Monday, September 30, 2013

'Recap' Projek Penggambaran : Ejen Rahsia 5 (Episod 1 & 2)

"...Inilah antara projek memberi kepuasan pada ABG JAM beraksi dalam sesebuah projek penggambaran yang pernah ABG JAM buat... EJEN RAHSIA 5 adalah sebuah drama siri aksi, penyiasatan dan pertarungan yang julung-julung kali dibuat oleh anak tempatan. ASTRO pernah mengambil teaser drama aksi ini untuk tunjukkan pada badan penyiaran luar negara mereka kagum dan terkejut yang Malaysia boleh membikin cerita seperti ini... Oleh itu, ABG JAM berminat nak kongsi dan kenangkan kembali antara babak-babak aksi dan lakonan ABG JAM dalam drama ini sebagai Sarjan Jeffry, seorang sniper, kaki gaduh dan mahir menggunakan kenderaan darat..."

Tahun : 2006
Tajuk : 'The Guns' Episod 1 dan 2
Watak : Sarjan Jeffry a.k.a JEFF

SINOPSIS

MENGISAHKAN sindiket penyeludupan senjata haram berleluasa di Malaysia. Perkara ini menjadi serius setelah peningkatan kadar jenayah gagal dibendung dengan baik oleh pihak penguasa. Oleh itu ER-5 ditugaskan secara senyap oleh golongan elit untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam masa yang sama dua orang inspektor polis turut menyiasat kes ini tetapi sering gagal dan segalanya berjaya setelah diselesaikan oleh ER-5. Ini membuatkan mereka berdua kebingungan...

Jeffry sedang melakukan 'undercover' bersama 'secret admire' nyer Julia... PANASSSZZZ...

BEREH BOHHH... Selesai menjalankan tugas... tunggu apa lagi... balik lerrrr....

FOTO 1 : Bersedia menggunakan teknik muktamad untuk menewaskan musuh yang lebih besar... Yeaaahhhh!!!!

FOTO 2 : Melancarkan serangan... Larian Pecutan!!!!

FOTO 3 : Pelaksanaan Teknik Pemusnah!!!!

FOTO 4 : Teknik Terlaksana... TENDANGAN TANPA BAYAANNNGGGG!!!!!

FOTO 5 : Aksi Penyudah Selesai! POSINGGG MAU MARIIII... international maaa... hihihihi ;-)

Saturday, September 28, 2013

Suatu Ketika... : 'Sendeng Full-Contact' Bahagian 2

"...Baikkk... Ni haaa sambungannyer... Selepas ABG JAM keluarkan (publish) foto-foto kenangan alam persilatan nih... ramai sahabat dan kenalan memberi komen kat FESBUK ABG JAM (Akmal Edge)... Tau pun korang... rindu bukannnn? Dah tau rindu... APe lagiii... Meh turun bergelanggang balikkk... Untuk menambah asam garam buat laukku cukup masin NIH... ABG JAM siarkan pulak bahagian kedua buat ENTE2 sekalian... ADEUS...!..."

TENDANGAN PADU MAUTTT...!!! Aksi ABG JAM sewaktu 'bergasak' dalam gelanggang Full-Contact...

YOU WIN!!!! Ala Bang Idros, angkat ler tinggi-tinggi sikit tangan ABG JAM nih... Kan menang K.O tuh... Hi Hi Hi... 'Al Riaki At Ta'buri toiii... Gurau, Jangan Mare...

Dari Kiri (saf belakang) : Riduan Borhan, Anuar Berzuri dan Fauzi Muhammad
Dari Kanan (saf depan) : Allahyarham Rashidi (Ma'mut), Akmal Edge dan Nazri

Friday, September 27, 2013

Keistimewaan dan Kelebihan Hari Jumaat (Bahagian 7)

"...Seperti minggu-minggu sebelumnya, ABG JAM dah banyak memberi rujukan daripada cebisan hadis-hadis yang dikemukakan oleh para sahabat atau alim ulama' berkenaan kebaikan dan kelebihan hari Jumaat ini. Dari hadith riwayat Muslim hingga ke kata-kata petikan Imam Al-Ghazali r.a, semuanya memberi kita petunjuk bahawasanya hari Jumaat ini besar fadilatnya. Sepatutnya kita jadikan hari jumaat ini adalah hari cuti seluruh negara supaya kita semua boleh meraikannya. Setakat ini hanya 3 buah negeri dinegara kita mengamalkannya, jika tak silap ABG JAM..."

...KEISTIMEWAAN HARI DAN SOLAT JUMAAT...

