Thursday, January 10, 2013

'Ballon d'Or dibuat Hanya Untuk Messi'


AKHBAR Sepanyol kesemuanya menghamburkan pujian buat wira dan produk Akademi La Masia yang paling berjaya, Lionel Messi.  Selepas 20 tahun, rekod terakhir dipegang oleh Marco Van Basten pada tahun 1992 dengan memenangi buat kali ketiga, Messi  menjadi individu pertama memenangi FIFA Ballon d'Or empat kali dengan cara berturut-turut. Sebelum ini belum ada individu pemain hebat memenanginya secara berturut-turut melebihi 3 kali. ‘Budak Kecil Ajaib’ ini berjaya melakukannya. ‘Dia’ kata El Mundo, ‘Klasifikasi Luar Biasa’.

Namun, berbeza pula di negara asalnya, Argentina. Ada yang gembira ada yang mengeji. Terdapat kenyataan supaya Messi ‘membuat’ trofinya sendiri’ setelah diumumkan sebagai pemenang kali keempat berturut-turut FIFA Ballon d'Or, yang hampir tidak patut dijadikan berita! Anugerah sebegini tetap akan  berterusan dan penghormatan sememangnya layak diberikan kepadanya. Walaupun kurang sambutan di Argentina, tetapi tidak begitu di tanah air ‘angkat’ beliau, di mana pelbagai perbahasan yang banyak berkisar tentang gelaran individu penyerang FC Barcelona yang bakal boleh dia menangi sebelum dia bersara.

Berikut adalah antara laporan akhbar di Sepanyol :


1. Akhbar harian Sepanyol, El Pais menulis tentang kejayaan Messi memenangi anugerah tahunan yang beliau di dakapi malam tadi telah memadam rekod yang dipegang Michel Platini yang memenanginya secara hatrik, Johan Cruyff dan Marco van Basten yang masing-masing memenangi tiga kali.

2. ‘Ballon d'Or dibuat untuk Messi’, satu petikan tajuk berita dari sebuah akhbar yang menyebabkan Messi ‘benar-benar gementar’ ketika naik ke pentas untuk mengambil trofi tersebut lalu meluahkan dalam ucapannya.

3. El Mundo menyatakan, Messi percaya kemenangannya bukan disebabkan tajuk ‘Tahun 2012 Milik Messi’, tetapi kemenangan dia dibantu oleh jaringan yang dilakukannya - rekod dunia dengan 91 untuk kelab dan negara dalam satu tahun kalendar disamping bakat yang dimiliki beliau.



4. Laporan lain menjelaskan bahawa disebabkan perkara itulah menjadikan dia seperti ‘intipati magnet’ yang membuatkan ramai peminat bola sepak di seluruh dunia ‘menggigil’ apabila melihat dia beraksi. Ramai yang memujinya sambil menggelarkan Messi sebagai ‘Yang Paling Unik’ dan pemain ‘Yang Terbaik Dalam Generasinya’

5. El Mundo juga memuji bahawa kesemua pemain yang terpilih dalam FIFA / FIFPro World XI kali ini adalah pemain yang beraksi dalam La Liga dengan melabelkan mereka dengan tajuk ‘Zaman Kegemilangan Bagi Negara Sepanyol dan Tidak Mungkin Akan Berulang’.

6. Media Argentina percaya bahawa, ‘pencapaian Messi adalah satu berita hampir yang tidak bernilai lagi’. Selain menambah: ‘Jika ada lagi rekod yang belum dia pecahkan, dia akan lakukan’. ‘Jika dia terus bermain cara sebegini sambil dibantu oleh Iniesta atau Xavi, dia akan menang sekali lagi tahun depan.


Tidak kurang dari itu, Messi terus mengejutkan agensi berita EFE, dengan mengenakan pakaian yang menarik perhatian, iaitu sut ‘polka dot’ sama yang pernah dipakai oleh lagenda Argentina, Diego Maradona.

Tuesday, January 08, 2013

Selepas Memperlekehkan Bruce Lee, Steven Seagal Cabar Randy Couture!

