Friday, December 24, 2021

Bahagian 3 : Freemason : Logo Pertubuhan Iblis!

Mungkin ramai yang juga sudah mengetahui simbol atau logo pertubuhan iblis ini. Namun begitu penulis tetap istiqomah menyampaikan amanah ini sebagai peringatan seperti saranan Allah SWT dalam firmannya dalam surah Al-A’la ayat ke 9 berbunyi;

فَذَكِّرْاِنْ نَّفَعَتِ الذِّكْرٰىۗ 

“oleh kerana itu, berilah peringatan kerana peringatan itu memberi manfaat”

Logo pertubuhan iblis ini terdiri daripada 3 elemen utama iaitu jangka lukis, pembaris sudut L dan huruf G. Ketiga-tiga elemen ini disusun seperti berbentuk heksagon sementara huruf G pula diletakkan di tengah-tengah antara jangka lukis dan pembaris sudut L. Di antara ketiga-tiga elemen tersebut hanya satu elemen yang ma sih menjadi persoalan para pengkaji iaitu huruf G. Tidak diketahui apakah maksud yang diwakili oleh huruf G tersebut. Di dalam laman web pertubuhan Freemason sendiri pun tidak menyatakan akan maksud sebenar berkaitan huruf G ini.

Tetapi bagi penulis yang turut mengkaji pergerakan iblis ini dan merumuskan bahawa G ini bermaksud Great Architect (Arkitek Agung)! Ini kerana elemen jangka lukis dan pembaris tersebut adalah kegunaan para arkitek atau jurubina . Dalam ertikata lain, merekalah perancang agenda dunia sehingga terlaksana matlamat iblis itu sendiri. Ada pendapat lain mengatakan G membawa maksud Geometri yang mana kedua-dua alat tersebut sememangnya kegunaan di dalam bidang geografi. Namun, ada juga pendapat lain yang mengatakan G mewakili maksud Great Pyramid.

Great Pyramid merujuk kepada monumen piramid yang menjadi lambang simbol gerakan rahsia Yahudi terbesar di dunia iaitu Illuminati (nanti penulis kongsikan info tentang illuminati ini).

Secara ringkasnya, elemen-elemen dalam logo pertubuhan iblis ini bukanlah bermaksud kesemua ahli-ahlinya bekerja didalam bidang pembinaan atau arkitek. Tetapi ia merujuk kepada ketekunan, kebijaksanaan dan kepatuhan ahli dalam mencapai sesuatu misi yang ditetapkan oleh Grand Master dalam Freemason. Ahli-ahli tersebutlah digelarkan atau diberi jolokan arkitek-arkitek yang bertindak se bagai pelaksana kepada pemikir-pemikir rahsia yang berada di dalam Free Mason.

Bersambung…

Tuesday, December 21, 2021

Bahagian 2 : Freemason : Gerakan Iblis Bermula Di British?

BAGI penulis ancaman akhir zaman ini sebenarnya bukan datang dari satu organisasi saja, tetapi ianya datang serentak walaupun kelihatan seperti mereka tidak berkaitan. Mungkin tika ini sudah ramai umat terutama Islam makin sedar tentang pergerakan licik yang bernama Freemason nih, benar, sebelum ini mereka sangkakan ianya sekadar info teori konspirasi sengaja disebarkan. Kini ianya tidak lagi kerana segala fakta yang dibentangkan pada makin jelas dan ketara penglibatan Freemason ini melaksanakan agenda dajjal. Ingatlah, fakta yang dikemukan oleh ahli konspirasi bukan sekadar teori saja, ianya sudah jelas bahawa ianya sememangnya REAL CONSPIRACY!

Sejarah Freemason

Gerakan iblis ini sebenarnya sudah bertapak lama di muka bumi. Tarikh tepat penubuhan dan siapa pengasasnya tidak dapat dikenal pasti. Namun, berdasarkan fakta-fakta sejarah Freemason dianggap wujud secara rasmi pada 24 Jun 1717. Ini berdasarkan tarikh penubuhan Grand Lodge of England untuk Freemason di bandaraya London.

Selepas penubuhan Grand Lodges of England, wujud lagi beberapa Grand Lodge di negara-negara lain seperti Grand Lodge of Ireland pada 1725 dan Grand Lodge of Scotland pada 1736. Selepas Revolusi Amerika. Pertubuhan Freemason mula berkembang ke Amerika Syarikat. Dari situ hampir setiap negeri di Amerika telah mempunyai Grand Lodge sendiri. Penubuhan Grand Lodge di Amerika ini dipercayai dibawa oleh penjajah-penjajah British yang datang ke Amerika.

Satu perkara yang ganjil tentang Freemason ialah ia hanya menerima keahlian dikalangan orang lelaki sahaja. Tidak dapat dipastikan mengapa syarat-syaratnya seperti demikian. Yang jelasnya, pertubuhan ini mengahli-ahlinya patuh kepada Grand Master (Mahaguru) tanpa sebarang alasan. la juga pertubuhan yang mengingkari kewujudan Tuhan walaupun kebanyakan ahli-ahli Freemason menafikannya.

Pada 28 April 1738, Ketua Paderi bagi Gereja Roman Katholik iaitu Pope Clement XII telah mengemukakan isu menentang penyertaan orang-orang Kristian Katholik dari menyertai Freemason. Menurut dakwaannya, Freemason cuba menyerap pendidikan agama samawi Judais di dalam budaya pertubuhannya.

Larangan Gereja Roman Katholik tidak berhenti setakat itu sahaja. Pada 15 Oktober 1890, Gereja Roman Katholik telah menggubal Undang Undang Kanun baru yang menyatakan sesiapa ahli Katholik yang menyertai Freemason akan diisytihar 'murtad' dari agama Katholik. Selain itu, kanun baru tersebut juga melarang semua buku-buku terbitan Freemason dibaca oleh umum.

Sehingga kini pertubuhan Freemason masih wujud malah ahli ahlinya kian bertambah ke seluruh dunia termasuk di Malaysia. Menurut penulis buku Freemason for Dummies iaitu Christopher Hodapp, ahli Freemason seluruh dunia dianggarkan lima juta orang. Hampir dua juta berada di Amerika dan 480,000 orang dari lain-lain negara. Celaka betul organisasi ini dan sial betul siapa yang bersama serta menyokong pertubuhan pelaksana agenda dajjal nih!

Bersambung...

Friday, December 10, 2021

Bahagian 1 : Freemason : Pertubuhan Pelaksana Agenda Dajjal?

