Saturday, January 22, 2022

Bahagian 5 : Freemason : Ada Di Malaysia?

ADA orang bertanya, yang korang kecoh berteori konspirasi ni apasal, cukup cukuplah buat sebaran palsu yang menggugat ketenteraman awam! Wahai sedara, kami memberitahu tentang ancaman atau fitnah fitnah dajjal yang sedang berlaku, konspirasi yang mereka lakukan sudah lama dirancang! bukan cerita fantasi dan khayalan seperti yang korang layan seperti filem Bollywood! Oleh kerana kelalaian koranglah kami tolong beritahu, terpulang pada anda semua untuk menilai dan mengkaji bukannya keji!

Lodge di Negeri Sembilan

Kalau cerita yang korang sebarkan ini betul, adakah Freemason yang ramai perkatakan ini wujud di Malaysia? Jawapan saya mudah saja...Ya! Pertubuhan Freemason atau pertubuhan iblis ini sudah lama bertapak di Malaysia dan pejabat pertama Freemason ialah di Singapura yang mana ketika itu Singapura masih lagi menjadi ahli Persekutuan Tanah Melayu. Kita saja yang lalai, mereka sudah lama merancang! Allah SWT pun sudah memberi peringatan dalam surah Ali Imran ayat ke 54, FirmanNya;

وَمَكَرُوْا وَمَكَرَ اللّٰهُ ۗوَاللّٰهُ خَيْرُ الْمٰكِرِيْنَ

Dan mereka (orang-orang kafir) membuat tipu daya, maka Allah pun membalas tipu daya. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.

Pertubuhan Iblis Freemason ini mula bertapak di Tanah Melayu pada tahun 1845 'bertopengkan' dengan sebuah restoran yang boleh dikunjungi oleh orang ramai. Restoran Freemason Singapura ini terletak di Coleman Street dan masih beroperasi sehingga sekarang. Restoran Freemason itu dibuka pada setiap hari bermula 11.30 pagi hingga 10.30 malam manakala pejabat pertubuhan rahsia freemason ini dibuka pada jam pukul 9 pagi hingga 12 malam.

Lodge di Danga Bay, Johor

Restoran ini dinamakan dengan Free Mason Hall yang terletak di alamat 23, Jalan Coleman, 179806 Singapura. Dibahagian atasnya adalah Lodge, iaitu tempat aktiviti kelab manakala tingkat bawah adalah ruang restoran, bar, perpustakaan dan bilik kasino. Semua kemudahan yang terdapat dibangunan ini boleh digunakan oleh orang ramai. Selain itu, ruang restoran ini juga boleh ditempah untuk mengadakan sebarang sambutan keramaian.

Pengaruh Freemason di Singapura dipercayai di mulakan cleh seorang Residen Inggeris di Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Stamfjord Raffles. Kini Singapura cuba mengubah sejarah dengan meletakkan nama Stamford Raffles sebagai pengasas Singapura bukannya Parameswara. Di Semenanjung Tanah Melayu pula, lodge pertama dipercayai dibuka di Pulau Pinang pada tarikh 6 September 1806 dengan nama Lodge Neptune. Kemudian pada 27 Disember 1878, sebuah kuil khas untuk ahli Freemason dipercayai dibina di Pulau Pinang. Pada 14 April 1888 pula, ahli Freemason telah mengadakan mesyuarat pertama di Perak bersempena sambutan Jubli Perak.

Lodge di Pulau Pinang

Manakala di Kuala Lumpur, lodge Freemason yang pertama mula bertapak pada 21 Oktober 1889 dengan nama Lodge Read. Selepas itu banyak lodge-lodge dibuka di Semenanjung Tanah Melayu oleh pegawai pegawai Inggeris yang berkhidmat antaranya ialah:

