A.S
Hikmah dan rahsia di sebalik kelahiran Rasulullah di bumi Mekah juga adalah kerana makbulnya doa Nabi Ibrahim A.S yang memohon agar keturunannya turut diberikan kepada mereka golongan nabi dan rasul. Permintaan ini telah dipenuhi-Nya dengan kelahiran nabi dari keturunan Ismail A.S.


“Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: (Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan). Allah berfirman: 

(Permohonanmu diterima, tetapi) janji-Ku ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.”


(Surah al-Baqarah : Ayat 124)


Kesimpulan
Nabi Muhammad S.A.W telah disenaraikan sebagai tokoh paling berpengaruh dalam dunia di dalam buku "The Hundred".

Kelahiran dan kewafatan Rasulullah telah memberi kesan yang sangat besar ke atas perkembangan Islam. Baik Muslim dan bukan Islam turut mengakui ketokohan baginda dalam membimbing kehidupan manusia sebagaimana disebutkan oleh tokoh Barat Micheal H. Hart di dalam bukunya, “The Hundred” di mana Nabi Muhammad S.A.W disenaraikan di tempat PERTAMA tokoh yang paling berpengaruh di dunia seperti catatan berikut:


“Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan para pembaca dan turut akan dipersoalkan, tetapi hanya beliau individu paling berpengaruh di dalam sejarah di kedua-dua bidang keagamaan dan duniawi. Kini selepas empat belas kurun, pengaruhnya masih dapat dirasai. “


(The Hundred, New York: Hart Publishing Company, Inc., 1978, halaman 33.)

Malah pengkritik Islam, George Bernand Shaw mengatakan: “Saya telah mengkaji beliau, seorang tokoh yang hebat. Jauh sekali untuk mengatakan beliau seorang anti-Christ tetapi layak dipanggil penyelamat kemanusiaan (The Genuine of Islam). Sudah masa untuk kita berfikir sejenak, siapakah individu unggul sebagai ikutan dan contoh kehidupan. Beliau dikagumi oleh lawan dan dicintai oleh para sahabat. Kelahiran Rasulullah di bulan Rabiul Awal adalah MESEJ yang perlu diingati tidak sekadar sebagai bahan sejarah tetapi menjadi ikutan buat setiap insan.


“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”


(Surah al-Qalam : Ayat 4)


Senarai nama tokoh-tokoh berpengaruh di dunia


Berpandukan kepada pengiktirafan di atas terhadap Nabi Muhammad S.A.W berkaitan personaliti dan cara hidupnya maka apa salahnya kita sebagai umat Islam turut sama berbangga dan menjadikan beliau sebagai IDOLA kita di sepanjang waktu dan ketika. SEBARKANLAH maklumat ini untuk dikongsikan bersama demi menyemarakkan lagi kasih KASIH dan SAYANG terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Valdes: Saya Mahu Bersara Di Sini...


PENJAGA gol utama FC Barcelona ketika ini, Victor Valdes berkata, dia akan menamatkan kariernya di sini (Kelab Catalan).

Pemain antarabangsa Sepanyol itu masih memiliki kontrak bersama FC Barcelona sehingga akhir bulan Jun 2014 di Nou Camp, oleh itu, dia tidak mahu mau tergesa-gesa untuk menandatangani kontrak baru sebelum hampir tamat kontraknya kelak. Valdes berharap dia dapat membantu Barca memenangi dua lagi kejuaraan liga juara-juara eropah.

“Sejak saya menandatangani kontrak baru yang lepas saya tidak mahu lagi bercakap tentang kontrak lanjutan seterusnya. Saya telah menandatangani kontrak yang lepas pada bulan Jun 2009 dan tidak pernah bimbang atau memikirkannya untuk lanjutan seterusnya buat masa ini,” katanya yang kini sudah berusia 30 tahun pada pemberita.


“Ianya bukan masanya untuk saya memikirkan tentang kontrak yang seterusnya, masa panjang lagi waktunya. Buat masa ini saya fokus dengan FC Barcelona dan cuba membantu pasukan untuk memenangi seberapa banyak perlawanan lagi. Cita-cita saya adalah untuk bersara di sini, oleh itu, hanya masa yang menentukan.”

Sememangnya keinginannya untuk menggantung butnya bersama Barca, namun begitu dia tidak menolak kebarangkalian yang akan berlaku dan keinginan untuk mencari kelainan permainan bolasepak ditempat lain.

