Saturday, May 11, 2013

EP2 : Jeet Kune Do - Bruce Lee : Sistem & Falsafah


JEET Kune Do (JKD) ialah nama bela diri yang diciptanya merangkumi sistem kombat dan falsafah dalam tahun 1967. Pada awalnya, bila Bruce Lee memulakan kajiannya dalam bela diri terutama dalam seni pertarungan gaya bebas, beliau telah menamakan seni bela dirinya dengan dikenali sebagai ’Jun Fan Gung Fu’. Walaupun begitu, Bruce Lee tidak berniat untuk mencipta satu seni bela diri yang baru, sebaliknya menyeru pada pengamal bela diri supaya berkongsi idea dengan gaya yang terhad, menggantikan, mengupas kaedah dan gaya bela diri ke arah kebaikan dalam memajukan ilmu bela diri seperti mana yang dilakukannya dalam ucapannya :-

”...Saya bukan mencipta gaya yang baru, komposit, mengubah atau diubah suai atau sebaliknya yang ditetapkan dalam persekitaran yang Jelas berbeza, nyata dan bentuk yang lain dari kaedah ‘ini’. Sebaliknya, saya berharap ianya dapat ‘membebaskan’ pelajar saya daripada bergantung kepada gaya, corak, atau acuan sahaja. Ingat! bahawasanya Jeet Kune Do adalah semata-mata nama yang digunakan, cermin di mana untuk melihat ‘diri kita sendiri’. Jeet Kune Do adalah sebuah institusi beladiri yang dianjurkan terbuka pada seseorang yang berminat dan boleh menjadi ahli. Sama ada anda memahami atau tidak dan itu persoalannya. Tiada misteri tentang beladiri ciptaan saya ini. Pergerakan saya adalah mudah, secara langsung dan bukan klasik. Berkenaan dengan perkara ‘luar biasa’? ianya terletak pada ‘kesederhanaan’. Setiap pergerakan dalam Jeet Kune-Do sebaiknya terjadi dengan sendirinya. Tiada apa-apa tiruan mengenainya. Ianya milik anda sendiri. Saya sentiasa percaya bahawa cara yang mudah adalah cara yang lebih berkesan. Pendek kata, Jeet Kune Do adalah ekspresi dan tindak-balas pantas dengan pergerakan dan tenaga pada kadar yang kecil...” - Bruce Lee

Falsafah Moden Jeet Kune Do


Apa yang berlaku kini, JKD kekal hingga ke hari ini - jika seseorang mahu melihatnya ‘kualiti’nya sebagai produk, rasanya tidak sepenuhnya! Sebab? Ianya telah pun pergi bersama sewaltu kematian Bruce Lee. Apa yang tinggal adalah hasil daripada proses pembangunan dan penyelidikan sepanjang hayat beliau tentang seni mempertahankan diri yang dilaluinya. Bruce Lee mendakwa konsep JKD adalah tidak ‘bertambah’ dengan lebih dan banyak lagi perkara-perkara di atas satu sama lain akan membentuk satu sistem. Kebanyakkan falsafah dan metafora yang dikemukan Bruce Lee dipetik dari falsafah Chan Buddhisme. Sebagai contoh, falsafah popular Bruce Lee seperti mengisi cawan dengan air, dan kemudian mengosongkannya, yang sering digunakannya untuk menggambarkan ‘setiap pemutus tidak kira apa yang berguna ada masa tidak berguna’.