1 Pada 9 Oktober 1909 di Klang, Selangor.

2. Pada 6 Januari 1910 di Seremban. Negeri Sembilan.

3. Pada 7 Disember 1910 di Melaka dengan nama Lodge Elliot,

4 Pudu 2 Ogos 1916 di Sungai Petani, Kedah.

5. Pada 14 Disember 1929, lodge bernama Johor Royal Temple dibina di Johor.

Lodge di Perak

6. Pada 10 Oktober 1931, lodge bernama Tiger Lane dibina di Ipoh, Perak.

7. Pada 6 Februari 1932, sebuah lagi Lodge dibina di Johor Utara.

8. Pada 26 Januari 1951, sebuah Lodge dibina di Kota Kinabalu, Sabah.

9. Pada 2 November 1957, tiga bulan selepas merdeka, sebuah Lodge dibina lagi Sandakan, Sabah.

10. Pads 20 Februari 1960, sebuah Lodge ditubuhkan lagi Kuala Lumpur dengan nama Sentosa Lodge.

Lodge di Kota Kinabalu Sabah

11. Pada 31 Oktober 1964, sebuah Lodge ditubuh di Beaufort, Sabah.

12. Pada 28 November 1964, Lodge yang bernama Edward Holiday Lodge di tubuh di Kuala Lumpur.

13. Pada 1 Julai 1967, seorang Melayu Islam bernama Mustapa bin Osman dianugerahkan gelaran Grand Master Freemason (mungkin orang Melayu pertama terima gelaran tersebut).

14. Pada 10 Februari 1973, Lodge bernama Fidelity ditubuh di Kuala Lumpur.

Lodge di Kedah

(Sila lihat laman web Freemason Malaysia: http://www.dglea.org)

Semua lodge yang terdapat dalam senarai di atas menggambarkan bahawa walaupun Tanah Melayu menghadapi pelbagai jenis perang, konfrontasi antara kaum dan sebagainya, tetapi penubuhan kelab rahsia Yahudi atau iblis ini tetap berkembang pesat tanpa pengetahuan orang Melayu Islam. Malangnya, ia tidak diharamkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan.

Kebanyakan ahli-ahli Mason di Malaysia dikuasai oleh golongan profesional berpendidikan PhD (Doktor Falsafah). Manakala majoriti bangsa yang memegang darjah tertinggi seperti gelaran Master Mason adalah berbangsa Cina, India dan Singh, Melayu pun ada!

  

(kiri) Lions Club di Kuala Krai, Kelantan (kanan) Pahang Club di Kuala Lipis, Pahang

Setelah saya kumpulkan semua fakta ini, saya masih belum jelas tentang pertubuhan Freemason adakah ia ada bertapak di Perlis, Terengganu dan Pahang? Ini kerana saya belum menjumpai fakta atau info di negeri yang saya sebutkan itu, kecuali negeri Pahang, Dulu dikatakan terdapat bangunan Freemason di Kuantan dan saya agak keliru, adakah Pahang Club ini merupakan sebahagian dari pertubuhan yang berselindung seperti yang mereka lakukan seperti tapak awal di Singapura serta lain lain di KL atau seperti di Kelantan dengan menggunakan nama Lions Club?

Bersambung...

Tuesday, January 18, 2022

5 Puak (Episod 32 : Diserang Ilmu Hitam) oleh MS Malawi

SUDAH beberapa hari Anak-anak Serigala merisik keadaan di rumah tumpangan milik orang dari Baratia. Belum nampak akan perkara yang mencurigakan. Akan tetapi, sepanjang penyiasatan itu, mereka lihat terlalu ramai rakyat Segumpal yang keluar masuk. Ada antara mereka berada di dalam rumah itu dalam jangkamasa yang agak lama. Ada yang masuk dalam tempoh yang singkat. Yang lebih menghairankan adalah, mereka yang keluar dari rumah itu kelihatan seperti sedang berkhayal, senyum sahaja sepanjang masa.

Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja Naga Hitam itu menyerbu ke dalam rumah tersebut. Namun memikirkan akan kata-kata Mahaguru Harimau Emas, terus dibatalkan sahaja akan niatnya. "Kita mesti hati-hati. Cari bukti yang mencukupi sebelum dibawa ke pengetahuan Maharaja Segumpal Satria."

