Sunday, August 04, 2013

Ronaldinho Menyinar, Atlético Mineiro Juara Copa Libertadores 2013


SAPER tak kenal dia NIH… HUIIIH, 'legend' bolasepaka dunia yang masih hidup NIH… setelah sekian lama menyepi… kini dia kembali menyinar pentas bolasepak antarabangsa… dahulu Ronaldinho menyerlah di Eropah dan dunia… tahap kemuncaknya ialah ketika bersama FC Barcelona. Memulakan karier bersama kelab di brazil iaitu Gremio dan keajaibannya itu terus disambar oleh PSG (Paris Saint Germains). Bakatnya terus berkembang setelah dia menyertai FC Barcelona sehingga menjadi pemain terbaik dunia, Eropah dan Amerika Selatan.

Namun, bakatnya mula merundum setelah meninggalkan FC Barcelona dan menyertai AC Milan pada tahun 2009. Setelah berkelana lama di Eropah, pada tahun 2011, Ronaldinho mengambil keputusan untuk kembali ke liga brazil dengan menyertai Flamengo. Ramai peminat dan pemberita menyatakan itu adalah penamat kariernya. Telahan tersebut seperti menyatakan kebenarannya apabila dia bergelut mengembalikan kembali prestasi hebatnya ditambah pula dengan permasalahan kelab tersebut gagal membayar gaji penuh Ronaldinho.



Kecewa dengan situasi tersebut Ronaldinho tetap berusaha memperbaiki dirinya dan akhirnya kelab Atletico Mineiro melamarnya menyertai mereka. Bermula tahun 2012, Ronaldinho mula menemui sentuhan asalnya dan gerakan-gerakan magisnya kembali memukau lawan dan kawan. Buktinya, Ronaldinho berjaya membantu kelab menjadi juara liga libertadores 2013 pada hari rabu lepas dengan menewaskan kelab dari Paraguay, Olimpia dengan penentuan sepakan penalty setelah terikat agregat 2-2 dalam masa penuh.

Piala Liga Libertadores sama seperti Liga Juara-Juara Eropah. Maka dengan kemenangan ini, Atletico Mineiro akan mewakili benua Amerika Selatan pada kejohanan Piala Dunia Kelab 2013 yang turut disertai oleh FC Bayern Munich selaku juara benua Eropah yang akan dilangsungkan pada hujung tahun ini. Dan dunia sekali lagi bakal melihat kelibat Ronaldinho beraksi dipentas tertinggi itu setelah kali pertama bersama FC Barcelona pada tahun 2006 yang lepas, tetapi tewas ditangan Internacional SC 0-1 di final.


"... ABG JAM meme respek abih dengan si mamat bergigi jongang nih... yang paling best bile dia main bola sambil tersenyum... kalau itu senarionya sudah pasti tahap permainannyer akan BEST dan team dia selalu menang... Rindu skil dia dulu meme klasss... HOPE, dia dipilih balik wakil Brazil pada Piala Dunia 2014 nanti..."