Monday, June 25, 2018

Last Action Hero B4 Tragic Accident


"...aksi terakhir lakonan dalam telemovie raya pertama 'Selirat' arahan feroz kader sebagai watak 'cameo' & fight choreographer dalam projek itu... nasib baik semua aksi pertarungan dalam cerita ini berjaya disiapkan sebelum tragedi menimpa... kini masih dalam 'recovering' kecederaan lagi... moga2 di permudahkanNya, amin ya rob..."

Monday, June 11, 2018

Unfinished Business ~ Teater Bangsawan DAENG


UNFINISHED BUSINESS ~ teater bangsawan DAENG yang sepatutnya dipentaskan pada hujung bulan mac aritu gagal dilaksanakan kerana lokasi pementasan terpaksa dikorban untuk memberi laluan mereka (bakal2 wakil Rakyat) berkempen tempoh hari. Moga2 pementasan ini akan dapat bersambung semula... Aminnn...
Teater ini mengisahkan tentang seorang individu sejarah atau watak bernama daeng kepau yang membuka tanah sungai rambai melaka... mungkin ramai atau x ramai di kalangan orang bugis yang tahu cerita cerita sejarah sebegini...

Wednesday, June 06, 2018

...Selamat Hari Raya EIDUL FITRI 1440...


psst : ni foto lame yer... yg baru sy dah kurus sket & bermisai janggut serta berjambang, rambut pun dah panjang macam pendekar kundur 😆😁😀
Alhamdulillah, selesai sudah kita semua menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan dengan pelbagai halangan atau dugaan yang di tempuhi...
Kesempatan ini saya mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri buat muslimin & muslimat kepada sahabat handai di sini... menjelang syawal ini rapatkanlah kembali hubungan sesama bangsa seagama kita yang kini tampak goyah akibat perselisihan ideologi politik...
Oleh itu, jika terdapat atau terkasar bahasa akibat kata kata atau perbuatan yang tidak saya sedari mungkin dalam menegur atau memberi pandangan yang menyinggung perasaan anda, saya menyusun 10 jari memohon kemaafan... tegur menegur amalan mulia atas dasar kebenaran terutama dalam mempertahankan Islam...
Allah SWT berfirman:
فَذَكِّرْ اِنْ نَّفَعَتِ الذِّكْرٰى
"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);"
(QS. Al-A'la 87: Ayat 9)
MAAF ZAHIR BATIN

Friday, June 01, 2018

Terima Kaseh TOKUSATSU SUPER RIDER & HEROES ART STUDIO


"Terima Kaseh TOKUSATSU SUPER RIDER & HEROES atas sokongan & penghormatan, let's HENSHIN!!! Form Ride ADIJAGAD!"