Saturday, December 28, 2013

Persembahan Silat di Murni International College, Putrajaya

"... Seminggu selepas persembahan di Nilai pada minggu lepas, ABG JAM diundang ke Kolej Antarabangsa Murni (MIC) di Putrajaya Presint 17 untuk membuat persembahan majlis perkahwinan. Uniknya hari itu ialah pasangan mempelai bukannya sepasang tetapi dua pasangan adik beradik pengantin perempuan berkahwin serentak iaitu seorang kakak dan adiknya. ABG JAM bersama pesilat dibawah bimbingan ABG JAM di gelanggang Puchong dan Wangsa Maju bergabung seramai 4 orang pesilat meraikan pasangan mempelai tersebut..."

Tarikh : 28 DISEMBER 2013
Tempat : MURNI INTERNATIONAL COLLEGE
Pesilat : AKMAL EDGE, MIE, AZIM & SHAWAL






Friday, December 27, 2013

'Recap' : 'The X-Files - Episod 11 & 12'

"...Alhamdulillah, dapat kembali ABG JAM menyambung semula coretan dalam ruangan RECAP Ejen Rahsia 5 ini... Lama juga tak keudara dilaman blog ini. Al-maklumlah, ke'BZ'ngan sikit... Baiklah, terus kepada perkara pokoknya... Untuk makluman ruangan RECAP Ejen Rahsia 5 ini sudah tiba ke episod yang terakhir, selepas ini sudah tiada lagi RECAP tentang ER-5, mungkin untuk cerita lain pula... Pada episod akhir ini ABG JAM mahu kongsi aksi ABG JAM dalam ER-5 ini yang bertajuk X-FILES... Apa ceritanya? Baca sinopsis dibawah daaa..."

Tahun : 2006
Tajuk : THE X-FILES
Watak : Sarjan JEFFERY a.k.a JEFF

SINOPSIS

SEBUAH pusat kajian biologi dan kimia kerajaan telah dilanda suatu misteri. ER-5 dikerahkan untuk pergi ke tempat tersebut dengan menyamar sebagai sekumpulan saintis untuk mendapatkan maklumat tentang kejadian serta menyelamatkan kesemua data kajian yang telah dibuat. Mereka turut diiringi oleh 3 orang anggota unit tindakan. Pusat kajian itu di dapati seperti dilanggar garuda. Mereka terjumpa seorang doktor wanita dan seorang pembantu makmal yang sedang bersembunyi dari bahaya yang mengancam mereka, mereka juga turut menemui mayat-mayat yang kelihatan ngeri seperti telah dibunuh oleh seekor binatang buas. Rupanya satu ujikaji haram telah dijalankan oleh seorang profesor tanpa mendapat kebenaran. Ujikaji tersebut telah gagal lalu menyebabkan profesor itu menjadi seperti satu makhluk ganas dan membunuh setiap orang yang ada di dalam pusat kajian tersebut, termasuk 3 EJEN dan mereka-mereka yang masih hidup telah terperangkap di dalam bangunan pusat kajian tersebut...




 

Saturday, December 21, 2013

Persembahan Silat di Dewan Majlis Perbadanan Nilai, Negeri Sembilan

"...Rasanya hampir sebulan ABG JAM tak 'keudara' dilaman ABG JAM sendiri nih... Alhamdulillah, kali ini diizinkan-Nya. ABG JAM nak kongsikan peristiwa semasa membuat persembahan di Nilai baru-baru ini... Perghhh, punyer la teruk tersangkut dalam 'jammed' kat 'highway' nak ke seremban sana... Sepatutnyer 15 minit jer sampai ke Nilai dari Bangi, tapi disebabkan 'jammed' tu jadi satu jam lebih baru sampai ke Nilai... Alhamdulillah, nasib baik sampai sebelum masa majlis, kalo dak, haru biru ABG JAM..."

