Thursday, August 30, 2012

Latihan Koreografing Filem Putra

Setelah sekian lama berhenti bagi menjalani ibadah puasa dan meraikan sambutan hari raya, sessi latihan koreograf aksi pertarungan filem PUTRA disambung semula. Akmal Edge terlibat sessi latihan tersebut dari 30 Ogos 2012 hingga 2 September 2012. Latihan pembuka selepas bercuti telah dipinda tempatnya, yang mana sebelum ini berlatih di MASS Academy. Pada sessi 30hb ini latihannya di Institut Kesenian & Kajian Media Malaysia (SEMESTA) di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Manakala 1 & 2hb latihannya di Studio Energyfit Crew, Prima Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.