Waktu zaman mudanya, beliau dilabelkan antara lelaki yang paling mantap tenaga & badan kerana menguasai Qi... |
MASIH ingat lagi tak anda pada pelakon dan pengamal
beladiri Aikido iaitu Steven Seagal. Beliau popular dalam filem ‘On Deadly
Ground’, ‘Under Siege’ dan banyak lagi. Bukan sahaja terkenal sebagai pelakon
seni bela diri tetapi beliau juga seorang pakar dalam bela diri jepun iaitu
Aikido.
Seagal merupakan orang pertama ‘non-japanesse’ berjaya
membuka do-jo di Tokyo dan berjaya memiliki talipinggang hitam tertinggi dalam Aikido.
Bukan mudah saudara-saudari sekalian. Bagi mereka yang bukan dari berbangsa
Jepun, pasti akan diuji jika ingin membuka ‘gelanggang’ di sana. Beliau
membuktikan kepakaran ilmu aikido yang dipelajari dengan mempersembahkan keberkesanan
seni Aikido tersebut ke dalam filem.
Setelah begitu lama menyepi, beliau tampil dengan
membuat pengumuman ‘kontroversi’. Pada mulanya beliau menempelak Mendiang Bruce
Lee dengan mengatakan Bruce Lee tidak sehebat mana dan bukan seorang ‘master’
yang bagus. Kritikannya itu anda boleh saksikan dalam youtube dalam durasi satu
minit lebih.
Jaguh UFC digeruni pihak lawan selain keluarga 'Gracie'... Couture pernah bertarung dengan juara heavyweight WWE, Brock Lesnar dalam oktagon UFC. |
Baru-baru ini pula, Seagal mencabar seorang jaguh dan
legenda UFC, Randy Couture yang juga seorang pelakon aksi dalam filem ‘Scorpion
King 2’ dan yang terbaru dalam ‘The Expendable 1 & 2’. Beliau berkata, “dia
akan bertarung dengan Randy Couture secara percuma dalam pertarungan ‘No Holds
Barred Bout’...”
Beliau menambah, “jika dia benar-benar mahu bertarung,
saya tidak akan berundur atau
menolaknya, dia seorang ‘legend’.
Semasa penampilan di G4TV ‘Attack of the Show’, Couture membalas
‘serangan psikologi’ terhadap Seagal (melalui MMAWeekly.com) dengan menyatakan
sebenarnya dia telah merancang bersara dan meninggalkan lapangan gelanggang
pertarungan, tetapi jika Seagal benar-benar serius mahu berlawan, dia pun tidak
menolak.
Seagal menganggap Couture adalah ‘rakan’, namun dia
agak ‘terasa’ dengan komen yang diberikan oleh Couture. Dalam temu bual dengan
Ariel Helwani pada ‘Hour MMA’, bintang Hollywood itu bertindak menyahut cabaran
Couture tersebut (melalui MMAFighting.com):
“... Saya tertanya-tanya apa
niat beliau sebenarnya. Saya selalu menyangka bahawa Randy adalah rakan saya
dan seorang yang budiman. Saya keliru mengapa dia berkata sedemikian, tetapi jika
benar dia ada niat untuk menguji atau sesiapa sahaja, anda boleh mencari saya
bila-bila masa dan mana-mana tempat. Jika Randy benar-benar mahu berlawan, dia
boleh melawan saya bila-bila masa dia mahu...”
Manakala Couture pada mulanya menganggap ianya sebagai
satu bahan jenaka dari pihak media dan peminat, tetapi Seagal tidak seseorang
yang jenis mengambil ringan tentang sesuatu cabaran dan amat sensitif.
Sebagai seorang bintang filem, ramai orang tidak
melupakan dan mengingati kehebatan Seagal yang sah datang dari latar belakang
seni bela diri iaitu seni bela diri Aikido. Sebagai pemegang ijazah ketujuh
tali pinggang hitam dalam Aikido, beliau telah banyak memperoleh peluang untuk
mengembara seluruh dunia dan mengajar seni bela diri tersebut kepada orang.
Beliau juga pernah membantu Anderson Silva dan Lyoto
Machida, MMA legenda, dalam persiapan menghadapi pertarungan merebut gelaran
UFC.
Namun begitu, Seagal sedar akan batasan dan risiko
sendiri sekiranya dia menjejak kaki dalam gelanggang pertarungan UFC. Dia
mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti James Toney yang bersetuju untuk
melangkah ke dalam ‘Octagon’ itu bertarung dengan Couture.
Pada usia 60 tahun, tak mungkin Seagal akan bertahan
lama apabila melawan Couture, namun, dia bertegas tetap boleh berlawan dengan
Couture pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja tempat, asal syarat-syaratnya
tidak terlalu mengongkong.
Seagal menjelaskan dalam temubualnya dengan Helwani:
“... Ia akan diadakan secara
percuma, dan ia akan berlaku pada tempat di mana tidak terdapat seorang saksi
pun. Hanya antara saya dan dia. Saya berharap dia faham, dan jika itulah apa
yang dia mahu, dia boleh mendapatkannya pada bila-bila masa dia mahu...”
Nasib baik untuk peminat MMA, pertarungan ini tidak
akan berlaku dalam Octagon UFC. Jika tidak ianya pasti berlaku seperti didalam
UFC 118 apabila Couture berdepan dengan Toney yang terlebih had berat (gemuk).
Seagal sebenarnya turut tidak gemar bertarung dalam sangkar
seperti dalam gelanggang oktagon MMA. Katanya seperti dalam ‘sarkis’. Katanya
lagi, “jika dia mahu bertarung dengan Couture, dia akan tetapkan syarat dan peraturan
sendiri”...
“... Saya tidak akan bermain mengikut peraturannya.
Saya ada cara saya sendiri. Saya seorang lelaki ada maruah. Saya seorang
budiman dan seorang pahlawan, jika dia perlukan saya, dia tahu di mana untuk dia mencari saya...”