MELIHAT apa yang berlaku pada dunia kini, penulis terpanggil untuk memberi pandangan dan perkongsian buat anda semua. Tidak memaksa mempercayainya, cuma sekadar peringatan bersama dan terpulanglah kepada penilaian serta kefahaman tuan-tuan dan puan-puan, yang penting penulis dah jalankan amanah untuk memberitahu pada umat tentang agenda dajjal yang kini semakin menggugat keselamatan, keamanan dan akidah kita terutama umat Islam! Siapa yang menggerakkan agenda dajjal ini? Salah satunya adalah pertubuhan FREEMASON!

Apa itu Freemason?

Jalan mudah untuk memahami permasalahan sebenar dunia hari ini adalah dengan mengambil tahu setiap satu agenda pertubuhan rahsia Yahudi yang amat berpengaruh sejak 1000 tahun dahulu iaitu Freemason. Hebat! Ia merupakan antara pertubuhan atau organisasi yang tertua didunia. Jika kita mengkaji maklumat-maklumat berkaitan Freemason dan upacara-upacara mistik mereka, kita akan memahami bagaimana orang-orang Yahudi Zionis di dunia ini bekerja dalam merencanakan matlamat mereka untuk menjatuhkan umat Islam. Perencanaan menjatuhkan umat Islam dilakukan secara amat terancang dan memakan masa yang sangat lama, beribu tahun lamanya!

Perlu kita ketahui bahawa Zionis amat komited dalam hal ini kerana pendeta-pendeta mereka sudah dapat meramal akan kebangkitan Islam di akhir zaman kelak untuk meranapkan pengaruh Zionis di seluruh dunia. Maka mengenali pertubuhan Freemason adalah salah jalan pintas untuk umat Islam meyakini apa yang telah difirmankan Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 120;

  ولن ترضى عنك  اليهود ولا النصار ىحتى تتبع ملتهم 

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan merasa senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka.”

Takrifan Freemason' dan Istilah-Istilah Berkaitannya

Sukukata FREEMASON ini berasal daripada bahasa Inggeris maka kita perlu kita fahami berkaitan maksudnya dalam definisi yang kena kita terjemahkan. FREE secara umumnya di dalam Bahasa Melayu bermaksud BEBAS, PERCUMA, TIDAK TERIKAT dan lain-lain, manakala MASON jika diterjemah akan membawa maksud TUKANG BATU. Sekiranya digabungkan amat janggal bunyinya di dalam Bahasa Melayu iaitu Tukang Batu Bebas. Bagi penulis, setelah mendapatkan pelbagai kupasan dari beberapa sumber dan kesimpulannya bagi penulis FREEMASON ini merujuk pada maksud BEBASKAN ANAK TUHAN (FREE-MA-SON)

Melalui pengamatan penulis yang menyelidik agenda konspirasi berpendapat Freemason adalah satu pertubuhan Yahudi Zionis yang mendidik ahli-ahlinya bekerja bagi mencapai matlamat dan cita-cita bangsa Yahudi Zionis. Mereka bekerja terikat dengan satu bentuk budaya yang unik antara ahli-ahli. Di dalam memahami pergerakan kumpulan Freemason ini, beberapa istilah berkaitannya perlu diketahui. Istilah-istilah ini adalah sebagai mana istilah-istilah yang terkandung di dalam buku-buku Freemason.

Freemason - Nama Pertubuhan (mereka berselindung diatas nama pertubuhan kebajikan)

Mason - Anggota Freemason Grand Master - Mahaguru 

Lodge - tempat khas ahli-ahli Freemason berjumpa dan berbincang Grand Lodge - ibu pejabat utama Freemason 

Freemason Hall - dewan bangunan Freemason Degree - darjah kebesaran, pangkat atau status

Bersambung… 

Tuesday, December 07, 2021

5 Puak (Episod 30 : Penemuan Berharga) oleh MS Malawi

DARI sebuah kapal ke sebuah kapal mereka menumpang. Tiada siapa pun yang memperdulikan tiga orang lelaki tua menumpang kapal mereka. Semuanya melayan dengan penuh hormat akan tiga orang lelaki tua tersebut. Dugaan demi dugaan di lautan mahu pun di daratan sentiasa menjelma. Sudah banyak juga pertarungan yang mereka bertiga tempuhi, namun begitu penyamaran berjaya melindungi identiti mereka. Mereka bertarung dengan gagah bak orang muda. Misi mereka adalah untuk menuntut sebanyak mana ilmu agama, ilmu dunia, ilmu persenjataan dan segala jenis ilmu yang difikirkan sesuai dan akan dibawa ke Segumpal. Segala ilmu itu akan disampaikan semula kepada semua rakyat Segumpal.

Pendita Naga Emas bertemu dengan ramai tokoh-tokoh hebat dengan ilmu masing-masing. Antaranya tokoh ulama tersohor di Nusantara, tokoh perang dan ramai lagi. Setiap ilmu itu akan disimpan dan ditulis dalam beberapa buah buku. Oleh kerana itu, buku-buku itu amat bernilai dan tidak dapat dijual beli. Pada satu hari, kapal yang ditumpangi oleh mereka telah dilanda ombak yang begitu ganas. Ombak ganas yang menggulung itu telah menyebabkan kapal itu pecah dan karam di lautan. Mereka terpaksa berpaut pada beberapa keping papan sebelum akhirnya tiba di daratan.

Mereka bertiga terselamat daripada maut. Semuanya dengan izin Allah SWT Yang Maha Kuasa. Pulau yang di hadapan mereka sepertinya tiada hidupan selain mereka bertiga. Mereka bertiga berehat untuk beberapa ketika bagi mengeringkan pakaian. Nasib mereka jua baik kerana buku mereka telah dilindungi oleh kertas yang kalis air. Namun begitu, ia juga harus dikeringkan bagi mengelakkan tulisannya rosak.

"Agaknya di mana kita berada sekarang? Sunyi sepi pulau ini seperti dilanda geroda," kata Pendeta Naga Emas kepada kedua-dua orang Pahlawan Bayang.

"Buat seketika, kita istirehat dahulu di sini. Makanan ada di hadapan mata," kata Indera Sakti menunjukkan ke arah lautan yang terbentang luas.

"Selepas kita selesai di sini, ayuh kita masuk ke dalam hutan belantara itu. Ada sesuatu yang menarik-narik diriku ke dalam hutan itu," balas Pendita Naga Emas.

