JOHAN Cruyff merasakan Pep Guardiola akan menjadi pengganti beliau yang ideal sebagai jurulatih untuk pasukan Catalunya (Catalonia). Legenda FC Barcelona berkata sedemikian selepas beliau dilantik menjadi jurulatih untuk perlawanan persahabatan Catalunya baru-baru ini . terbitnya isu ini selepas pasukan Catalan mencatat keputusan seri 1-1 dengan Nigeria, “tidak syak lagi tiada siapa yang ideal buat masa ini adalah dia, beliau perlu perlu mengambil tampuk ini.
"Guardiola adalah lelaki yang ideal, sudah tentu dia orangnya walaupun dia masih sangat muda. Beliau seolah-olah akan ke England tetapi langsung tidak memberi gambaran akan ke sana." Ujar pengendali yang kini berusia 65 tahun kepada para pemberita.
"timbulnya perkara bukan kerana saya bosan. Saya juga mempunyai cukup masa untuk melakukannya. Saya sentiasa seronok dan gembira kerana dapat bekerja dengan pemain yang suka untuk membentuk satu pasukan Catalan yang bagus. "
Cruyff memulakan kerjaya kejurulatihan beliau di Ajax pada tahun 1985, berpindah dari Amsterdam ke Camp Nou tiga tahun kemudian. Dibawah kendalian Cryufflah bermulanya era impian pasukan FC Barcelona. Pada tahun 1992 FC Barcelona menjuarai UEFA Champions League pada ketika itu dikenali sebagai ‘Piala Eropah’ untuk kelab. Tahun itu juga FC Barcelona turut dilabel sebagai ‘Pasukan Impian’ yang turut disertai oleh Pep Guardiola.
Untuk sejarah,
bermula dari kendaliannya, Cryuff memperkenalkan sistem ‘total-football’ dan
kemudian diserap baik oleh Pep Guardiola dengan menghasilkan sistem
‘tiki-taka’. Hasilnya, Guardiola berjaya
membawa Blaugrana memenangi
pelbagai trofi dibawah
kendaliannya sebanyak 14 trofi mengatasi pencapaian Cryuff dengan 13 trofi
dalam masa tiga musim.
Sama ada Guardiola
setuju atau tidak semuanya belum terjawab. Beliau juga bijak mencetuskan tanda
tanya dan bijak menentukan masa depannya. Walaupun ada desas-desus mengatakan
beliau akan ke Man.City, Chelsea atau Man.United pada musim panas nanti,
begitupun beliau belum lagi mengesahkan destinasi terbarunya.
Katanya, “adalah
satu langkah yang tidak baik dan kurang sopan sekiranya saya bercakap mengenai
pasukan yang masih memiliki jurulatih. Bagi saya, ianya satu kebanggaan jika
dapat bersama dengan negara yang paling banyak memenangi Piala Dunia tetapi
saya fikir jurulatih kebangsaan harus dipikul oleh warga tempatan.”
Petikan itu,
seolah-olah menggambarkan beliau begitu berminat untuk melatih pasukan
kebangsaan Brazil. Namun begitu hasratnya terbantut kerana pasukan kebangsaan
Brazil hanya boleh dibimbing oleh warga tempatan buat masa ini.