Filem Wu Xia diubah tajuknya di Amerika dikenali sebagai Dragon... |
DONNIE YEN, kini di angkat sebagai ‘Lagenda Filem Seni
Beladiri’, menceritakan tentang babak-babak pertarungan filem yang paling
beliau ingati dan saat-saat delimanya dalam memilih pelakon yang selayaknya
untuk mendokong watak ‘Bruce Lee’ di dalam filem sekuel Ip Man yang terbaru
iaitu ‘Ip Man 3’.
Filem terbaru Donnie Yen di Action Fest ketika itu
bertajuk ‘Wu Xia’. Namun, selepas itu Radius TWC meminda tajuk tersebut kepada
‘Dragon’. Ianya diterbitkan dipanggung wayang pada 30 November 2011 selepas VOD
run. Donnie Yen memegang watak bekas penjenayah dan wira seni beladiri
menyembunyikan identiti diri di sebuah kampung yang terpencil kerana insaf dari
melakukan kejahatan. Wawancara ini dirakamkan melalui perbualan telefon kerana
Donnie Yen kesibukan masa dalam menyiapkan filem terbaru yang sedang
berlangsung iaitu Ip Man 3 dalam 3D. Ikuti sessi wawancaranya yang telah dirakamkan oleh laman web
CraveOnline.com
Soalan : Adakah
susah untuk anda membuat babak-babak pertarungan seni beladiri dalam filem yang
sememang realitinya anda sendiri tidak mampu melakukannya?
Donnie Yen : Ianya subjektif pada seni itu sendiri. Untuk
membina kerjaya yang kukuh dalam bidang perfileman, mustahil dalam jangka masa
yang pendek, mesti memakan yang panjang serta pelbagai pengalaman yang
ditempuhi. Begitu juga secara fizikalnya dalam seni beladiri. Mahu tak mahu
anda perlu menjadi pakar dan menguasai seni beladiri untuk mendapatkan kualiti
yang bagus dalam pembikinan filem aksi seni beladiri. Memang susah untuk
diterangkan dengan cara begini tetapi apa yang telah kami lakukan ini boleh
dikatakan ‘sofikated’ selepas 30 tahun yang lalu, sejak era ‘Bruce Lee’. Kini,
setiap aspek dan elemen dalam seni beladiri boleh kita paparkan atau tontonkan
dalam multimedia, tidak kira ianya di dalam filem, TV, internet, animasi, MTV,
apa-apa sahaja, termasuk dikolabrasi dalam tarian. Cuba lihat dalam filem
Hollywood sekarang, setiap pelakon utama yang ditawarkan watak aksi baik dari
Spiderman ke Batman ke James Bond, Bourne Identity, setiap persembahan aksinya
memerlukan pengetahuan dan kemahiran seni beladiri. Pada 30 tahun yang lalu
ianya tidak begitu di Hollywood, untuk menjadi pelakon anda perlu menguasai
lakonan, tarian dan menyanyi sahaja. Sekarang? Tidak lagi... jika anda
bercita-cita menjadi pelakon aksi, salah satu syarat yang perlu ada dalam diri
anda ialah kemahiran seni beladiri! Penggiat filem Hong Kong sudah 30 tahun ke
depan mendahului mana-mana industri dalam pembikinan filem aksi seni beladiri.
Masih teringat lagi pada zaman ‘batu’ industri filem kami, setiap hari kami
berlatih terpaksa menumbuk dan menendang sehingga terkena muka untuk
mendapatkan ‘shoot’ yang baik. Maklumlah, ketika itu filem kami dilabelkan
dengan filem ‘popcorn’, ‘B-Movie’ atau ‘Sunday Mantinee Afternoon’. Kini tidak
lagi, kami sudah diangkat sebahagian filem ‘mainstream commercial’.
Wang Yu atau namanya Jimmy Wang dan Kara Hui, adalah pelakon seni beladiri yang popular zaman 'Shaw Brothers' di Hong Kong. |
Wang Yu (Jimmy Wang) datang dari
era tersebut, adakah sukar untuk anda melakukan sessi koreografing aksi pertarungan
dengannya dalam filem Dragon a.k.a Wu Xia?
Tidaklah sukar kerana beliau juga seorang yang
berpengalaman. Koreografi babak pertarungan sememangnya perkara penting dan
mula mendapat tempat industri perfileman. Ianya berkaitan dengan ekspresi tubuh
badan atau bahasa tubuh. Contoh terbaik adalah filem Charlie Chaplin, yang mana
kita semua menghargai dan memahami lakonan bahasa tubuh yang dilakonkannya
dengan berkesan dalam filem tanpa suara. Cuba kita lihat kembali pada 70an atau
jauh sikit, 60an, kebanyakkan filem seni beladiri datang daripada Hong Kong,
kesemuanya tiada penekanan dalam jalan cerita yang menarik, tetapi ramai orang
meminatinya. Semuanya disebabkan persembahan mantap seni beladiri itu sendiri.
