Tuesday, November 26, 2013

'Recap' : 'The Revenge - Episod 9 & 10'

"...Minggu ni takde persembahan silat seperti 3 minggu yang lepas, boleh kata setiap minggu ada persembahan... Biasaler... pasang surut persembahan... apa-apa bulan seterusnya tetap ada persembahan... Dalam masa yang terluang ini kelas silat bimbingan ABG JAM tetap berjalan seperti setiap hari iaitu ISNIN hingga AHAD... Alhamdulillah... Amboiiii... jauh menyimpang nampakkkk... Ni ruangan 'Recap'lah... Ape cer minggu nih dalam ruangan nieee..."

Tahun : 2006
Tajuk : THE REVENGE
Watak : JEFFRY a.k.a JEFF
-
SINOPSIS
-
DUA ketua kongsi gelap antarabangsa mengadakan satu pertemuan di negara ini. Mereka akan bertemu untuk menyaksikan satu pertandingan gusti haram, tetapi pihak EJEN RAHSIA 5 dapat mengesan masa dan tempat di mana ia akan diadakan. EJEN RAHSIA 5 berjaya melumpuhkan sidiket itu, namun begitu BIG JACK berjaya melepaskan diri. Setelah menghilang sekian lama BIG JACK kembali ke Malaysia untuk membalas dendam dengan menculik ketua operasi EJEN RAHSIA 5 iaitu Tuan X. Dalam masa yang sama dia mahu melunaskan dendamnya terutama ketua pasukan EJEN RAHSIA 5 iaitu Hadi yang menjadi dalang pada kemusnahan sindiketnya dahulunya...