Friday, December 23, 2011

Rupa 'Versus' Mahir

Pertembungan Si Kacak (Jon Foo) dan Si Gagah (Tony Jaa) dalam filem Tom Yum Goong, bukan rupa yang di nilai tetapi kemahiran diperlukan untuk menjayakan watak penjahat yang hebat bertarung dalam teknik beladiri.
Bertemu kembali kita di arena 'The Articles' yang dikarang sendiri oleh pemilik blog ini, iaitu Akmal Edge, sepertimana yang anda tahu, kenali, baru mengenali atau tidak tahu langsung, merupakan seorang pelakon, pengarah aksi, koreografer, penulis skrip, bekas wartawan seni beladiri, pereka grafik dan juga Guru Muda Seni Silat Sendeng Malaysia. Sebelum itu, saya memohon maaf buat 'pengikut' blog ini kerana lama tidak menulis dan meninggalkan komentar-komentar atau cerita-cerita karangan saya berhubung dunia perfileman tempatan atau luar dan seni beladiri khususnya. Ini kerana berlaku kesibukan yang tidak dielakkan sebagai manusia dan insan seni ini.

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Ucapan gembira atau meraikan kejayaan sesuatu peristiwa atau perkara yang dialami atau ditempuhi oleh sesuatu individu atau berkumpulan. Ucapan itu saya tujukan pada pengiat filem tempatan yang semakin berani mengubah 'selera' keluar dari kepompong genre sama ke genre yang lebih mencabar. Hasilnya, ada produser mampu mengaut lebih dari RM10juta kutipan filem berbanding dahulu. Dijangka kutipan tersebut akan meningkat bagi keluaran filem akan datang. Ia juga petanda peminat filem tempatan sudah mula kembali memberi sokongan pada pengeluaran filem tempatan kerana perubahan strategi oleh penggiat filem.

Diharap kelak, para penggiat filem-filem tempatan jangan mengulangi 'skrip' yang sama, dengan mengeluarkan filem-filem 'copy-cat', beranilah mencari kelainan demi industri filem kita. Janganlah disebabkan pada tahun 2012 ini filem-filem berunsur seram akan 'di gam', maka ramai para produser cuba mengaut keuntungan dengan membuat cerita aksi tanpa 'gold-touch' sehingga merosakkan 'rating' genre filem tempatan kerana ketandusan idea dan ilmu. Pelbagaikan pengeluaran genre filem, biarlah kepakaran sesuatu bidang itu dibuat oleh 'kumpulan' yang pakar atau mahir, bukannya tangkap muat dan janji boleh jual (kata-kata seperti melepaskan batuk ditangga).

Dalam filem Tom Yum Goong, kebanyakkan fighter yang menjayakan watak 'penjahat' menentang Tony Jaa ramai yang berwajah 'komersil' tetapi jahat. Kenapa? kerana watak-watak dalam cerita ini memerlukan lawannya seperti pakar Taekwondo, Wushu, Capoeira dan Gusti. Bukan wajah jadi keutamaan tetapi Kemahiran didahulukan...
Apabila menyebut perkataan 'Pakar' atau 'Mahir', ia tentunya merujuk pada golongan-golongan yang 'berkebolehan' dalam sesuatu bidang atau pekerjaan yang mampu dilaksanakan dengan jayanya. Jadi! itulah topik yang hendak saya kongsikan bersama-sama para pembaca berhubung tajuk di atas iaitu Rupa Versus Mahir. Tajuk ini sebenarnya ada hubung-kait dengan peristiwa yang berlaku ke atas diri saya sehingga menyumbang kepada 'penyingkiran' dan 'penghinaan' dalam satu pembikinan filem aksi tempatan baru-baru ini. Artikel ini bukan tujuan untuk menempelak kembali atau melunaskan 'dendam kesumat' yang membuku dilubuk hati saya, tetapi ianya sekadar saranan dan cambahan idea jika kita mahukan hasil terbaik dalam sesuatu filem aksi terutama melibatkan babak pertarungan.