HARI Jumaat adalah suatu hari yang istimewa jika difahami dari segi kelebihan dan kebesarannya. Pada hari itu diwajibkan keatas setiap mukhalaf lelaki akil baligh dan tidak mempunyai keuzuran hadir untuk sembahyang beramai-ramai (berjemaah) disuatu tempat (masjid) atau tanah lapang dan dikurangkan dua rakaat sembahyang, dua rakaat lagi digantikan dengan ceramah (berkhutbah) dan sembahyang Jumaat itu dilakukan dalam waktu Zohor dan dibaca dengan nyaring. Pada waktu itu diharamkan berjual beli dan melakukan pekerjaan dunia.

Solat Solat Jumaat difardhukan di Mekah pada malam Isra tetapi tidak dapat dikerjakan kerana tidak cukup syarat. Maka apabila Rasulullah S.A.W memerintahkan supaya mendirikan solat Jumaat, para sahabat mendirikan solat Jumaat di rumah Abu Mumamah (As-Ad bin Zurarah) dari Bani Bayadhoh di Kampung Nakie' Likhudhama mengikut hadith riwayat Imam Bukhari. Solat Jumaat yang dikerjakan di Madinah dalam Masjid Abdul Qais di Kampung Jawathi.


Dari Madinah Rasulullah S.A.W bersama rombongan ke Qubabd pada isnin 12 rabiuawal. Baginda berhenti di rumah Bani Amri bin Aus selama empat hari. Rasulullah S.A.W mengasaskan sebuah masjid di situ iaitu Masjid Qubad yang ada hingga sekarang ini. Kemudian pada hari Jumaat 16 rabiuawal Rasulullah dan rombongannya menuju ke Madinah setelah sampai ke Baitulluwadi Nabi dan rombongannya berhenti di rumah Bani Salim bin Aus dan Rasulullah S.A.W mengasaskan sebuah lagi masjid di situ dan Baginda bersama rombongannya bersolat Jumaat di situ.

Solat Jumaat mempunyai fadzilat yang sangat besar, kelebihan yang banyak serta mempunyai darjat yang tinggi, maka umat Islam tidak dibenarkan meninggalkannya kecuali jika uzur.

Suatu hadith riwayat Abdul Ja'di Al-dhamiriy:

Terjemahan:

"Siapa-siapa meninggalkan sembahyang Jumaat dengan sengaja sebanyak 3 kali berturut-turut nescaya Allah S.W.T akan membutakan hatinya yakni dibutakan mata hatinya kepada jalan kebaikan"

INSHAALLAH, BERSAMBUNG LAGI MINGGU DEPAN...

Thursday, September 26, 2013

'Recap' Projek Penggambaran : Titisan Darah Pahlawan (Drama)

"...Terlebih dahulu ABG JAM nak ucapkan salam takziah buat keluarga bekas mantan Menteri Besar negeri Kedah, Ustaz Azizan diatas kembalinya beliau ke rahmatullah sebentar tadi (hari ini - khamis 26 september 2013)... Oleh itu, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham, moga rohnya dicucuri rahmat-Nya... AMIN :(..."

SEPERTI cocok pula dengan tajuk diatas, kebetulan sememangnya ABG JAM nak keluarkan foto ini pada hari ini, tetiba dapat berita yang Ustaz Azizan telah 'pergi'... Kita kehilangan lagi seorang ahli agama yang kuat dan berdedikasi... Apa-apapun, pada hari yang sayup ini ABG nak cerita sedikit tentang kisah foto ini secara ringkas... Mood kureng sikit mengenangkan makin ramai para ulama' muktabar, ahli-ahli agama yang hebat meninggalkan kita... Apa tandanya??? Sila rujuk kitab yer...


Gambor-gambor ini adalah rakaman kerja ABG JAM kita menjayakan drama bersiri bertajuk TITISAN DARAH PAHLAWAN yang berlaku di pusat PGA Ulu Kinta, Perak DR... Diarahkan oleh pengarah Yusof Kelana... Ketika ini ABG JAM memegang watak pelakon pembantu kepada hero cerita yang didokong Yus Waisar. Penat gilezzz... jadi askar (polis hutan), dengan kerenah birokrasi dan cabaran didalam hutan cukup memberitahu kita tentang besarnya jasa pahawan kita yang berjuang dalam belantara era komunis dulu...

Monday, September 23, 2013

Suatu Ketika... : 'Sendeng Full-Contact' Bahagian 1

"...Tengah-tengah dok belek-belek gambo lama nih, terjumpe gambo2 kenangan aksi ABG JAM ketika terlalu aktif dan fanatik dengan pertandingan seni silat mahupun 'full-contact'... Al-maklumlah waktu tu tengah BUAS dan berdarah panas... Sikit-sikit nak gado2 & tunjuk terer... TERERRR ker? Atau 'terrorist'? Hahahaha... Hamtam sajalah labu... Apa-apapun, semuanya dah berlalu... Terasa nak jer ABG JAM putarkan masa untuk kembali ke saat gemilang itu... Ohyaaa... Al-fatihah buat sahabat kita & 'mantan' fighter SFC yang berbakat, Allahyarham Rashidi (ma'mut), yang kembali kerahmatullah pada tahun 2006..."