Mata hijab Naga Hitam juga tidak dapat menembusi ke dalam rumah itu. Seolah-olah ada dinding penghalang di dalamnya sehingga amat sukar buat Naga Hitam merisik ke dalamnya. Rumah itu akan ada seorang daripada pengikut Marvick berdiri di luar dengan menatang secawan air. Apabila seseorang itu mahu masuk ke dalam rumah bagi bertemu Marvick, mereka akan diminta untuk minum seteguk daripada air tersebut.  Apakah isi kandungan air tersebut? Tiada siapa pun yang tahu.

Untuk melancarkan siasatan, seorang daripada pengikut Puak Serigala telah menyamar menjadi orang kampung. Maka, berjalanlah perisik itu mengikuti beberapa orang kampung. Tidak lama kemudian, perisik itu pun akhirnya tiba. Di saat tiba di hadapan rumah itu, beberapa orang kampung yang berdiri di hadapannya telah diminta untuk minum air tersebut. Setelah minum air itu, barulah dibenarkan masuk. Akhirnya tiba giliran perisik itu, namun dia menolak untuk minum. Berlaku kekecohan di luar menyebabkan Marvick terpaksa keluar melihat keadaan itu.

"Kalau hendak masuk bertemu aku, kamu mesti minum air ini," kata Marvick dengan mata yang merah menyala. Perisik itu agak terkejut melihat Marvick yang sedang dalam keadaan marah. Ini kerana bukan sahaja wajah Marvick yang kelihatan. Ada beberapa wajah jin mula menghantui perisik itu sehingga akhirnya dia minum jua minuman yang telah disediakan.

Naga Hitam dan dua orang perisik dari Puak Serigala melihat perisik itu sudah pun masuk dengan diiringi oleh Marvick. Naga Hitam dan dua perisik puak Serigala pun menunggu dengan sabar. Beberapa jam berlalu, perisik yang memasuki rumah Marvick belum kelihatan keluar dari rumah itu. Sedangkan orang-orang yang masuk kemudian selepasnya sudah ramai yang pulang ke rumah masing-masing.

"Mari kita serbu rumah itu," bisik Naga Hitam kepada salah seorang perisik tersebut.

"Maaf, tuan. Amat merbahaya kita serbu tanpa sebarang bukti. Mungkin nanti kita pula akan dipersalahkan," bisik lelaki dari puak Serigala itu.

 

"Hurmmm, ada benar kata-katanya itu. Tak mengapalah, kita tunggu sekejap sahaja lagi," bisik hati Naga Hitam.

Tidak berapa lama kemudian, perisik Serigala yang memasuki rumah itu pun keluar dari rumah tersebut. Bukan sahaja itu, lelaki tersebut diiringi secara penuh hormat oleh Marvick. Selepas mengucapkan selamat tinggal, lelaki perisik itu pun terus berjalan melepasi tempat persembunyian mereka semua.

"Eh, mengapa dia tidak ke mari?" Tanya Naga Hitam kepada lelaki yang berdua dari puak Serigala tersebut. Mereka berdua juga kehairanan, lalu membuat keputusan agar segera mengekori dan bertanya sendiri kepada lelaki tersebut.

Perlahan-lahan mereka berjalan, agar tidak mengejutkan perisik Serigala itu. Kelihatan lelaki sang perisik itu berjalan menuju ke perkampungan 5 puak. Oleh kerana tidak bersabar lagi, Naga Hitam segera berlari bagi menahan lelaki tersebut sebelum tiba ke perkampungan 5 puak.

"Tunggu dahulu, saudara. Mari kita berbual dahulu," kata Naga Hitam sambil menepuk bahu lelaki tersebut. Tanpa diduga, lelaki itu tiba-tiba menyerang Naga Hitam dengan sebilah pisau kecil. Mujur refleksi diri Naga Hitam lebih pantas.

Dua orang lelaki perisik dari puak yang sama merasa hairan melihat perilaku lelaki tersebut. Tidak pernah selama ini dia menyerang orang tanpa usul periksa. Naga Hitam mula memeriksa lelaki tersebut dengan mata kebatinan. Dari pandangan matanya, lelaki itu telah dipukau. Bergayutan beberapa ekor jin ganas di anak matanya dan belakang tubuhnya. Tiba-tiba, lelaki itu sekali lagi menyerang Naga Hitam. Kali ini pergerakannya lebih pantas daripada biasa.