Kedua-dua Pahlawan Bayang mengangguk serentak. Mungkin juga mereka berkongsi perasaan yang sama dengan Pendita Naga Emas. Indera Wira mencari kayu dan batu untuk menyalakan unggun api. Kedinginan pada tubuh mereka mesti diatasi segera dengan kehangatan api. Selepas selesai menjamu selera dengan ikan-ikan yang ditangkap oleh Indera Sakti dan Indera Wira, Pendita Naga Emas kemudiannya menjadi imam bagi solat Zuhur. Apa-apa pun yang berlaku, solat mesti diutamakan berbanding perkara lain. Itu adalah pendirian Pendita Naga Emas dan dua orang Pahlawan Bayang.

"Kita sudah solat, kita sudah makan, adakah sudah tiba masanya kita ke hutan itu?" Tanya Indera Sakti.

"Inilah masanya. Ayuh kita bergerak sekarang," kata Pendita Naga Emas. Indera Wira segera memadamkan unggun api dan kemudiannya mereka bertiga pun segera melangkah ke hutan belantara itu.

Baharu sahaja beberapa langkah ke dalam hutan itu, tiba-tiba mereka terdengar bunyi sesuatu berlari dengan pantas. Ia seperti sedang diburu oleh ramai orang. Beberapa bunyi letupan juga kedengaran kuat. Alangkah terkejut ketiga-tiga mereka apabila melihat seekor khinzir liar yang amat besar sedang melarikan diri daripada segerombolan lelaki yang tidak dikenali. Luka-luka pada tubuh badan khinzir itu bukan akibat tikaman atau tetakan. Terdapat lubang pada bahagian tubuh badannya dengan darah meleleh keluar begitu banyak.

Lelaki-lelaki yang mengejar mereka itu memakai pakaian yang amat aneh, amat berbeza dengan pakaian orang Melayu. Pakaian mereka daripada bahan semulajadi seperti dedaunan. Namun begitu, senjata yang digunakan oleh mereka sangat menarik hati Pendita Naga Emas. Khinzir liar itu akhirnya tewas dan mati akibat kekurangan darah dalam badannya. Tanpa berlengah lagi, seorang daripada mereka segera menyembelih dan melapah daging khinzir tersebut.  Namun begitu, kehadiran tiga orang asing di hutan itu mengejutkan pemburu-pemburu tersebut. Salah seorang daripada mereka tanpa amaran telah menggunakan senjata yang dimiliki dan melepaskan satu serangan yang secara tiba-tiba menuju pantas ke arah Pendita Naga Emas.

Pendita Naga Emas tak sempat hendak mengelak lagi. Dia hanya sempat mengeluarkan pedangnya bagi menangkis serangan tersebut. Serangan itu sangat kuat membuatkan Pendita Naga Emas terpelanting. Batu berapi yang keluar daripada senjata tersebut menggesel pipi Pendita Naga Emas sehingga berdarah. Melihatkan keadaan yang mencemaskan itu, Pahlawan Bayang segera mendapatkan Pendita Naga Emas. Mereka segera melindungi Pendita Naga Emas dengan berdiri di hadapannya. Lelaki yang menggunakan senjata tersebut kemudiannya telah ditampar oleh ketua mereka kerana menggunakan senjata itu ke atas seorang lelaki tua. Oleh kerana itu, ketua itu dan anak-anak buahnya segera berjalan ke hadapan. Melihat kemaraan mereka, Panglima Bayang mula menarik pedang mereka.

Andai mereka maut di sini, mereka terima dengan redha. Mungkin itu adalah ketentuan dan takdir dari Allah. Selain debaran yang menyelubungi hati, amarah juga menguasai di hati. Mereka tidak mengerti apakah sebabnya lelaki itu menyerang Pendita Naga Emas. Akhirnya lelaki si ketua pemburu itu tiba di hadapan mereka bertiga. Anak-anak buahnya hanya menunggu di belakang ketua mereka itu. Tiba-tiba, ketua pemburu itu bertanyakan sesuatu kepada mereka bertiga dalam bahasa yang amat sukar difahami. Sudah tentu bahasa yang dituturkan itu boleh menyebabkan salah faham yang lebih dalam. Dari riak wajah lelaki itu, dia seperti mahu memohon maaf atas keterlanjuran anak buahnya menyerang Pendita Naga Emas. Lelaki itu memegang tangan Indera Sakti, namun Indera Sakti segera menolak tangan lelaki itu sehingga ia terdorong ke belakang. Melihatkan ketua mereka ditolak sedemikian rupa, anak-anak buahnya segera mengangkat senjata mereka. Namun begitu, ketua mereka segera menahan anak-anak buahnya daripada bertindak melulu.

"Ayahanda Indera Sakti, bersabarlah. Ketua mereka itu nampaknya ingin berdamai. Lagi pun aku ini tidak apa-apa," Pendita Naga Emas menguatkan semangatnya untuk bangun dan berjalan ke hadapan. Pendita Naga Emas akhirnya berhadapan dengan ketua pemburu itu. Tangannya segera menyentuh tangan lelaki itu. Walaupun berbeza suku bangsa, namun bahasa tubuh badan dan riak wajah lebih mudah difahami. Melihat kejernihan di wajah Pendita Naga Emas, lelaki pemburu itu seperti memahami apa yang ingin dikatakan oleh Pendita Naga Emas. Lelaki itu mengusap wajah Pendita Naga Emas yang berdarah. Dia kemudian mengeluarkan sesuatu daripada sebuah bakul, lalu mengeluarkan beberapa helai daun dan dilapkan pada luka di wajah Pendita Naga Emas.  Beberapa helai daun lagi dihancurkan dan diludah oleh lelaki itu, lalu dilekapkan pada wajah Pendita Naga Emas.

Melihatkan perdamaian itu, kedua-dua Pahlawan Bayang mula meletakkan pedang mereka. Begitu juga dengan anak-anak buah pemburu tersebut. Lelaki itu kemudiannya menarik tangan Pendita Naga Emas untuk mengikut mereka. Mereka pun berjalan mengikuti kumpulan pemburu itu. Disangkakan tiada penghuni, rupa-rupanya ada sebuah perkampungan di dalam hutan itu. Sebuah kampung yang agak tersembunyi dan jauh ke dalam hutan, tak mungkin dapat dilihat dari pantai. Pada malam itu, mereka dilayani dengan baik oleh ketua pemburu itu. Ketua pemburu itu rupa-rupanya adalah ketua kampung tersebut. Pada malam itu, khinzir liar itu telah dijadikan hidangan utama. Namun begitu, mereka tidak menjamah sedikit pun daging khinzir tersebut. Mereka hanya makan ikan dan buah-buahan yang dihidangkan. Selepas jamuan, para wanita mula menarikan tarian suku kaum mereka. Dalam hati Pendita Naga Emas berharap agar dapat melihat senjata yang digunakan dengan lebih dekat. Peluang itu akhirnya tiba apabila ketua tersebut memberikan kepada Pendita Naga Emas untuk dilihat sebaiknya.

