Thursday, August 01, 2013

Apa itu 'Parkour'?


JIKA dilihat pada aksi sudah pasti ramai yang tahu dan teruja, tetapi jika ditanya apakah namanya aksi ini sudah pasti ramai juga yang tidak tahu. Oleh itu, ABG JAM ingin berkongsi informasi ini dengan anda yang berminat untuk mengetahui secara ringkas, mudah dan padat! Ianya sudah menjadi 'permintaan' dalam sesebuah filem antarabangsa, seperti orang yang 'ketagihan'! Rata-rata dalam filem antarabangsa kini kerap memasukkan elemen 'Parkour' didalam filem mereka. Parkour? Apa itu?

Parkour atau singkatannya PK atau dalam bahasa perancis ialah l'art du d'eplacement. Jika diterjemahkan dalam bahasa melayu ialah 'Seni Pergerakan' atau seni lompatan dari satu koordinat ke satu koordinat. Ianya sebuah latihan displin melibatkan pergerakan fizikal dalam mengatasi segala halangan dalam bentuk freerunning, Passement, Jumping, Rollings dan banyak. Terdapat dua ciri utama yang harus dimiliki oleh seseorang yang ingin mempelajari parkour iaitu 'Kecekapan' dan 'Kepantasan'.


Bagi anda yang berminat untuk mempelajari janganlah belajar melalui penglihatan tetapi anda perlu berguru. Di mana? Kebanyakkan aktiviti mereka ini sering kita lihat ditaman-taman rekreasi, taman tasik, kawasan lapang, dinding-dinding bangunan dan terkini ada yang menyerapkannya kedalam sistem beladiri. Terdapat beladiri menerima pakai kaedah ini seperti yang terdapat aliran baru masa kini seperti seni beladiri campuran yang menggabungkan elemen.

"... Bagi ABG JAM ianya bukan sesuatu yang baru, ianya juga bukan sebuah seni beladiri walaupun masakini menganggapnya sebagai sesuatu yang baru dan 'millinium' terutama dalam pembikinan filem. Fenomena tercetus dalam filem setelah filem ONG BAK lakonan Tony Jaa berjaya menunjukkan keberkesanannya sesuatu beladiri. Pada ABG JAM bukan Tony Jam yang memulakannya, Tony Jaa hanya meneruskan kesinambungannya. Orang pertama yang memulakannya didalam sesebuah filem ialah Jackie Chan. Yup, idola Tony Jaa ialah Jackie Chan. Maka tidak mustahil Tony Jaa meniru ideanya, cuma diubah dalam konteks Muay Thai!..."