Wednesday, September 18, 2013

'Recap' Projek Penggambaran : Ransan (Filem)

"...Sebelum ini ABG JAM ada menulis tentang serba ringkas tentang kolum 'Tribute'. Kolum 'Tribute' itu khas ABG JAM tulis untuk mengimbas kenangan dan kehebatan dalam drama aksi yang julung-julung kali dibuat oleh anak tempatan 100%. Impaknya berjaya di Astro-RIA sehingga ada seketika drama siri 'Gerak Khas' turut 'mengikut' pemakaian 'tactical-suit' pada pasukan keselamatan mereka. Namun, seperti sebelum ABG JAM dah bagitau, projek ini hanya sempat ditayang satu musim sahaja..."

DALAM 'Recap' ini ABG JAM akan 'memutar' kembali dan berkongsi cerita ENTE2 semua tentang projek-projek penggambaran yang pernah ABG JAM buat dari awal pembabitan hingga yang terkini. Itu bergantung pada foto-foto yang sempat dirakam ABG JAM. Kalau xder foto buat ape nak citer nanti orang kate T.I.P.U. pulakkk...


Untuk kolum 'recap' bahagian satu ini ABG JAM nak ceritakan sedikit tentang projek SHOOTING pada beberapa tahun yang lepas yang bertajuk RANSAN. Sepatutnya ianya sudah menjadi sebuah filem sekarang mungkin sudah ditayangkan tetapi malang segalanya berkubur terlalu awal. Filem RANSAN ini adalah sebuah filem berkonsep 'mangga' dan komikal. Ala2 'Naruto'...

Pada peringkat awal projek ini sudah menampakkan 'mega'nya tetapi kegagalan mendapatkan 'funder' dan masalah teknikal, projek ini berkubur. Buat penat jer ABG JAM dan sahabat2 menjayakan pembikinan 'teaser' filem ini tetapi hasilnya 'kerja' kami dibekukan. Kalau tak nak bahan aksi tu bagilah kat ABG JAM, SURE boleh di'edit'kan lagi GEMPAQ! Baru 'funder' ada minat... ;-)