"Senjata ini amat unik. Ia mempunyai keupayaan untuk sampai kepada sasarannya dari jarak jauh. Dari apa yang aku lihat, ia mempunyai batu yang berapi. Urmmmm, bukan batu tapi ia berbentuk bulat, " bisik hati Pendita Naga Emas. Lelaki itu kemudiannya menunjukkan cara penggunaan senjata tersebut. Gabungan antara sumpit dan sesuatu yang berbentuk seperti lonjakan atau tolakan dari luar, menghasilkan momentum yang begitu dahsyat. Pendita Naga Emas segera membuat lakaran akan senjata tersebut. Daripada pemerhatiannya, senjata itu boleh dihasilkan dengan lebih baik. Mungkin dengan rekabentuk dan bahan yang lebih bermutu. Ketiga-tiga pahlawan tersebut akhirnya dapat berlindung di dalam sebuah pondok yang selesa. Sekurang-kurangnya mereka selamat daripada haiwan liar dan mungkin keadaan cuaca yang tidak menentu.

Majlis di Istana Segumpal akhirnya berakhir. Namun begitu, timbul persengketaan di antara kumpulan Lima Puak dan rombongan daripada negara Baratia. Ada sesuatu yang mencurigakan di sebalik kedatangan Putera Baratia dan anggota rombongannya. Putera Baratia telah meminta izin daripada Maharaja Segumpal Satria agar dapat tinggal di Segumpal untuk beberapa ketika. Mereka ingin menjalinkan hubungan perdagangan dan perkongsian ilmu dan budaya. Maharaja Segumpal Satria akhirnya memberi perkenan dan bantuan kepada rombongan tersebut. Beberapa buah rumah yang sudah tiada penghuninya telah diberikan untuk diduduki oleh Putera Baratia dan ahli rombongannya.

Mahaguru Harimau Emas tidak dapat menghalang jalinan persahabatan itu, namun dia sempat memberikan nasihat dan amaran agar Maharaja Segumpal Satria berhati-hati dalam setiap perkara. Mungkin akan berlaku musibah di kemudian hari jika mereka terlalu lembut hati dan tidak berhati-hati. Lebih-lebih lagi mereka tidak mengenali sepenuhnya tetamu yang datang itu. Beberapa purnama berlalu, Putera Baratia dan kerabat diraja akhirnya meninggalkan Segumpal. Namun begitu, Marvick dan anak-anak buahnya masih kekal berada di rumah tersebut dan tidak pulang bersama. Marvick telah dilantik oleh Putera Baratia bagi menjalankan urusan perdagangan.

Akan tetapi, bukan hanya perdagangan yang menjadi tumpuan utama Marvick. Dia juga sudah mula menjalankan agendanya sendiri dengan menyampaikan ilmu agamanya yang sudah tentu bertentangan dengan ajaran agama Islam. Menggunakan hak dan kebebasan beragama, Marvick cuba menarik rakyat Segumpal agar menganut ilmu agamanya. Dengan kemewahan yang diberikan, sudah tentu ada antara rakyat Segumpal tertarik hati untuk menyertai kumpulan agama Marvick.

Namun tidak ramai yang tahu dan sedar, agama yang dianuti Marvick sebenarnya bukan agama sebenar atau agama yang mentauhidkan Allah SWT. Marvick sebenarnya telah mengajarkan ilmu sesat yakni ilmu hitam. Beberapa pengikut yakni rakyat Segumpal telah mula hilang dari pandangan ahli keluarga mereka sendiri. Perkara ini membuatkan Mahaguru Harimau Emas mulai resah. Andainya ajaran ilmu itu meresap masuk ke dalam perkampungan Lima Puak, maka akan hancurlah akidah mereka yang disesatkan oleh Marvick si pengikut Iblis dan Syaitan.

"Kita mesti siasat perkara ini dengan segera. Oleh itu, kawalan di kampung ini mesti diperketalan. Jangan ada sesiapa pun dari kampung ini dilihat di rumah puaka itu," arah Mahaguru Harimau Emas kepada anak-anak buahnya.

"Aku mesti siasat sendiri, tak kira apa pun yang terjadi, aku mesti selamatkan orang-orang Segumpal," bisik hati Naga Hitam.

Apakah yang akan terjadi kepada Pendita Naga Emas dan dua orang Pahlawan Bayang. Apakah rancangan mereka untuk menunaikan haji akan terlaksana? Bagaimana pula keadaan di Segumpal? Apakah yang akan ditemui oleh Naga Hitam nanti?

Bersambung…

Cerita ini adalah cerita rekaan. Watak di dalam cerita ini hanyalah rekaan dan tidak berkait dengan orang yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Walau bagaimanapun, karya naskhah ini adalah hakmilik blog Jejaka Aksi Malaya, segala peniruan, salinan semula samada dalam media elektronik atau media cetak mahupun online, mestilah perlu mendapat kebenaran dari admin blog ini.

Wednesday, December 01, 2021

Hakikat Memahami Fitnah Akhir Zaman

SEBAGAI seorang muslim, saya (penulis) berasa bersalah dan bertanggungjawab untuk memberi peringatan ringkas pada umum tentang apa yang sedang kita hadapi sekarang. Ramai yang tidak memahami apa yang berlaku kini.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman :

 فَذَكِّرْ اِنْ نَّفَعَتِ الذِّكْرٰى

"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);"

(QS. Al-A'la 87: Ayat 9)

Sebenarnya dikalangan rakyat umumnya sedang berlaku kekecohan, kekeliruan, ketidakstabilan hidup, huru hara dan sebagainya akibat tekanan vaksin, ya, bagi saya covid bukan ancaman ianya sama seperti penyakit kebiasaan yang manusia hadapi berkurun lama, setiap penyakit ada ubatnya, itu lumrah dunia. Kebanyakan dari mereka telah pun mengambil vaksin lengkap 2 dos, hanya segelintir orang sahaja di malaysia yang tidak mengambil vaksin, dan mereka ini digelar anti vaksin. Sebenarnya klasfikasi itu adalah tidak tepat, mereka bukan anti vaksin, mereka cuma berhati-hati terhadap keselamatan tentang vaksin yang masih lagi berada dalam fasa klinikal yang belum sempurna. Mereka inilah golongan PRO SAFETY.

