Scott Adkins! Mungkin ramai dikalangan peminat di Malaysia masih asing tentang pelakon aksi seni beladiri ini. Bagi yang ‘hardcore’ berkenaan filem seni beladiri mungkin mengenalinya. Ada yang mengenali dengan nama ‘Yuri Boyka’, ada juga mengingatinya dalam filem ‘Ninja’. Sebenarnya tanpa kita sedar beliau telah pun berjaya menghasilkan banyak babak pertarungan untuk filem-filem ‘box-office’ Hollywood sebagai ‘body-double’ atau ‘stunt-double’. Antaranya dalam ‘X-Men Origin – Wolverine’. Boleh dikatakan, jika di Hollywood, beliau adalah hero baru bagi filem seni beladiri selepas Jean Claude Van Damme, Steven Seagal, Dolph Lundgren, Wesley Snipes, Mark Dacascos atau Jeff Speakman. Ikuti perbualannya yang dirakamkan oleh laman web CraveOnline.com
Babak pertarungan filem sebelum ini, tidak
sama dengan watak John. Adakah mereka kekok untuk beraksi sebagai pelakon seni
beladiri?
Ya, mereka sebenarnya bukan seorang ‘fighter’
yang terlatih khas untuk sesebuah filem. Mereka mempunyai kemahiran tetapi mereka
tidak sedar bahawa kemahirannya itu hanya sesuai untuk keadaan realiti bukan di
dalam cinematografi. Babak pertarungan awal bersama Andrei [Arlovski] adalah tidak
ubah seperti adegan cemas sebuah filem seram, tidak lebih dari itu. Saya suka cara watak John
[Hyams] difilemkan melalui sekuel pertarungan. Kemunculannya dengan tersendiri
menjadikan jalan cerita begitu menarik. Dia datang dan musnahkannya!
Bagaimana rasanya apabila
sessi koreografing tidak menggunakan langsung cara anda berlawan?
Anda tahu subjek cerita ini? “Anda tidak perlu berikan apa-apa yang sepatutnya anda patut buat, dia (John) hanya orang biasa, tiada kemahiran dan berlawan semata-mata untuk terus hidup.” Maksud saya, dalam cerita ini dia hanya perlu tumbuk, lalu dia tunduk atau elak dan cuba keluar dari bahaya sesuatu serangan yang datang. Ianya lebih kepada kaedah pemusnahan, itu cara berlawannya. Apa yang penting hanyalah, dia boleh pukul, hentak dan musnahkan lawan dengan mudah tanpa seni.
Anda tahu subjek cerita ini? “Anda tidak perlu berikan apa-apa yang sepatutnya anda patut buat, dia (John) hanya orang biasa, tiada kemahiran dan berlawan semata-mata untuk terus hidup.” Maksud saya, dalam cerita ini dia hanya perlu tumbuk, lalu dia tunduk atau elak dan cuba keluar dari bahaya sesuatu serangan yang datang. Ianya lebih kepada kaedah pemusnahan, itu cara berlawannya. Apa yang penting hanyalah, dia boleh pukul, hentak dan musnahkan lawan dengan mudah tanpa seni.
Mahukah anda, jika watak John dibuat semula, jika anda berpeluang
nanti?
Ianya perkara ‘subjektif’. Dalam pertarungan
kedua dengan Andrei, sekali lagi dia terpaksa berlawan dengan kaedah yang sama.
Cuma sepatutnya, kita boleh gunakan kaedah pertarungan dalam ‘Matrix’,
contohnya, “apabila dia ada peluang untuk melepaskan diri, dia boleh berkata begini;
patutkah aku lari? Tidak! Saya akan cuba kalahkan ejen Smith.” Disebabkan
perkara itu saya tercedera. Sebelum penggambaran filem ini saya sudah tercedera
di bahagian ligamen ACL, enam minggu saya menderita. Empat bulan sebelumnya,
saya masih tidak boleh berjalan dengan betul. Kebetulan filem ini tidak
memerlukan kaedah tendangan yang sepatutnya saya buat, tetapi ianya bukan
menjadi kegemaran saya untuk melakukannya kerana saya lebih gemar melakukan
teknik-teknik yang sukar orang lain buat. Ianya lebih kepada bentuk bergaduh
semata-mata.
