”Atas sokongan
para sahabatku di facebook, artikel ’Panduan Beladiri Wanita’ ini akan saya
terbitkan 3 kali setiap minggu... terima kasih atas dorongan dan semangat untuk
menerbitkan naskhah ini supaya dapat dikongsi bersama buat para pembaca artikel
diblog saya ini, moga-moga ianya dapat memberi manfaat yang berguna buat semua.
Sekian, terima kasih. Selamat Membaca Sambil Menimba Ilmu...”
Apa itu Jenayah Kejam dan Ganas?
Jenayah
Kejam dan Ganas lebih menjurus kepada perbuatan kasar melalui serangan atau
tindakan yang melibatkan kecelakaan pada fizikal dan melibatkan kehilangan dan
rampasan barang serta wang ringgit atau pecah masuk premis. Jenayah kategori
ini adalah lebih berat berbanding Jenayah Harta Benda seperti rompakan,
kecurian dan pecah premis kerana ianya melibatkan dua aktiviti dalam satu masa
seperti ragut.
Apa itu Bunuh?
Pengertian
bunuh adalah menghentikan kehidupan seseorang atau makhluk yang dilakukan oleh
individu ke atas individu lain sama ada dengan izin atau tanpa kerelaannya,
sengaja atau tidak sengaja.
Di Malaysia,
kes pembunuhan jelas berlaku tanpa mengenal usia, jantina, agama atau bangsa
dan taraf kehidupan. Semua diancam bahaya yang sama tidak kira motif kes yang
akan berlaku baik perkara kecil atau besar.
Secara purata
setiap pembunuhan yang berlaku di Malaysia lapan per sepuluhnya berlaku dengan
penggunaan senjata. Setiap satu daripada dua pembunuhan berlaku secara kejam
dan ganas!
Oleh itu, jika anda menyangka kaum
lelaki yang kerap mencetuskan permasalahan ini akan menjadi mangsa tertinggi
adalah silap. Kini kaum wanita turut tidak terkecuali dan kerap terdedah pada
bahaya ini. Wahai golongan hawa! Persiapkan diri anda untuk berdepan ancaman
ini yang tidak dijangka dengan ilmu bela diri!
Apa itu Ragut?
Ragut bermaksud
menyentak atau merampas sesuatu benda tanpa keizinan pemilik dan melarikannya.
Kalau dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut yang dilabel
sebagai Jenayah Harta Benda biarpun ada kalanya individu terbabit kehilangan
sejumlah besar wang tunai dan barang kemas.
Ketika itu, kes
ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun
perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak
akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia dan telah dikategorikan sebagai
Jenayah Fizikal yang Kejam dan Ganas!
Walaupun kaum
lelaki ada juga menjadi mangsa ragut tetapi jumlahnya adalah sedikit jika dibandingkan
dengan kejadian ragut dikalangan wanita. Wahai para wanita, berhati-hatilah!!!
Bagaimana untuk anda mencegahnya. Terdapat dua cara iaitu informasi dan bela
diri.
Setiap masalah
pasti ada pencegahannya, mungkin anda sendiri boleh menambah mana yang patut
daripada senarai tips di bawah bagi menggelakkan anda menjadi mangsa seterusnya
kes ragut. Tips elak jadi mangsa ragut, antaranya;-
a. Letak
beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.
b. Simpan
beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.
c. Bawa
dompet yang boleh disimpan dalam kocek.
d. Bawa
payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.
e. Berjalan
bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.
f. Berhati-hati
setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.
g. Berwaspada
mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank.
h. Ketika
berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.
i. Jangan
tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.
j. Jangan
tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas.
Pada keluaran akan datang, saya akan bincang dan kongsikan
bersama anda dengan lebih mendalam lagi untuk isu-isu jenayah yang lain. Sila
ikuti sambungan artikel ini pada keluaran keluaran seterusnya dalam EP6 :
Panduan Beladiri Wanita : JENIS-JENIS SENJATA PENJENAYAH, Insya-Allah ;-)