Kebanyakkan konsep teras JKD berasal dari Wing Chun. Ianya termasuklah idea-idea seperti kawalan titik tengah, menumbuk dengan genggaman menegak, memerangkap dan mara dengan tekanan. Melalui penyelidikan peribadi beliau tentang beladiri, Bruce Lee telah mengambil idea pertempuran tinju dan lawan pedang diterapkan dalam sistem JKD. Pada masa yang sama, Bruce Lee turut memasukkan idea dan konsep hasil penyelidikan sendiri dalam JKD. Untuk menggambarkan pandangan Bruce Lee, pada tahun 1971 Majalah ‘BlackBelt’ telah menemuramahnya. Dalam perbualan tersebut Bruce Lee berkata, “Biarlah ia difahami semua orang yang saya TIDAK mencipta apa-apa gaya baru, komposit atau pengubahsuaian. Saya sama sekali tidak menetapkan Jeet Kune Do dalam bentuk yang berbeza ditadbir oleh kumpulan undang-undang yang membezakan ia daripada gaya 'ini' atau kaedah ‘itu’. Sebaliknya, saya berharap saya dapat  membebaskan rakan-rakan saya daripada ‘perhambaan’ terhadap gaya, corak dan doktrin”.


Antara kata-kata falsafah yang popular Bruce Lee yang diketengahkan pada media;-

“…If you try to remember you will lose.
Empty your mind and be formless, shapeless like water.
Now you put a water into teapot, it’s become a teapot,
Put a water in to a cup, it’s become a cup,
Put a water in to a bottle, it’s become a bottle,
Now water can Flow, or creep or drip or crash.
Be like water my friend…”

“…WISE Men don’t need to prove their point,
Men who need to prove their point aren’t WISE…”

“…Fighting without Fighting…”

Insya-Allah pada keluaran akan datang, saya akan kemukakan teori yang diguna pakai dalam sistem Jeet Kune Do  Bruce Lee. Nantikan keluaran seterusnya ;-)

Friday, May 10, 2013

Sebaik-Baiknya Biarlah Pemimpin Jadi Imam



BELIA adalah aset atau harta yang sangat berharga kepada negara. Merekalah tonggak kekuatan negara serta pewaris kepada kepimpinan negara. Bagaimanakah yang dikatakan belia yang mampu memimpin negara?

Mereka adalah belia yang berjaya memimpin diri sendiri. Selain itu, mereka juga mampu menjadi imam dalam jemaah solat, bijak dalam ekonomi, mesra dengan masyarakat, celik dalam bidang politik dan cemerlang dalam menguasai ilmu pengetahuan.

Semua ciri-ciri berikut sebenarnya telah diasuh dan didik sejak dari zaman kanak-kanak agar mereka menjadi salah seorang belia yang dikatakan mampu memimpin negara.

Mempraktikkan sembahyang berjemaah dalam masyarakat mampu menguatkan sistem organisasi dalam negara. Hal ini dapat dilihat melalui hikmah sembahyang berjemaah, antaranya, merapatkan hubungan rakyat dengan pemimpin dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan penduduk.



Alangkah indahnya jika pemimpin menjadi imam, kerana kekuatan sembahyang berjemaah juga boleh menimbulkan sikap kasih sayang, hormat-menghormati dan menjalinkan persefahaman.

Syarat-syarat untuk menjadi imam sembahyang berjemaah adalah sama dengan syarat untuk menjadi pemimpin dari segi kemampuan menguasai ilmu agama. Seorang imam perlu menguasai bacaan Al-Quran lebih baik daripada makmumnya dan lebih faham perkara berkaitan rukun dan syarak.

Begitu juga pemimpin, seorang pemerintah perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam untuk mentadbir negara kerana kuasa menghukum terletak di bahunya. Kejayaan umat Islam sebelum ini adalah kerana mereka mempraktikkan roh sembahyang itu di luar sembahyang.

Dalam sembahyang, mereka merendah diri kepada Allah SWT. Di luar sembahyang, mereka tawaduk, tidak sombong, tidak angkuh atau membesarkan diri.

Mereka sembahyang berjemaah dan patuh kepada imam selagi imam patuh kepada syarat dan rukun. Di luar sembahyang, mereka hidup dalam masyarakat yang harmoni, mentaati pemerintah selagi pemerintah mentaati Allah SWT.