“Saya telah menghabiskan masa saya berbakti disini selama 11 tahun sebagai penjaga gol dan melalui pelbagai saat manis dan genting. Ini bukan bermakna saya sudah muak untuk terus kekal disini tetapi tidak menolak kemungkinan akan beralih ke budaya, bolasepak dan negara untuk merasai pengalaman baru. Kita akan lihat nanti.”

Buat masa ini FC Barcelona selesa memimpin carta walaupun defisit kini mengecil sedikit dari 11 mata ke 8 mata selepas mendahului hingga akhir musim sejuk baru-baru ini. Bagaimanapun Valdes tidak gemar untuk berbicara tentang kejuaraan liga buat masa ini.


“Kami baru menghabiskan pusingan pertama untuk musim ini. Memang benar setakat ini kami mendahului pasukan yang menduduki tangga kedua dan ketiga dengan jarak yang jauh, tetapi ianya belum penghujungnya,” katanya secara bersahaja.

Tambahnya lagi, “perjalanan liga masih panjang, buat masa ini kami boleh berbangga dengan pencapaian semasa yang selain mendahului liga, kami berjaya ke separuh akhir piala raja Sepanyol dan layak ke pusingan kedua dalam liga juara-juara eropah musim ini. Mana tahu sejarah kegemilangan 2009 berulang kembali.”

Monday, January 14, 2013

EP3 (Akhir) : Nunchaku – Okinawa, Filipina, Cina, Russia atau...?


BAGI mereka yang biasa dengan senjata kobujutsu Okinawa memperakui senjata nunchaku adalah senjata tradisi masih boleh dipertikai ketika ini, tetapi jika benar seni mempertahankan diri Okinawa benar-benar dicipta oleh golongan bangsawan yang dibenarkan untuk membawa pedang dan lembing, kenapa mereka mencipta teknik bertempur atau mempertahankan diri mereka dengan sabit, dayung, cangkul dan lain-lain alatan petani dan nelayan? Berikut adalah jawapannya:

Ryusho Sakagami iaitu master kobujutsu pernah memecahkan blok Konkrit dengan libasan nunchaku. Beliau berkhidmat dengan kerajaan sebagai pegawai tentera dan polis atau sebagai pegawai kerajaan negeri. Mereka dilindungi dan disimpan ‘undang-undang dan perintah’ serta menerima upah dari raja. Mereka tidak mempunyai sumber pendapatan lain sebagai undang-undang yang melarang mereka daripada apa-apa pekerjaan lain. Pada satu ketika itu, upah diterima tidak mencukupi untuk menyara keluarga dan ramai daripada mereka telah dikurangkan kerana memberontak dan hidup mengemis.


Pada tahun 1724, untuk menyelesaikan masalah ini, golongan bangsawan telah diberikan kebenaran untuk menjadi pedagang, petani, atau tukang. Ramai daripada mereka meninggalkan perkhidmatan negeri dan terpaksa berpindah ke kampung-kampung dengan keluarga mereka hanya kerana untuk menyara keluarga dan meneruskan hidup. Selepas satu abad setengah, selepas revolusi Meiji, bangsawan Okinawa (serta samurai Jepun) yang mempunyai hak keistimewaan telah dibatalkan hak keistimewaan tersebut, ianya melibatkan hak untuk membawa pedang dan termasuk dilucutkan gaji mereka. Jika anda membaca ‘Gone With Wind’, anda pasti akan tahu kisah golongan bangsawan yang terpaksa menjadi pekedai dan pembuat roti untuk terus hidup.

Dan sebagainya ia telah berlaku kepada golongan bangsawan di Okinawa. Ahli-ahli keluarga diraja bekerja sebagai ‘Teamsters’ dan ‘Night Watchmen’. Manakala puteri-puterinya menjadi pemotong atau pemungut kayu dan penjual babi di pasar. Ramai golongan bangsawan berpindah ke kampung-kampung. Oleh itu, para petani, sudah tentu, tidak gembira dengan situasi tersebut dan boleh menimbulkan perbalahan. Para petani berusaha untuk ‘mengusir’ mereka, namun segala usaha ini hampir-hampir menyebabkan pergaduhan. Bilangan pencuri dan perompak juga meningkat ketika itu kerana makanan sukar diperolehi dan ianya amat-amat berharga. Hasilnya, ‘petani muda’ terpaksa mempelajari atau memantapkan diri dengan kemahiran membela diri mereka.


