Wednesday, May 23, 2012

Cabaran SC Beira Mar - Tahniah Nazmi Faiz Mansur

Gambar Kenangan... Berada di depan ibu pejabat SC Beira Mar yang berpengkalan di Aveiro, Portugal. Selamat Maju Jaya Nazmi...

Liga Bolasepak Malaysia kembali hangat dengan kemunculan kuasa baru bolasepak negara selepas Selangor D.E., Pahang D.M, Johor D.T, Kedah D.A atau Perak D.R, iaitu Kelantan D.N dengan menguasai semua gelaran (piala) domestik dalam masa tiga tahun sejak di 'rebranding' dengan logo dan 'nickname' baru 'The Red Warrior'. Kelantan D.E membuktikan kehebatan mereka menyapu semua gelaran liga tempatan, Piala FA, Piala Liga dan Piala Malaysia di samping menjadi wakil dalam kejohanan Piala AFC yang kini masuk ke pusingan kalah mati.

Panorama indah di Aviro, Portugal yang mana terkenal dengan legenda bolasepak mereka iaitu Eusobio (Pele Eropah) sekitar tahun 1966. Portugal tidak pernah gagal melahirkan bintang boalsepak mereka dan terkini seperti Cristiano Ronaldo (Real Madrid CF).

Segar dengan kehangatan itu, arena bolasepak Malaysia bertambah hangat lagi dengan berita terbaru apabila pemain remaja Harimau Muda A iaitu Nazmi Faiz Mansur di sambar kelab profesional divisyen 1 Liga Sagres Portugal SC Beira. Nazmi berjaya memikat hati panel juri pencarian bakat kelab tersebut setelah diuji selama seminggu di sana termasuk satu siri perlawanan persahabatan yang mana SC Beira Mar menang 2-1. Pada perlawanan persahabatan itu Nazmi menampilkan aksi menyakinkan, bertenaga dan berkemahiran tinggi. Menurut ejennya Marco Guimaraes, "cuaca di sini lebih sejuk berbanding Malaysia, tetapi Nazmi tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dan staminanya amat tinggi serta mengkagumkan. Dia juga mampu berlari lebih lama berbanding rakan-rakan sepasukannya yang lain."

Nazmi ketika sessi pemilihan telah bersaing dengan pemain dari Brazil, Burkina Faso, China dan Eropah...

Memang selama ini peminat-peminat bolasepak negara ternanti-nantikan pemain tempatan mengukir nama di liga luar negara. Nazmi Faiz bukanlah pemain negara yang pertama mendapat peluang beraksi di liga luar, sebelum ini sudah ada yang berjaya seperti Lim Teong Kim (Kuala Lumpur / FC Groningen / Hertha BSC Berlin), Akmal Rizal (Kedah / RC Strasbourg / FCSR Haguenau), Juzaili Sameon (Pahang / RC Strasbourg), Fazli Sa'ari (Pahang / SV Wehen), Rudie Ramli (Selangor / SV Wehen) dan yang terhangat adalah Safee Sali @ Sasa (Selangor / Pelita Jaya FC). Kini giliran Nazmi mengukir nama dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia. Sebelum ini, seorang lagi pemain Harimau Muda A, Wan Zack Haikal pernah mencuba dibeberapa kelab luar negara seperti FC Vion Zlate Moravce (Liga Slovakia) secara pinjaman pada 2011 dan FC Ryukyu (Liga Jepun) rundingan perpindahan dijangka selesai pada Jun 2012 ini bersama seorang lagi iaitu Wan Zaharulnizam.

Aksi Nazmi ketika sessi pemilihan di stadium mereka iaitu Estadio Municipal del Aviero...

Nazmi telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama SC Beira Mar dan mula bermain dalam liga utama Portugal iaitu Liga Sagres setelah usianya mencecah 18 tahun pada Ogos 2012 ini. Menurut laman rasmi kelab tersebut kontrak Nazmi berlanjutan sehingga Jun 2015 dan ini merupakan peluang terbaik bagi untuk bersaing dengan pemain-pemain dari negara Brazil khusus yang menguasai dan memonopoli liga portugal. Nazmi bakal bersaing dengan kelab-kelab besar di sana seperti bekas juara Eropah seperti FC Porto, SC Benfica atau Sporting Lisbon yang rata-rata ramai pemain handal terutama dari Amerika Latin seperti Pablo Aimar.

Nazmi bakal beraksi pada Ogos 2012 iaitu musim baru liga eropah bermula bersama-sama seorang lagi pemain Asia dari China iaitu Zhang Chengdong.

Apa-apapun, kita harap Nazmi dapat memberi inspirasi pada pemain-pemain remaja yang lain di samping membuka mata peminat serta pemerhati sukan bolasepak kita, tidak semesti kita kecil kita tidak boleh bersaing dengan orang lebih besar dari kita. Contohnya muda sahaja, ramai pemain terbaik dunia yang lahir dan dikagumi adalah berbadan kecil. Belajar pada sejarah, cuba lihat Pele, Maradona, Michel Platini dan terkini Lionel Messi mereka kecil tapi licik. Lupakan EPL, Nazmi bukti terbaik kerana kualiti dan kemahiran pemain kita yang fizikalnya cocok untuk liga-liga seperti di Portugal, Sepanyol, Itali Belanda atau Jerman. EPL tidak sesuai kerana permainan mereka tiada skil dan menggunakan fizikal semata-mata, lebih malang kelebihan skil akan berkurangan kerana sistem mereka 'break the game', 'not enjoy the game'. 

Sessi rasmi menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab divisyen satu Portugal iaitu SC Beira Mar yang juga dikenali nama 'Auri-Negros' (Gold & Black).

Harap sangat satu hari nanti pemain-pemain yang berjaya menimba ilmu di liga luar negara akan balik membantu negara kita Malaysia layak ke Piala Dunia. Mana tahu kan... 'Jangan Jadi Macam Titus James Palani'... ;-)

Berikut Adalah Video Latihan Sessi Ujian Pemilihan Nazmi Faiz Mansur Bersama Kelab Barunya SC Beira Mar di Estadio Municipal del Aveiro, Portugal.