Disebabkan itu, penerbit filem Hong Kong mula mengorat langkah meluaskan
pasaran kerana sedar peluang dan potensi genre filem aksi seni beladiri boleh
menjadi ‘besar’ pada masa akan datang. Padahal, pada masa itu kami semua tidak
tahu apa-apa secara mahir dalam pembikinan filem, semuanya daif. Kami semua
memulakan perfileman dengan peralatan yang primitif. Dengan peralatan yang
primitif itulah kami bermula dan kini, semuanya sudah berubah. Saya antara
salah seorang yang datang dari generasi itu dan benar-benar memahami dunia
sekeliling ketika itu. Apabila saya memulakan karier pada pertengahan 80an,
saya membuat pemotongan filem di atas ‘steenbeck’. Pada ketika itu saya tidak
tahu apa itu steenbeck. Apa itu steenbeck? ‘Mesin Suntingan’.
Semestinya saya tahu. Saya
pernah gunakan ia ketika menuntut di sekolah perfileman?
Saya gunakan mesin itu untuk memotong filem aksi yang
seperti kebiasaan jika anda tahu ianya mempunyai ratusan ‘shot’. Itu formula
kebiasaan digunakan dalam membuat filem aksi. Terutama filem Kung Fu, terlalu
banyak ‘fast cut’, maka beribu-ribu ‘shot’ telah dipisahkan menggunakan mesin
steenbeck usang ini. Teringat dulu semasa saya membuat satu projek seni
beladiri di China , mereka tiada langsung mesin steenbeck, yang mereka ada
hanya mesin model Russia yang lama. Mesin tersebut hanya mempunyai 4 atau 8
roda sahaja. Tahukah kamu berapa punya teruk untuk melakukan suntingan
menggunakan sebelah tangan? Walau bagaimanapun, itulah permulaan karier saya,
dari situ juga saya mengambil peluang untuk menjadi pelakon, mempelajari selok
belok lakonan dan cara-cara pembikinan filem yang sebenar.
Pengalaman bekerjasama dengan
Wang Yu dan Kara Hui?
Bagus! Saya lebih suka bekerja dengan pelakon lama
kerana saya boleh mempelajari banyak perkara daripada mereka terutama dari segi
pengalamannya. Seronok dapat mendengar cerita-cerita lama ketika era mereka
berlakon, ada masa kelakar ada masa sebaliknya. Kadang-kala, ianya perlu semasa
penggambaran bagi menghilangkan stres terutama melibatkan pembikinan filem aksi
yang mana saya sendiri menjadi pengarah aksi serta sering menuntut aksi yang
berkualiti tinggi. Setiap filem saya akan cuba yang terbaik serta inovatif.
Oleh itu, adalah baik jika kita seimbangkan perkara menghiburkan di dalam set
bagi menjamin sesuatu kualiti.
Cerita Dragon a.k.a Wu Xia,
adakah anda fikir ada persamaan dengan sebuah filem Amerika, A History of
Violence?
Saya ada merujuk pada Peter Chan (pengarah), katanya,
itulah inspirasinya.
Apa pendapat anda tentang tajuk
Wu Xia ditukar kepada Dragon di Amerika Syarikat?
Tidak kisahlah apa yang syarikat fikirkan. Apa-apa
yang berlaku itu luar bidang kuasa saya. Mereka lebih memahami dan mengetahui
berhubung perkara pemasaran. Itu juga sebahagian dari bentuk seni itu sendiri.
Saya selalu menasihati penggiat filem baru, ianya bukan sekadar tentang lakonan
atau seni itu sendiri tetapi ianya melibatkan berapa kuat atau berapa besar
sambutan penonton yang ingin menonton filem anda. Jika kita tidak berhati-hati
dalam pemasaran filem ini, silap hari bulan tiada siapa yang akan minat
menontonnya. Tidak kiralah berapa bagus anda mempamerkan aksi dalam filem
tersebut, jika pemasaran tidak cermat ianya akan menemui kegagalan. Begitu juga
perihalnya tentang nama atau tajuk. Syarikat rasa tajuk itu bagus dalam
strategi pemasaran, maka baguslah ianya.
Bagaimana dengan filem Ip Man 3D?
Soalan yang baik. Ramai yang bertanyakan tentang Ip
Man 3. Bila nak buat sambungannya. Terpulang pada masanya. Saya memahami bahawa
peminat amat menyukai saya melakonkan watak Ip Man lagi. Saya memang menyukai
watak Ip Man seperti yang saya bawa secara berkesan dalam dua filem sekuel yang
sebelumnya (Ip Man 1 & 2). Ianya sebahagian dari kejayaan buat diri sendiri
dalam karier ini tetapi ianya bukan perkara mudah. Saya bertemu dengan ramai
pemuda, anak-anak kecil dan juga ibu-bapa, mereka berterima kasih kerana
berjaya memberi inspirasi yang baik pada mereka melalui filem tersebut. Saya
cadangkan jika anda mahu membuat filem tentang wira, sematkanlah unsur-unsur
moral di dalamnya.
