Tuesday, July 23, 2013

Donnie Yen dan Wilson Yip Keluar Dari Ip Man 3!!!


Bertemu kembali di arena ini,

FRANCAIS filem Ip Man adalah filem seni beladiri amat popular dan dinanti-nanti oleh peminat beladiri dunia khususnya pengamal seni beladiri Kung Fu. Setelah berjaya dengan dua edisi Ip Man dan Ip Man 2, khabar angin yang mengatakan terdapat pergolakan dalam menghasilkan edisi ketiga ini makin terbuka pekungnya. Ianya berlaku apabila pihak penerbit iaitu Raymond Wong, mahu menukarkan teraju utama filem tersebut iaitu Wilson Yip dengan anaknya Edmond bagi Ip Man 3. Perkara itu disanggah Donnie Yen kerana dia dan Wilson telah bekerjasama menghasil dan menjaga kualiti filem berkenaan sejak awal penerbitannya.

Keadaan kembali reda selepas Donnie Yen turut mengugut untuk tarik diri. Selepas selesai keadaan itu, timbul pula masalah lain iaitu masalah kepadatan jadual kerja antara Wilson Yip dan Donnie Yen selain bajet produksi tidak menepati kriteria untuk menghasilkan filem Ip Man 3 dalam bentuk 3D. Hubungan mereka kembali tegang. Kelewatan pihak penerbit memutuskan tarikh penggambaran secepat antara punca kekalutan ini berlaku. Menurut sumber terbaru, penerbitnya memutuskan untuk memulakan penggambaran filem ini pada tahun hadapan, Donnie Yen membalas dengan mengatakan jadual kerja dia dan Wilson sudah terlalu padat!

"...Perkara ini mengingatkan tentang apa yang berlaku pada ABG JAM ketika menghasilkan drama aksi EJEN RAHSIA 5 untuk Astro pada tahun 2006. Selepas tamat musim pertama, siri EJEN RAHSIA 5 ini akan disambung penerbitannya seperti pada perjanjian awal bahawa EJEN RAHSIA 5 akan diterbitkan sehingga 3 musim. Namun, selepas berjaya dan mendapat rating yang baik, barisan EJEN RAHSIA 5 hendak dirombak oleh penerbit. Hanya skrip sahaja mereka mahukan, habis kuat jadi koreografer! Jadi, ape lagi... ABG JAM dan rakan2 sepakat tidak mahu teruskan dan skrip ditarik balik!..."

Monday, July 22, 2013

Tribute To Ejen Rahsia 5 (ER-5) Bahagian 2


Bertemu Kembali Sahabat Ku Semua,

APA yang janjikan mesti dikotakan... bukan diKOTAKkan tauuu... Sekarang iniiii... ABG JAM mahu 'previous' semua keje2 ABG JAM ketika terlibat didalam bidang perfileman, persembahan dan seni beladiri... Oleh itu, hari ini tanpa melengahkan masa dan tenaga, al-maklumlah tengah pose nih... badan kureng baik... ABG JAM terus mengUPLOAD video reel bahagian kedua tentang aksi pertarungan melibatkan ABG JAM dalam drama aksi bersiri EJEN RAHSIA 5.

"... Maka, nak STORY-MORI lah tentang petikan babak video nih... baru2 nih bahagian pertama disajikan aksi pertarungan 'terbaeekkk' ABG JAM dalam episod 2 yang bertajuk 'The Guns'. Kali nih episod 4... tajuk lagi ganazzz... yeahhh! tajuknyerrr... 'The Kumite'.... Kesahnya mengenai sebuah kumpulan kongsi gelap yang membuat pertandingan 'sabung' manusia tanpa 'lesen' dan banyak menyebabkan kes kematian misteri... So cerita nih banyak adegan pertarungan, salah satunya babak pertarungan ABG JAM seperti di dalam petikan video reel ini...."

Selamat menonton video nih... moga2 kite boleh berkongsi kegembiraan dan maklumat melalui apa yang dipersembahkan ini. Buat masa ini BLOG ABG JAM nih masih dalam pembaikan... Tapi setakat nih dah hampir 80% dah nak okey... Rajinlah layari BLOG tak seberapa KU nih... InshaAllah ABG JAM cuba jadikan blog seperti tempat penyebaran maklumat yang positif... CEWAAAHHH... Skema plak ABG JAM hari nih... So... HASTA LA VISTA... FRENZZZ... ;-)

Sunday, July 21, 2013

Santai... : Dua Puteri Ku Yang 'BOOM SHAKALA KALA BOOM'!

As-Salam Buat Blogger Dan Pengunjung...

