Thursday, September 26, 2013

'Recap' Projek Penggambaran : Titisan Darah Pahlawan (Drama)

"...Terlebih dahulu ABG JAM nak ucapkan salam takziah buat keluarga bekas mantan Menteri Besar negeri Kedah, Ustaz Azizan diatas kembalinya beliau ke rahmatullah sebentar tadi (hari ini - khamis 26 september 2013)... Oleh itu, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham, moga rohnya dicucuri rahmat-Nya... AMIN :(..."

SEPERTI cocok pula dengan tajuk diatas, kebetulan sememangnya ABG JAM nak keluarkan foto ini pada hari ini, tetiba dapat berita yang Ustaz Azizan telah 'pergi'... Kita kehilangan lagi seorang ahli agama yang kuat dan berdedikasi... Apa-apapun, pada hari yang sayup ini ABG nak cerita sedikit tentang kisah foto ini secara ringkas... Mood kureng sikit mengenangkan makin ramai para ulama' muktabar, ahli-ahli agama yang hebat meninggalkan kita... Apa tandanya??? Sila rujuk kitab yer...


Gambor-gambor ini adalah rakaman kerja ABG JAM kita menjayakan drama bersiri bertajuk TITISAN DARAH PAHLAWAN yang berlaku di pusat PGA Ulu Kinta, Perak DR... Diarahkan oleh pengarah Yusof Kelana... Ketika ini ABG JAM memegang watak pelakon pembantu kepada hero cerita yang didokong Yus Waisar. Penat gilezzz... jadi askar (polis hutan), dengan kerenah birokrasi dan cabaran didalam hutan cukup memberitahu kita tentang besarnya jasa pahawan kita yang berjuang dalam belantara era komunis dulu...