Dan ada juga yang saya kenali di mana keilmuwannya amat amat saya kagumi dan hormati, tetapi memilih untuk divaksin sebagai jalan ikhtiar, namun tidak kurang sedikit pun rasa hormat saya kepada mereka kerana memilih untuk vaksin. Saya hormati pilihan mereka, tetapi kenapa mereka yang memilih untuk tidak divaksin tidak dihormati? Malah ditekan pelbagai cara sehingga mengundang DISKRIMINASI terhadap mereka! Sedangkan mereka ini WARGANEGARA dan mempunyai dalam memilih demi keselamatan seperti yang tertakluk dalam AKTA HAK ASASI MANUSIA! Dalam hak asasi manusia dan didalam akta perlembagaan negara kita ada peruntukkan untuk MELINDUNGI NYAWA, kita tahu vaksin ini ada kesan sampingan dan kemudaratan.

Saya juga rujuk pada agamawan serta beberapa orang yang arif, setelah mengetahui kebenaran, ramai juga yang memilih untuk tidak vaksin. Kita perlu ingat, kita kini berada didalam fasa MULKAN JABBARIYAN bukan lagi dalam fasa mulkan ad dhudhan. Rata-rata jawapan mereka adalah hampir sama dan muafakat dengan pendirian saya juga. Saya tidak mahu mendedahkan jawapan mereka secara khusus atas ‘masyaqqah’ tertentu, namun memadai jika saya katakan bahawa itu adalah pilihan mereka. Apa-apapun, kini kita lihat, dengar sudah mula agamawan yang benar tampil beri keterangan tentang fitnah akhir zaman yang sedang hadapi ini disebalik tokoh agamawan kita memilih untuk mendiamkan diri dan membiarkan kebatilan bermaharajalela.

Lihat dengan mata hati disebalik hakikat akhir zaman ini dengan kejadian, cari titik percantuman sesuatu peristiwa dan kejadian, maka akan temui keputusan tentang fitnah akhir zaman sekarang. Kita berbalik pada vaksin tadi, mereka yang memilih vaksin sebagai jalan ikhtiar dengan berpandu kepada kaedah Fiqh dengan pendirian ‘husnudzan’ (sangka baik) terhadap penghasilan vaksin, tanpa meletakkan sebarang bentuk rasa prejudis, maka atas dasar itu, saya menghormatinya.

Namun, saya tetap tegaskan, jika keadaan sekarang ini kita kena lihat dan pandang dari sudut FIQH TAHAWWULAT (fiqh akhir zaman), maka panduan fiqh ini kita mungkin lebih tegas dan berhati-hati, hanya ahli yang faham tentang hakikat fitnah akhir zaman ini yang nampak fitnah ini berlangsung. Soalnya, mestikah kita kaitkan apa yang berlaku ini dengan fitnah akhir zaman? Jawapannya YA! memang kena kaitkan dengan Fiqh Tahawwulat, kerana kita memang sedang berada pada fasa ke-4. Fasa di mana taat pada ululamri sudah tamat! Wallahua'lam.

Tuesday, November 30, 2021

5 Puak (Episod 29 : Marvick Tunjuk Belang!) oleh MS Malawi

DEMI sahaja terlihat akan hakikat di depan matanya, hati Mahaguru Harimau Emas begitu berang. Namun begitu, dia menarik nafas panjang dan membacakan sesuatu iaitu ayat pembuka dari ayat 1-3 dari Surah Al-Fath lalu dihembuskan ke arah anak-anak buahnya. Sebaik sahaja hembusan itu mengenai anak-anak Harimau, kunci yang memasung kaki mereka akhirnya terbuka. Namun begitu, jin-jin yang terlihat di mata Mahaguru Harimau Emas mengalihkan perhatian mereka kepada Mahaguru Harimau Emas. Jin-jin itu sangat marah kerana telah diserang balas oleh Mahaguru Harimau Emas. Sebelum serangan itu menghampiri tubuh Mahaguru Harimau Emas, satu cahaya yang sangat menyilaukan terpancar dari tubuhnya sehingga membuatkan jin-jin itu terpelanting dan terbakar.

Sebelum serangan itu mengenai tubuhnya, Mahaguru Harimau Emas telah membacakan Ayatul Qursi sebagai ayat pendinding dirinya disusuli serangan daripada satu ayat dari surah Yassin. Ayat itu telah menjelmakan petir yang memancar kuat cahayanya lalu merejam jin-jin itu bak lembing. Mahaguru Harimau Emas memberikan isyaratnya kepada Anak Harimau agar memulakan persembahan mereka. Oleh kerana mereka terburu-buru, Anak-anak Harimau telah leka dan lalai kerana tidak memulakan pembukaan gelanggang dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Pembukaan gelanggang dengan ayat Al-Quran dari surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas, Al-Fatihah dan Ayatul Qursi amat penting sebelum membuka gelanggang.

Sudah menjadi kebiasaan akan sifat manusia yang sentiasa hasad dengki dan iri hati. Begitulah jua yang sering terjadi kepada Puak Berlima. Namun begitu, jin-jin yang datang melanda mereka kali ini kelihatan berbeza dan sangat menggerunkan. Setelah ayat pembuka gelanggang dibacakan, baharulah Anak-anak Harimau dapat memulai persembahan mereka. Sementara itu, Naga Hitam berlari keluar dari balairung Istana Segumpal. Pada firasatnya, ada sesuatu yang tidak kena tatkala Marvick tiba-tiba keluar meninggalkan majlis. Naga Hitam berjalan mengikut gerak hati dan ilham dari Allah SWT. Beberapa langkah lagi menuju ke arah sebuah hutan di belakang Istana Segumpal. Dapat dirasai satu kuasa yang kuat berada di dalam hutan belantara itu.

Di saat kaki Naga Hitam melangkah masuk ke dalam hutan belantara, terlihat olehnya kelibat seseorang di udara dalam keadaan terapung. Dari matanya yang tidak berhijab itu, kelihatan dua ekor jin berwarna merah darah dan bersayap sedang memeluk Marvick. Marvick dilihat sedang membacakan sesuatu kemudian dihembuskan ke bawah. Mungkin ia jampi serapah, kerana dari hembusan nafas Marvick itu terlihat dari mata Naga Hitam akan beberapa ekor jin kecil bersayap dan ganas sedang menuju ke arah Istana Segumpal. "Kurang ajar. Aku mesti lancarkan serangan balas," bisik hati Naga Hitam lalu dia mula duduk bersila. Naga Hitam mula membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan ditepuk kedua-dua telapak tangannya ke atas tanah. Getaran mulai terasa pada tubuh badan sang Naga Hitam.