Waktu zaman mudanya, beliau dilabelkan antara lelaki yang paling mantap tenaga & badan kerana menguasai Qi...

MASIH ingat lagi tak anda pada pelakon dan pengamal beladiri Aikido iaitu Steven Seagal. Beliau popular dalam filem ‘On Deadly Ground’, ‘Under Siege’ dan banyak lagi. Bukan sahaja terkenal sebagai pelakon seni bela diri tetapi beliau juga seorang pakar dalam bela diri jepun iaitu Aikido.

Seagal merupakan orang pertama ‘non-japanesse’ berjaya membuka do-jo di Tokyo dan berjaya memiliki talipinggang hitam tertinggi dalam Aikido. Bukan mudah saudara-saudari sekalian. Bagi mereka yang bukan dari berbangsa Jepun, pasti akan diuji jika ingin membuka ‘gelanggang’ di sana. Beliau membuktikan kepakaran ilmu aikido yang dipelajari dengan mempersembahkan keberkesanan seni Aikido tersebut ke dalam filem.

Setelah begitu lama menyepi, beliau tampil dengan membuat pengumuman ‘kontroversi’. Pada mulanya beliau menempelak Mendiang Bruce Lee dengan mengatakan Bruce Lee tidak sehebat mana dan bukan seorang ‘master’ yang bagus. Kritikannya itu anda boleh saksikan dalam youtube dalam durasi satu minit lebih.


Jaguh UFC digeruni pihak lawan selain keluarga 'Gracie'... Couture pernah bertarung dengan juara heavyweight WWE, Brock Lesnar dalam oktagon UFC.

Baru-baru ini pula, Seagal mencabar seorang jaguh dan legenda UFC, Randy Couture yang juga seorang pelakon aksi dalam filem ‘Scorpion King 2’ dan yang terbaru dalam ‘The Expendable 1 & 2’. Beliau berkata, “dia akan bertarung dengan Randy Couture secara percuma dalam pertarungan ‘No Holds Barred Bout’...”

Beliau menambah, “jika dia benar-benar mahu bertarung, saya  tidak akan berundur atau menolaknya, dia seorang ‘legend’.

Semasa penampilan di G4TV  ‘Attack of the Show’, Couture membalas ‘serangan psikologi’ terhadap Seagal (melalui MMAWeekly.com) dengan menyatakan sebenarnya dia telah merancang bersara dan meninggalkan lapangan gelanggang pertarungan, tetapi jika Seagal benar-benar serius mahu berlawan, dia pun tidak menolak.


Pengamal beladiri dan pakar dalam ilmu Aikido...

Seagal menganggap Couture adalah ‘rakan’, namun dia agak ‘terasa’ dengan komen yang diberikan oleh Couture. Dalam temu bual dengan Ariel Helwani pada ‘Hour MMA’, bintang Hollywood itu bertindak menyahut cabaran Couture tersebut (melalui MMAFighting.com):

“... Saya tertanya-tanya apa niat beliau sebenarnya. Saya selalu menyangka bahawa Randy adalah rakan saya dan seorang yang budiman. Saya keliru mengapa dia berkata sedemikian, tetapi jika benar dia ada niat untuk menguji atau sesiapa sahaja, anda boleh mencari saya bila-bila masa dan mana-mana tempat. Jika Randy benar-benar mahu berlawan, dia boleh melawan saya bila-bila masa dia mahu...”

Manakala Couture pada mulanya menganggap ianya sebagai satu bahan jenaka dari pihak media dan peminat, tetapi Seagal tidak seseorang yang jenis mengambil ringan tentang sesuatu cabaran dan amat sensitif.

Hall of Fame... Couture kini bergelar 'legend' UFC dan melatih ramai petinju berbakat...

Sebagai seorang bintang filem, ramai orang tidak melupakan dan mengingati kehebatan Seagal yang sah datang dari latar belakang seni bela diri iaitu seni bela diri Aikido. Sebagai pemegang ijazah ketujuh tali pinggang hitam dalam Aikido, beliau telah banyak memperoleh peluang untuk mengembara seluruh dunia dan mengajar seni bela diri tersebut kepada orang.

