Wednesday, September 04, 2013

'Vale Tudo', Bagi Mereka Yang Gemar 'Menyabung Nyawa'...

"...Pada keluaran sebelumnya, kolum Ekstrem! memaparkan informasi tentang 'Parkour'. Kali ini ABG JAM nak berkongsi dengan ENTE2 sekalian tentang 'Vale Tudo'. Apa itu 'Vale Tudo'? Tak pernah dengor? Haaa... Ni ABG JAM nak kasi bantu sama ENTE2 sikit informasi tentang 'Vale Tudo' nih... Brazil sebuah negara 'bertuhan'kan bolasepak, tetapi dalam masa yang sama budaya mereka juga gemarkan aksi-aksi ganas... Ikuti informasi ini..."

'VALE Tudo'! Berasal daripada perkataan atau bahasa portugis iaitu 'Vali Tudu'. Bermaksud 'anything goes' atau 'no hold barred' (apa-apa sahaja atau tiada peraturan atau batasan), merupakan sukan kombat atau sukan tempur tanpa senjata yang tidak terikat dengan kaedah atau teknik 'baik atau jahat' yang begitu popular pada kurun ke-20. Ketika ini 'Vale Tudo' dikategorikan dalam sukan kombat yang melampau. Ramai 'fighter Vale Tudo' menggunakan teknik beladiri campuran dalam pertarungan mereka yang digelar 'Mix Martial Arts'.

'Vale Tudo' atau 'anything goes' sebenarnya sudahpun popular pada tahun 20an lagi di Brazil. Menurut sejarah awal pada tahun 1928, di Sao Paulo, berlaku satu perlawanan pertunjukan antara pakar beladiri Brazil dengan seorang pakar beladiri dari Jepun. Pakar beladiri Brazil ini menggunakan kaedah beladiri Capoiera (kaedah tempur klasik Amerika Selatan), manakala pakar beladiri Jepun ini menggunakan kaedah Jiu Jitsu. Oleh kerana memandang rendah pada lawannya yang lebih kecil, wakil Brazil ini mudah ditewaskan.

Mengambil iktibar itu, Brazil mula memperbaiki kaedah tempur mereka sehingga tercipta 'Brazilian Jiu Jitsu' yang dibawakan oleh tokoh lagenda UFC iaitu 'Keluarga Gracie'. Maka tidak hairan 'Vale Tudo' ini ramai dipelopori oleh keluarga Gracie seperti Carlos, Helio, Carlson, Rickson, Rorion, Royce dan Renzo Gracie. Tokoh lain yang terlibat dalam 'Vale Tudo' ialah Mitsuyo Maeda, Masahiko Kimura dan ramai lagi. Rata-rata dipelopori oleh Brazil dan Jepun.