Dalam sembahyang berjemaah juga mereka berbaris dalam satu saf yang tersusun rapi. Di luar sembahyang, mereka berganding bahu dalam organisasi yang teratur untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Seseorang yang dianugerahi Allah SWT untuk menjadi pemimpin hendaklah menunjukkan rasa cintanya dalam menyampaikan dakwah Islam kepada bawahannya atau rakyatnya. Dakwah tidak semestinya dilakukan oleh pendakwah, ustaz mahupun tabligh tetapi dakwah juga dipertanggungjawab kepada pemimpin.

Maksud dakwah ialah mengajak individu ataupun masyarakat ke arah yang lebih baik dari setiap sudut ekonomi, politik, sosial, pendidikan, sains dan teknologi serta kesihatan.

Insya-Allah, jika seseorang itu berjaya menjadi imam dalam sembahyang jemaah, maka dia akan berjaya dalam memimpin rakyatnya.

Thursday, May 09, 2013

Neymar Bersetuju Berpindah Ke FC Barcelona?


BINTANG bolasepak Santos FC dan Brazil, Neymar dijangka akan berpindah ke FC Barcelona pada musim panas ini, menurut akhbar Catalan El Mundo Deportivo wartawan Paco Aguilar. Neymar akan bermain untuk FC Barcelona tahun depan. Kontrak itu dilakukan, “ katanya kepada Radio Monte Carlo.

Penyerang prolifik Santos FC yang kini dilabelkan sebagai 'superstar' baru Brazil kerap dikaitkan dengan kelab gergasi Sepanyol sejak beberapa musim kebelakangan ini, namun kerap dinafikan oleh beliau. Terkini beliau dikaitakan kembali dan kelihatan bersedia untuk meninggalkan Santos FC dan melengkapkan perpindahan dalam masa terdekat ini.


Tambahan pula, FC Barcelona sekarang sedang bergelut memperbaiki prestasi yang merundum sejak akhir-akhir ini dek ketumpulan bahagian serangan kerana terlalu mengharapkan sentuhan Lionel Messi seorang. Untuk mengurangkan beban Messi, Neymar adalah jawapan yang secocok selain Lewandoski (penyerang Borussia Dortmund & Poland). Oleh kerana terlalu bergantung pada Messi, FC Barcelona tewas mengejut pada FC Bayern Munich dengan kekalahan besar pada peringkat separuh akhir dalam Liga Juara-Juara Eropah 2013 baru-baru ini.

Neymar kini berusia 21 tahun, adalah masa terbaik untuk mengembangkan bakatnya. Sejak bersama Santos FC, beliau telah membantu kelab tersebut memenangi Copa Libertadores bersama pada tahun 2011 dan Campeonato Paulista dalam sejak tiga tahun yang lalu, manakala bersama pasukan kebangsaannya, belum ada pencapaian yang baik tetapi merupakan pemain penting dalam skuad samba kini. Jika adapun ialah ketika sukan olimpik London yang lepas yang mana mereka menduduki tempat ketiga.


Sebagai info, Neymar pernah bertemu dengan FC Barcelona dalam kejohanan Piala Dunia Kelab 2012 di Tokyo yang kali pertama pertembungan Messi dan Neymar. FC Barcelona menang 4-0. Sejak dari itu, kelibat Neymar dipantau pengurusan dan pencari bakat Barca. Walau bagaimanapun, pada asal persetujuan sepatutnya Neymar akan berpindah selepas Piala Dunia FIFA 2014 di negaranya, nampaknya ia telah berubah dan awal dari yang dijangka.

Tepat pada masanya untuk Neymar berhijrah ke FC Barcelona, ini kerana Barca gagal untuk menjaringkan sebarang gol ketika menentang FC Bayern Munich ketika Messi belum cergas sepenuhnya, dan ‘magis’ Neymar amat-amat diperlukan untuk mengimbangi kekosongan itu. Jika sertai FC Barcelona pada musim panas nanti, beliau menyertai pemain legenda Brazil yang pernah berbakti pada Barca.