Beliau juga pernah membantu Anderson Silva dan Lyoto Machida, MMA legenda, dalam persiapan menghadapi pertarungan merebut gelaran UFC.

Namun begitu, Seagal sedar akan batasan dan risiko sendiri sekiranya dia menjejak kaki dalam gelanggang pertarungan UFC. Dia mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti James Toney yang bersetuju untuk melangkah ke dalam ‘Octagon’ itu bertarung dengan Couture.


Seagal memegang watak antagonis dalam filem 'Machette'...

Pada usia 60 tahun, tak mungkin Seagal akan bertahan lama apabila melawan Couture, namun, dia bertegas tetap boleh berlawan dengan Couture pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja tempat, asal syarat-syaratnya tidak terlalu mengongkong.

Seagal menjelaskan dalam temubualnya dengan Helwani:

“... Ia akan diadakan secara percuma, dan ia akan berlaku pada tempat di mana tidak terdapat seorang saksi pun. Hanya antara saya dan dia. Saya berharap dia faham, dan jika itulah apa yang dia mahu, dia boleh mendapatkannya pada bila-bila masa dia mahu...”

Nasib baik untuk peminat MMA, pertarungan ini tidak akan berlaku dalam Octagon UFC. Jika tidak ianya pasti berlaku seperti didalam UFC 118 apabila Couture berdepan dengan Toney yang terlebih had berat (gemuk).


Aksi Couture dalam filem 'The Expendables'...

Seagal sebenarnya turut tidak gemar bertarung dalam sangkar seperti dalam gelanggang oktagon MMA. Katanya seperti dalam ‘sarkis’. Katanya lagi, “jika dia mahu bertarung dengan Couture, dia akan tetapkan syarat dan peraturan sendiri”...

“... Saya tidak akan bermain mengikut peraturannya. Saya ada cara saya sendiri. Saya seorang lelaki ada maruah. Saya seorang budiman dan seorang pahlawan, jika dia perlukan saya,  dia tahu di mana untuk  dia mencari saya...”

Sunday, January 06, 2013

Persembahan Silat Di Dewan Seri Melati Presint 3 Putrajaya

Tarikh : 6 Januari 2013
Majlis : Perkahwinan Encik Qamarul & Cik Laila
Pesilat : Akmal, Salehuddin, Sharifuddin dan Irman






Saturday, January 05, 2013

‘The Grandmasters’ Saingan ‘Ip Man’? Apa kata Tony Leung dan Donnie Yen...


SATU lagi filem berbentuk biografi Ip Man dihasil oleh penggiat filem Hong Kong bertajuk ‘The Grandmasters’. Filem durasinya sepanjang 133 minit ini menelan kos pembikinan sebanyak 25 juta dollar, telah diarahkan oleh Wong Kar-Wai dan dibintangi Tony Leung, Zhang Ziyi, Chen Cang, Cung Le, manakala koreografer tersohor Hong Kong, Yuen Wo Ping memantapkan lagi sekuel pertarungannya. Filem ini bakal ditayangan pada tahun ini (2013) termasuk di Amerika Syarikat.

Wong Kar Wai mengambil cerita ‘The Grandmasters’ ini berdasarkan ketokohan guru seni bela diri Wing Chun, Ip Man.  Sebenarnya, awal-awal lagi, penerbitan filem ‘The Grandmasters’ ini telah menduduki carta teratas dalam senarai filem yang akan dikritik dengan label 'filem yang paling dinanti-nantikan tahun 2012. Tetapi persoalannya ialah: kita benar-benar akan dapat melihat filem itu pada tahun 2012? Jawapannya, TIDAK!


Pelakon utamanya, Tony Leung Chiu Wai, mengesahkan ketika beliau sedang dalam mempromosikan filem terbarunya, ‘Great Magician’, katanya, filem ‘The Grandmasters’ sedang dalam persiapan. Mengikut piawaian biasa, bermakna filem ini belum selesai atau belum siap sepenuhnya.