HAI apa kaborrr... Selamat pagi... moga anda semua ceria dan sihat hendak-Nya... ABG J.A.M jugak ceria melebihi tahap KAMEN RIDER BLACK RX! ahahaahahahaa... Ni ABG JAM nak kongsikan sikit tentang gelagat dan celoteh anak2 ABG JAM nih...

"...Ni dia STORY-MORI nyerrrr.... sama ada ENTE tau atau tidak... sedar tak sedar dah besar dua orang puteri kesayangan ABG JAM nih... So, ABG JAM tengok, diorg nih suke sangat bergambo walau usia masih HIJAU! So, peluang yang ada ni ABG JAM rakamkan beberapa keping STILL PHOTOS nih dan UPLOAD terus ke blog ABG ni... Korang labelkanlah sendiri... hihihihi..."


"... Ni lah dua orang puteri yang ABG JAM maksudkan... FIRST TIME EXpoSuRE! Sebelum nih memang ABG JAM tak suke 'exposed2' diorang nih... tapi saja nak santai dan rileks jap kan hati nih... so, tu yang UPLOADkan foto2 diorg nih... amacam? Leh jadi model MUSLIMAH tak?..."


"... Tadaaaa... Memperkenalkan... Puteri sulung ABG JAM... NUR QASEH BATRISIYIA... Yang nih MEME manje dengan I... Tak boleh berenggang... Adoooiiii... Kalo nak gi mengajar silat atau gi shooting MEME susoh! Kalo bab posing2 nih... serah pada dia... huhuhu..."


"... Hah! Yang nih pulak adiknyer... NUR CHINTA ARISSA... Tengok tuh... Pandai jugak nak berFOTO2.... Adooiiii... Semua anak-anak KU nih suke berposing kar? Jadi model? Hmmm... Entahlah... Tapi ABG JAM lebih suke diorg semua jadi USTAZAH.... hahahaha...."


"...Penenang Hati Ku... Qaseh dan Chinta... Lepas nih tak tau nak letak nama ape kalo ada lagi sorang... hak hak hak... SAYANg kot kalo POMpuAn... Laki?... Hmmm... Ape kata MUNG orang..."


".... Haaaa... Sebenarnyer... Inilah yang paling BOOM! SHAKALA KALA BOOM!... Ape??? Tuh! Tengok! Tengok! Bapak 'peminat mati keras' FC Barcelona, anak pun sama! XCAYA? Nanti korang tengoklaaar.... Kalo si QASEH tu kalo gi kedai nike, nampak jersi FCB terus dia cakap, "Ayah! ONAAA..." Hahahaha..., 'That's My Barca Girls'..."


"... Finally... The ROCK Has Come To L.A..., Here is SMELLLSSS... La la la larr... What Ta' ROCK Has Cooking..." Ape yang ABG JAM mengarut nih daaaa... Memang.. KU bile seronok menulis... dia punya 'simpang' tu banyak sangat... seronok, idea mencurah2... Ni kire singkat... ikut hati XCUKUP mukasurat blog ni... Akhir sekali... Ni lah barisan keluarga ABG JAM tercinte... Selamat Berhujung Minggu!!!..."

Kanser Kali Kedua, Penamat Karier Tito Vilanova...


As-Salam Buat Semua,

TERGEZUT jugak ABG J.A.M tentang musibah yang menimpa ketua jurulatih FC Barcelona seperti yang diumumkan dalam berita tempatan kita... kesian dia... kena kanser kali kedua setelah baru pulih baru-baru ini... ABG J.A.M yang jugak PEMINAT MATI KERAS (die hard fans) Barça, menyatakan sokongan moga Tito Vilanova cepat sembuh walaupun dia bukan coach lagi untuk FCB. Tempat beliau akan diganti oleh orang lain... Sayang! Lepas kehilangan Pep Guardiola, kini Tito pulak... KONPEM la dia tak turun MALAYSIA nanti... huhuhu... SADIS2... Cadangan ABG J.A.M pengganti yang sesuai buat masa ini yang KU nampak ialah Johan Cryuff... orang yang memperkenalkan sistem permainan 'Total Football' pada Barça dan diadaptasi serta disempurnakan oleh Pep Guardiola sehingga menjadikan Barça kelab terbaik dunia... YESZAAA... Viva Barça!

Berikut adalah petikan kenyataan daripada presiden kelab FC Barcelona berhubung musibah yang menimpa Tito Vilanova :-


"...Presiden Sandro Rosell mengumumkan petang semalam bahawa pengurus Catalan itu tidak akan terus di FC Barcelona kerana terpaksa menerima rawatan berterusan ketika proses pemulihan... Pasukan juga tidak akan pergi ke Poland pada hari Sabtu ini untuk perlawanan persahabatan... Tarikhnya akan dipinda kemudian..."