Selalunya penyerang Brazil yang sertai FC Barcelona jarang tidak terkecuali ditabalkan sebagai pemain terbaik dunia dan Eropah. Antaranya, Romario, Ronaldo, Rivaldo, Ronaldihno dan mungkin giliran Neymar pula. Mereka berempat digelar 'Legenda 4R' dan keempat-empat mereka pernah memenangi Piala Dunia setelah mewakili FC Barcelona. Untuk perbandingan, gaya permainan Neymar seolah-olah mirip permainan Rivaldo.

Setelah perpindahan tersebut jika menjadi kenyataan, peminat di Malaysia menyaksikan kelibat Messi dan Neymar kelak pada kunjungan FC Barcelona ke Asia 2013 pada Ogos ini di stadium Bukit Jalil. Bukan setakat Neymar dan Messi sahaja, Iniesta, Xavi, Fabreagas, Busquest, Pique, Abidal dan beberapa pemain baru terutama diposisi pertahanan. Sama-sama kita nantikan!


Thursday, May 02, 2013

Kematian Bruce dan Brandon Lee - Konspirasi atau Illuminati?


PADA Keluaran yang lepas-lepas berhubung dengan kisah misteri kematian Bruce Lee, saya telah mendedahkan kebarangkalian penglibatan individu berpengaruh yang menjadi dalang dalam kes kematian misteri Bruce Lee. Maka tidak perlu saya ulas kembali cerita berkenaan. Bagi anda yang terlepas, anda boleh semak dilaman blog ini bahagian artikel keluaran bulan ogos 2011 pada tajuk ‘Bruce Lee – Hidup dan Matinya Masih Hangat Di Perkatakan!’

Oleh itu, saya ingin mengupas kisah seterusnya kebarangkalian misteri berhubung Bruce Lee dari sudut yang lain pula, kemungkinan ianya menarik minat anda untuk mengetahuinya. Tidak dinafikan sebenarnya sememangnya saya peminat fanatik Bruce Lee sejak dari kanak-kanak lagi. Begitu juga tentang kelibat anaknya sebagai penyambung kesinambungan legasi ayahnya. Disebabkan sifat fanatik itulah saya sangsi dengan isu kematiannya. Maka saya menyelidik selama bertahun-tahun dan ia tidak seperti yang saya sangkakan sehingga baru-baru ini yang saya dapati sesuatu yang sangat aneh telah berlaku sebenarnya!



Apa yang saya dapati hasil perkumpulan maklumat, kematiannya adalah satu konsep ‘konspirasi’. Mustahil bagi seseorang yang begitu sihat, gagah dan hebat mati dengan secara mendadak tapi ‘amaran’! Memetik kembali kata-kata akhir dari artikel yang yang berbunyi, “... kematian Bruce Lee adalah satu kecelakaan...” Apakah kecelakaan itu? Itulah konspirasi yang berlaku ke atas Bruce Lee yang kupas dalam artikel ini. Konspirasi? Ya! Adakah konspirasi itu ada kaitan dengan kematiannya bersama anak sulungnya iaitu Brandon?

Sepanjang hidupnya hingga kematiannya, Bruce Lee sering dikaitkan dengan ancaman ninja kerana menghina Jepun, ancaman mafia, pertarungan dengan jaguh silat dan macam-macam lagi. Boleh kata, setiap negara yang ada beladiri mengatakan Bruce Lee ditewaskan oleh jaguh mereka. Pada saya ianya satu fakta yang tidak sahih tetapi tidak boleh ditolak mentah-mentah. Selain penglibatan individu berpengaruh di Hong Kong, kebarangkalian penglibatan agensi rahsia seperti ‘Illuminati’ turut dikaitkan. Benarkah?