Terdapat juga laporan lain menyatakan bahawa Wong Kar Wai telah meminta Tony Leung kembali menjalani proses penggambaran semula untuk beberapa adegan, kerana khabarnya filem ini bakal dicalonkan pada Festival Filem Cannes. Sememangnya Wong Kar Wai merupakan pengarah yang teliti, jika sesuatu perkara tidak memuaskan, beliau tidak teragak-agak membuat ‘reshoot’ bagi menjaga kualiti dan namanya. Filem Wong Kar Wai secara tradisinya dihasilkan dengan baik dan telah dicalonkan empat kali untuk Palme d'Atau (Happy Together, In The Mood For Love, 2046 dan My Blueberry Nights), serta pernah memenangi anugerah pengarah terbaik untuk filem ‘Happy Together’ pada tahun 1997.


Dalam pada masa yang sama, soalan berhubung dengan filem biografi Ip Man turut diajukan pada Donnie Yen. ‘Ip Man 3’ turut bakal menemui peminat tidak lama lagi.  Ditanya sama ada filem sekuel ‘Ip Man 3’ akan turut bersaing bersama ‘The Grandmasters’ dari tayangannya? Beliau menjawab, kami tidak akan atau perlu menunggu sehingga ‘The Grandmasters’ dikeluarkan dulu sebelum kami membuat satu lagi filem Ip Man, kerana kami telah pun memikirkan dan akan memulakan penggambaran sebaik sahaja kami mempunyai masa dan peluang.

katanya lagi, “Sekarang, saya benar-benar berminat untuk mengetahui sama ada ‘THE GRANDMASTERS’ atau ‘IP MAN 3', 'Pelakon atau Pelakon Beladiri', yang mana satu anda mahu tonton terlebih dahulu?”

Thursday, January 03, 2013

EP8 : Panduan Beladiri Wanita : KENALI PEMANGSA ANDA


SIAPAKAH mereka ini? Adakah dari golongan susah, senang atau keturunan hebat-hebat? Terdapat pelbagai jenis pemangsa dikalangan penjenayah ini. Mereka selalu terdiri dari golongan eksklusif atau kororat hingga ke tahap ’gaban’ kemiskinannya tidak kira yang tidur dijalanan dan sakit jiwa.

Namu begitu, untuk menyenaraikan kesemuanya adalah mustahil kerana ianya cukup besar dan kompleks. Untuk memberi sedikit gambaran berkenaan pemangsa anda ini, saya telah bahagikan kepada 5 kumpulan utama iaitu kumpulan ’wang’, ’disiplin’, ’deprivation (kekurangan)’, ’sosial’ dan ’sakit (illness)’.


Kumpulan ’Wang’
Kumpulan ini juga dikenali sebagai penjenayah wang. Penjenayah kategori ini sentiasa melanggar etika kod undang-undang kerana mereka selalunya ’kekurangan’ wang atau mempunyai keinginan tinggi terhadap wang. Mungkin mereka bersifat tamak atau seorang yang muflis tetapi semuanya menjurus pada kegiatan yang tidak baik.

Kumpulan ini pula boleh kita bahagikan kepada tiga. Satu, kemungkinan dia seorang yang terdesak kerana bebanan hutang atau tanggungan kehidupan dengan kos hidup yang meningkat. Kedua, mereka ini dari golongan remaja yang rosak akhlak dan suka berbuat ’nakal’. Dan yang ketiga, mungkin tindakan seorang yang berstatus tinggi bersikap tamak dan menunjuk kepandaiannya dalam kaedah yang tidak betul dengan menggelapkan wang syarikat.


Kumpulan ’Disiplin’
Disiplin selalu berkait rapat dengan masalah sikap atau akidah. Mereka lakukan apa yang mereka ingin lakukan tanpa mengambil kira pandangan  dan perasaan serta tidak menghiraukan orang lain. Inilah tipikal bagi karektor bagi penjenayah kategori ’kurang ajar’.

Kumpulan ini terbahagi pada empat. Pertama, geng lumba haram, baik penunggang motor atau kereta. Sentiasa melanggar undang-undang lalu lintas seperti membawa laju, langgar lampu isyarat dan suka bergaduh. Mereka ini memang sepadan dengan gelaran ’road-bully’. Kedua, mereka jenis yang gemar mencari pasal seperti mengusik, membuli dan bergaduh tanpa sebab munasabah.