Golongan bangsawan? sudah tentu, mereka akan memilih untuk berjuang dengan pedang mereka dan bukannya dengan tangan, tetapi mereka dilarang menggunakan dan membawa senjata tanpa kebenaran. Persoalannya, apakah yang akan dilakukan oleh seorang pahlawan apabila dia tidak boleh menggunakan senjata? Oleh itu, mereka terpaksa bermula dengan primitif kembali. Setiap yang hebat pasti bermula dari perkara yang tidak hebat. Sami Shaolin berjaya mencipta teknik dengan selipar dan bakul, Ninja pula belajar untuk membunuh lawan mereka dengan penyepit. Golongan bangsawan Okinawa? Selepas dilucutkan senjata, mereka juga telah mencipta senjata akibat tekanan secara spontan.

Hasil tekanan tersebut, terciptalah senjata seperti enam kaki ‘rokushakubo’, empat kaki ‘jo’, tiga kaki ‘Hanbo’, Sabit (Sutra), dayung (eku), cangkul (kuwa), gaffs (nunti-bo), ‘millstone handle’ (tonfa) dalam bahasa melayu dikenali sebagai tuas dan objek lain yang berkesan boleh digunakan dalam sistem membela diri mereka. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka telah mencipta dua batang kayu yang dihubungkan dengan tali telah menarik perhatian seseorang. Seorang pahlawan telah mencubanya lalu mengayunkan senjata, seolah-olah dirinya sedang melawan sambil menghentam kepala lawan. Melihat fleksibel dan keunikannya maka ‘nunchaku’ telah dilahirkan.


Nunchaku bukanlah senjata yang sangat popular ketika itu. Ini kerana tiada pengesahan ‘kata’ nunchaku asli atau tradisional yang dikenali sehingga hari ini. Kekurangan populariti tentang senjata seperti nunchaku ini disebabkan keberkesanan penggunaannya atau tidak ramai boleh menguasai senjata ini. Ianya berbeza dengan pedang. Sebenarnya, seorang yang mahir dalam penggunaan nunchaku secara kasarnya sangat mudah untuk mengalahkan lawan beberapa yang bersenjatakan pisau atau yang tidak bersenjata. Nunchaku juga mudah untuk dibawa dan disembunyikan, sesuai untuk dibawa setiap hari. Jadi, di Okinawa, nunchaku telah digunakan sebagai senjata untuk pertahanan diri dijalanan bagi menentang samseng dan perompak.

Shinken Taira ialah seorang master kobujutsu yerkenal. Beliau telah mencipta bentuk awal ‘kata’ nunchaku. ‘Kata’ nunchakunya mempunyai persamaan dengan senjata ‘seiras’ nunchaku yang wujud dalam seni bela diri di seluruh dunia. Bukan semua orang yang tahu, yang terbaiknya elok diberitahu, senjata-senjata yang hampir sama dengan nunchaku Okinawa ini ialah ‘Erjiegun Cina’, ‘Tabak-toyok Filipina’, ‘Ssangjulbong Korea’ dan batang pemukul padi Eropah. Semua senjata-senjata yang dinyatakan tadi adalah hampir sama dengan nunchaku. Terdapat juga sesetengahnya ‘menciplak’ ciptaan nunchaku dari kobudo.


Sebagai contoh, Chako Filipina dan Tabak-toyok ianya adalah nunchaku Okinawa, hanya  dibuat daripada kayu Filipina tempatan. Lain-lain seni bela diri yang mempunyai ‘nunchaku’ mereka sendiri ialah ‘Sanjiegun Shaolin’ atau kayu pemukul padi Eropah. Namun begitu, kini nunchaku mula dikenali dan popular. Didapati, hampir kesemua seni bela diri yang baru wujud telah menggabungkan senjata ini ke dalam sistem latihan. Hinggakan majalah yang diterbitkan oleh pseudo-Rusia kuno pseudo iaitu sebuah sekolah seni bela diri, mendakwa bahawa nunchaku adalah senjata tradisi pahlawan purba Rusia, tetapi ini adalah karut.

Oleh Kerana ciri-ciri pembuatannya mudah, keberkesanan yang tinggi dalam pertempuran jalanan dan popularitinya melonjak kerana filem Bruce Lee, nunchaku telah mengalami revolusi serta kelahiran baru dalam masa kini. Dari mana Bruce Lee mengenali nunchaku? Ingat tak Dan Innosanto pakar ‘Filipino Kali Arts’? Apa-pun, hari ini nunchaku adalah salah satu senjata yang paling popular selepas pisau dan baton untuk situasi jalanan, tetapi tahukah anda cara menggunakannya. Insya-allah jika berkesempatan saya akan tunjukkan cara-cara bermain ‘nunchaku’ dengan gaya AKMAL EDGE pada masa akan datang.