Getaran itu adalah roh Naga Hitam. Kekuatannya semakin bertambah, lalu rohnya keluar dari jasadnya. Pada saat ia terbang ke udara, seekor naga hitam telah bergabung dengan rohnya itu. Sang naga terus meluru ke arah Marvick. Marvick dapat merasakan satu aura yang kuat meluru ke arahnya dengan kepantasan yang luarbiasa. Perhatiannya sudah beralih arah. Diarahkan jin-jin kecil itu menyerang sang naga hitam itu. Akan tetapi, kekuatan naga hitam itu bukan sebarangan. Dilibaskan ekornya kepada jin-jin kecil itu sehingga mereka tertewas dengan begitu mudah sekali. Wajah Marvick semakin merah padam. Diperkuatkan bacaan manteranya. Lalu muncul jin merah bertanduk tiga. Semakin lama ia semakin membesar sehingga tubuh badannya sebesar sang naga hitam. Kali ini Naga Hitam menyedari Marvick bukan calang-calang lawan. Naga Hitam yang bergabung dengan naga telah membulatkan tekad untuk terus menyerang.

Memang ini yang amat ditunggu-tunggu oleh Marvick. Pada saat kuasa gabungan Naga Hitam dan sang naga menyerang ke arahnya, telah tersedia akan perangkap yang tidak disedari oleh Naga Hitam. Tiba-tiba, tangan jin merah bertanduk tiga berubah menjadi seperti pedang darah. Serangan sang naga sudah semakin hampir, jin merah itu tidak mahu terus menunggu menghadapi ancaman maut itu. Ia terus menyerang sang naga. Pertarungan luarbiasa kini berlangsung begitu pantas. Kedua-duanya saling berbalas serangan. Masih belum diketahui siapa yang akan memenangi pertarungan ini. Marvick memperkuatkan bacaan manteranya. Jin merah itu semakin bertambah kuat nampaknya. Beberapa kali Naga Hitam berundur ke belakang. Naga Hitam segera membacakan sesuatu. Moga Allah akan membantunya di saat kesukaran berhadapan musuhnya itu.

Langit di alam kebatinan mula berubah warna. Tiba-tiba guruh berbunyi, kilat sabung menyabung. Keadaan itu tidak dihiraukan oleh Marvick kerana dia mesti menghapuskan musuhnya dengan segera. Tiba-tiba, jin merah bertanduk berjaya menangkap kaki sang naga. Dengan kekuatan yang telah dipertingkatkan, jin merah itu cuba menghumban sang naga hitam. Namun begitu, Naga Hitam dan naganya dapat menyerang balas. Kibasan sayapnya tepat mengenai jin merah itu sehingga ia terpaksa melepaskan kuncian tangannya. Kesempatan ini seharusnya tidak dipersia-siakan oleh Naga Hitam. Namun dia bertindak sebaliknya. Naga Hitam berundur ke belakang. Apakah Naga Hitam sudah mengaku kalah?

Marvick semakin angkuh melihatkan keadaan yang disangkakan menyebelahi dirinya. Tiba-tiba, satu pancaran sepantas kilat mengenai tubuh jin merah sehingga ia hancur berkecai. Ia adalah petir tunggal yang didatangkan oleh Allah, daripada doa yang dibacakan oleh Naga Hitam. Marvick meraung keras. Jin merah bertanduk itu adalah satu daripada jin kesayangannya. Marvick telah salah menilai akan kekuatan Naga Hitam. Disangkakan Naga Hitam itu lebih lemah daripada Mahaguru Harimau Emas. Namun begitu, akhirnya dia telah terperdaya dengan helah licik Naga Hitam itu. Marvick mengghaibkan dirinya daripada pandangan Naga Hitam. Kemenangan telah memihak yang hak dan menghancurkan yang bathil. Semuanya adalah dengan izin Allah SWT, Yang Maha Berkuasa dan Maha Perkasa.

"Alhamdulillah, hamba-Mu ini amat bersyukur atas bantuan yang dikurniakan oleh-Mu, Ya Allah," bisik hati Naga Hitam. Perlahan-lahan rohnya kembali ke dalam jasadnya, berpadu dan bersatu semula. Terasa setiap sendinya akan sedikit kesakitan dan kekejangan. Pertarungan di alam kebatinan lebih memenatkan berbanding di alam nyata. Naga Hitam menarik nafasnya dan cuba mengatur semula pernafasannya. Setelah beberapa lama, akhirnya kekuatannya kembali pulih.

"Apa agaknya yang berlaku di dalam istana," bisik hati Naga Hitam, menyapu keringat yang membasahi dahinya. Dia bangun dan kemudian berjalan semula menuju istana. Setibanya di pintu istana, Naga Hitam melihat persembahan anak-anak buahnya dalam keadaan selamat dan teratur. Naga Hitam menarik nafas lega sambil pandangan matanya mencari-cari akan Marvick. Akhirnya pandangan dua seteru itu bertemu, terlihat oleh Naga Hitam akan wajah geram si Marvick.

"Jangan sesekali mencabar kami, pahlawan Melayu di Segumpal ini," seakan itulah ayat yang ingin disampaikan oleh Naga Hitam kepada Marvick. Seakan dapat membaca pesanan itu, Marvick mengalihkan renungan matanya kepada Putera Baratia yang datang menghampirinya.

"Ini baru permulaan. Mungkin di lain kali akan ada lagi pertarungan antara kami. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu ini sangat mencurigakan," bisikan hati Naga Hitam tidak pernah salah.

Apakah yang akan berlaku di kemudian hari? Apakah tujuan rombongan dari Baratia datang ke Segumpal, sebuah kerajaan kecil di Tanah Melayu?

Bersambung…

Cerita ini adalah cerita rekaan. Watak di dalam cerita ini hanyalah rekaan dan tidak berkait dengan orang yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Walau bagaimanapun, karya naskhah ini adalah hakmilik blog Jejaka Aksi Malaya, segala peniruan, salinan semula samada dalam media elektronik atau media cetak mahupun online, mestilah perlu mendapat kebenaran dari admin blog ini.

Monday, October 04, 2021

5 Puak (Episod 28 : Pertarungan Berterusan!) oleh MS Malawi

PEMANDANGAN di tempat orang menambah ilmu pengetahuan buat si pengembara. Apa yang dicari di dalam dunia yang fana ini, hanya sang pengembara sahaja yang tahu. Perjalanan ke tempat yang tidak pernah dikunjungi sedikit sebanyak akan meninggalkan seribu kenangan. Pelayaran tiga orang lelaki tua mencari seberapa banyak bekalan yang akan dibawa ke Segumpal. Pendita Naga Emas dan si kembar Pahlawan Bayang akan bertemu banyak perkara sepanjang pelayaran itu. Tugas mereka amat berat, bukan sahaja mengejar ilmu Akhirat, ilmu pembangunan dan persenjataan juga amat penting dalam memajukan agama, bangsa dan tanah air tercinta.Dari satu kampung ke satu kampung, dari daerah ke daerah telah mereka jelajahi.