Tarikh : 21 DISEMBER 2013
Tempat : DEWAN MAJLIS PERBANDARAN NILAI
Pesilat : AKMAL EDGE





Tuesday, November 26, 2013

'Recap' : 'The Revenge - Episod 9 & 10'

"...Minggu ni takde persembahan silat seperti 3 minggu yang lepas, boleh kata setiap minggu ada persembahan... Biasaler... pasang surut persembahan... apa-apa bulan seterusnya tetap ada persembahan... Dalam masa yang terluang ini kelas silat bimbingan ABG JAM tetap berjalan seperti setiap hari iaitu ISNIN hingga AHAD... Alhamdulillah... Amboiiii... jauh menyimpang nampakkkk... Ni ruangan 'Recap'lah... Ape cer minggu nih dalam ruangan nieee..."

Tahun : 2006
Tajuk : THE REVENGE
Watak : JEFFRY a.k.a JEFF
-
SINOPSIS
-
DUA ketua kongsi gelap antarabangsa mengadakan satu pertemuan di negara ini. Mereka akan bertemu untuk menyaksikan satu pertandingan gusti haram, tetapi pihak EJEN RAHSIA 5 dapat mengesan masa dan tempat di mana ia akan diadakan. EJEN RAHSIA 5 berjaya melumpuhkan sidiket itu, namun begitu BIG JACK berjaya melepaskan diri. Setelah menghilang sekian lama BIG JACK kembali ke Malaysia untuk membalas dendam dengan menculik ketua operasi EJEN RAHSIA 5 iaitu Tuan X. Dalam masa yang sama dia mahu melunaskan dendamnya terutama ketua pasukan EJEN RAHSIA 5 iaitu Hadi yang menjadi dalang pada kemusnahan sindiketnya dahulunya...




Tuesday, November 19, 2013

Santai... : Are U Crazy or Are U 'Lang-Si' AKMAL EDGE????

"... Haaaa... Yang ini adalah ruangan santai ABG JAM jer... SO, kandungannya bebas dan 'fancy'... Ada masa bersifat kekeluargaan, ada masa bersifat 'hobi' dan ada masa bersifat 'luar kawalan'... Ape luar kawalannyerrr... NAHHH... hihihi... Ada masa kalau hilangkan stress ada perkara-perkara saje kite buat untuk menghiburkan diri sendiri tanpa menyakiti orang... itu yang bagus kaaannn... TERBAEKKKK!!!..."

NI saje-saje nak berhibur yer... bukan tabiat sebenar ABG JAM... Apa-apapun ianya sudah dirakamkan ketika baru-baru lepas nikah dulu daaa... Masa tu hati tengah hepiii dan jiwa masih tenang tanpa sebarang gangguan... Herannya, masa nak berlakon tak berani pulak nak ambik watak macam nih... hihihi... apa-apapun itulah peristiwa dan kenangan ;-)




Saturday, November 16, 2013

Persembahan Silat di Taman Gombak Permai, Batu Caves, Gombak

"...Jikalau minggu lepas sesat mencari tempat majlis perkahwinan, perkara yang sama berlaku pada ABG JAM daaa... Haiyaaaa... GOMBAK!!! Area 'familiar' bagi ku tapi gagalkan temui lokasi walaupun... Cari punya cari, akhirnya berjumpa... Perghhh!!! Jauh terperusuk ke perut 'hutan' daaa di pinggiran batu caves rupanya... Nama sajer 'Taman Gombak Permai' tapi betul-betul berdekatan dengan bukit batu caves..."

Tarikh : 16 NOVEMBER 2013
Tempat : TAMAN GOMBAK PERMAI
Pesilat : HADI, SHARIFUDDIN & AKMAL EDGE





Tuesday, November 12, 2013

Suatu Ketika... : 'KICK, PUNCH, PUSH-UP! LET'S ROLL-UP...

"...Sebagai pemilik BLOG yang hebat lagi hensem nihhh... ABG JAM nak 'share' dengan korang foto-foto aksi fanatik sewaktu ketika dulu dalam 'belajo' ilmu seni beladiri... Pada asalnya dulu ABG JAM merupakan fanatik dalam sukan bolasepak... buktinya, sewaktu belajo di kolej dulu ABG JAM mewakili kolej EDI dalam sukan bolasepak sehingga menjadi CEMPIYON antara kolej-kolej sekitar lembah klang... InshaAllah selepas ini dalam ruangan suatu ketika ini, ABG JAM akan siarkan foto-foto kenangan masa fanatik dengan bolasepak... Apa-apapun sebelum masuk kolej lagi memang ABG JAM sudah mendalami ilmu persilatan..."