Baru-baru ini, saya telah ditawarkan watak membintangi sebuah filem aksi sekuel tempatan. Melihat pada 'exposure' nya saya rasa ianya bagus untuk 'build-up' sekiranya mahu kekal atau mara bersaing dalam industri filem kita. Tanpa berlengah, saya menerima 'job' tersebut kerana 'job' tersebut di'rekomenkan' oleh sahabat baik saya yang juga 'stuntman' yang menjayakan filem berkenaan. Tiba hari penggambaran, saya pun hadir ke lokasi dan disambut oleh sahabat-handai di situ yang juga terlibat sama dalam projek berkenaan. Hati bertambah 'bergelora' dan bersemangat untuk memberi sesuatu 'impak' dalam filem ini demi masa depan. Kalau diikutkan hati, saya jarang melakukan aksi 'hebat' sekiranya ia bukan memberi 'faedah' buat diri sendiri.

Terbit juga dalam hati, "tidak sangka pula hari ini aku berlakon dalam sebuah filem yang bertaraf box-office' di Malaysia!". Jiwa melayang sejenak apabila dikhabarkan saya akan bertarung dengan hero filem tersebut! wow! Teringin juga dalam hati untuk melihat kebolehannya dan layakkah beliau bergelar hero seperti yang dicanang-canang, sedangkan sepengetahuan saya hero yang bakal berentap dengan saya bukanlah seorang pengamal beladiri 'tegar', cuma kelebihannya kerana populariti dan 'hensem' kot yang menjadi penyebab 'kroni'nya memilih beliau. Bukan niat untuk merendah-rendahkan beliau, cuma untuk kepastian, jika benar, tidak salah buat diriku sendiri untuk memberi sokongan demi kejayaan filem tersebut.

Nathan Jones (bekas wrestle WWE) turut membintangi filem Tom Yum Goong, jaguh terakhir menentang Tony Jaa. Kalau nak dibanding dengan Tony Jaa, Nathan Jones 'hensem' lagi daripadanya.
Masa yang ditunggu telah tiba, "Abang dah boleh bersiap, nanti masuk dalam director nak jumpa...", itu suara menarik dari pengurus produksi dari filem berkenaan yang memberi arahan kepadaku. Saya pun tersenyum dan pergi ke bilik untuk menukar persalinan. Datang penjaga 'wardrobe', lalu mengenakan pakaian yang sesuai untuk menjadi 'lawan' pada si hero kelak. Selesai mengenakan pakaian, tiba pula 'make-up artist' yang 'patanh tangan' mengenakan solekan 'perkarangan' muka ku. Saya pun sudah lupa pada seorang individu ini yang menyarankan di 'grooming' dulu saya sebelum di hantar bertemu dengan director. Namun, tidak diendahkannya selepas berlalunya individu yang memberi saranan kerana kesuntukan masa.

Kemudian, saya pun bergerak bertemu dengan director yang kebetulan turut berlakon dalam filem berkenaan memegang watak antagonis. Apabila beliau memanggil, saya pun tampil berdiri tegak dihadapannya. Raut wajah beliau 'kehairanan' seperti tak pernah melihat manusia kot... seraya beliau berkata, "broo...alaaa... muka lu bro... muka lu baik sangat brooo... tak nampak ganas langsung... hmmm... ok, oklah... kita shoot dulu... broo... lu ambik tempat sini..." Mungkin bunyinya kelakar bagi anda tetapi jika anda berada di situ di depan khalayak ramai, di depan pelakon-pelakon terlibat, krew-krew yang pernah bersama dalam filem DON 2, pemilik premis berkenaan, apa yang anda rasa? seraya juga saya tersenyum tenang.

Danny Trejo, sering memegang watak penjahat dalam filem hollywood. Namun, filem Machete sebaliknya, Danny Trejo diangkat sebagai hero berganding heroinnya, Jessica Alba dan Michelle Rodriguez. Pelik bukan? Negara luar tidak sesempit pemikirannya seperti produser atau pengarah tempatan...
Kemudian beliau meneruskan adegan penggambaran termasuk saya terlibat dalam babak tersebut. Mula bermain dibenak fikiranku. Aku ini diterima atau ditolak? Kalau ditolak, mengapa penggambaran diteruskan? Hmmm, tidak mengapalah... celahku didalam hati. Nanti bila 'diorang' saya beraksi nanti, barulah 'diorang' tahu langit tinggi atau rendah. Ada bagusnya juga sebab saya boleh menimba ilmu dan kaedah lakonan hebat dari pelakon yang 'terbaik' beraksi dalam babak tersebut. Setelah lama duduk di dalam set tersebut, terasa pula diri ini diperlakukan seperti 'extra' baru. Di tolak ke sudut sana, sekejap ke sini, apabila bertanya tiada siapa yang mahu membantu, apabila mencadangkan 'angle profile' saya supaya nampak dalam frame, saya disanggah. Tersenyum lagi saya...