Ketiga, pemabuk, dia tidak dalam keadaan normal kadang-kadang menimpakan bencana atau memberi kesusahan pada orang lain. Keempat, seseorang yang tidak berniat mencederakan orang lain tetapi lalai dan menyebabkan kematian, contohnya, seorang bapa meninggalkan pistol berisi peluru dalam laci ketika anak-anaknya berada di rumah.
-

Kumpulan ’Kekurangan’
Ini kumpulan penjenayah ’terdesak’ selalu atau dipanggil ’desprivation’. Kumpulan ini lebih cenderung dikategori dalam kumpulan meraih ’simpati’ tetapi mereka tetap penjenayah. Terbahagi pada tiga, yang pertama, mereka ini dikalangan mempunyai pekerjaan namun gaji tidak mencukupi kerana nilai gajinya kecil. Oleh itu, untuk menambah pendapatan mereka mengedar dadah.

Kedua, mereka ini berada dalam keluarga yang sibuk. Kedua ibu-bapanya tiada masa bersamanya, untuk mendapatkan perhatian dia mencuri barangan di kedai. Ketiga, persekitaran yang tidak baik dijadikan contoh seperti seorang budak lelaki dibesarkan oleh ayahnya yang bekerja sebagai pencuri. Tambahan pua, ayahnya bangga dengan kegiatan tersebut yang memberinya pulangan wang lumayan.


Kumpulan ’Sosial’
Masalah sosial memang sinonim berlaku dimana-mana di dunia ini. Manusia tidak lepas dari ancaman sosial yang kerap merosakkan akidah. Boleh dikatakan sebahagian besar masalah jenayah berpunca dari kelemahan sistem sosial dalam masyarakat masa kini. Penjenayah sosial boleh dibahagi kepada empat.

Pertama, mereka melakukan jenayah atas dasar sikap cemburu, dengki dan iri hati pada seseorang. Kedua, penjenayah sosial selalunya berlaku atas dasar ingin membalas dendam, sama ada berada dipihak yang benar atau salah. Ketiga, disebabkan pergaulan atau salah memilih sahabat, seseorang itu terjebak dengan kumpulan samseng kerana terpengaruh. Keempat, penjenayah dikalangan mereka yang kecewa, marah dan sedih akibat bernasib buruk. Lalu dia mencipta sejenis virus dan disebarkan dalam komputer supaya orang lain juga akan merasa apa yang dia rasai.


Kumpulan ’Sakit’
Penjenayah kategori ’sakit’ ini adalah kumpulan penjenayah yang terakhir dalam episod ini. Wah, macam drama bersiri pulak. Maklumlah, penulis ni orang seni. Mereka ini adalah penjenayah yang menderita akibat tidak kestabilan seperti penagihan dadah atau sakit jiwa. Kita boleh labelkan mereka dalam dua kumpulan.

Pertama, mereka ini datang dari golongan penagih secara senyap-senyap. Lama-kelamaan, perbuatan itu memakan diri sehingga dipecat kerja kerana rekod kehadiran kerja tidak memuaskan. Oleh itu, dia terus terjebak dan untuk meneruskan hidup dengan ketagihan dadah, dia mula mencuri dan menjual barangan berharga. Kedua, seorang lelaki sakit jiwa seperti orng tidak waras. Dia membunuh orang tanpa sebab, dia percaya setelah mendapat arahan dari anjing untuk membunuh.