Tahun : 1995-2000
Demonstrasi : AKMAL EDGE lah!!!





'Recap' : 'The Proctection - Episod 7 & 8'

"...Sebelum ini ABG JAM 'keudara'kan siri ER-5 episod 5 & 6 dalam ruangan RECAP ini... Ianya bersambung lagi dalam episod seterusnya yang bertajuk 'The Protection'... Untuk episod ini agenda penyiasatan ER-5 makin 'global'... Kesahnya nanti ENTE bacalah dalam keterangan sinopsis dibawah... Wakakaka... Walaubagaimanapun, hingga kini belum ada penggiat drama atau filem tempatan yang berani 'membikin' naskhah seperti yang dipaparkan dalam ER-5..."

Tahun : 2006
Tajuk : THE PROTECTION
Watak : JEFFRY a.k.a JEFF
SINOPSIS

KALI ini EJEN RAHSIA 5 diarahkan untuk melindungi keluarga profesor Nazb sehingga beliau selesai menyiapkan projeknya. Ugutan yang pernah diterima oleh profesor Nazb itu bukan hanya sekadar untuk menakutkannya, tetapi ianya benar-benar serius. Sebuah negara barat telah menghantar pasukan 'black-ops'nya bagi tujuan menculik keluarga profesor Nazb. EJEN RAHSIA 5 terpaksa berusaha keras bagi menghalang operasi 'black-ops', di mana pasukan tersebut memang terkenal dengan kepakaran mereka melakukan operasinya tanpa gagal di seluruh pelusuk dunia...




Sunday, November 10, 2013

Persembahan Silat di Dewan Serbaguna Sungai Pinang, Jalan Labis, Klang

"...Selepas Salak Tinggi, ABG JAM dan geng 'terbang' bandar diraja Selangor iaitu Klang. Kebetulan ABG JAM memandu kereta berseorangan, puaslah mencari lokasi majlis. Nasib baik ada anak murid yang belajar dengan ABG JAM yang turut serta membuat persembahan ini memberikan bantuan. Alih-alih diorang pun tak tau lokasi nyer... Wakakaka... Menggagau mencarinya... Akhirnya berjumpa..."

Tarikh : 10 NOVEMBER 2013
Tempat : DEWAN SUNGAI PINANG, KLANG
Pesilat : HADI, ZAID, NIK & AKMAL EDGE





Monday, November 04, 2013

Persembahan Silat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

"...Hmmm... Kali ini persembahan yang ABG JAM buat adalah luar dari kawasan kebiasaan... Selalunya sekitar lembah klang, tapi pada 2 november lepas ABG JAM menjelajah ke Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang buat pertama kali... Boleh tahan jaraknya... Apa-apapun segalanya berjalan lancar, Alhamdulillah tiada kesukaran dan halangan nak tiba ke sana... Rupa-rupanya baru ABG JAM tau, lalu ikut jalan tersebut boleh tembus ke Nilai... Bagus! Luas pandangan, banyak pengalaman..."

Tarikh : 2 NOVEMBER 2013
Tempat : DEWAN SERBAGUNA BANDAR BARU SALAK TINGGI
Pengantin : ENCIK KHALID dan CIK MARIANI
Pesilat : AKMAL EDGE, AZIM, SHAWAL dan SHARIFUDDIN






Tuesday, October 29, 2013

Persembahan Silat di Dewan Sri Siantan, Putrajaya Presint 3

"...Alhamdulillah, setakat ini boleh dikatakan setiap bulan tetap ada persembahan silat yang dilakukan tidak kira sama ada banyak atau sedikit. Pada penghujung bulan oktober ini, ABG JAM dan seorang pelajar ABG JAM membuat persembahan silat di majlis sebuah perkahwinan di Putrajaya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hasil gabungan dengan pasukan kompang Al-Ezhar. Tambahan pula, layanan baik pihak tuan rumah menambahkan lagi suasana ceria dimajlis itu..."

Tarikh : 27 Oktober 2013
Tempat : Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3
Pengantin : Abdul Waffi dan Izni Fatin
Pesilat : Akmal Edge dan Amirul Asyraf