Thursday, January 03, 2013

EP8 : Panduan Beladiri Wanita : KENALI PEMANGSA ANDA


SIAPAKAH mereka ini? Adakah dari golongan susah, senang atau keturunan hebat-hebat? Terdapat pelbagai jenis pemangsa dikalangan penjenayah ini. Mereka selalu terdiri dari golongan eksklusif atau kororat hingga ke tahap ’gaban’ kemiskinannya tidak kira yang tidur dijalanan dan sakit jiwa.

Namu begitu, untuk menyenaraikan kesemuanya adalah mustahil kerana ianya cukup besar dan kompleks. Untuk memberi sedikit gambaran berkenaan pemangsa anda ini, saya telah bahagikan kepada 5 kumpulan utama iaitu kumpulan ’wang’, ’disiplin’, ’deprivation (kekurangan)’, ’sosial’ dan ’sakit (illness)’.


Kumpulan ’Wang’
Kumpulan ini juga dikenali sebagai penjenayah wang. Penjenayah kategori ini sentiasa melanggar etika kod undang-undang kerana mereka selalunya ’kekurangan’ wang atau mempunyai keinginan tinggi terhadap wang. Mungkin mereka bersifat tamak atau seorang yang muflis tetapi semuanya menjurus pada kegiatan yang tidak baik.

Kumpulan ini pula boleh kita bahagikan kepada tiga. Satu, kemungkinan dia seorang yang terdesak kerana bebanan hutang atau tanggungan kehidupan dengan kos hidup yang meningkat. Kedua, mereka ini dari golongan remaja yang rosak akhlak dan suka berbuat ’nakal’. Dan yang ketiga, mungkin tindakan seorang yang berstatus tinggi bersikap tamak dan menunjuk kepandaiannya dalam kaedah yang tidak betul dengan menggelapkan wang syarikat.


Kumpulan ’Disiplin’
Disiplin selalu berkait rapat dengan masalah sikap atau akidah. Mereka lakukan apa yang mereka ingin lakukan tanpa mengambil kira pandangan  dan perasaan serta tidak menghiraukan orang lain. Inilah tipikal bagi karektor bagi penjenayah kategori ’kurang ajar’.

Kumpulan ini terbahagi pada empat. Pertama, geng lumba haram, baik penunggang motor atau kereta. Sentiasa melanggar undang-undang lalu lintas seperti membawa laju, langgar lampu isyarat dan suka bergaduh. Mereka ini memang sepadan dengan gelaran ’road-bully’. Kedua, mereka jenis yang gemar mencari pasal seperti mengusik, membuli dan bergaduh tanpa sebab munasabah.

Ketiga, pemabuk, dia tidak dalam keadaan normal kadang-kadang menimpakan bencana atau memberi kesusahan pada orang lain. Keempat, seseorang yang tidak berniat mencederakan orang lain tetapi lalai dan menyebabkan kematian, contohnya, seorang bapa meninggalkan pistol berisi peluru dalam laci ketika anak-anaknya berada di rumah.
-

Kumpulan ’Kekurangan’
Ini kumpulan penjenayah ’terdesak’ selalu atau dipanggil ’desprivation’. Kumpulan ini lebih cenderung dikategori dalam kumpulan meraih ’simpati’ tetapi mereka tetap penjenayah. Terbahagi pada tiga, yang pertama, mereka ini dikalangan mempunyai pekerjaan namun gaji tidak mencukupi kerana nilai gajinya kecil. Oleh itu, untuk menambah pendapatan mereka mengedar dadah.

Kedua, mereka ini berada dalam keluarga yang sibuk. Kedua ibu-bapanya tiada masa bersamanya, untuk mendapatkan perhatian dia mencuri barangan di kedai. Ketiga, persekitaran yang tidak baik dijadikan contoh seperti seorang budak lelaki dibesarkan oleh ayahnya yang bekerja sebagai pencuri. Tambahan pua, ayahnya bangga dengan kegiatan tersebut yang memberinya pulangan wang lumayan.


Kumpulan ’Sosial’
Masalah sosial memang sinonim berlaku dimana-mana di dunia ini. Manusia tidak lepas dari ancaman sosial yang kerap merosakkan akidah. Boleh dikatakan sebahagian besar masalah jenayah berpunca dari kelemahan sistem sosial dalam masyarakat masa kini. Penjenayah sosial boleh dibahagi kepada empat.

Pertama, mereka melakukan jenayah atas dasar sikap cemburu, dengki dan iri hati pada seseorang. Kedua, penjenayah sosial selalunya berlaku atas dasar ingin membalas dendam, sama ada berada dipihak yang benar atau salah. Ketiga, disebabkan pergaulan atau salah memilih sahabat, seseorang itu terjebak dengan kumpulan samseng kerana terpengaruh. Keempat, penjenayah dikalangan mereka yang kecewa, marah dan sedih akibat bernasib buruk. Lalu dia mencipta sejenis virus dan disebarkan dalam komputer supaya orang lain juga akan merasa apa yang dia rasai.


Kumpulan ’Sakit’
Penjenayah kategori ’sakit’ ini adalah kumpulan penjenayah yang terakhir dalam episod ini. Wah, macam drama bersiri pulak. Maklumlah, penulis ni orang seni. Mereka ini adalah penjenayah yang menderita akibat tidak kestabilan seperti penagihan dadah atau sakit jiwa. Kita boleh labelkan mereka dalam dua kumpulan.

Pertama, mereka ini datang dari golongan penagih secara senyap-senyap. Lama-kelamaan, perbuatan itu memakan diri sehingga dipecat kerja kerana rekod kehadiran kerja tidak memuaskan. Oleh itu, dia terus terjebak dan untuk meneruskan hidup dengan ketagihan dadah, dia mula mencuri dan menjual barangan berharga. Kedua, seorang lelaki sakit jiwa seperti orng tidak waras. Dia membunuh orang tanpa sebab, dia percaya setelah mendapat arahan dari anjing untuk membunuh.

Pada keluaran akan datang, akan dibincangkan dan dikongsi bersama dengan topik yang lain pula. Sila ikuti sambungan artikel ini pada keluaran keluaran seterusnya dalam EP9 : Panduan Beladiri Wanita : PERIHAL SENI BELA DIRI, Insya-Allah ;-)