"...Menutup sidang akhbar, Presiden Rosell menjelaskan: "hidup mesti diteruskan. Jelas ini merupakan satu tamparan yang sukar untuk kita terima, tetapi Barça telah mengalami banyak 'pukulan' dalam sejarah kita dan kita sentiasa berjaya mengatasinya dengan kejayaan. Tiada apa yang berbeza ", sambil menambah, saya meminta anda semua untuk memahami - berfikir dan mengambil berat pada orang yang berjasa pada kelab dan kemudian barulah bercerita tentang Kelab..." Ni ABG J.A.M plakk yang tambah, "MES QUE UN CLUB" (more than club - motto FC Barcelona)


"... Antara akbhar-akhbar di sekitar Sepanyol, Itali, Perancis dan Sekitar Eropah yang menyatakan sokongan terhadap Tito Vilanova..." Get Well Soon TITO!!!!

Saturday, July 20, 2013

Tribute To Ejen Rahsia 5 (ER-5) Bahagian 1


As-Salam Buat Pengunjung Blog Ku,

MULAI hari ini KU akan memperkenalkan DIRI KU SENDIRI untuk ikatan hubungan kita semua. Ramai gak yang tertanya2 atau tidak kenal KU ini walau KU pun sudah terlibat dalam bidang perfileman Malaysia dah mencecah 9 atau 10 tahun... ape tidaknyer... bermula secara serius dalam pada tahun 2004 meninggalkan kerja tetap KU... memang orang kate keje gilerz sanggup tinggalkan pendapatan tetap demi minat dan perjuangan ku...

"...Ni nak STORY-MORI sikit tentang showreel nih... showreel ni merupakan petikan daripada aksi lawan KU dalam drama EJEN RAHSIA 5 yang ke udara pada tahun 2006 di ASTRO-RIA... KU memegang watak JEFFRY iaitu seorang berpangkat SARJAN yang gemar BREAK DA' RULEZ... Dia seorang SNIPER tapi gilakan pergaduhan... BEST watak nih... I LIKE IT..."

Untuk permulaan ini, KU akan mengUPLOADkan beberapa showeel keje KU cerita aksi KU yang terpilih dan yang terbaeekkk... HOPE ente semua suker... ;-) Untuk makluman juga blog KU ini sedang dalam proses perubahan sedikti demi sedikit... Rajin2lah layari blog KU ini... InshaAllah banyak perkara yang KU nak SHAER sama ENTE dan korang semua! Adeus!!!!

Wednesday, July 17, 2013

Alhamdulillah, Masih Berpeluang Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


As Salam Buat Muslimin dan Muslimat,

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar... Haaa... Baru ni ku berkesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadan Buat Semua... Rasanya belum terlewat lagi kannn... Al-maklumlah BZ yang teramat... Lega rasanya bile proposal untuk bikin filem dah siap... 53 mukasurat daaa... dalam versi MELAYU dan INGGERIS... penat woooo... ni rasa cam nak demam daaa.... SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SEMUA... Dengan ini ku kongsikan sikit tazkirah buat semua...


"...RAMADAN (Bahasa Arab:; رمضان) adalah bulan kesembilan kalendar Islam, dan bulan di mana umat Islam percaya Al-Quran diturunkan.

Puasa pada bulan Ramadan adalah salah satu daripada Rukun Islam. Bulan yang mana umat Islam mengahbiskan masa berpuasa pada waktu siang dari subuh hingga matahari terbenam. Umat ​​Islam percaya bahawa Al-Quran diturunkan dari langit pada bulan ini, secara beransur-ansur oleh Jibraeel (Jibril) kepada Nabi Islam Muhammad.
Tambahan pula, Muhammad bersabda kepada pengikut-pengikutnya bahawa pintu-pintu Syurga akan dibuka sepanjang bulan dan pintu-pintu neraka (Jahannam) akan ditutup..."

InshaAllah, rebutlah peluang ini, moga-moga ibadah puasa kita diberkati oleh Allah SWT... AMINNN ;-)

Saturday, July 06, 2013

Persembahan Silat Di SMK Putra Perdana, Puchong

Tarikh : 6 Julai 2013
Majlis : Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana Puchong
Pesilat : Sharifuddin, Syawal dan Mohd Akmal


As-Salam Buat Pembaca Yang Di Hormati

INILAH aktiviti persembahan silat yang terakhir kerna lepas nih kita menyambut Ramadhan... Segala aktiviti pada belah siangnya saya STOP... InshaAllah lepas raya akan ada lagi aktiviti persembahan silat yang boleh saya SHARE sama korang semua yer... Sadis2, foto2 nyer belum dapat di UPLOAD coz wakil pihak sekolah pakai MINYAK DIESEL tu yang slow sikittt... huhuhu