Tiada siapa pun yang dapat mengenali mereka bertiga kerana teknik penyamaran yang sangat sempurna. Penyamaran ini amat penting kerana buat ketiga-ketiga pahlawan tersebut musuh ada di mana-mana. Pada mulanya mereka bertiga telah sepakat untuk tidak masuk campur andai berlaku pergolakan di setiap tempat yang mereka kunjungi. Namun begitu, semangat kepahlawanan dan perikemanusiaan yang terpendam dalam diri membuatkan mereka terpaksa menolong insan yang mengalami kesusahan dan penderitaan. Apatah lagi apabila kampung yang mereka kunjungi itu telah diserang oleh lanun-lanun durjana. Mahu tidak mahu,  pedang telah terhunus keluar dari sarungnya demi menyelamatkan dan membalas budi penduduk kampung.

Dan, untuk itu mereka terpaksa menyamarkan diri bagi melindungi identiti sebenar. Dengan pakaian serba hitam dan wajah yang dilitupi kain hitam, mereka menyerang lanun-lanun itu dengan kekuatan dan kepantasan luar biasa. Setelah memastikan kampung itu selamat dan bebas dari lanun-lanun itu, mereka terus menghilangkan diri tanpa dapat dikesan oleh orang-orang kampung. Penduduk kampung terpaku menyaksikan dengan biji mata mereka sendiri akan kehebatan tiga orang pahlawan tua itu menentang puluhan orang lanun. Ketangkasan tiga orang pahlawan itu akhirnya telah menyelamatkan nyawa dan maruah penduduk kampung. Selama ini, penduduk kampung tersebut tidak mampu menentang lanun-lanun yang sering menjadikan kampung mereka sasaran.

Lawatan mereka ke sesebuah tempat biasanya berakhir dalam masa yang singkat. Setiap  tempat yang dilawati mempunyai keistimewaan dan budaya yang tersendiri. Telah banyak maklumat yang mereka bertiga kumpulkan dan diperolehi untuk dibawa ke Segumpal, namun begitu masih ada terasa kekosongan di hati. Untuk itu, Pendita Naga Emas telah merancang perjalanan seterusnya ke Kota Suci Mekah. Perjalanan ini pasti memakan masa yang lebih panjang kerana jarak perjalanan yang sangat jauh. Mereka memperkuatkan diri dan semangat mereka kerana ini adalah hajat Pendita Naga Emas yang mahu mereka bertiga menunaikan Rukun Islam yang kelima itu dengan sempurna.

Pelayaran kali ini lebih sukar memandangkan keadaan ombak dan angin yang tidak dapat dijangka. Akan tetapi ia tidak sedikit pun mematahkan semangat Pendita Naga Emas dan dua orang Pahlawan Bayang. Namun begitu, kuasa Allah tiada siapa yang dapat tandingi. Sudah tersurat bahawa pada hari itu ribut telah melanda di perairan itu. Fenomena ribut jarang terjadi dalam sejarah pelayaran mereka. Namun kali ini ia amat dahsyat sekali. Paduan ribut dan ombak yang menggulung telah membadai kapal yang mereka tumpangi sehingga pecah dan karam. Apakah ketiga-tiga pahlawan itu dapat menyelamatkan diri daripada lemas? Atau, jasad mereka akan terkubur di tengah lautan?

Serangan yang dilakukan oleh lelaki asing itu telah berjaya dihentikan oleh Mahaguru Harimau Emas. Kedua-dua petarung itu telah terpelanting dan berundur ke belakang di alam kebatinan setelah pertarungan mereka diganggu oleh Mahaguru Harimau Emas. Lelaki dari negara Baratia yang menyerang Naga Hitam itu begitu terperanjat dengan serangan daripada Mahaguru Harimau Emas. Dapat dirasakan kekuatan serangan yang berpunca dari laungan azan itu begitu kuat dan menghentak dirinya sehingga dia mengalami sesak nafas. Dalam hatinya tertanya-tanya, "ilmu apakah itu?" Bukan itu sahaja, ngauman dari kekuatan ilmu Mahaguru Harimau Emas itu telah menggetarkan jiwa lelaki tersebut. Serangan mengejut itu telah dapat mengendurkan niat lelaki itu untuk terus menyerang Naga Hitam. Beberapa kali dia mengurut dadanya dan menarik nafas bagi memulihkan semangat dan kekuatannya.

Usai menjamu selera, Maharaja Segumpal Satria telah memperkenalkan tetamu-tetamu asing itu kepada semua jemputan yang hadir. Seorang lelaki yang terlihat berbeza dan segak dengan pakaian mewahnya adalah seorang putera raja dari negara Baratia. Putera raja itu dalam rangka lawatannya bagi menjalinkan hubungan persahabatan dan perdagangan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu. Putera raja dari Baratia itu telah memperkenalkan dirinya sebagai Putera Archie, kemudiannya telah memperkenalkan semua ahli rombongannya kepada tetamu-tetamu lain. Amat mengejutkan buat Naga Hitam dan Mahaguru Harimau Emas kerana identiti lelaki yang berwajah bengis itu adalah seorang mubaligh yang lebih dikenali sebagai Marvick.

"Entah mengapa hamba rasa kurang senang dengan mubaligh itu. Apakah agama yang dibawanya dan mengapa Maharaja Segumpal Satria membenarkan mereka bertapak di Segumpal ini?" Bisik hati Naga Hitam sendirian.

Naga Hitam dan Mahaguru Harimau Emas saling berpandangan. Seolah-olah terdetik di hati mereka, Segumpal akan dilanda musibah lagi. Dari riak wajah Mahaguru Harimau Emas terlihat berkerut seribu tanda. Petanda dirinya kurang senang dengan kehadiran rombongan luar negara itu. Demi menghormati majlis Maharaja Segumpal Satria, mereka terpaksa bersabar. Namun begitu, Marvick seakan-akan cuba mencabar mereka berdua dengan senyuman sinisnya. Dari  renungan matanya yang tajam seolah-olah berkata, "ayuh kita sambung pertarungan di alam nyata". Tidak meriah sesuatu majlis jika tiada persembahan. Persembahan bukan sahaja satu hiburan seperti nyanyian atau tarian, persembahan ini luas sekali maksudnya. Persembahan dari pahlawan-pahlawan juga biasanya menarik hati para tetamu.

Putera Archie dilihat mendekati Maharaja Segumpal Satria. Dibisikkan akan sesuatu di telinga Raja Segumpal itu. Maharaja Segumpal Satria pula hanya menganggukkan kepala, mungkin membenarkan akan cadangan  Putera Archie tersebut.

