Wednesday, September 11, 2013

Persembahan Silat di Taman Kantan Permai Kajang

"...Seperti biasalah ABG JAM sentiasa mendapat undangan persembahan silat dimajlis-majlis perkahwinan mahupun majlis rasmi. Kali ini ABG JAM diundang oleh abg Ghafar iaitu pemukul gendang kumpulan kompang zapin bandar tun razak, bagi meraikan pasangan mempelai yang merupakan warisnya. Begitulah ABG JAM, sering menjayakan apa-apa majlis sama ada untuk rakan taulan atau pelanggan lain. SO, ABG JAM tinggalkan pantun ini untuk ENTE2 sekalian, jika salah tulun betoikan..."
"...Kajang Pak Malau Kajang Berlipat,
Kajang Hamba Mengkuang Layu,
Dagang Hamba Datang Bertempat,
Datang Membawa Adat Melayu..."
...Ada Betoi Ka ini Pantun...???

Tarikh : 8hb September 2013
Tempat : Taman Kantan Permai Kajang
Masa : 1.30 tengahari
Aksi : Silat Sembah Pengantin & Tari Keris
Pesilat : Akmal Edge, Zaid dan Amirul

Tuesday, September 10, 2013

Majlis 'Hari Potensi KEMAS' Daerah Petaling Jaya

"... Nilah tujuan sebenar ABG JAM jadi jurulatih RMA untuk kanak-kanak sekolah tadika SS6 Kelana Jaya tempoh hari. ABG JAM dipanggil untuk melatih mereka menghdapi pertandingan antara sekolah pra (tadika) peringkat daerah Petaling Jaya. Sepatutnya persiapan dimulakan lebih awal untuk RMA ini tetapi disebabkan kesulitan yang dihadapi oleh pihak tadika SS6 ini, baru minggu lepas cikgunya menemui ABG JAM. Setelah mencapai persetujuan terus ABG JAM datang mengajar mereka. Walau masanya singkat, Alhamdulillah, adik2 ini berjaya menghafal kesemua gerakan RMA dan berjaya melakukannya. Jika diberi masa yang lebih, inshaAllah adik2 ini 'SURE' boleh melakukan gerakan yang lebih baik... Selepas persembahan akhir itu, mereka berjaya meraih tempat keempat... Tahniah buat cikgu Fariza, guru2 terlibat dan murid2 sekalian... Inshaallah pada edisi akan datang kite buat yang lebih... AMIN..."

Tarikh : 8hb September 2013
Masa : 7.30 pagi
Lokasi : SMK Taman Medan, Petaling Jaya
Majlis : Hari Potensi Kemas Daerah Petaling Jaya

Datang ke sini sebagai jurulatih silat jer... tapi KU plakk yang lebih2 ambik gambo... hahaha ;-)

Sebenarnyer saje jer nak TEST kamera handphone KU nih... ok ker ia punye kualiti... Hmmm... outdoor ok... indoor? hmmm... KARAOKE!

Kasi WARM-UP dulu... Hiyaaahhhh... Nanti dalam gelanggang kalu korang lupe korang HANTAM SAJALAH!!!! Jangan pandang cikgu tau!... hihihihi...

Alammmaaaakkkk BROOO... Blurrr daaaa.... IT'S DOESn'T MATER!!!! huhuhuhu...

Haaaaa... kalu korang terer bin teroristlah atau tourist kaa... ape yang sama dengan hari tu dengan ABG JAM?,,, teka...!

Ni JOGET LAMBAK atau SENAM LAMBAK???

Monday, September 09, 2013

Tutorial dan Praktikal RMA di Tadika KEMAS Daerah Petaling Jaya

"...Sepanjang enam hari pada minggu lepas, ABG JAM 'kesibukan' masa dalam bidang mengajar... Cewaahhh... pelik sungguh bahasa ABG JAM nih... Dalam ertikata lain beri 'tutorial dan praktikal' pada 'pesilat' cilik... Mana tidak NYER... Bermula pada hari isnin - sabtu pagi jam 10 hingga 12 tengahari ABG JAM dilantik oleh guru tadika SS6 Kelana Jaya iaitu Cikgu Fariza untuk mengajar anak muridnya pergerakan 'Ryhthmic Martial Art' (RMA). Ibarat macam 'SEMINAR 6 Hari'... Penat woooo... ajar bebudak bawah umur (5-6 tahun)... KU ajar diorang, diorang ajar KU balik... nasib baik ABG JAM ni 'cool' lagi hensem tahap kamen rider black RX! Apa2 sebenarnya, ABG JAM nak share dengan korang semua tentang foto-foto peristiwa ini.... Seronok... Semoga dapat lagi peluang sebegini... AMIN ;-)..."

