Friday, December 27, 2013

'Recap' : 'The X-Files - Episod 11 & 12'

"...Alhamdulillah, dapat kembali ABG JAM menyambung semula coretan dalam ruangan RECAP Ejen Rahsia 5 ini... Lama juga tak keudara dilaman blog ini. Al-maklumlah, ke'BZ'ngan sikit... Baiklah, terus kepada perkara pokoknya... Untuk makluman ruangan RECAP Ejen Rahsia 5 ini sudah tiba ke episod yang terakhir, selepas ini sudah tiada lagi RECAP tentang ER-5, mungkin untuk cerita lain pula... Pada episod akhir ini ABG JAM mahu kongsi aksi ABG JAM dalam ER-5 ini yang bertajuk X-FILES... Apa ceritanya? Baca sinopsis dibawah daaa..."

Tahun : 2006
Tajuk : THE X-FILES
Watak : Sarjan JEFFERY a.k.a JEFF

SINOPSIS

SEBUAH pusat kajian biologi dan kimia kerajaan telah dilanda suatu misteri. ER-5 dikerahkan untuk pergi ke tempat tersebut dengan menyamar sebagai sekumpulan saintis untuk mendapatkan maklumat tentang kejadian serta menyelamatkan kesemua data kajian yang telah dibuat. Mereka turut diiringi oleh 3 orang anggota unit tindakan. Pusat kajian itu di dapati seperti dilanggar garuda. Mereka terjumpa seorang doktor wanita dan seorang pembantu makmal yang sedang bersembunyi dari bahaya yang mengancam mereka, mereka juga turut menemui mayat-mayat yang kelihatan ngeri seperti telah dibunuh oleh seekor binatang buas. Rupanya satu ujikaji haram telah dijalankan oleh seorang profesor tanpa mendapat kebenaran. Ujikaji tersebut telah gagal lalu menyebabkan profesor itu menjadi seperti satu makhluk ganas dan membunuh setiap orang yang ada di dalam pusat kajian tersebut, termasuk 3 EJEN dan mereka-mereka yang masih hidup telah terperangkap di dalam bangunan pusat kajian tersebut...