Apa pandangan anda tentang
konsep filem-filem ganas?
Pada tahun 80an, filem sebegini banyak dihasilkan dan
impaknya mempengaruhi dunia perfileman merata tempat. Ianya mengingatkan saya
pada filem-filem seperti ‘Robocop’ dan ‘Total Recall’ atau ‘Comando’. Ianya
memang kategori filem hiburan yang ‘ganas’. Sememangnya saya gemarkan membuat
filem-filem berunsur cabaran yang kental dan ganas, tetapi tidak itu bermakna
saya ni orang ‘jahat’. Saya membesar dengan filem-filem sedemikian. Ayah saya
selalu mainkan filem ‘Rambo’ dan kami selalu tontonnya bersama-sama. Saya akui,
ianya tidak menjejaskan moral saya dan saya hargai apa yang ditonton selain dapat saya
jadikan sempadan.
Anda ada terlibat untuk filem
berbentuk kekeluargaan, bukan?
Yeah! Dengan Dolph Lundgren. Saya cuba memenuhi selera
peminat semua tetapi secara peribadinya saya lebih cenderung membuat filem
berunsur yang saya gemar. Saya cuba menonjolkan pelbagai watak seperti John
dalam filem tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap gemarkan pertarungan
ganas. Kenapa? Cuba tengok filem ‘The Raid’ (Iko Uwais), ianya begitu
menghiburkan, ada elemen kejutan, apabila tiba-tiba seseorang dikelar lehernya,
perkara yang sebegini yang saya mahukan. Apabila seseorang keluar dari panggung
mereka akan puas dan berkata, ‘Whoa!’ jika itu berlaku, maknanya filem itu
berjaya.
Sekiranya anda membuat filem seni
beladiri yang ’brutal’, adakah barisan pelakonnya mungkin hanya rakan-rakan
rapat sahaja?
Tidak semestinya, jika filem itu memerlukan
keseluruhan kepakaran beladiri, saya kata ya, jika bukan secara keseluruhan
ia sebaliknya.
Tidakkah anda terfikir untuk
membuat filem-filem seperti Jackie Chan, yang tidak terlalu ganas?
Sekiranya terlalu banyak sangat filem yang perlu saya
buat, kemungkinan ya.
Pernahkah anda melalui saat-saat
mengecewakan disebabkan kecederaan yang dialami sewaktu menjalani penggambaran?
Pernah. Ianya memang teruk, kerana sebelum ini
saya buat tiga filem berturut-turut tidak pernah dapat kecederaan. Ketiga-tiga
filem itu ialah ‘Universal Soldier’, ‘El Gringo’ dan ‘The
Expendables’. Sebenarnya masa
menjalani penggambaran filem ‘Expendables’ lutut saya dah mula bermasalah,
waktu itu berlaku di Bulgaria pada musim sejuk. Memang-memang menyusahkan, maka terpaksa buat
surgeri dan atas nasihat saya perlu berehat dan tidak terlalu bebankan lutut
tersebut. Mereka mula berkata, “awak
tidak boleh beraksi 100% dalam 9 bulan ini. Disebabkan itu, saya terlepas untuk
membuat satu lagi filem aksi termasuk berehat daripada melakukan aktiviti seni
beladiri.
Akan ada perubahan cara kamu
berlawan pada masa akan datang?
Tidak mungkin...
Bagus! Sebagai seorang
profesional, apakah langkah untuk anda mengelak dari perkara ini berulang?
Saya benar-benar bernasib baik, secara jujur saya
katakan... apabila umur kita meningkat, maka apa yang belum pernah kita rasai
akan menghampiri kita. Oleh itu, kita perlu berhati-hati. Jika kita lalai, maka
tiada gunanya usaha kita yang terdahulu apabila berlatih dengan
bersungguh-sungguh untuk mendapat apa yang dikecapi sekarang hilang sekelip
mata dengan begitu sahaja. Untuk mengekalkan apa yang dikecapi sekarang, saya
perlu bijak menyusun teknik latihan supaya tidak tercedera dan memantapkan lagi
kemahiran.
Apa yang anda lakukan jika sedang dalam proses pemulihan dari kecederaan?