Messi vs Ronaldo : ‘Permata Yang Jarang Berlaku’


MEREKA berdua kerap berlumba-lumba, bersaing sesama sendiri sehingga mencetuskan fenomena baru dalam dunia bolasepak masa kini. Terdapat pelbagai pendapat, pandangan dan spekulasi yang sering kita dengar dan bualkan yang sering meniti dibibir pelusuk manusia tidak kira apa profesionnya, ahli ekonomi, politik atau rakyat biasa. Mereka berdua memang berbakat, iaitu duo Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang mempunyai banyak persamaan dan sering dipisahkan satu perkara iaitu menang dan kalah.

Kita selalu tertarik dengan mendengar kenyataan jurulatih Real Madrid CF, José Mourinho yang selalu suka mennsensasikan suasana. Baru-baru ini jurulatih Real Madrid itu mencetuskan kontroversi seperti biasa, mengatakan anugerah Ballon d'Or sepatutnya diberi kepada Cristiano Ronaldo. Pada masa yang juga beliau memberitahu kini bukan masanya untuk membandingkan bintang Portugis itu dengan Lionel Messi lagi.



Selepas perlawanan El-Clasico yang ketiga pada tahun lepas, yang berkesudahan seri 2-2 antara FC Barcelona dan Real Madrid CF, kebetulan jaringan kedua-dua gol dijaringkan oleh dua nama, Messi dan Ronaldo. Lalu, Mourinho mengajukan pendapat bahawa mereka berdua adalah pemain yang mulia dan berbakat yang mungkin patut kita iktiraf mereka bersama-sama ataupun berasingan, supaya mereka tidak saling bersaing antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, seperti Mourinho, beliau juga cuba untuk mengelak daripada  menjadi buntu dengan desakan peminat dalam memilih siapa yang bagus. Bagi mereka yang berasal dari Madrid atau peminat Barca, memang tidak dinafikan mereka amat mengagumi dan mengenali kedua-dua lelaki ini. Berikut adalah beberapa fakta mengenai mereka berdua.

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo


Kedua-dua pemain ini kerap memperbaharui rekod sebelumnya, ianya serupa seperti satu penghinaan peribadi kerana mudah bagi mereka memecahkannya tahun demi tahun. Pada masa ini, Messi memecahkan rekod dunia Gerd Mueller dengan 91 gol untuk kelab dan negara pada tahun 2012, maka banyak lagi yang akan dipecahkan dan perbandingan pasti untuk diikuti. Maaf, José. Cristiano Ronaldo belum lagi...

Tetapi perkara apakah yang istimewa sangat mereka berdua ini. Menurut pandangan penganalisi sukan, persamaan Ronaldo dan Messi adalah kedua-dua lelaki profesional yang cemerlang, dipercayai dalam latihan, duta yang baik untuk kelab mereka, jelas dan menarik di khalayak ramai, lucu dan disukai keperibadiannya.



Lihatlah kaedah mereka ketika hendak menjaringkan gol. Setiap daripada mereka ada cara tersendiri. Messi sering menggunakan kaki kirinya dan Ronaldo sebelah kaki kanannya - kedua-dua mereka selalunya mudah untuk menggegar jaring apabila menggunakan kaki. Selain itu, mereka berdua boleh melakukannya dari pelbagai arah dan jarak, sama ada rapat, dengan kepala atau sepakan percuma, dan kedua-dua kerap membantu dibahagian bawah, terutama Messi sememangnya lebih luar biasa dalam hal-hal sebegini.

Selain itu, mereka cergas dari segi fizikal, boleh dipercayai, sangat pandai, berjaya dan sentiasa laparkan kejayaan dan memenangi seberapa banyak trofi untuk pasukan, mereka adalah sebenar-benar contoh pemain yang baik. Maka tidak menghairankan jika kedua-dua pemain bola sepak yang hebat dapat memberi manfaat pada anak-anak kita yang meniru kemahiran, dedikasi, kesungguhan mereka dan tindak balas mereka kepada tekanan, maka mereka lakukan tepat perkara yang betul. Kesimpulannya, jika Ronaldo dan Messi disatukan dalam satu pasukan, ramai yang yakin mereka pasti memberikan impak yang belum kita saksikan dalam mana-mana pasukan bolasepak.