Tarikh : 2hb - 7hb September 2013
Masa : 10 pagi - 12 tengahari
Lokasi : Tadika SS6 Kelana Jaya & Tadika Desa Permai
Aksi : Rhythmic Martial Art (RMA)

Friday, September 06, 2013

Keistimewaan dan Kelebihan Hari Jumaat (Bahagian 4)

"...Seperti yang dijanjikan, setiap hari jumaat adalah hari 'tazkirah' ABG JAM untuk diri sendiri dan juga untuk ENTE2 sekalian. Kita sambung kembali informasi sebelum ini tentang 'Asal Usul Hari-Hari Dalam Islam'. Masih lagi berkenaan hari jumaat. Semua sudah tahu hari jumaat hari yang dari segala-gala hari. Oleh itu, ikuti terus informasi tentang hari jumaat yang ABG JAM sediakan moga dapat dikongsikan bersama-sama, inshaallah kita semua beroleh rahmat dari-Nya, amin..."

HARI Jumaat sangat besar di sisi Allah S.W.T, bahkan lebih besar daripada Hari Aidilfitri dan Aidiladha. Kenapa begitu? Kerana ianya merupakan 'Penghulu Segala Hari', 'Hari Penuh Keampunan dan Barakah', 'Hari Untuk Umat Muhammad S.A.W' dan 'Terpelihara Dari Kubur'. Hari jumaat adalah sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari dan hari yang paling afdal dalam seminggu.

terjemahan:
"Bahawasanya, Allah S.W.T melepaskan mereka daripada api neraka enam ratus ribu kemerdekaan pada tiap-tiap hari jumaat dan barangsiapa mati pada malamnya atau pada harinya ditulis baginya pahala syahid dan terpelihara daripada fitnah kubur dan azab api neraka."

Kata Syeik Al-Qutul Ghaus Syaidil Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddadi bahawa Allah S.W.T menjadikan hari jumaat itu penghulu segala hari dan beberapa kemuliaan yang besar di sisi Allah S.W.T. Pada hari jumaat juga Allah S.W.T menjadikan Adam a.s dan didirikan qiamat serta hari untuk ahli-ahli syurga menziarahi Allah S.W.T. Hari jumaat itu disis Malaikat merupakan hari bertambah nikmat dan hari pembukaan rahmat serta hari yang dilimpahkan kepadanya kebaikan. Hari jumaat merupakan satu saat yang mustajab untuk berdoa.

INSHAALLAH, BERSAMBUNG MINGGU DEPAN...

Wednesday, September 04, 2013

'Vale Tudo', Bagi Mereka Yang Gemar 'Menyabung Nyawa'...

"...Pada keluaran sebelumnya, kolum Ekstrem! memaparkan informasi tentang 'Parkour'. Kali ini ABG JAM nak berkongsi dengan ENTE2 sekalian tentang 'Vale Tudo'. Apa itu 'Vale Tudo'? Tak pernah dengor? Haaa... Ni ABG JAM nak kasi bantu sama ENTE2 sikit informasi tentang 'Vale Tudo' nih... Brazil sebuah negara 'bertuhan'kan bolasepak, tetapi dalam masa yang sama budaya mereka juga gemarkan aksi-aksi ganas... Ikuti informasi ini..."