Untuk menjawab persoalan diatas, di sini saya mendedahkan konspirasi yang berlaku pada anaknya, Brandon. Selepas menonton filem Brandon yang terakhir iaitu 'The Crow', saya dapati terdapat satu simbol yang mana saya kaji simbol itu adalah simbol yang merujuk kepada kematian! Oleh itu, saya merasakan bahawa Brandon mati akibat ‘dibunuh’ melalui satu strategi atau rancangan gelap oleh satu organisasi yang mengamalkan pembunuhan secara ritual.

Seperti yang anda mungkin tahu, Brandon menemui ajalnya dalam satu kemalangan tragis yang tidak disangka ketika menjalani penggambaran ‘The Crow’ kembali pada tahun 1994 - apabila peluru ‘dummy’ sepatutnya sengaja ditembakan ke arah beliau telah meletup dan membunuhnya dalam babak tembakan tersebut. Saya percaya kematiannya telah sengaja ditetapkan.


Jika anda menonton filem tersebut, anda dapati bahawa terdapat satu babak rogol yang ‘ngeri’ di dalam apartmen kediaman teman wanita Eric Draven (Brandon Lee). Sebenarnya apa yang menarik tentang babak itu? Pastinya bukan kerana babak tersebut tetapi berkenaan situasi kejam itu berlaku! Ketika babak itu berlaku mata semua individu melihat tepat ke arah ‘frame’ piramid – yang kita tahu menjadi kebiasaan dengan pengamal illuminati hari ini! 

Jika anda juga menonton filem ini lagi, anda akan melihat penampilan biasa logo ‘Chrysler Pheonix’, yang seolah-olah menguasai keseluruhan skrin. Seperti yang anda mungkin sedia maklum - logo ‘Chrysler’ merupakan simbol illuminati dan ia sering muncul di seluruh seluruh filem.



Bruce Lee sendiri dahulu pernah bercakap mengenai syaitan dimensi 4 atau seseorang ‘pemerhati’ yang telah mengikuti sepanjang hidupnya sehingga kematian tragis pada tahun 1973. Sesungguhnya, orang Cina sangat takut dan percaya akan kepercayaan karut selain sangat percaya kepada kewujudan entiti 4D, sehinggakan, mana-mana kelahiran kanak-kanak lelaki dilahirkan, orang cina pasti akan menyamar identiti kanak-kanak lelakinya sebagai 'wanita' untuk menghalang ‘pemerhati’ dari mengambil nyawa bayi itu.

Saya difahamkan bahawa kemungkinan Bruce Lee berasal dari keturunan illuminati daripada Hong Kong - adalah berkaitan dengan kedua-dua Bruce dan Brandon, maka Bruce Lee pada nama kelahiran cinanya ialah 'Li Jun Fan' dan bapa beliau 'Li Hoi Cheun' - mereka adalah cabang dari yang keturunan genealogi tersebut yang terakhir. Ianya bukan kepastian saya 100%.




Jika anda rujuk kembali pada awal 1992 filem Brandon ‘Rapid Fire’, terdapat satu babak di mana Brandon adalah di dalam bangunan dan dia adalah di bawah api dari kongsi gelap. Dalam babak tersebut, Brandon melakukan ‘flip up’ dari lantai dan jika anda lihat pada latar belakang serta-merta anda akan dapat lihat apa yang kelihatan ialah seorang tokoh yang tidak dikenali dan seorang lelaki yang duduk pada latar belakang tersebut. Begitu juga dalam filem ‘The Crow’, anda boleh lihat ianya muncul semula sekali lagi dalam kamera apabila kamera ditala pada semua arah bangunan tersebut!

Adakah tanda-tanda ini penyebab kematiannya atau ada motif lain selain pembunuhan ini? Apa-apapun ceritanya, kematian Bruce Lee akibat pukulan maut oleh mana-mana individu adalah tidak wajar dan tidak tepat! Kebarangkalian fakta yang selainnya adalah ada sebarang kemungkinan...