Friday, January 11, 2013

Cruyff Sokong Guardiola Melatih Catalunya, Tetapi...


JOHAN Cruyff merasakan Pep Guardiola akan menjadi pengganti beliau yang ideal sebagai jurulatih untuk pasukan Catalunya (Catalonia). Legenda FC Barcelona berkata sedemikian selepas beliau dilantik menjadi jurulatih untuk perlawanan persahabatan Catalunya baru-baru ini . terbitnya isu ini selepas pasukan Catalan mencatat keputusan seri 1-1 dengan Nigeria, “tidak syak lagi tiada siapa yang ideal buat masa ini adalah dia, beliau perlu perlu mengambil tampuk ini.

"Guardiola adalah lelaki yang ideal, sudah tentu dia orangnya walaupun dia masih sangat muda. Beliau  seolah-olah akan ke England tetapi langsung tidak memberi gambaran akan ke sana." Ujar pengendali yang kini berusia 65 tahun kepada para pemberita.



"timbulnya perkara bukan kerana saya bosan. Saya juga mempunyai cukup masa untuk melakukannya. Saya sentiasa seronok dan gembira kerana dapat bekerja dengan pemain yang suka untuk membentuk satu pasukan Catalan yang bagus. "

Cruyff memulakan kerjaya kejurulatihan beliau di Ajax pada tahun 1985, berpindah dari Amsterdam ke Camp Nou tiga tahun kemudian. Dibawah kendalian Cryufflah bermulanya era impian pasukan FC Barcelona. Pada tahun 1992 FC Barcelona menjuarai UEFA Champions League pada ketika itu dikenali sebagai ‘Piala Eropah’ untuk kelab. Tahun itu juga FC Barcelona turut dilabel sebagai ‘Pasukan Impian’ yang turut disertai oleh Pep Guardiola.



Untuk sejarah, bermula dari kendaliannya, Cryuff memperkenalkan sistem ‘total-football’ dan kemudian diserap baik oleh Pep Guardiola dengan menghasilkan sistem ‘tiki-taka’. Hasilnya, Guardiola berjaya  membawa Blaugrana memenangi pelbagai trofi dibawah kendaliannya sebanyak 14 trofi mengatasi pencapaian Cryuff dengan 13 trofi dalam masa tiga musim.

Sama ada Guardiola setuju atau tidak semuanya belum terjawab. Beliau juga bijak mencetuskan tanda tanya dan bijak menentukan masa depannya. Walaupun ada desas-desus mengatakan beliau akan ke Man.City, Chelsea atau Man.United pada musim panas nanti, begitupun beliau belum lagi mengesahkan destinasi terbarunya.


Katanya, “adalah satu langkah yang tidak baik dan kurang sopan sekiranya saya bercakap mengenai pasukan yang masih memiliki jurulatih. Bagi saya, ianya satu kebanggaan jika dapat bersama dengan negara yang paling banyak memenangi Piala Dunia tetapi saya fikir jurulatih kebangsaan harus dipikul oleh warga tempatan.”

Petikan itu, seolah-olah menggambarkan beliau begitu berminat untuk melatih pasukan kebangsaan Brazil. Namun begitu hasratnya terbantut kerana pasukan kebangsaan Brazil hanya boleh dibimbing oleh warga tempatan buat masa ini.



Thursday, January 10, 2013

'The Raid 2' memulakan penggambaran Januari 2013


PENGARAH filem ‘Merantau’ dan ‘The Raid – Serbuan Maut’, Gareth Evans memberi gambaran tentang maklumat terkini mengenai filem sekuel beliau ‘The Raid 2 – Berandal’. Teraju utama filem ini berkata, beliau dan pasukan produksi sedang menyunting idea bagi memperkemaskini jalan cerita supaya ianya lebih ganas, mantap dan kejam. Ianya mungkin satu keanehan buat penonton dan pendengar, tetapi itulah elemen kejutan yang dilakukannya sehingga membuka mata hollywood. Lebih memeranjatkan filem dilakukan dengan kos yang kecil bagi penggiat filem antarabangsa iaitu tidak lebih dari satu juta dollar.

katanya lagi, “Kami sudah mula dikenali dilayar perak terutama dimata antarabangsa kerana filem-filem yang kami hasilkan sebelum ini, dan tidak lama lagi sekuel yang dipanggil 'Berandal' (bermaksud samseng) turut bakal menjalani penggambaran. Projek asalnya dirancang untuk membuat sebelum filem ‘The Raid’, tetapi saya memberi laluan terlebih dahulu untuk filem tersebut kerana ianya kurang mahal untuk membikinnya.



