Saturday, September 08, 2012

Penggambaran Filem BALUN! Bermula...

DENGAR SINI... Barisan pelakon sedang mendengar arahan dari pengarah Bobsingah...

Pada tanggal 8hb September 2012, produksi Elements Pictures telah memulakan penggambaran sulung filem terbitan syarikat mereka. Akmal Edge turut terlibat dalam filem ini memegang watak Tiger Johnny (antagonis) iaitu orang kanan pada Shaid Blond lakonan Eizlan di samping juara Pilih Kasih 3 (Reen Rahim). Filem asalnya bertajuk PUTRA ini diarahkan oleh Bobsingah ini turut diperkuatkan oleh pelakon handalan yang lain seperti Dato' Aziz Singah, Beto Kusairy, Izara Aishah, Namron, Yank Kassim, Saiful Zelwany dan ramai lagi.