JENIS-JENIS SENJATA PENJENAYAH
Beberapa jenis
senjata yang sering diguna-pakai oleh penjenayah untuk melancarkan aktiviti
mereka. Ianya sudah tentu senjata api dan senjata tajam menjadi pilihan yang
boleh menakutkan semua mangsa dan memudaratkannya. Apakah jenis-jenis senjata
api dan tajam itu yang menjadi pilihan penjenayah ini?
Jenis-Jenis Senjata Api
Dalam dunia
globalisasi ini sekarang, segala permintaan dan niat akan mudah ’dimakbul’ atau
ditunaikan. Perlukan sedikit ’kekuasaan’, jika itu dipenuhi segala hajat akan
tercapai.’kekuasaan’ yang dimaksudkan itu adalah wang ringgit!
Untuk memiliki
senjata api sekarang tidak sukar sama ada secara sah atau haram. Itu merupakan
antara punca senjata api mudah dimiliki. Kadang-kala bukan senjata yang tulen
tetapi sudah cukup boleh menipu dan menakut-nakutkan kita. Apa tidaknya, ia
melibatkan nyawa dan masa depan.
Walau apapun
jenisnya, ianya tetap berbahaya kepada makhluk hidup kerana ia direka cipta
untuk tujuan membunuh. Jika anda bercadang untuk membeli senjata api,
senantiasa ingatlah bahawa ianya direka bentuk untuk menembak sasaran pada
jarak jauh dan dekat, jangan kita pula menjadi sasaran.
Berikut adalah
senarai atau jenis-jenis senjata api yang sering digunakan untuk tujuan
jenayah;-
a. Handguns
– Senjata api jarak dekat
Kegunaan : perlindungan peribadi.
b. Shotguns
– Senjata api jarak dekat
Kegunaan : acara sukan &
pemburuan kecil.
c. Sub-machine
guns – Senjata api jarak sederhana
Kegunaan : operasi ketenteraan
sahaja
d. Rifles
– Senjata api jarak jauh
Kegunaan : pemburuan sasaran yang
lebih besar dan pertandingan
Jenis-Jenis Senjata Tajam
Sebelum saya
dan anda dilahirkan lagi penggunaan senjata-senjata telah berabad lamanya
diperkenalkan. Kewujudannya lebih awal berbanding senjata api kerana pada itu penggunaan
senjata api tercetus selepas bahan letupan berjaya dicipta. Ketika itu barulah
revolusi senjata pun bermula.
Terdahulu
senjata tajam menjadi ejen atau pilihan muktamad dalam membela diri, memburu,
membunuh dan lambang kekuasaan buat seseorang atau kerajaan. Untuk
pengetahuan, senjata tajam terbahagi kepada dua, iaitu senjata tajam pendek dan
senjata tajam panjang.
a. Senjata
Tajam Pendek
– Pisau,
Kerambit, Tumbuk Lada, Tekpi, Keris dan lain-lain.
b. Senjata
Tajam Panjang
–
Parang,
Pedang, Lembing dan lain-lain.
Melihat jenis-jenis senjata tajam
dipaparkan disini sebenarnya, senjata tajam menjadi pilihan penjenayah dan
kerap diguna dalam operasi ’jahat’ mereka. Ini kerana ianya senang didapati
seperti pisau dan parang.
Pisau disini kita boleh lihat dari
sudut jenisnya seperti pisau lipat, pisau cukur, pisau pemotong daging, pisau
komersil dan konversional. Pisau bersifat kecil dan tersembunyi serta tidak mudah
dikesan kerana boleh disembunyi dimana-mana. Ia juga senang dikendalikan,
mudah, cepat dan pantas ketika menyerang.
Berbeza pula
dengan parang, walaupun turut menjadi kegemaran para penjenayah tetapi sifat
bentuk fizikalnya membataskan pergerakannya ketika melakukan aktiviti jenayah
terutama pada waktu siang dan di tempat awam. Walau bagaimanapun,
keberkesanannya tidak pernah diragui kerana kerap kali menemui sasaran dan
boleh membawa maut pada mangsa!
Jenis-Jenis Senjata Tumpul
Sebelum
terbentuknya senjata-senjata tajam seperti parang, pisau, tombak atau lembing,
manusia membina senjata-senjata bertujuan untuk memburu atau mempertahankan
diri dengan menggunakan asas alam semulajadi seperti kayu dan batu. Semuanya
itu sebelum sumber logam atau besi dijadikan sumber utama membina senjata.
Senjata yang
terbentuk melalui sumber asas seperti kayu, rotan, akar atau kulit kayu dan
batu lebih menjurus pada perbuatan membela diri kerana sifatnya yang tumpul,
senyap dan tidak membahaya. Sekiranya diguna dengan sepenuh tenaga ianya boleh
menyakitkan dan memudaratkan.
Bagi saya
senjata tumpul ini wajar dimiliki dan dipelajari kegunaannya oleh anda bagi
tujuan membela diri. Contoh-contoh senjata tumpul yang boleh dimiliki seperti
tongkat panjang dan pendek. Saya sudi mengajar anda kerana kebanyakkan senjata
tumpul bukan menjadi pilihan penjenayah!
*sila rujuk pada ruang teknik senjata pada keluaran
terbaru nanti.
Pada keluaran akan datang, akan dibincangkan dan dikongsi
bersama dengan topik yang lain pula. Sila ikuti sambungan artikel ini pada
keluaran keluaran minggu depan dalam EP7 : Panduan Beladiri Wanita : PUNCA-PUNCA
JENAYAH, Insya-Allah ;-)