Pada hujung tahun yang lepas, kedua-dua orang kuat iaitu Evans (pengarah) dan Suryo Sagantoro (penerbit) telah berbincang mengenai rancangan mereka untuk ‘Berandal’, hasil perbincangan mereka membuat keputusan mereka akan cuba menekankan ‘lebih keseimbangan antara drama, kekuatan watak, aksi pertarungan dan gaya identiti’ filem, manakala lokasi penggambarannya pula lebih besar skalanya berbanding filem-filem kami yang sebelumnya.

Filem ini juga akan menjadi lebih lama dari kebiasaan filem-filem mereka sebelumnya. Kemungkinan durasinya melebihi dua jam dan akan mengambil tempoh masa yang lebih lama untuk menyiapkannya. Selain itu, penambahan watak dan bilangan musuh akan menjadi lebih ramai disamping kembalinya Iko Uwais sebagai bintang utama untuk menghadapi musuhnya. Watak-watak lain turut yang akan dimainkan oleh Tio Pakusadewo, Alex Abbad dan Arifin Putra. Model Indonesia dan pelakon, Julie Estelle akan membuat penampilan gempar dengan memegang watak ‘merbahaya’ yang dinamakan dengan gelaran ‘The Hammer Girl’.



Baru-baru ini, Gareth Evans telah mengemaskini maklumatnya dilaman Twitter, bahawa ‘Berandal’ akan memulakan penggambarannya pada bulan Januari, kemungkinan pada tarikh 19 Januari 2013. Dan adegan pertama akan berlaku adalah dua jam selepas tamatnya keseluruhan berhubung filem ‘The Raid – Serbuan Maut’. Selain itu, dia membayangkan juga, bahawasanya Evans akan merancang untuk memberi ‘penghormatan kecil’ untuk filem dalam Berandal kelak.

Evans beranggapan filem ‘The Raid’nya ada persamaan dari segi ‘jiwa kemarahan’ seperti filem aksi zombi Jepun 2000, arahan Ryuhei Kitamura. Semua tanda-tanda itu ialah hanya untuk sekuel seperti adegan sengit dan ganas seperti yang asal, walaupun penetapan dan watak-watak yang tersebut agak lebih meluas. Perwatakan ‘The Hammer Girl’, juga ada sedikit persamaan seperti yang disebutkan tadi. Berikut adalah kenyataan Evans dalam menerangkan gaya pertempuran watak ‘The Hammaer Girl’:



“Watak beliau mempunyai dua tukul, dia akan memukul dengan bahagian keras, menikam anda dengan penyepit dan menarik kembali berkali-kali, jadi secara teknikalnya ia seperti gaya seekor harimau tetapi ianya versi permainan senjata itu.”

“Kami tidak boleh menunggu dan tidak sabar untuk melakukannya.”

'Ballon d'Or dibuat Hanya Untuk Messi'


AKHBAR Sepanyol kesemuanya menghamburkan pujian buat wira dan produk Akademi La Masia yang paling berjaya, Lionel Messi.  Selepas 20 tahun, rekod terakhir dipegang oleh Marco Van Basten pada tahun 1992 dengan memenangi buat kali ketiga, Messi  menjadi individu pertama memenangi FIFA Ballon d'Or empat kali dengan cara berturut-turut. Sebelum ini belum ada individu pemain hebat memenanginya secara berturut-turut melebihi 3 kali. ‘Budak Kecil Ajaib’ ini berjaya melakukannya. ‘Dia’ kata El Mundo, ‘Klasifikasi Luar Biasa’.

Namun, berbeza pula di negara asalnya, Argentina. Ada yang gembira ada yang mengeji. Terdapat kenyataan supaya Messi ‘membuat’ trofinya sendiri’ setelah diumumkan sebagai pemenang kali keempat berturut-turut FIFA Ballon d'Or, yang hampir tidak patut dijadikan berita! Anugerah sebegini tetap akan  berterusan dan penghormatan sememangnya layak diberikan kepadanya. Walaupun kurang sambutan di Argentina, tetapi tidak begitu di tanah air ‘angkat’ beliau, di mana pelbagai perbahasan yang banyak berkisar tentang gelaran individu penyerang FC Barcelona yang bakal boleh dia menangi sebelum dia bersara.

