Friday, October 04, 2013

Keistimewaan dan Kelebihan Hari Jumaat (Bahagian 8)

"...Kesempatan masa yang ada ini ABG JAM tunaikan segera amanah sebagai seorang mukmin dalam kewajipan menyampaikan ilmu agama walaupun sedikit. Balasan bagi mereka mengkhianati ilmu telah pun tercatat dalam hadis. Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda: "Sesiapa yang sengaja membuat pendustaan ke atasku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka..." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

...KEUTAMAAN HARI JUMAAT DALAM ISLAM...

HARI Jumaat adalah hari yang tinggi darjatnya disisi Allah S.W.T serta besar fadhilatnya dan masyhur. Mulianya kerana pada hari itu dikumpulkan ahli-ahli syurga untuk melihat Allah S.W.T pada setiap hari Jumaat. Oleh kerna hari Jumaat hari yang besar disisi Allah S.W.T dan mulia disisi malaikat serta hari yang dihormati oleh Islam maka pada hari itu seluruh umat Islam wajib membesarkannya dengan menutup semua aktiviti perniagaan dan mengistiharkannya sebagai cuti untuk ibadah.

Firman Allah S.W.T:
Terjemahannya :

"Barangsiapa membesarkan (Sya'ar Irallah) sesungguhnya ia daripada golongan hati yang bersifat taqwa kepada Allah S.W.T."


Dalam tafsir Al-Qartubiy mengatakan (Sya'ar Irallah) iaitu memansyurkan agama Allah S.W.T. Maka cuti hari Jumaat itu setengah pada maksud (Sya'ar Irallah) atau (Sya'ar Iral Islam). Maka memuliakan atau membesarkan Sya'ar Irallah itu membuktikan hati yang taqwa kepada Allah S.W.T. Orang yang hatinya tidak bertaqwa kepada Allah S.W.T adalah orang tidak mahu membesarkan hari Jumaat. Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.

Terjemahan :
"Janganlah kamu cenderung hati kepada orang orang yang zalim yakni orang-orang kafir maka akan dikenakan dikau neraka dan tiadalah bagi kamu pemerintah selain daripada Allah S.W.T dan jika tidak, kamu tidak akan mendapat pertolongan dari Allah S.W.T."

Dan Islam melarang menyerupai dengan orang-orang kafir samada perbuatan, perkataan, pakaian dan segalanya. Janganlah menyerupai dengan orang Yahudi, Nasrani dan orang kafir yang lain. 

"Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu." (Al-Baqarah : 147)

INSHAALLAH, BERSAMBUNG LAGI MINGGU DEPAN...