(Duduk dari kiri) AKMAL EDGE besama-sama rakan seperjuangan, Izham (Sampet)...
(Berdiri dari kiri) Sham (Tyson), Riduan (Brader Jon), lupe plak nama mamat nih si kasanova nih, arwah Rashidi (Ma'mut) & Jiman...

Datang bertujuh sebagai 'fighter' & 2 wakil pengurus, pegawai (Sukri & Fawzi Saat)... Alhamdulillah... Semua berjaya meraih pingat dalam kategori masing2... Team SFC-WPKL juara keseluruhan

MISI SELAMAT & SELESAI!!!! Kit, Kit, Kite apeeee? Kita FIGHTER!!!! Keh keh keh... Ape daaa JIMAAAANNNN...

Friday, September 20, 2013

Keistimewaan dan Kelebihan Hari Jumaat (Bahagian 6)

"...Syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah rahmatNya ABG JAM kembali di hari jumaat yang mulia ini dalam meneruskan perkongsian informasi berkenaan dengan pengetahuan ISLAM. Segala permulaan perbuatan atau apa-apa pekerjaan bermula dengan niat. Ertikata lain NIAT adalah permulaan segala amalan... Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w bersabda; "sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu..." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

OLEH itu, kita sambung kembali 'pengajian' tentang topik 'asal usul hari hari dalam Islam' iaitu hari jumaat. Untuk makluman, terdapat lima lagi kelebihan dan sejarah hari jumaat Allah SWT kurniakan pada umat manusia;

1] Allah S.W.T menjadikan Nabi Adam a.s
2] Allah menurunkan Nabi Adam a.s ke bumi
3] Meninggalnya Nabi Adam a.s
4] Pada hari itu ada saat yang paling mustajab untuk berdoa. Allah S.W.T pasti memperkenankannya selagi tidak meminta yang haram.
5] Akan berlaku kiamat dan semua para Malaikat Muqqarab di langit atau bumi merasa khuatir dan sayang pada hari JUMAAT

Kata Imam Al-Ghazali r.a, hendaklah melazimkan akan segala amalan yang baik pada hari JUMAAT dan melazimkan watiqah-watiqah agama. Jangan jadikan hari JUMAAT itu 'mashghul' dengan perkara-perkara yang melupakan kepada Allah S.W.T yang membawa kepada keduniaan semata-mata. Dan hendaklah dipenuhi sekalian hari dan malamnya dengan amalan-amalan kebajikan.

INSHAALLAH, BERSAMBUNG LAGI MINGGU DEPAN...

Wednesday, September 18, 2013

'Recap' Projek Penggambaran : Ransan (Filem)

"...Sebelum ini ABG JAM ada menulis tentang serba ringkas tentang kolum 'Tribute'. Kolum 'Tribute' itu khas ABG JAM tulis untuk mengimbas kenangan dan kehebatan dalam drama aksi yang julung-julung kali dibuat oleh anak tempatan 100%. Impaknya berjaya di Astro-RIA sehingga ada seketika drama siri 'Gerak Khas' turut 'mengikut' pemakaian 'tactical-suit' pada pasukan keselamatan mereka. Namun, seperti sebelum ABG JAM dah bagitau, projek ini hanya sempat ditayang satu musim sahaja..."

DALAM 'Recap' ini ABG JAM akan 'memutar' kembali dan berkongsi cerita ENTE2 semua tentang projek-projek penggambaran yang pernah ABG JAM buat dari awal pembabitan hingga yang terkini. Itu bergantung pada foto-foto yang sempat dirakam ABG JAM. Kalau xder foto buat ape nak citer nanti orang kate T.I.P.U. pulakkk...


Untuk kolum 'recap' bahagian satu ini ABG JAM nak ceritakan sedikit tentang projek SHOOTING pada beberapa tahun yang lepas yang bertajuk RANSAN. Sepatutnya ianya sudah menjadi sebuah filem sekarang mungkin sudah ditayangkan tetapi malang segalanya berkubur terlalu awal. Filem RANSAN ini adalah sebuah filem berkonsep 'mangga' dan komikal. Ala2 'Naruto'...

Pada peringkat awal projek ini sudah menampakkan 'mega'nya tetapi kegagalan mendapatkan 'funder' dan masalah teknikal, projek ini berkubur. Buat penat jer ABG JAM dan sahabat2 menjayakan pembikinan 'teaser' filem ini tetapi hasilnya 'kerja' kami dibekukan. Kalau tak nak bahan aksi tu bagilah kat ABG JAM, SURE boleh di'edit'kan lagi GEMPAQ! Baru 'funder' ada minat... ;-)