Berikut adalah antara laporan akhbar di Sepanyol :


1. Akhbar harian Sepanyol, El Pais menulis tentang kejayaan Messi memenangi anugerah tahunan yang beliau di dakapi malam tadi telah memadam rekod yang dipegang Michel Platini yang memenanginya secara hatrik, Johan Cruyff dan Marco van Basten yang masing-masing memenangi tiga kali.

2. ‘Ballon d'Or dibuat untuk Messi’, satu petikan tajuk berita dari sebuah akhbar yang menyebabkan Messi ‘benar-benar gementar’ ketika naik ke pentas untuk mengambil trofi tersebut lalu meluahkan dalam ucapannya.

3. El Mundo menyatakan, Messi percaya kemenangannya bukan disebabkan tajuk ‘Tahun 2012 Milik Messi’, tetapi kemenangan dia dibantu oleh jaringan yang dilakukannya - rekod dunia dengan 91 untuk kelab dan negara dalam satu tahun kalendar disamping bakat yang dimiliki beliau.



4. Laporan lain menjelaskan bahawa disebabkan perkara itulah menjadikan dia seperti ‘intipati magnet’ yang membuatkan ramai peminat bola sepak di seluruh dunia ‘menggigil’ apabila melihat dia beraksi. Ramai yang memujinya sambil menggelarkan Messi sebagai ‘Yang Paling Unik’ dan pemain ‘Yang Terbaik Dalam Generasinya’

5. El Mundo juga memuji bahawa kesemua pemain yang terpilih dalam FIFA / FIFPro World XI kali ini adalah pemain yang beraksi dalam La Liga dengan melabelkan mereka dengan tajuk ‘Zaman Kegemilangan Bagi Negara Sepanyol dan Tidak Mungkin Akan Berulang’.

6. Media Argentina percaya bahawa, ‘pencapaian Messi adalah satu berita hampir yang tidak bernilai lagi’. Selain menambah: ‘Jika ada lagi rekod yang belum dia pecahkan, dia akan lakukan’. ‘Jika dia terus bermain cara sebegini sambil dibantu oleh Iniesta atau Xavi, dia akan menang sekali lagi tahun depan.


Tidak kurang dari itu, Messi terus mengejutkan agensi berita EFE, dengan mengenakan pakaian yang menarik perhatian, iaitu sut ‘polka dot’ sama yang pernah dipakai oleh lagenda Argentina, Diego Maradona.

Tuesday, January 08, 2013

Selepas Memperlekehkan Bruce Lee, Steven Seagal Cabar Randy Couture!

Waktu zaman mudanya, beliau dilabelkan antara lelaki yang paling mantap tenaga & badan kerana menguasai Qi...

MASIH ingat lagi tak anda pada pelakon dan pengamal beladiri Aikido iaitu Steven Seagal. Beliau popular dalam filem ‘On Deadly Ground’, ‘Under Siege’ dan banyak lagi. Bukan sahaja terkenal sebagai pelakon seni bela diri tetapi beliau juga seorang pakar dalam bela diri jepun iaitu Aikido.

Seagal merupakan orang pertama ‘non-japanesse’ berjaya membuka do-jo di Tokyo dan berjaya memiliki talipinggang hitam tertinggi dalam Aikido. Bukan mudah saudara-saudari sekalian. Bagi mereka yang bukan dari berbangsa Jepun, pasti akan diuji jika ingin membuka ‘gelanggang’ di sana. Beliau membuktikan kepakaran ilmu aikido yang dipelajari dengan mempersembahkan keberkesanan seni Aikido tersebut ke dalam filem.

Setelah begitu lama menyepi, beliau tampil dengan membuat pengumuman ‘kontroversi’. Pada mulanya beliau menempelak Mendiang Bruce Lee dengan mengatakan Bruce Lee tidak sehebat mana dan bukan seorang ‘master’ yang bagus. Kritikannya itu anda boleh saksikan dalam youtube dalam durasi satu minit lebih.


Jaguh UFC digeruni pihak lawan selain keluarga 'Gracie'... Couture pernah bertarung dengan juara heavyweight WWE, Brock Lesnar dalam oktagon UFC.

Baru-baru ini pula, Seagal mencabar seorang jaguh dan legenda UFC, Randy Couture yang juga seorang pelakon aksi dalam filem ‘Scorpion King 2’ dan yang terbaru dalam ‘The Expendable 1 & 2’. Beliau berkata, “dia akan bertarung dengan Randy Couture secara percuma dalam pertarungan ‘No Holds Barred Bout’...”

