BAGI mereka yang biasa dengan senjata kobujutsu Okinawa memperakui senjata nunchaku adalah senjata tradisi masih boleh dipertikai ketika ini, tetapi jika benar seni mempertahankan diri Okinawa benar-benar dicipta oleh golongan bangsawan yang dibenarkan untuk membawa pedang dan lembing, kenapa mereka mencipta teknik bertempur atau mempertahankan diri mereka dengan sabit, dayung, cangkul dan lain-lain alatan petani dan nelayan? Berikut adalah jawapannya:
Ryusho Sakagami iaitu
master kobujutsu pernah memecahkan blok Konkrit dengan libasan nunchaku. Beliau
berkhidmat dengan kerajaan sebagai pegawai tentera dan polis atau sebagai
pegawai kerajaan negeri. Mereka dilindungi dan disimpan ‘undang-undang dan
perintah’ serta menerima upah dari raja. Mereka tidak mempunyai sumber
pendapatan lain sebagai undang-undang yang melarang mereka daripada apa-apa
pekerjaan lain. Pada satu ketika itu, upah diterima tidak mencukupi untuk menyara
keluarga dan ramai daripada mereka telah dikurangkan kerana memberontak dan
hidup mengemis.
Pada tahun 1724,
untuk menyelesaikan masalah ini, golongan bangsawan telah diberikan kebenaran
untuk menjadi pedagang, petani, atau tukang. Ramai daripada mereka meninggalkan
perkhidmatan negeri dan terpaksa berpindah ke kampung-kampung dengan keluarga
mereka hanya kerana untuk menyara keluarga dan meneruskan hidup. Selepas satu
abad setengah, selepas revolusi Meiji, bangsawan Okinawa (serta samurai Jepun) yang
mempunyai hak keistimewaan telah dibatalkan hak keistimewaan tersebut, ianya
melibatkan hak untuk membawa pedang dan termasuk dilucutkan gaji mereka. Jika
anda membaca ‘Gone With Wind’, anda pasti akan tahu kisah golongan bangsawan
yang terpaksa menjadi pekedai dan pembuat roti untuk terus hidup.
Dan sebagainya
ia telah berlaku kepada golongan bangsawan di Okinawa. Ahli-ahli keluarga
diraja bekerja sebagai ‘Teamsters’ dan ‘Night Watchmen’. Manakala puteri-puterinya
menjadi pemotong atau pemungut kayu dan penjual babi di pasar. Ramai golongan
bangsawan berpindah ke kampung-kampung. Oleh itu, para petani, sudah tentu,
tidak gembira dengan situasi tersebut dan boleh menimbulkan perbalahan. Para
petani berusaha untuk ‘mengusir’ mereka, namun segala usaha ini hampir-hampir menyebabkan
pergaduhan. Bilangan pencuri dan perompak juga meningkat ketika itu kerana
makanan sukar diperolehi dan ianya amat-amat berharga. Hasilnya, ‘petani muda’
terpaksa mempelajari atau memantapkan diri dengan kemahiran membela diri
mereka.
Golongan
bangsawan? sudah tentu, mereka akan memilih untuk berjuang dengan pedang mereka
dan bukannya dengan tangan, tetapi mereka dilarang menggunakan dan membawa
senjata tanpa kebenaran. Persoalannya, apakah yang akan dilakukan oleh seorang
pahlawan apabila dia tidak boleh menggunakan senjata? Oleh itu, mereka terpaksa
bermula dengan primitif kembali. Setiap yang hebat pasti bermula dari perkara
yang tidak hebat. Sami Shaolin berjaya mencipta teknik dengan selipar dan
bakul, Ninja pula belajar untuk membunuh lawan mereka dengan penyepit. Golongan
bangsawan Okinawa? Selepas dilucutkan senjata, mereka juga telah mencipta
senjata akibat tekanan secara spontan.