Mereka dari sebuah keluarga yang besar. Memegang akan hakikat itu, Naga Hitam tidak sedikit pun mahu menyerang balas. Dia hanya berundur dan sesekali menepis serangan ganas itu. Baginya, pisau yang ada pada lelaki tersebut memang amat ganjil. Pisau kecil itu sesekali menyilaukan mata Naga Hitam membuatkan Naga Hitam mula terasa sesuatu. "Mungkinkah pisau itu adalah sihirnya? Aku mesti jauhkan pisau itu dari tangannya.

Akhirnya Naga Hitam menyerang balas lelaki tersebut. Sudah dapat dibaca siapa yang akan menang. Perbezaan tahap ilmu mereka amat ketara. Setelah berjaya menangkap pergelangan tangan lelaki tersebut, Naga Hitam berjaya menjatuhkan pisau tersebut. Dengan tidak semena-mena, lelaki itu tiba-tiba jatuh tersungkur dan tidak sedarkan diri. Dua orang rakannya segera meluru ke arah rakannya itu. Mereka segera memeriksa nadi dan jantung lelaki itu. Mujur buat mereka, lelaki itu hanyalah pengsan sahaja.

Sebelum mengambil pisau itu, Naga Hitam segera menyingkirkan jin-jin yang ada di dalamnya. Setelah semuanya selesai, Naga Hitam cuba mengambil pisau itu. Namun begitu, ia tiba-tiba sahaja hilang dari pandangan.

"Cis! Ini semua permainan ahli sihir dari Baratia itu," Naga Hitam begitu berang dengan kegagalannya mendapatkan bukti dari pisau tersebut. Sementara itu, salah seorang perisik dari puak Serigala segera mendukung rakannya.

Naga Hitam turut sama ke perkampungan Puak Serigala. Dia mahu mendengar sendiri apakah yang berlaku kepada lelaki tersebut setelah dia minum seteguk air yang diberikan dan apa yang ada di dalam rumah tumpangan orang Baratia itu. Lelaki dari puak Serigala yang menyerang Naga Hitam dibaringkan di ruang tamu rumahnya. Beberapa orang berada di dalam rumah itu bagi mendengar sendiri apa yang dialami oleh lelaki tersebut. Antaranya adalah Naga Hitam dan Tok Serigala.

Naga Hitam melihat dengan mata hijabnya, namun tiada pula kelihatan akan sebarang makhluk halus di samping lelaki tersebut. Sementara itu, Tok Serigala memerintahkan Anak Serigala duduk di ubun-ubun lelaki tersebut dan dia sendiri akan berada di bahagian kaki. Ayat-ayat suci Al-Quran mula berkumandang, termasuk seorang daripada mereka mula melaungkan azan. Satu pergerakan daripada tubuh lelaki tersebut mula menunjukkan reaksinya. Anak Serigala menekan bahagian ubun lelaki tersebut dengan telapak tangan kanannya manakala Tok Serigala mula memicit-micit kaki lelaki tersebut. Tiba-tiba, lelaki itu mula membuka matanya.

Apa yang terjadi seterusnya mengejutkan semua yang berada di situ.  Naga Hitam mula melihat beberapa ekor jin belaan Marvick mula kepanasan. Naga Hitam segera menutup matanya, lalu mulutnya mula berkumat kamit membacakan beberapa potong doa dari ayat suci Al-Quran. Perlahan-lahan Naga Hitam mula merasakan sesuatu. Bergetar tubuh badannya, dan kini dia mula berada di alam kebatinan. Pada saat itu, Naga Hitam dapat melihat beberapa ekor jin itu memeluk erat lelaki tersebut. Lelaki itu cuba melawan, namun pelukan mereka semakin erat dan ketat.