Penggambaran diteruskan sehingga selesai babak tersebut. CUT!!!!, ok next scene! Datang salah seorang 'wakil' director agaknya, saya pun tak kenal diorang sebab tak berapa 'friendly' dengan saya. Tak tahu kenapa... tiada masalah... yang penting kita senyum...;-) lalu berkata-katalah dia kepada ku (wahai, macam dialog filem bangsawan daaa...). Bro, part lu hari ni abis... "Abis?", balasku... apa-apa nanti kitorang kasi tau balik, jawabnya. "okey bro, terima kaseh banyak-banyak yer, nanti jumpa lagi..." balasku. Cepat-cepatku pergi ke bilik persalinan dan terserempak dengan dua orang pelakon yang bersama ku tadi. "Eh? ko tak tukar baju ker?". Tukar Baju? Aik, tadi kata part aku dah abis...jawabk. "Mana boleh, kan ko sama kitorang 'konti' scene tadi untuk disambung scene fight nanti? Jeng, jeng, jeng....

Saya pun kekadang tak faham dengan penggiat filem kita, terlalu pentingkan rupa sehingga lupa akan kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu watak. Kalau mahu muka tu kelihatan ganas, bukan tak boleh grooming, make-up artist kan ada, begitu juga hair-stylish... Apa? ingat muka aku tak cukup ganas ker? Haaa... tengok gambar ini... grrrrrr....
Terdengar perkhabaran itu, saya tersenyum lagi. Rasanya, itulah hari yang tenang tersenyum buatku yang 'terbaekk' dalam hidupkku kot. Saya pun berkata, "tak tau lama pulak, diorang kata saya boleh balik, takpe bro, apa-apa nanti kita jumpa lagi..." saya ucapkan selamat tinggal pada 'partner' berdua tu. Bagus juga kata disanubari hati ini sebab saya boleh jemput isteri saya yang bekerja di Bandar Baru Bangi. Saya pun bergegas keluar dan terserempak dengan director tersebut. Dia tersenyum dan mengucapkan ribuan terima kaseh. Itu sahaja dan selamba tanpa perasaan meninggalkanku yang tersengih lagi tanpa rasa jemu buat hari itu. Selepas belaiu berlalu, saya pun menggerakkan kedua-dua batang kaki melangkah keluar dari set.

Sedar-sedar rupanya sudah masuk waktu 'lunch', patutlah mereka berhenti 'shooting'. Saya pun menghampiri meja makan untuk menjamu selera, lalu saya disapa oleh salah seorang daripada tiga orang PM filem tersebut di depan krew-krew dan pelakon. "Bro lu punya scene dah takde, director cakap muka lu baik sangat, kitorang muka yang ganas lagi brutal untuk watak tu, nantilah kalau ada yang sesuai kitorang panggil ko bro..." katanya. Saya dengan tenang tersenyum lagi di depan kenalan di situ lalu mengucapkan selamat tinggal pada diorang semua. Tidak lama kemudian datang lagi seorang PM memberitahu, "aku ingat ko punya watak banyak, sebab ni watak penting, tapi takpelah nanti boleh kita panggil lagi untuk jadi 'stunt-stunt' yang lain...

Contohi industri filem luar negara, paling senang Siam (Thai), cerita aksi syarat utama adalah kemahiran, tidak kira paras rupa samada kacak atau 'buragas', janji kemahiran aksi dan pertarungan tahap 'universal'. Bukti mudah Tony Jaa...
Dalam hati aku mula rasa nak tempeleng jer diorang nih!... macam takde ada adab kot, atau memang di reti di ajar adab... kalau tak reti, aku boleh ajarkan cara-cara beradab kaedah silat! tetapi sekali lagi... tersenyum dan sabar... Diorang aku ni apa? Aku bukan stunt-stunt 'extra tau! Aku Pelakon Aksi! Tanpa menghiraukan kata-kata luahan hati itu, saya membalas kata-kata mereka... "Payment Aku Macam Mana Bro?"... Kejap yer bro aku tanya PM yang lagi sorang... alamak bro, payment ko tu ada tapi kena tunggu PM yang lagi sorang sebab dia ada pegang duit. Saya pun berkata, "takpe bro, aku tak boleh tunggu sebab aku ada urusan lagi kat Bangi..., kita jumpa malam nanti..." Ok, jumpa kat lokasi, malam ini di Jalan Ampang, katanya.