Beliau menambah, “jika dia benar-benar mahu bertarung, saya  tidak akan berundur atau menolaknya, dia seorang ‘legend’.

Semasa penampilan di G4TV  ‘Attack of the Show’, Couture membalas ‘serangan psikologi’ terhadap Seagal (melalui MMAWeekly.com) dengan menyatakan sebenarnya dia telah merancang bersara dan meninggalkan lapangan gelanggang pertarungan, tetapi jika Seagal benar-benar serius mahu berlawan, dia pun tidak menolak.


Pengamal beladiri dan pakar dalam ilmu Aikido...

Seagal menganggap Couture adalah ‘rakan’, namun dia agak ‘terasa’ dengan komen yang diberikan oleh Couture. Dalam temu bual dengan Ariel Helwani pada ‘Hour MMA’, bintang Hollywood itu bertindak menyahut cabaran Couture tersebut (melalui MMAFighting.com):

“... Saya tertanya-tanya apa niat beliau sebenarnya. Saya selalu menyangka bahawa Randy adalah rakan saya dan seorang yang budiman. Saya keliru mengapa dia berkata sedemikian, tetapi jika benar dia ada niat untuk menguji atau sesiapa sahaja, anda boleh mencari saya bila-bila masa dan mana-mana tempat. Jika Randy benar-benar mahu berlawan, dia boleh melawan saya bila-bila masa dia mahu...”

Manakala Couture pada mulanya menganggap ianya sebagai satu bahan jenaka dari pihak media dan peminat, tetapi Seagal tidak seseorang yang jenis mengambil ringan tentang sesuatu cabaran dan amat sensitif.

Hall of Fame... Couture kini bergelar 'legend' UFC dan melatih ramai petinju berbakat...

Sebagai seorang bintang filem, ramai orang tidak melupakan dan mengingati kehebatan Seagal yang sah datang dari latar belakang seni bela diri iaitu seni bela diri Aikido. Sebagai pemegang ijazah ketujuh tali pinggang hitam dalam Aikido, beliau telah banyak memperoleh peluang untuk mengembara seluruh dunia dan mengajar seni bela diri tersebut kepada orang.

Beliau juga pernah membantu Anderson Silva dan Lyoto Machida, MMA legenda, dalam persiapan menghadapi pertarungan merebut gelaran UFC.

Namun begitu, Seagal sedar akan batasan dan risiko sendiri sekiranya dia menjejak kaki dalam gelanggang pertarungan UFC. Dia mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti James Toney yang bersetuju untuk melangkah ke dalam ‘Octagon’ itu bertarung dengan Couture.


Seagal memegang watak antagonis dalam filem 'Machette'...

Pada usia 60 tahun, tak mungkin Seagal akan bertahan lama apabila melawan Couture, namun, dia bertegas tetap boleh berlawan dengan Couture pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja tempat, asal syarat-syaratnya tidak terlalu mengongkong.

Seagal menjelaskan dalam temubualnya dengan Helwani:

“... Ia akan diadakan secara percuma, dan ia akan berlaku pada tempat di mana tidak terdapat seorang saksi pun. Hanya antara saya dan dia. Saya berharap dia faham, dan jika itulah apa yang dia mahu, dia boleh mendapatkannya pada bila-bila masa dia mahu...”

Nasib baik untuk peminat MMA, pertarungan ini tidak akan berlaku dalam Octagon UFC. Jika tidak ianya pasti berlaku seperti didalam UFC 118 apabila Couture berdepan dengan Toney yang terlebih had berat (gemuk).


Aksi Couture dalam filem 'The Expendables'...

Seagal sebenarnya turut tidak gemar bertarung dalam sangkar seperti dalam gelanggang oktagon MMA. Katanya seperti dalam ‘sarkis’. Katanya lagi, “jika dia mahu bertarung dengan Couture, dia akan tetapkan syarat dan peraturan sendiri”...

“... Saya tidak akan bermain mengikut peraturannya. Saya ada cara saya sendiri. Saya seorang lelaki ada maruah. Saya seorang budiman dan seorang pahlawan, jika dia perlukan saya,  dia tahu di mana untuk  dia mencari saya...”

Sunday, January 06, 2013

Persembahan Silat Di Dewan Seri Melati Presint 3 Putrajaya

Tarikh : 6 Januari 2013
Majlis : Perkahwinan Encik Qamarul & Cik Laila
Pesilat : Akmal, Salehuddin, Sharifuddin dan Irman