"Nyah kamu semua dari sini. Tinggalkan lelaki ini sebelum aku hancurkan kamu semua," jerit Naga Hitam di alam kebatinan itu. Jin-jin itu terperanjat melihat kedatangan Naga Hitam, namun mereka tidak menunjukkan sebarang perasaan gentar dengan kehadiran Naga Hitam. Yang sebenarnya, kehadiran Naga Hitam telah membakar tubuh badan mereka, namun jin-jin itu memang licik dan cuba menipu Naga Hitam. Mereka menjelirkan lidah dan kemudian cuba menyerang dengan senjata daripada tubuh badan mereka, namun semuanya hancur sebelum dapat mengenai tubuh badan Naga Hitam.

Aura yang panas memancar dari tubuh badan Naga Hitam. Naga Hitam membacakan lagi beberapa ayat suci Al-Quran. Tanah di alam kebatinan itu mula merekah dengan cahaya mulai memancari dari bawah tanah diikuti dengan gegaran yang agak kuat. Jin-jin itu cuba bertahan lalu sekali lagi menyerang dari jarak jauh. Naga Hitam segera mengunci pergerakan mereka dengan aura cahaya yang meliliti kaki mereka. Naga Hitam cuba menyentak jin-jin itu dari jauh namun mereka enggan melepaskan lelaki tersebut.

Naga Hitam mulai marah. Tiba-tiba dia menyerbu dengan kepantasan yang luarbiasa dengan tubuh badannya telah terbahagi kepada tiga. Ketiga-tiga tubuh badan Naga Hitam itu memegang senjata yang berlainan rupa. Melihat kepada serangan yang menggerunkan itu, jin-jin itu merapatkan tubuh lelaki itu agar menjadi perisai mereka. Akan tetapi, mereka mengalami masalah untuk menyeimbangkan diri. Tali yang mengikat lelaki dari puak Serigala itu hampir-hampir sahaja terurai. Serangan Naga Hitam semakin hampir bersama aura cahaya yang sangat menyilaukan mata.

"Lepaskan dia, kalau tidak aku hancurkan kamu semua di sini," jerit ketiga-tiga tubuh badan Naga Hitam itu serentak. Mahu atau tidak, jin-jin itu akhirnya terpaksa melepaskan jua tubuh lelaki itu lalu segera disambut oleh salah satu daripada tubuh Naga Hitam. Sementara dua lagi tubuh Naga Hitam terus menyerang dan menghancur lumatkan jin-jin tersebut.

Sungguh hebat kekuasaan Allah. Tiada yang dapat mengatasi kekuasaan dan kekuatan Allah itu. Dengan izin Allah Yang Maha Esa, Naga Hitam akhirnya berjaya membawa lelaki itu pulang ke jasadnya semula. Akhirnya, Naga Hitam dan lelaki itu membuka mata mereka. Sebaik sahaja matanya terbuka, lelaki itu terus bangun dan memuntahkan sesuatu yang sangat busuk. Mujur salah seorang daripada pahlawan puak Serigala sempat menadah muntahnya itu dengan sebuah bekas besi daripad tembaga.

Apa yang dimuntahkan itu adalah darah pekat yang agak cair dan berwarna hitam. Mungkin ia adalah daripada air yang diminum ketika di rumah tumpangan Marvick. Anak Serigala segera menepuk belakang tubuh lelaki itu bagi mengeluarkan segala bisa dan racun yang ada. Selepas ianya telah habis dikeluarkan, Naga Hitam segera mengambil bekas muntah itu dan dibawanya keluar. Naga Hitam segera membacakan ayat suci Al-Quran dan tiba-tiba muntah yang berada di dalam bekas tembaga itu terbakar dengaan sendirinya. Setelah beberapa minit, kesan muntah itu sudah tiada lalu dibawa masuk semula oleh Naga Hitam dan diberikan kepada Anak Serigala.

Apa yang terjadi kepada lelaki itu? Adakah Marvick mengetahui identitinya? Apakah kandungan air itu dan adakah orang yang meminumnya sudah menjadi pengikut Marvick?

Bersambung…

Cerita ini adalah cerita rekaan. Watak di dalam cerita ini hanyalah rekaan dan tidak berkait dengan orang yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Walau bagaimanapun, karya naskhah ini adalah hakmilik blog Jejaka Aksi Malaya, segala peniruan, salinan semula samada dalam media elektronik atau media cetak mahupun online, mestilah perlu mendapat kebenaran dari admin blog ini.