Pada keluaran akan datang, akan dibincangkan dan dikongsi bersama dengan topik yang lain pula. Sila ikuti sambungan artikel ini pada keluaran keluaran seterusnya dalam EP9 : Panduan Beladiri Wanita : PERIHAL SENI BELA DIRI, Insya-Allah ;-)

Wednesday, January 02, 2013

EP2 : Nunchaku – Asal Usul & Sejarah Sebenar


SEPERTI yang dijanjikan, persoalan tentang nunchaku ini berasal dari Jepun atau sebaliknya, akan terjawab sebentar lagi? Ramai orang yang berfikir bahawa nunchaku itu berasal dari resmi memukul beras (utzu), dakwaan itu sebenar tidak tepat atau kebarangkaliannya salah. Mencambuk Okinawa sebenar sama seperti pemukul beras Eropah, mempunyai mengendalikan selagi ketinggian lelaki untuk membuat proses pengirikan lebih mudah. Jadi kepercayaan bahawa nunchaku berasal dari pemukul beras Okinawa pastinya tidak berasas. Satu lagi sebab untuk kesilapan ini, selain persamaan jelas mencambuk kepada nunchaku, mungkin kewujudan pemukul satu pertempuran (uchibo), yang benar-benar diubahsuai seperti pemukul beras, ialah senjata ‘Kobujutsu’ Okinawa.

Terdapat beberapa kepercayaan yang lebih rasional tentang prototaip nunchaku. Versi yang paling dipercayai (dibuktikan oleh beberapa tuan-tuan Jepun kobudo) ialah nunchaku berasal dari bit kuda Okinawa (muge). Iaitu sebuah alat kendalian bit kuda berbentuk melengkung yang dipakai pada kuda okinawa. Melihat pada bentuknya dan kekuatannya, maka tercetuslah idea untuk mencipta senjata seperti kendalian bit kuda okinawa (muge), namun diubahsuai menjadi lurus seperti yang kita tahu hari ini. Ceritanya akan disambung pada perenggan seterusnya.



Terdapat juga wujud versi sejarah nunchaku yang menyatakan bahawa nunchaku berasal dari ‘night-watchmen’s rattle’  atau dikenali sebagai alat untuk menyiat kulit pokok pisang. Pada ketika itu, kain terbaik di okinawa adalah kain yang dibuat dari kulit pisang. Akhirnya, satu versi tambahan, disokong oleh pakar-pakar seperti Miyagi dan Ikeda, mengatakan bahawa nunchaku telah ‘disalin’ dari senjata Cina yang dibawa ke Okinawa oleh pendatang Cina. Bukti tidak langsung versi ini adalah hakikat bahawa perkataan yang digunakan untuk ‘nunchaku’ dipinjam dari bahasa Cina.
Persoalannya sekarang, bagaimana alat-alat para petani berkembang menjadi senjata yang berbahaya dan boleh membawa maut jika digunakan? Untuk menjawab soalan-soalan ini mari kita ‘siasat’ fakta-fakta seterusnya melalui sejarah Okinawa.


Dalam tahun 1429, dinasti Sho diasaskan oleh Raja Sho Hashi, beliau berjaya menyatukan tiga kumpulan penguasa Okinawa yang bergolak iaitu okuzan, Nanzan dan Chuzan dibawah pemerintahannya. Beliau juga telah mewujudkan kerajaan baru iaitu kerajaan Ryukyu dan bandar Shurri dijadikan ibu ejabat pentadbirannya. Oleh itu, Raja Sho Hashi mempunyai sebuah negara yang bersatu dan bukan lagi negara tunggal. Setiap ‘tuan-tuan’ yang dilantik akan tinggal dibawah pentadbiran dan jajahan mereka sendiri dibawah naungan Raja Sho hashi. Setiap daripada mereka memiliki tentera, cukai, undang-undang dan mahkamah sendiri. Proses menyatukan mereka semua memakan masa 50 tahun sehingga tampuk pemerintahan dinasti Sho berpindah ke tangan Sho Shin. Berlaku revolusi pada pemenritahan dengan menggunakan kaedah satu kerajaan, satu pasukan tentera dan satu kod tunggal undang-undang seperti sekarang.
Untuk mengurangkan kemungkinan pemberontakan di Okinawa, Sho Shin bersidang bersama kesemua raja-raja (aji) di Shuri dan sepakat mengisytiharkan larangan terhadap membawa senjata dikawasan awam. Hanya tentera dan bangsawan raja telah dibenarkan untuk membawa senjata dan tiada siapa yang boleh, tetapi hanya raja yang boleh memiliki sejumlah besar senjata. Hasilnya, tentera raja menjadi satu-satunya di Okinawa kerana jika sesiapa ingin bersenjata, mereka perlu sertai tentera.