Saya akan cuba mengekalkan momentum dalam kaedah yang
berbeza. Sebagai contoh, saya boleh tumpu latihan saya otot bahagian atas badan
dan lain-lain, tetapi sebaiknya saya perlu berehat dan berehat. Selain itu,
pemakanan juga perlu dijaga dan dikawal serta ‘membenarkan’ berat badan saya
naik sedikit. Bila dah sembuh saya akan bertenaga kembali dan mendapatkan
kembali ke bentuk asal.
Apakah perancangan seterusnya
untuk ‘Undisputed 4’?
Skrip memang sudah ada ditangan, dan saya harap dapat
dilakukan pada tahun hadapan. Segalanya bukan bergantung pada saya seorang sahaja...
Adakah pengakhirannya kembali
semula ke penjara?
Tidak. Boyka keluar dari penjara. Pada pendapat saya tajuk ini barus ditukar dengan nama ‘Boyka : Undisputed 4’, sebabnya latar belakang
cerita ini tidak lagi dipenjara. Ianya menceritakan latar hidup Boyka pula.
Bagus... sama seperti ‘First
Blood’ disambung ke sekuel kedua dengan tajuk ‘Rambo’, sebabnya karakter
tersebut sudah mula ‘besar’ daripada tajuknya.
Betul tu... saya rasa ramai orang (penonton) sudah
tahu karekter Boyka dengan lebih dekat, jadi tidak salah kalau tajuknya diubah
menjadi ‘Boyka : Undisputed 4’.
Adakah anda telah mendapat
gambaran bentuk pertarungan bakal dipamerkan dan siapa lawan yang secocok untuk
filem itu nanti?
Belum lagi. Saya perlu dapat lampu hijau dulu dan baru
saya mulakan. Saya sudah dapat gambaran siapa yang terpilih dan layak untuk
sekuel kali ini, tetapi saya tidak mahu beritahu lagi.
Filem seterusnya ialah ‘Zero
Dark Thirty’ dan ‘Tomb
of the Dragon’?
Yup, termasuk ‘Re-Kill’.
Apa yang anda boleh beritahu tentang
filem lakonan anda yang akan datang?
Ianya satu pengalaman bagus dan baru dapat
berkerjasama dengan Kathryn Bigelow dalam ‘Zero
Dark Thirty’.
Sebagai pelakon, adakah anda rasa diri ini
sudah boleh melangkah jauh dalam bidang ini?
Tidak seperti yang diduga. Anda dapat berkerjasama
dengan seorang pengarah dedikasi, pemenang filem oskar sebagai pengarah
terbaik. Berbesar hati dapat bersamanya. Beliau mempunyai cara tersendiri dalam
mengarah, yang akan membuatkan para pelakon selesa dan tenang berlakon, banyak
memberi tunjuk ajar, dan anda akan merasakan segalanya seperti semuanya berasal
dari buah fikiran anda sendiri. Tidak semua pengarah yang baik dapat berbuat
demikian. Cara beliau memberi arahan dan bercakap juga dengan lemah lembut dan
budi pekerti. Itulah pengalaman yang menggembirakan dan teruja dibuatnya kerana menjadi
sebahagian projek itu. ‘Tomb
of the Dragon’, seperti
yang anda katakan sebagai ‘filem keluarga’, turut banyak menggunakan elemen
CGI, itu antara pengalaman saya yang hebat.
Tetapi ianya masih sebuah
filem berbentuk ‘cabaran’?
Itu yang saya harapkan. Dalamnya ada elemen filem ‘Jaws’,
ada sedikit-sedikit seperti ‘Indiana Jones’, apa-apa nanti anda lihat sendiri. Ianya
memang menyeronokkan kerana ianya berlata-rbelakangkan di China. Mereka mempunyai tukang-tukang pereka set yang
hebat, memang menakjubkan studio filem di Beijing. Tempatnya besar dan luas,
saya fikir ianya lebih besar daripada studio-studio yang ada di barat. Tambahan
pula, di China semuanya murah berbanding barat. Saya dengar, filem ‘Avatar’ pun
pernah menggunakan studio ini.
Dan filem ‘Re-Kill...?
Ianya sebuah cerita kepolisan. Sama seperti drama
episod polis.