Bagaimana semua jenayah ini boleh berlaku?
SEBENARNYA segala aktiviti jenayah
ini berlaku dengan sepantas kilat! Ianya bukan sekadar fakta tetapi perkara
benar yang berlaku depan mata saya sendiri seperti aktiviti ragut. Sedangkan
ketika itu mangsa baru masuk ke kereta selepas keluar dari pusat pajak gadai di
taman melawati. Saya sendiri tergaman ketika itu sewaktu sedang menikmati
juadah pagi.
Oleh itu,
disini saya bekalkan untuk anda sedikit maklumat tentang hakikat sebenarnya
proses atau masa yang diperlukan oleh seorang atau kumpulan penjenayah
menjalankan aktivitinya;-
a. Satu
pembunuhan akan berlaku sekitar 25 saat.
b. Satu
kes rogol akan berlaku setiap 6 saat.
c. Satu
rompakan berlaku sekitar 60 saat.
d. Satu
serangan ganas akan berlaku sekitar 35 saat.
e. Satu kes
pecah premis akan berlaku setiap 10 saat.
f. Satu
kes kecurian akan berlaku setiap 4 saat.
g. Satu
kes kecurian kenderaan berlaku sekitar 22 saat.
PUNCA-PUNCA JENAYAH
Oleh kerana topik yang kita bincangkan topik jenayah, eloklah kalau kita sentuh tentang punca-punca jenayah yang berlaku atau sering menimpa kaum wanita. Punca utama menyebabkan wanita sering menjadi sasaran adalah ‘Cuai’!
Cuai di
sini bukan bererti anda leka atau lalai sahaja tetapi boleh dipecahkan kita
pecahkan kepada beberapa bahagian. Antara perkara yang selalu anda terlepas
pandang sehingga boleh menggadaikan maruah dan keselamatan ialah ;
1. Cuai
dengan Penampilan
2. Cuai
dengan persekitaran
3. Cuai
dengan ilmu bela diri
Cuai dengan Penampilan
Dalam konteks ini, tidak dinafikan memang golongan hawa ini amat suka pada ’keindahan’ iaitu kecantikan dan penampilan. Namun, anda perlu berhati-hati serta bijak dalam memilih jenis-jenis pakaian, pendedahan diri dan pergaulan supaya anda tidak terdedah pada aktiviti-aktiviti jenayah yang bahaya seperti rogol.
Bagi yang beragama Islam iaitu para muslimat, pakailah yang menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam agama kita. Bagi yang bukan Islam, tutup tubuh dengan beretika, sayangi dan hargai diri ini atas maruah yang diberikan oleh Allah SWT.
Cuai dengan Persekitaran
Kebanyakan dari anda ramai yang tidak mengendahkan tempat atau perjalanan dilalui. Mungkin anda sudah tidak memilih jalan-jalan gelap atau sunyi, ramai yang sudah tahu. Mungkin anda lupa, perasan atau tidak bila melintasi dihadapan sekumpulan jejaka atau mat-mat rempit sudah anda diganggu serta ada dikalangan mereka yang akan ‘bergelora’ nafsunya! Ianya boleh berlaku di mana-mana sekarang dan terbaru di internet!
Cuai dengan ilmu Bela Diri
Perkara ini adalah perkara jelas dan nyata kerana sememangnya ramai dikalangan wanita tidak berminat dengan ilmu bela diri. Jika diadakan seminar atau bengkel beladiri walaupun murah harganya susah bagi anda untuk menghadirinya tetapi cuba sesuatu perkara berhubung kecantikan sudah tentu anda berlumba-lumba mendapatkannya walaupun mahal!
Insya-Allah, pada keluaran seterusnya, saya akan teruskan memberi informasi bermaklumat dalam konteks beladiri demi kebaikan kita bersama. Untuk tajuk seterusnya dalam EP8 : Panduan Beladiri Wanita : KENALI PEMANGSA ANDA. ;-)