‘Muge’ - Bit kuda Okinawa
& prototaip asalnya nunchaku


Pada tahun 1609 kerajaan Ryukyu, yang sehingga itu, telah wujud dan menjadi sebuah negara yang merdeka, telah ditakluki oleh kerajaan kecil Jepun, Satzuma dan dijadikan orang suruhan sehingga 1879 apabila, selepas revolusi Meiji, Okinawa telah dirampas oleh Jepun. Walau bagaimanapun, pada semua tahun antara tahun 1609 dan 1879, kehadiran Jepun di Okinawa adalah kecil, hanya terdapat samurai beberapa dozen untuk seluruh negara dan kebanyakan mereka tinggal di bandar Shuri. Kerajaan Jepun mengesahkan perintah Sho Shin telah menamatkan larangan terhadap senjata tetapi melarang segala aktiviti mengimport senjata dan pemilikan senjata api. Walau bagaimanapun, legenda mengenai perlucutan secara total buat penduduk Okinawa itu tidak lebih daripada satu mitos dan lagenda. Bangsawan Okinawa masih dibenarkan membawa pedang mereka dan ahli-ahli keluarga putera Diraja turut dibenarkan memilik senapang sekadar untuk berburu sahaja.


Dalam buku silibus latihan karate sering menyatakan bahawa petani Okinawa memajukan diri dengan mendalami ilmu seni bela diri, tetapi ini tidak masuk akal. Okinawa tidak pernah menjadi sebuah negara yang kaya, selepas bermulanya pendudukan Jepun pada abad ke-17, mereka dilanda kemiskinan. Petani terpaksa bekerja dari matahari terbit hingga matahari terbenam hanya untuk makan sehari semalam. Penduduk kampung tidak mempunyai masa atau tenaga yang cukup untuk mengamal dan memantapkan seni bela diri mereka ke tahap yang menabjukkan.


Jika adapun, mereka adalah dari golongan bangsawan yang berusaha memantapkan diri dengan seni bela diri. Golongan bangsawan (kazoku) mengamalkan seni bela diri sekadar sebagai hobi, tetapi untuk ‘bangsawan berkidmat’ (shizoku) ilmu seni bela diri adalah satu kemestian kerana ramai daripada mereka berkhidmat dengan kerajaan sebagai pegawai tentera atau polis, pemungut cukai dan sebagainya. Jika kita melihat genealogi gaya mana-mana Karate Okinawa atau kobujutsu, kita lihat bahawa pengasas gaya bela diri tersebut adalah berasal dari keturunan keluarga bangsawan atau mereka mempelajarinya seni bela diri itu daripada seseorang yang mulia.
Namun begitu, segala yang dinyatakan diatas tetap mempunyai keraguan. Bagi anda yang ‘sebati’ dengan senjata kobujutsu, oasti anda tertanya-tanya, jika benar seni bela diri Okinawa telah benar-benar dibangunkan oleh golongan bangsawan yang dibenarkan untuk membawa pedang dan lembing, kenapa mereka membangunkan teknik pertarungan mereka dengan sabit, dayung, cangkul dan lain-lain peralatan petani dan alatan nelayan? Iyer tak iyer juga, nak tahu apa jawapannya, sila ikuti sambungan cerita ini pada keluaran seterusnya akan datang, insya-allah... ;-)


Panduan Memasak Kek Coklat Yang Sedap


MASIH buntu untuk membuat kek coklat yang sedap? "...Ketahui Bagaimana Untuk Menghasilkan Kek Coklat Yang Sedap Untuk Tetamu, Keluarga Ataupun Untuk Perniagaan Dari Rumah Walaupun tiada pengalaman sebelum ini…"

Ramai yang mengemari kek coklat. Namun, tidak ramai yang mampu membuat kek coklat yang benar benar sedap untuk dihidangkan kepada tetamu dan keluarga anda.

