Apa itu Jenayah Fizikal?
Jenayah
Fizikal ini lebih menjurus kepada kesakitan, kemudaratan atau kecelakaan
terhadap tubuh badan atau sebagainya. Lebih
tepat ianya melibatkan perbuatan menyentuh, mencedera dan mendera secara kejam dengan
serangan keras atau menyeksakan seperti rogol dan dera. Manakala culik dan buli
tergolong dalam jenayah fizikal kelas dua. Kebanyakan mangsa dalam jenayah
fizikal akan sengsara atau trauma dan melibatkan kematian pada individu.
Jenis-jenis Jenayah Fizikal
Apa itu Rogol?
Mengikut seksyen 375, panel kod
Malaysia, seorang lelaki itu dikatakan telah melakukan perbuatan rogol jika dia
telah mengadakan persetubuhan dengan seorang perempuan dalam keadaan-keadaan
seperti berikut;-
- Tanpa kerelaan perempuan tersebut.
- Tanpa mendapat keizinan perempuan tersebut.
- Dengan kebenaran, tetapi kebenaran itu diperolehi dengan ugutan bunuh atau kecederaan kepada beliau atau kepada orang lain, atau menyalahanggap fakta yang sebenar dan lelaki tersebut tahu atau mempunyai sebab untuk percaya akibat dari salah anggapan tersebut.
- Dengan kebenaran perempuan tersebut tetapi dengan menipu.
- Dengan kebenaran, tetapi semasa kebenaran itu diberi, perempuan itu tidak faham apa sebenarnya yang berlaku dan akibatnya dari memberi kebenaran tersebut, contohnya sewaktu perempuan itu mabuk, kurang sedar dan kecacatan mental.
- Jika perempuan tersebut di bawah umur, walaupun dengan kebenaran.
- Ia berlaku apabila seseorang dipaksa melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya (penis di masukkan kedalam vagina atau dubur mangsa tanpa mengira peringkat umur).
- Rogol boleh berlaku secara paksaan, ugutan atau pujuk rayu.
- Wanita dan kanak-kanak sering menjadi mangsa rogol.
- Wanita sering terperangkap apabila :
- Tidak memahami implikasi hubungan seks.
- Terpedaya dengan rawatan bomoh yang menggunakan seks sebagai rawatan.
- Di bawah pengaruh dadah dan alkohol.
- Terpedaya dengan pujukan lelaki yang dikenali/tidak dikenali untuk aktiviti sosial.
Klasfikasi Jenayah Rogol
Terdapat empat jenis jenayah rogol
yang kerap berlaku di Malaysia. Ianya adalah seperti berikut;-
- Rogol Domestik
- Rogol kategori ini berlaku di antara pasangan atau saudara terdekat dengan mereka. Kebiasaannya berlaku di rumah.
- Rogol Temujanji
- Rogol yang ’berlangsung’ kerana perjanjian atau pertemuan dengan seseorang individu.
- Rogol Kenalan
- Rogol yang dilakukan oleh rakan atau kenalan tidak kira peringkat umur tetapi bukan melalui kaedah temujanji.
- Rogol Orang Asing
- Rogol yang terjadi akibat perbuatan kejam oleh orang yang tidak dikenali.
Cara
yang paling baik untuk kita mengatasi atau menghadapi isu rogol ini adalah
dengan mendidik dan mengambil berat tentang diri kita berhubung subjek ini.
Selain itu, dapatkan bahan-bahan mengenai isu ini dan bincangkan bersama pakar
atau rakan-rakan. Di samping, ringankan tulang anda melakukan aktiviti
kesihatan dan bela diri.
Pada
keluaran akan datang, akan dibincangkan dan dikongsi bersama dengan lebih
mendalam lagi untuk isu jenayah membabitkan rogol. Sila ikuti sambungan artikel ini pada keluaran keluaran minggu depan dalam EP4 : Panduan Beladiri Wanita : JENAYAH HARTA BENDA, Insya-Allah ;-)