Monday, December 25, 2017

Welcome to Kuala Lipis



"...Alhamdulillah, finally touchdown jugak my hometown hari ni... ~ foto nih salah satu daripada 7 benda ajaib yg ade kat lepih, ajaib tak foto ni, tang mane cuba teka... nak tau yg selebihnya? Meh datang ke lepih weh...

Monday, October 23, 2017

Gelanggang Tradisi Makin Terpinggir!!!


GELANGGANG TRADISI MAKIN TERPINGGIR!!!
"...orang masakini manja, makin lupa diri... nak berlatih tidak mahu atas tanah, al maklum kotor konon, sakit badan atau segan tak mahu di lihat orang atau rakan sebaya... bila disediakan tempat selesa seperti dewan, studio atau sebagainya tidak mahu juga turun berlatih, kononnya yuran mahal, jauhlah, susah nak datang dan pelbagai lagi rungutan dibelakang... kemudian marah pada beladiri asing sebab mereka maju... nak seribu daya, tak nak seribu dalih... baik saya berbalik semula pada resmi asal iaitu 'tanah'..."

Wednesday, September 20, 2017

Brick Not Hit Back!!! 😇💪🙏




BRICK NOT HIT BACK 😇💪🙏
"Ni mase tahun 2000 dulu, mase tangan masih kuat... mase Allah swt pinjamkan kekuatan kudratNya... sekarang Allah swt tarik balik barang milikNya, mungkin banyak buat perkara perkara maksiat tanpa kita disedari... mana tahu dengan izinNya Allah beri balik tangan boleh beraksi seperti sediakala atau tangan ini boleh jadi 'saifullah'... InsyaAllah!"

Tuesday, August 29, 2017

Eagle, Tiger Claw & Wrist Push Up ✋👊




EAGLE, TIGER CLAW & WRIST PUSH UP ✋👊
"...buat mase ni xdela ape2 aktiviti besar atau shooting lagi... al mak long lah masih berehat... sekali sekala dok belek belek album album lame terjumpa foto foto kenangan mase lampau ketika tengah dok gile nak jadi Bruce Lee konon... hahaha, sekarang kalau nak bikin kene sebelah tangan... boleh ker... InsyaAllah, nanti abang jejaka aksi cuba rakamkan... kikiki, gian la tu lame x bersilat 🙏💪 kalau x silap foto ni dirakam pada tahun 1998 atau 1999, setahun sebelum masuk fight full contact dulu

Saturday, July 01, 2017

Epic Mood & Adiwira!



EPIC MOOD & ADIWIRA!!!
assalamualaikum, jenguk2 sket kengkawan sinih... apa khabar semua... arini kureng sihat skettt... nak meringankan beban & kepenatan ini saya 'surface' jap... mane tau boleh hilang sikit demam & sakit tekak nih... hihihi... mohon doakan yang baik2 yer untuk saya... amin!!!

on progress project (2018) :
mat kilau (acting & choreograph) - filem
daeng (acting & choreograph) - teater

upcoming project (2018) :
silat warrior (acting & choreograph) - pilot
adiperkasa (acting) - pilot episode

Tuesday, June 06, 2017

Surface Temporary!


"SURFACE" ~ timbul jap... amboiii, muncul mcm 'submarine' a.k.a kapal selam lak tu... lame toi x ke udara kat sinih... kengkawan ape kabo...? harap2 semua2 sihat2 belaka hendakNya..

Thursday, April 27, 2017

The Raid 2 ~ Berandal



"...dapat DVD original filem 'The Raid 2' yang ditandatangani sendiri oleh Iko Uwais serta batik Indonesia kiriman sahabatku dari seberang Krisna Padmanegara... terima kaseh sekali lagi, saya amat2 menghargainya... peristiwa ini berlaku pada 3 tahun lepas... sengaja ku rahsiakan & baru kini ku hebahkan pada umum..."


Tuesday, April 25, 2017

Tribute Sendeng Contact ~ My Fights


"SENDENG FULL CONTACT"
fight records : W 6 / L 1 / 1 KO / 1 TKO

~ kenangan sewaktu men'gila' masuk ber'laga' dulu pada tahun 2001... merase ler pahit manis nyer... 'menang jadi arang, kalah jadi abu' ~ rindu lak nak sparring...



Thursday, April 13, 2017

My Silat Showreel 2017


"SILAT SHOWREEL" ~ pada kali ni ku 'mix'kan beberapa petikan aksi kemahiran silat ku dalam satu video sama ade yang pernah atau tak pernah anda semua lihat... bukan xde video aksi baru, adeee... coming soon... hmmm, rasenyer dah layak kot aku jadi cam donnie yen, iko uwais, jet li, bruce lee, jackie chan, yuen biao ker... what ever lah... 'silat is global'

Sunday, March 12, 2017

Sendeng Class of 2017


"CLASS OF 2017" ~ pelapis & pesilat musim 2017 'anak2 sendeng'... sedang mengembang & mencungkil bakat baru... inshaAllah, moga dipermudahkanNya... 'Silat is Universal'!

Tuesday, February 28, 2017

Seni Tari Senjata TUAS


"TUAS" (individual free-style) Senjata #03 ~ "I'm backkk!!!"... mungkin anda jarang melihat senjata tradisi ini dalam permainan silat... betul ker??? Dalam beladiri asing dikenali sebagai TONFA... pada umum pula memanggilnya dengan nama T-Baton dan lain2 nama kalau tak silap... Alhamdulillah, kesempatan ini dirakamkan sedikit permainan senjata tradisi tuas buat santapan anda semua... 'Silat is Global'!

Sunday, January 22, 2017

Teaser Projek Aksi 'BURUAN'!


"first teaser BURUAN" ~ arahan KA Khairi Azmi... kipidap bro! Ini teaser bukan trailer filem yer... ade rezeki nanti baru bikin filem yg sebenar, inshaAllah... dijayakan oleh Saiful Zelwany, Ayu Myazumi, Chaoi Power dan tidak ketinggalan 'jejaka aksi malaya' low-profile ni, Akmal Razak... kikikiki... selamat menonton!

Sunday, January 15, 2017