Kini Anda Boleh Membuat Kek Coklat Anda Sendiri dan Menerima Pujian Melambung Daripada Tetamu Anda!
Sebabnya? Ia cukup mudah. Ia sedap! Kek yang sedap pasti akan digemari oleh ramai orang yang mengemari keenakan kek coklat. Kini saya ingin berkongsikan bagaimanakah untuk anda membuat kek coklat anda sendiri.
 
Anda tidak lagi perlu membeli kek coklat lagi. Sudah sampai masanya untuk anda membuat kek anda sendiri. Walaupun anda tidak pernah membuat kek sebelum ini. 

Anda boleh lakukan Walaupun Tanpa Pengalaman!
Di dalam CD Sensasi Kek Coklat ini, anda akan ditunjukkan langkah demi langkah untuk membuat kek coklat. Anda boleh menghasilkan kek coklat yang sedap walaupun ianya kali pertama anda mencuba.

Dalam CD Sensasi Kek Coklat ini, saya turut dibantu oleh anak sulung saya yang berusia 3 tahun.

Dengan CD ini juga anda boleh melakukan aktiviti membuat kek bersama keluarga. Anak saya sendiri kini cukup meminati bidang masakan kerana sering membantu saya di bengkel bakeri saya.

Aktiviti Membuat Kek Bersama Keluarga
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah pepatah melayu yang cukup popular dalam mendidik anak anak sejak kecil. Aktiviti ini juga secara tidak langsung boleh menjana kreativiti anak anak kita. Anda pun boleh bersama melakukannya.
 
Kek coklat akan sentiasa dicari oleh penggemar. Malah ada yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit hanya untuk menikmati kek coklat yang sedap. Kenapa tidak membuatnya sendiri? Ia lebih tidak memerlukan masa yang banyak jika anda benar benar ingin membuatnya.



Memperkenalkan CD Sensasi Kek Coklat

Dalam CD ini, kami akan menunjukkan cara cara pembuatan kek coklat secara langkah demi langkah. Malah kami juga menunjukkan beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi mereka yang kekurangan kemudahan di rumah.

Anda tidak perlu untuk menghadiri kursus yang mahal untuk belajar membuat kek coklat yang sedap. Ia sebenarnya tidaklah sesukar apa yang anda fikirkan.
Terdapat lebih dari 10 resepi kek coklat di dalam CD ini, antaranya ;-

Video #1 Kek Coklat "Jangan Tinggal Daku"
Video #2 Kek Coklat "Simpulan Kasih"
Video #3 Kek Coklat "Sejuta Impian"
Video #4 Kek Coklat "Cinta Abadi"
Video #5 Kek Coklat "Kasih Bertaut Kembali"
Video #6 Brownies "Antara 2 Cinta"
Video #7 Kek Coklat Lapis Puding Babylon
Video #8 Kek Coklat Cinta 3 Segi
Video #9 Kek Coklat Sedap
Video #10 Membuat Ganache
Video #11 Membuat Dekorasi Kek Coklat Ringkas
E-Book Resepi Kek Coklat dan Ganache

Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Panduan Ini?
Anda tidak perlu untuk ke kelas untuk belajar membuat kek coklat. Ia menjimat kos anda!

Ia ditunjukkan dalam bentuk video. Anda boleh memasangnya di komputer dan menontonnya berulang kali jika anda mahu.

Anda boleh kagumkan tetamu anda dengan kek coklat anda.

Anda boleh bertanya jika berlaku sebarang masalah. Ini tidak akan diperolehi jika anda menyertai kursus.

Ia adalah sesuatu yang mengujakan apabila kek coklat yang anda hasilkan habis dimakan oleh tetamu anda. Dan anda juga boleh menjualnya kepada mereka jika mereka ingin menempahnya.

Jadi, ini secara tidak langsung boleh menambah pendapatan anda secara part time.

Dengan CD ini, anda akan didedahkan dengan dunia pembuatan kek coklat yang anda tidak ketahui sebelum ini. Bagi yang berminat untuk mendapatkan CD ini, sila klik pada iklan di bawah... Selamat Mencuba!