Saya pun setuju. Setiba malamnya, saya menelefon PM berkenaan, di suruh pula saya datang kat Jalan P.Ramlee berdekatan dengan pub apa? saya pun lupa pulak namanya. Maklumlah tempat maksiat memang jarang saya ingat, kalau majlis ilmu, insya-allah. Pergilah saya bertemu PM yang dijanjikan, malangnya dia tiada di lokasi, di suruh saya berjumpa dengan PM lagi seorang. Apabila bertemu untuk 'menuntut' bayaran tersebut, mereka memberi alasan pula tidak ada bajet untuk saya pada hari ini sebab katanya payment biasa kitorang bayar setiap tiga hari tiga hari. Tersenyum lagi ku, macam diperbodohkan. Keadaan bertambah hangat, apabila salah seorang PM tu mengatakan, "muka ko bro baik sangat, terserlah nur cahaya iman tu, tak sesuai watak tu untuk ko bro..."

Jon Foo, pernah memegang watak penjahat melawan Tony Jaa. Muka kacak, ada 'Nur Cahaya Iman' lagi, semua perempuan tergila-gilakan dia, tetapi berlakon jadi orang jahat, tak salah pun. Buktinya sampai beliau kini laris sehingga menjadi hero pula dalam cerita 'Tekken - King of Fighters'.
Kalau diikutkan hati memang 'mendapa' diorang nih! tetapi takpe, ada ubi ada batas, ada hari ku tak balas, biar Allah ST yang balas. Lalu saya memberitahu pada sahabatku yang 'merekomenkan' saya dalam projek ini. Pada asalnya memang sahabatku yang ambik watak tu, tetapi kerana bimbangkan komitmen dia melepaskan tugas itu kepada saya. Mendengar penjelasan dari saya, sahabatku beranglah. Keesokkan harinya sahabatku turun ke lokasi terus di 'bambu' mereka-mereka 'menghina' saya. Sahabatku panggil saya bukan sekadar untuk berlakon tetapi demi kualiti aksi pertarungan kelak, tetapi tidak mengapalah, bukan rezeki dan ada hikmahnya.

Memang ada hikmahnya, selang beberapa hari sahabatku ada memberitahu saya, diorang minta saya kembali membantu mencantikkan babak pertarungan dengan hero di Petaling Street. Sahabatku sindir balik dan memberitahu saya, belum sempat saya menyampaikan niat saya, sahabatku sudah faham dan menyelar balik diorang termasuk director, 'hang pa pi cari sendirilah'... Ibarat orang meludah ke langit, terkena diri sendiri jua... Kalau disuruh atau dibayar banyak manapun, memang saya tidak akan kembali pada mereka yang tidak pandai menghormati dan menghargai orang. Di sini rupa bukan ukuran untuk sesuatu watak, yang penting kemahiran yang dalam watak berkenaan penentu berjaya atau tidak watak itu bagi setiap cerita aksi terutama melibatkan adegan pertarungan.

Kalau anda tidak percaya dengan apa yang saya katakan, cuba lihat video-fight-reel ini yang melibatkan pertarungan antara Jon Foo (antagonis) dan Tony Jaa (hero).

Barangkali, mereka masih lagi duduk dibawah tempurung, masih ditakuk sama tanpa sebarang perubahan. Cuma yang berubah hanya 'kita' bukan 'mereka'. Tidak salah jika watak jahat itu dibarisi pelakon berwajah 'baik'. Contoh terbaik dan terbaru adalah 'Tom Yum Goong', apabila Jon Foo berlawan dengan Tony Jaa (hero yang tak hensem pun). Hasilnya, tengoklah sendiri... Begitu juga yang terbaru filem Machete, heronya, Ya Allah, pecah giler, dia selalu memegang watak jahat tetapi belum pernah pegang watak hero. Dalam filem itu, beliau dipilih sebagai hero bergandingan dengan Jessica Alba. (macam beauty & the beast). Haaa... cuba anda fikir-fikirkan. Wassalam ;-)