Hasil tekanan
tersebut, terciptalah senjata seperti enam kaki ‘rokushakubo’, empat kaki ‘jo’,
tiga kaki ‘Hanbo’, Sabit (Sutra), dayung (eku), cangkul (kuwa), gaffs
(nunti-bo), ‘millstone handle’ (tonfa) dalam bahasa melayu dikenali sebagai
tuas dan objek lain yang berkesan boleh digunakan dalam sistem membela diri
mereka. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka telah mencipta dua batang kayu yang
dihubungkan dengan tali telah menarik perhatian seseorang. Seorang pahlawan telah
mencubanya lalu mengayunkan senjata, seolah-olah dirinya sedang melawan sambil
menghentam kepala lawan. Melihat fleksibel dan keunikannya maka ‘nunchaku’
telah dilahirkan.
Nunchaku bukanlah
senjata yang sangat popular ketika itu. Ini kerana tiada pengesahan ‘kata’
nunchaku asli atau tradisional yang dikenali sehingga hari ini. Kekurangan
populariti tentang senjata seperti nunchaku ini disebabkan keberkesanan
penggunaannya atau tidak ramai boleh menguasai senjata ini. Ianya berbeza
dengan pedang. Sebenarnya, seorang yang mahir dalam penggunaan nunchaku secara
kasarnya sangat mudah untuk mengalahkan lawan beberapa yang bersenjatakan pisau
atau yang tidak bersenjata. Nunchaku juga mudah untuk dibawa dan disembunyikan,
sesuai untuk dibawa setiap hari. Jadi, di Okinawa, nunchaku telah digunakan
sebagai senjata untuk pertahanan diri dijalanan bagi menentang samseng dan
perompak.
Shinken Taira ialah
seorang master kobujutsu yerkenal. Beliau telah mencipta bentuk awal ‘kata’
nunchaku. ‘Kata’ nunchakunya mempunyai persamaan dengan senjata ‘seiras’
nunchaku yang wujud dalam seni bela diri di seluruh dunia. Bukan semua orang
yang tahu, yang terbaiknya elok diberitahu, senjata-senjata yang hampir sama
dengan nunchaku Okinawa ini ialah ‘Erjiegun Cina’, ‘Tabak-toyok Filipina’, ‘Ssangjulbong
Korea’ dan batang pemukul padi Eropah. Semua senjata-senjata yang dinyatakan
tadi adalah hampir sama dengan nunchaku. Terdapat juga sesetengahnya ‘menciplak’
ciptaan nunchaku dari kobudo.
Sebagai contoh,
Chako Filipina dan Tabak-toyok ianya adalah nunchaku Okinawa, hanya dibuat daripada kayu Filipina tempatan.
Lain-lain seni bela diri yang mempunyai ‘nunchaku’ mereka sendiri ialah ‘Sanjiegun
Shaolin’ atau kayu pemukul padi Eropah. Namun begitu, kini nunchaku mula
dikenali dan popular. Didapati, hampir kesemua seni bela diri yang baru wujud
telah menggabungkan senjata ini ke dalam sistem latihan. Hinggakan majalah yang
diterbitkan oleh pseudo-Rusia kuno pseudo iaitu sebuah sekolah seni bela diri, mendakwa
bahawa nunchaku adalah senjata tradisi pahlawan purba Rusia, tetapi ini adalah
karut.
Oleh Kerana
ciri-ciri pembuatannya mudah, keberkesanan yang tinggi dalam pertempuran
jalanan dan popularitinya melonjak kerana filem Bruce Lee, nunchaku telah
mengalami revolusi serta kelahiran baru dalam masa kini. Dari mana Bruce Lee
mengenali nunchaku? Ingat tak Dan Innosanto pakar ‘Filipino Kali Arts’?
Apa-pun, hari ini nunchaku adalah salah satu senjata yang paling popular
selepas pisau dan baton untuk situasi jalanan, tetapi tahukah anda cara
menggunakannya. Insya-allah jika berkesempatan saya akan tunjukkan cara-cara
bermain ‘nunchaku’ dengan gaya AKMAL EDGE pada masa akan datang.