Filem pertama Bruce Lee yang menampilkan kehebatan senjata bela diri nunchaku dalam 'Fist of Fury'. |
RAMAI diantara
kita mengenali senjata beladiri ini melalui filem, betul? Jawapannya saya pasti
yer! Ada juga yang tidak tahu namanya atau terdapat juga yang menyebut namanya
dengan tidak betul. Namanya NUNCHAKU! Harap-harap lepas ini anda sudah tahu menyebut
namanya dengan betul. Kawan-kawan saya pernah bertanya, senjata apakah ini dan
apa namanya? Kebanyakkan dari mereka tidak tahu, ramai yang menyebut dengan
nama agak melucukan. Ada yang menyebut ‘cota atau batang berantai’, ‘cicak’ dan
malahan nama makanan ‘cakoi’ turut terlibat. Adoiii... memang melucukan.
Namun begitu,
nunchaku begitu popular hingga ke hari ini, hampir kebanyakkan seni bela diri
yang baru wujud ada menggabungkan senjata ini ke dalam sistem latihan dan
silibus mereka. Malah, sebuah sekolah seni bela diri kuno Rusia, ‘Pseudo’,
mendakwa bahawa nunchaku adalah senjata kebiasaan para pahlawan purba Rusia,
tetapi ini adalah karut. Perkara itu kita bincangkan kemudian.
Filem kedua Bruce Lee, mempamerkan keberkesanan menggunakan nunchaku dalam membela diri dengan jelas. |
Bilakah senjata
ini dimulakan diperkenalkan? Kalau tidak silap saya pada 70an, dalam filem
‘Fist of Fury’ oleh mendiang Bruce Lee, tetapi kewujudan senjata ini sudah
lama. Sejak dari itu senjata beladiri ini menjadi terkenal dan mula digemari
oleh pelusuk dunia kerana keunikkan persembahan permainannya yang fleksibel dan
‘fancy’. Untuk menambahkan keberkesanan penggunaannya, Bruce Lee menyambung
kesinambungan permainanan nunchaku ini dalam filem pecah panggungnya yang
ketiga dalam ‘The Way of Dragon’. Kehebatan nunchaku juga turut dipaparkan
dalam filem pecah panggungnya seterusnya iaitu ‘Enter The Dragon’ dan ‘Game of
Death’.
Disebabkan kesederhanaan
pembuatannya, keberkesanan yang tinggi dan praktikal dalam pertempuran jalanan
dan popularitinya melonjak melalui filem-filem lakonan Bruce Lee. Nunchaku
telah mempunyai kelahiran baru dalam eranya. Hari ini nunchaku adalah salah
satu senjata yang popular selepas pisau dan baton. Pengaruh filem Bruce Lee
cukup menebal dan menjadi punca pada orang ramai mula percaya bahawa nunchaku
ini berasal dari Kung-fu Cina, sedangkan dalam aliran beladiri Jepun Ninja,
karate dan lain-lain terdapat juga permainan nunchaku.
Asal-usul Nunchaku
Filem 'Enter The Dragon', sekadar meneruskan kesinambungan 'legasi' nunchaku Bruce Lee. |
Nama nunchaku
berasal dari pecahan suku kata ; 'Nu-n-cha-ku'. Seperti yang kita tahu,
nunchaku berasal dari Okinawa (Uchina), hari ini sebahagian daripada Jepun.
Okinawa terletak hampir pertengahan antara Taiwan dan Jepun ‘tanah besar’, dan ianya
adalah pulau terbesar di kepulauan Ryukyu (harfiah ‘tali’), 650 batu terletak
diantara pulau-pulau kecil di selatan Jepun dan Taiwan.
Okinawa hari ini
sudah menjadi sebahagian daripada Jepun, tetapi orang Okinawa itu sendiri tidak
memperakui bahawa mereka adalah bangsa
Jepun. Mereka juga mempunyai budaya dan bahasa mereka sendiri, walaupun
kedua-duanya perkara itu telah secara perlahan-lahan ‘dilenyapkan’ oleh
kerajaan Jepun. Bahasa Jepun tidak sedikit pun mengandungi satu perkataan untuk
nunchaku.
Pertarungan nunchaku antara Bruce Lee dan Danny Inosanto adalah pertarungan yang paling diingati dalam filem 'Game of Death'. |
Apabila
seseorang itu hendak menulis nunchaku didalam bahasa Jepun, maka dia perlu
menulis dengan menggunakan abjad suku kata / fonetik yang digunakan dalam
bahasa Jepun. Untuk menulis nunchaku
anda perlu menulis seperti perkataan asing dan pinjaman, umpamanya suku kata
‘nu-n- cha-ku ‘. Atau sebaliknya, anda boleh menggunakan aksara Cina bagi ‘kayu
dua ahli’ (‘double baton’), yang disebut ‘Shuang jie gun’ dalam bahasa Cina,
‘nun cha kun’ oleh orang Okinawa dan ‘begitu setsu kon’ dalam bahasa Jepun.
Persoalannya
sekarang, adakah jelas nunchaku ini berasal dari Jepun atau sebaliknya? Apakah
babak pertarungan Bruce Lee dalam filem ‘Fist of Fury’ melawan pejuang samurai
itu adalah simbolik pada mitos berkenaan atau benarkah nunchaku ini berasal
dari bangsa Cina atau India, kemungkinan dari Filipina mahupun Korea? Untuk menjawab
persoalan itu, kita akan ‘siasat’ misteri ini melalui melalui beberapa catatan
sejarah tentang nunchaku pada keluaran akan datang...