Friday, January 14, 2022

Bahagian 4 : Freemason : Tingkat Keahlian Dalam Freemason

KALA ini ramai di kalangan kita masih menafikan agenda yang di bawa oleh pertubuhan iblis ini. Mereka menolak dakwaan bahawa freemason ini bukan ada kaitan dengan agenda dajjal atau mudah kita faham dengan fitnah akhir zaman. Lebih mengecewakan ada pihak menyebelahi kegiatan pertubahan iblis ini dan lebih memalukan menyertainya serta perjuangkan agenda iblis tersebut!

Seperti yang kita tahu, amaran tentang menjadikan orang yahudi dan nasrani sebagai rakan seperjuangan atau sahabat setia adalah dilarang, Allah telah pun memberi peringatan pada umatnya dalam firmanNya dalam surah ke-5 Al Ma’idah ayat ke 51;

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُوْدَ وَالنَّصٰرٰٓى اَوْلِيَاۤءَ ۘ بَعْضُهُمْ اَوْلِيَاۤءُ بَعْضٍۗ وَمَنْ يَّتَوَلَّهُمْ مِّنْكُمْ فَاِنَّهٗ مِنْهُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الظّٰلِمِيْنَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia(mu); mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."

Namun begitu umat Islam tidak mengendahkan larangan tersebut kerana terpengaruh dengan dakyah atas nama hak kemanusiaan, tetapi umat Islam lupa akan saranan Maha Pencipta Allah SWT yang wajib kita utamakan berbanding mahkluk! Sedarlah, betapa berdosanya kita terhadap Allah SWT dan bertaubatlah selagi ada kesempatan.

  

Pertubuhan iblis ini amat unik sebenarnya, diteliti dari segi susunan peringkat kepimpinannya, bagaimana mereka merekrut ahli, memilih dan merencana agenda. Di dalam membezakan taraf seseorang ahli seperti tingkat atau klasfikasi, Freemason menggunakan bilangan dalam darjah (0) bagi setiap peringkat gelaran. Di dalam Freemason, terdapat 33 darjah tingkat gelaran untuk menggambarkan semua peringkat taraf tersebut dan kepimpinan mereka.

Pertubuhan iblis ini amat unik sebenarnya, diteliti dari segi susunan peringkat kepimpinannya, bagaimana mereka merekrut ahli, memilih dan merencana agenda. Di dalam membezakan taraf seseorang ahli seperti tingkat atau klasfikasi, Freemason menggunakan bilangan dalam darjah (0) bagi setiap peringkat gelaran. Di dalam Freemason, terdapat 33 darjah tingkat gelaran untuk menggambarkan semua peringkat taraf tersebut dan kepimpinan mereka.

  

Sebagai contoh darjah 33⁰ (Sovereign Grand Inspector General), 32⁰ (Sublime Prince of Royal Secret), 31⁰ (Grand Inspector Inquisitor Commander), 30⁰ (Grand Elect Knight Kadosh), 29⁰ (Knight of St. Andrew), 28⁰ (Knight of the Sun), 27⁰ (Commander of Temple), 26⁰ (Prince of Mercy), 25⁰ (Knight of Brazen Serpent), 24° (Prince of Tabernacle) dan banyak lagi peringkat, gelaran dan ganjaran bagi mereka sertai organisasi iblis ini!

Sumber: Valley of Tolado, Ancient Accepted Scottish Rite, toledoaasr.com

Peringkat kepimpinan tertinggi di dalam Freemason ialah 33° bukannya 1º. la boleh dianugerahkan lebih kepada seorang untuk setiap gelaran mengikut sumbang khidmat orang tersebut sepanjang penglibatannya. Biasanya mereka ini adalah orang penting dalam sesuatu pemerintahan kerajaan di seluruh dunia!