'VALE Tudo'! Berasal daripada perkataan atau bahasa portugis iaitu 'Vali Tudu'. Bermaksud 'anything goes' atau 'no hold barred' (apa-apa sahaja atau tiada peraturan atau batasan), merupakan sukan kombat atau sukan tempur tanpa senjata yang tidak terikat dengan kaedah atau teknik 'baik atau jahat' yang begitu popular pada kurun ke-20. Ketika ini 'Vale Tudo' dikategorikan dalam sukan kombat yang melampau. Ramai 'fighter Vale Tudo' menggunakan teknik beladiri campuran dalam pertarungan mereka yang digelar 'Mix Martial Arts'.

'Vale Tudo' atau 'anything goes' sebenarnya sudahpun popular pada tahun 20an lagi di Brazil. Menurut sejarah awal pada tahun 1928, di Sao Paulo, berlaku satu perlawanan pertunjukan antara pakar beladiri Brazil dengan seorang pakar beladiri dari Jepun. Pakar beladiri Brazil ini menggunakan kaedah beladiri Capoiera (kaedah tempur klasik Amerika Selatan), manakala pakar beladiri Jepun ini menggunakan kaedah Jiu Jitsu. Oleh kerana memandang rendah pada lawannya yang lebih kecil, wakil Brazil ini mudah ditewaskan.

Mengambil iktibar itu, Brazil mula memperbaiki kaedah tempur mereka sehingga tercipta 'Brazilian Jiu Jitsu' yang dibawakan oleh tokoh lagenda UFC iaitu 'Keluarga Gracie'. Maka tidak hairan 'Vale Tudo' ini ramai dipelopori oleh keluarga Gracie seperti Carlos, Helio, Carlson, Rickson, Rorion, Royce dan Renzo Gracie. Tokoh lain yang terlibat dalam 'Vale Tudo' ialah Mitsuyo Maeda, Masahiko Kimura dan ramai lagi. Rata-rata dipelopori oleh Brazil dan Jepun.

Tuesday, September 03, 2013

Misteri Keris Hilang Ketika Beraksi (Bersilat)

"...Hahaha... Nih ABG JAM nak citer sikit tentang kejadian aneh lagi jerneh baru-baru ini ketika ABG JAM membuat persembahan silat pengantin di Taman Kayu Ara Indah, Damansara Utama, Petaling Jaya pada ahad lepas... Ini bukan rekaan atau 'siulan' saje... "Ini kejadian bukan COBAAAaaNNn lah"... CEH, macam citer pendekar bujang lapok daaa... Ketika itu ABG JAM sedang beraksi solo dengan tari keris... Tak caya leh tengok gambar dan petunjuk grafik yang ABG JAM tandakan dibawah... Bukan CGI foto nih yer..."

Tarikh : 1 September 2013
Tempat : Taman Kayu Ara Indah, Damansara Utama
Masa : 1.30 Tengahari
Aksi : Tari Keris Silat Sendeng 1 dan 2

Gambar diatas adalah aksi silat ABG JAM dengan keris tetapi keris gagal 'dirakamkan' dengan kamera... heran bin ajaib! Lihat bulatan...

Aksi tari keris 1 Silat Sendeng Malaysia...

Aksi tari keris 2 Silat Sendeng Malaysia...

Aksi penutup tari keri Silat Sendeng Malaysia dengan teknik 'lompat tiong'... Hahahaha... Korang tengok brader baju kuning tu... WOW!!! agaknyer dia kata... kih Kih Kih...

Monday, September 02, 2013

Persembahan Silat di Taman Kayu Ara Indah, Damansara Utama, Petaling Jaya

"...Persembahan Silat 'LAST MINUTES' bukan 'The Last Samurai' YER... Kebetulan, sahabat 'fesbuk' ABG JAM (Ravishing Revere) yang menjemput ABG JAM ke majlis perkahwinan adiknya. Sambil bergurau ABG JAM bertanyakan tentang persembahan silat, tak disangka, adiknya bersetuju dan mahukan persembahan silat ABG JAM tapi dengan syarat ABG JAM kene beraksi jugak... SO, ABG JAM pun beraksi... hihihihi... macam SUPERSTAR plak ABG JAM tengahari tu... Har har har... Terima Kaeyyy 'Farah'..."

Tarikh : 1 September 2013
Tempat : Taman Kayu Ara Indah, Damansara Utama, Petaling Jaya
Masa : 1.30 Tengahari