Saya fikir itulah puncanya anda
mampu menjadikan watak tersebut hebat. Adakah projek Ip Man 3D ini adalah
penyebab untuk anda kembali buat sekuel ini?
Yeah, semestinya. Saya tidak mahu ketinggalan bersama
menjayakan filem ini sepertimana yang telah saya lakukan sebelum ini. Bayangkan
filem Kung-Fu dimainkan dalam 3D? Wow! Pasti menakjubkan.
Ada tak anda membuat rujukan
informasi tentang ‘The Grandmaster’, filem Wong Kar Wai?
Tidak banyak. Kalau ada pun, itu dulu-dulu. Saya lebih
suka menonton dan memahami cara mereka bekerja pada lima tahun yang lepas dan
berharap saya boleh mendapat sesuatu daripadanya.
Filem sekuel Ip Man & Ip Man
2 ada mengaitkannya dengan lagenda Bruce Lee. Adakah sekuel seterusnya akan
melibatkan ‘Bruce Lee’ secara jelas?
Terpulang pada pengarahnya iaitu Wilson Yip, apakah beliau
akan melakukannya. Ramai orang menantikan watak tersebut tetapi siapa yang
mampu atau sesuai memegang watak tersebut? Terlalu banyak perkara atau ‘expectations’
berhubung watak tersebut. Beliau seorang ikon, bukan mudah bagi seseorang untuk
menyamai dengannya, nampak mudah tetapi sukar sebaliknya. Kemungkinan atau
tidak, kami tidak pasti berhubung perkara itu.
Saya setuju! Ianya salah satu teka-teki
yang membuatkan filem ini akan hebat. Selain itu, filem kegemaran saya ‘Iron
Monkey’, pada penghujung babak akhir pertarungan, anda berdiri diatas kayu pancang
tinggi, adakah kabel yang dipakai cukup kuat untuk menampung berat dan imbangan
anda diatas kayu tersebut?
Semestinya! pada ketika itu, belum ada lagi kepakaran
CGI atau kefahaman, pengetahun dan bajet pun tidaklah sehebat sekarang. Kami gunakan
api sebenar yang membakar lantai dibawahnya. Api membakar disekeliling kami,
memang panas dan berbahaya. Jikalau waktu itu kabel putus, kami semua akan
mati.
Walaupun masih disokong oleh
kabel, namun kebarangkalian anda jatuh tetap ada?
Yeah, betul tu. Susah sebenarnya untuk melakukan
koreografing pertarungan terutama diatas kayu pancang tinggi begini. Kami mesti
membuat keputusan yang tepat. Ianya tidak kelihatan seperti kami membuat
persiapan dalam masa sebulan atau dua bulan. Satu lagi perkara di Hong Kong
atau mana-mana filem Hong Kong, kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk
membuat ‘rehearsal’. Kenapa? Ianya tidak
dipraktikkan dalam industri kami. Pembikinan filem kami bergerak pantas dan
para pelakon sentiasa sibuk. Apabila anda mendapat skrip, anda perlu tandatangani
kontrak, dapatkan kostum, cuba dua atau tiga kali dan mulakan kerja anda. Ok,
kamu ada 65 babak, faham tak?
Dalam ‘The Lost Bladesman,
terdapat babak yang baik, yang mana anda menutup pintu dan penonton tidak
nampak langsung adegan pertarungan itu. Adakah itu perancangan koreografnya
menggambarkan belaiu mampu mengalahkan semua lawannya?
Banyak perkara yang perlu saya sentuh sewaktu membuat
koreograf untuk adegan itu. kami masih terikat dengan kebenaran catatan sejarah.
Keduanya, kami kekurangan bajet untuk meneruskan adegan itu dengan lebih lama. Pengarah
kata, “kami sudah tiada duit untuk mendapatkan lagi 1000 askar, tambahan pula,
Jeneral Guan perlu membunuh 1000 askar dan perlu dirakamkan lagi. Saya fikir
begitulah pengakhirannya.”
Bagaimana dengan pengalaman anda berlakon dalam filem
Hollywood seperti ‘Shanghai Knight’, ‘Blade 2’ dan ‘Highlander : Endgame’?
Ada baik, ada buruknya. Saya belajar tentang
organisasi, perancangan dan profesionalisma ‘mesin’ (bekerja). Di Hollywood,
kadang-kala banyak sekatan yang mengganggu kreativiti kerja, ianya seperti 50
orang bawa trak, dan mereka selalu buat lencongan yang salah. Berbeza di sini,
hanya seorang atau dua orang sahaja yang ‘call the shot’.
Terakhir, filem seni beladiri
kegemaran anda?
Banyak, tetapi sudah tentu kesemuanya filem Bruce Lee,
saya peminat fanatik beliau. Semua orang ada menyimpan filem-filem klasik seni
beladiri, ada yang Jackie Chan atau Jet Li. Bagi saya, filem sekuel Ip Man, Kill
Zone a.k.a Sha Po Lang (SPL) dan Flash Point, adalah sesuatu yang membanggakan
buat saya. Saya harap saya mampu melakukan lagi di masa hadapan.