Bersambung…

Sunday, January 02, 2022

5 Puak (Episod 31 : Pelayaran Diteruskan) oleh MS Malawi

"AKU mesti siasat sendiri, tak kira apa pun yang terjadi, aku mesti selamatkan orang-orang Segumpal," bisik hati Naga Hitam. "Tunggu, ayahanda Naga Hitam. Jangan bertindak sendirian," tiba-tiba sahaja Mahaguru Harimau Emas muncul dan melarangnya bertindak melulu."Bagaimana pula dia dapat baca fikiran ku," bisik hati Naga Hitam lagi. Mungkinkah amat ketara perubahan pada wajah Naga Hitam sehingga dapat dikesan oleh Mahaguru Harimau Emas.

"Jika ayahanda mahu menyiasat, bawalah bersama beberapa orang kita dari puak Serigala. Mereka ini amat sesuai membantu," tambah Mahaguru Harimau Emas.

Naga Hitam lebih suka bertindak sendirian. Namun begitu, kata-kata Mahaguru Harimau Emas ada benarnya. Jika terjadi apa-apa kepadanya, bagaimana pula nanti keselamatan 5 Puak. Dia telah berjanji dengan kekandanya iaitu Pendita Naga Emas untuk menjaga 5 Puak sepanjang ketiadaan mereka.

"Baiklah, benar bagai dikata. Kita harus mulakan siasatan secepat mungkin. Berikan aku dua orang Anak Serigala yang paling handal akan penyamaran dan penyiasatan ini," kata Naga Hitam.

Puak Serigala terkenal dengan kepakaran dan kemahiran dalam penyamaran. Mahaguru Harimau Emas dan Naga Hitam mengakui akan hakikat ini. Oleh kerana itu, Mahaguru Harimau Emas bersetuju dengan permintaan Naga Hitam itu namun mesti bertanyakan kepada Tok Serigala terlebih dahulu. Mereka berdua pun segera bergegas menuju ke kawasan Puak Serigala. Kedatangan mereka disambut penuh mesra oleh Tok Serigala dan anak-anak buahnya.

"Tentu ada sebabnya tuan Mahaguru dan Tok Naga Hitam datang ke mari. Apakah hajat di hati?" Tanya Tok Serigala.

"Berkenaan apa yang kita bincangkan sebelum ini, siasatan mesti dijalankan secepat mungkin. Tok Naga Hitam akan mengetuai penyiasatan ini dan dengan dibantu oleh dua orang Anak Serigala. Apa pendapat Tok Serigala?" Tanya Mahaguru Harimau Emas.

 "Baik, hamba telah berbincang dengan anak-anak buah hamba sebelum ini. Dua orang itu telah hamba persiapkan dengan ilmu dan barang-barang untuk penyamaran," jelas Tok Serigala. Ternyata mereka telah bersepakat bersama-sama dalam satu puak tersebut.

"Tapi, bilakah akan dimulakan siasatan ini?" Tanya Tok Serigala.

"Kita akan pilih hari yang sesuai. Hal ini tak boleh terburu-buru. Perlu ada perancangan yang teliti," kata Mahaguru Harimau Emas.

Jika diikut pada hati Naga Hitam, hari ini juga dia mahu menyiasat. Namun begitu, ada benarnya kata-kata Mahaguru Harimau Emas itu. Tanpa perancangan, segala usaha akan menjadi sia-sia dan membuang waktu. Sudah beberapa hari Pendita Naga Emas dan dua Pahlawan Bayang tinggal bersama puak suku orang asal itu. Mereka bertiga amat menghormati adat dan budaya orang-orang suku kaum ini. Begitu juga dengan ketua serta anak-anak buah puak suku orang asal itu.

Pendita Naga dan Pahlawan Bayang bebas menunaikan ibadat di kawasan perkampungan puak orang asal itu. Dalam masa yang sama, tok ketua dan anak buahnya kelihatan tertarik melihat sikap dan keperibadian mulia ketiga-tiga lelaki tua dari Segumpal itu. Daripada segi bahasa mungkin berbeza dan sukar berinteraksi. Namun dari segi lenggok bahasa tubuh mereka menceritakan segalanya. Oleh itu, Pendita Naga Emas berbesar hati menunjukkan dan mengajar Tok Ketua berkaitan solat terlebih dahulu.