"Dengan bangganya, buat tuan-tuan dan  puan-puan semua, Maharaja Segumpal Satria telah memperkenankan akan persembahan tari perang yang akan dibawa oleh pahlawan negara Baratia. Sekian dipersilakan," ujar juruacara Istana Segumpal.

Marvick bersama-sama para pahlawan Baratia berjalan dengan penuh angkuh dan lagak semasa berjalan melintasi hadapan Mahaguru Harimau Emas dan Naga Hitam, sebelum tiba ke hadapan Maharaja Segumpal Satria. Mereka punya ahli muzik yang dibawa sendiri dari Baratia, lalu dimainkan alat muzik perang mereka bagi menghangatkan suasana. Alunan muzik yang kedengaran asing oleh Maharaja Segumpal Satria dan rakyat jelata, begitu mempersonakan dan memukau. Alunan lembut yang dimainkan tiba-tiba bertukar ganas, mengejutkan para hadirin. Ketika itulah Marvick memulakan langkah perangnya, menunjukkan setiap kehebatan dan keperwiraannya bersama anak-anak buahnya.

Pada kebiasaan dalam sesuatu majlis diraja, pahlawan 5 Puak yang akan diminta ke hadapan bagi mempersembahkan tari perang mereka. Namun kali ini lain pula jadinya apabila para pahlawan Baratia yang terlebih dahulu memulakan gerak langkah mereka. Seperti mana Marvick, para pahlawan Baratia berbadan besar dan tegap, ketinggian mereka jua berbeza dengan para pahlawan dari 5 Puak. Kemudian, mereka segera membuat bentuk bulatan. Marvick berdiri di tengah-tengah bagi menunggu serangan dari anak-anak buahnya. Ini persembahan biasa, namun kali ini ia terlihat luarbiasa kerana Marvick akan berhadapan dengan serangan senjata daripada anak-anak buahnya. Dan, dia akan menghadapi mereka dengan tangan kosong.

Marvick sudah bersedia, lalu salah seorang pahlawan Baratia tidak teragak-agak menyerang Marvick. Serangan senjata itu nampak begitu menyakinkan dan menggerunkan, seolah-olah ia bukanlah sekadar satu persembahan. Akan tetapi, Marvick dengan mudah menewaskan serangan tersebut. Dengan kepantasan luar biasa, Marvick telah mengilas tangan pengikutnya dan melucutkan senjata yang dipegangnya. Kedengaran jua tangan pengikutnya itu telah dipatahkan. Maharaja Segumpal Satria juga terperanjat melihat persembahan tersebut. Apakah maksud Marvick mencederakan pengikut mereka sendiri? Tidak lama rasa kehairanan di hati Maharaja Segumpal Satria itu kerana lebih banyak lagi kecelakaan yang telah dilakukan oleh Marvick ke atas para pengikutnya.

Putera Archie kelihatan tenang sahaja, sesekali dia merenung tajam ke wajah permaisuri kepada kerajaan Segumpal. Nampaknya Putera Archie telah terpesona dengan kejelitaan sang permaisuri. Permaisuri Segumpal iaitu Kencana Dewi dapat merasai renungan Putera Achie tersebut, namun dia hanya membalas dengan senyuman bersahaja. Persembahan tari perang Baratia lebih menggerunkan apabila Marvick dengan senjatanya yang begitu berbeza rekabentuknya, memusingkan ia beberapa kali. Pada kebiasaannya, senjata para pahlawan Segumpal seperti keris, sundang, lembing dan tombak mempunyai hulu di bahagian pangkal senjata sebagai pemegangnya. Namun begitu, senjata Marvick ini lebih unik. Bahagian tengah senjata tersebut adalah hulunya dengan kedua-dua bahagian kanan dan kiri adalah senjata.

Beberapa kali jua Marvick memusingkan senjata tersebut sehingga menghasilkan bunyian yang membingitkan. Ramai antara hadirin dan jemputan kehormat yang terpaksa menutup telinga mereka, namun Mahaguru Harimau Emas, Naga Hitam dan Maharaja Segumpal Satria dapat menentang serangan bunyi dari senjata tersebut.

"Ya, hebat sekali tuan Marvick!" Laungan suara Maharaja Segumpal Satria menghentikan persembahan tersebut. Ternyata Maharaja Segumpal Satria amat kurang senang dengan perlakuan biadab Marvick itu, namun tidak ditunjukkan sejujurnya. Maharaja Segumpal Satria amat bijaksana, dengan jeritannya itu paduka baginda telah menyelamatkan ramai orang termasuk rakyat jelata yang berada di situ.

"Maafkan sahaya, Maharaja Segumpal Satria," Marvick mengangkat tangan tanda memohon maaf atas perlakuannya sebentar tadi. Akan tetapi, apa yang telah dilakukannya tadi pastinya mempunyai tujuan tertentu.

Maka, berakhirlah sudah persembahan Marvick dan anak-anak buahnya. Walaupun persembahannya telah terganggu, Marvick terpaksa mengalah dan berundur. Persembahan seterusnya adalah persembahan dari pahlawan 5 Puak. Marvick kemudiannya menghilangkan diri dari Istana Segumpal. Pahlawan dari 5 Puak berjalan ke badapan Maharaja Segumpal Satria bagi memulakan persembahan mereka. Namun begitu, sebelum memulakan persembahan, kaki mereka seakan dipasung oleh sesuatu yang tidak kelihatan. Sudah puas mereka berusaha, namun kaki mereka terasa berat sekali. Para hadirin dan jemputan semua sedang menunggu dengan penuh sabar.

"Nampaknya ada seseorang cuba memalukan kami. Biar aku 'lihat' dengan Ilmu Telus Mata ku," bisik hati Mahaguru Harimau Emas, lalu menghalakan pandangannya pada pahlawan 5 puak. Demi terlihat sahaja kepada anak-anak buahnya, Mahaguru Harimau Emas amat terperanjat melihat keadaan mereka.

Apakah yang terlihat di mata Mahaguru Harimau Emas? Siapakah yang cuba mensabotaj persembahan dari pahlawan 5 Puak?

Bersambung…

Cerita ini adalah cerita rekaan. Watak di dalam cerita ini hanyalah rekaan dan tidak berkait dengan orang yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Walau bagaimanapun, karya naskhah ini adalah hakmilik blog Jejaka Aksi Malaya, segala peniruan, salinan semula samada dalam media elektronik atau media cetak mahupun online, mestilah perlu mendapat kebenaran dari admin blog ini.