Monday, September 09, 2013

Tutorial dan Praktikal RMA di Tadika KEMAS Daerah Petaling Jaya

"...Sepanjang enam hari pada minggu lepas, ABG JAM 'kesibukan' masa dalam bidang mengajar... Cewaahhh... pelik sungguh bahasa ABG JAM nih... Dalam ertikata lain beri 'tutorial dan praktikal' pada 'pesilat' cilik... Mana tidak NYER... Bermula pada hari isnin - sabtu pagi jam 10 hingga 12 tengahari ABG JAM dilantik oleh guru tadika SS6 Kelana Jaya iaitu Cikgu Fariza untuk mengajar anak muridnya pergerakan 'Ryhthmic Martial Art' (RMA). Ibarat macam 'SEMINAR 6 Hari'... Penat woooo... ajar bebudak bawah umur (5-6 tahun)... KU ajar diorang, diorang ajar KU balik... nasib baik ABG JAM ni 'cool' lagi hensem tahap kamen rider black RX! Apa2 sebenarnya, ABG JAM nak share dengan korang semua tentang foto-foto peristiwa ini.... Seronok... Semoga dapat lagi peluang sebegini... AMIN ;-)..."

Tarikh : 2hb - 7hb September 2013
Masa : 10 pagi - 12 tengahari
Lokasi : Tadika SS6 Kelana Jaya & Tadika Desa Permai
Aksi : Rhythmic Martial Art (RMA)