Walaupun belum pernah mendengar tentang ajaran Islam, namun keinginan mereka untuk belajar amat tinggi. Semuanya bermula daripada sikap dan keperibadian Pendita Naga Emas yang baik hati dan lemah lembut. Ia menjadi daya penarik yang membuatkan mereka ingin belajar tentang Islam. Oleh kerana itu, Pendita Naga Emas membuat keputusan untuk tinggal lebih lama. Menyampaikan tentang agama Islam itu lebih baik dan satu pahala yang besar jika mereka membuat keputusan untuk menjadi saudara baharu. Urusan mengerjakan haji itu boleh ditangguh buat sementara waktu.

Maka bermulalah pelajaran mereka dengan Pendita Naga Emas. Pelajaran dan perkongsian ilmu berjalan seiring antara kedua belah pihak. Orang asal juga mula mempelajari bahasa Melayu daripada Pendita Naga Emas, begitu juga sebaliknya. Pahlawan Bayang pula belajar menggunakan alat memburu yang dipanggil 'Leletup'. Leletup sangat berkesan dan mudah digunakan dalam pemburuan. Pahlawan Bayang mula mahir menggunakan alat memburu itu setelah belajar selama sehari.

Beberapa bulan berlalu, ketua orang asal bersama pengikutnya bersama Pendita Naga Emas dan Pahlawan Bayang mula merancang untuk membina sebuah kapal. Orang-orang asal juga telah menguasai sedikit sebanyak ajaran Islam. Dan, mereka juga ingin ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Pembinaan sebuah kapal tidak semudah yang disangka. Pendita Naga Emas merangka rekabentuk sebuah kapal yang besar. Sumber kayu kayan amat mudah diperolehi dengan adanya pokok-pokok di dalam hutan tempat tinggal orang-orang asal tersebut.

Mereka semua bertungkus lumus membina kapal di siang hari, belajar ilmu tempur pula di malam hari. Mereka semua sangat tekun belajar dan berusaha penuh gigih. Kapal itu berjaya disiapkan dalam masa yang amat singkat. Kapal yang cukup besar yang boleh memuatkan semua orang-orang asal bersama keluarga mereka. Sudah terbiasa dengan berpindah randah, semua itu tidak menjadi kesukaran buat orang-orang asal.

Maka, mereka pun belayar dengan senang hati ke Tanah Suci Mekah. Alat leletup dibawa bersama sebagai salah satu senjata bagi mempertahankan diri. Leletup makin bertambah banyak dihasilkan dan turut ditambah nilai dengan penggunaan api. Dalam ertikata sebenar, peluru yang akan digunakan adalah batu berapi. Perjalanan kali ini pasti akan ada banyak ujian dan dugaan. Namun begitu, mereka tetap tabah menghadapi segala ujian dan dugaan itu demi niat mereka menunaikan ibadat haji.

Pembelajaran mereka dengan ajaran agama Islam tidak terhenti begitu sahaja. Di atas kapal, Pendita Naga Emas tetap akan menyampaikan ilmunya. Ada kalanya mereka akan berhenti di setiap pelabuhan untuk membeli bahan-bahan mentah, bahan-bahan masakan dan pakaian. Kapal yang dibina itu mempunyai kabin dan bilik yang memisahkan bukan muhrim. Juga ada bilik untuk keluarga. Sementara Pendita Naga Emas dan dua Pahlawan Bayang di dalam sebuah bilik.

Apakah yang akan terjadi dalam pelayaran mereka nanti? Bagaimana pula dengan hasil risikan oleh anggota puak? Apakah mereka akan dapat maklumat yang mencukupi untuk dibawa ke hadapan Maharaja Segumpal Satria?

Bersambung...

Cerita ini adalah cerita rekaan. Watak di dalam cerita ini hanyalah rekaan dan tidak berkait dengan orang yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Walau bagaimanapun, karya naskhah ini adalah hakmilik blog Jejaka Aksi Malaya, segala peniruan, salinan semula samada dalam media elektronik atau media cetak mahupun online, mestilah perlu mendapat kebenaran dari admin blog ini.