Friday, January 22, 2021

Adiwira Muslim Marvel (Bahagian 5) Abdul Al Rahman a.k.a Colonel

Baiklah!!! Bersambung lagi perkongsian kita. Abang J.A.M mendedahkan satu lagi watak adiwira muslim marvel yang dicipta oleh Marvel. Beliau dikenali dengan nama Abdul Al Rahman, tetapi watak dicipta sebenarnya bukanlah sebagai ‘superhero’ sebaliknya Abdul Al Rahman merupakan ‘super villains’ yang sangat kuat. Kisahnya, Abdul Al Rahman berasal dari Iraq. Pada usia remajanya dia sangat kecewa kerana serangan Amerika ke atas negaranya. Penaklukan itu membuatkan dia tekad dan terdesak untuk memiliki kuasa bagi melindungi negaranya.

Saat yang dinanti, akhirnya Abdul Al Rahman dipilih untuk menjalani satu eksperimen yang boleh mengubah dirinya menjadi ‘super soldier’ seperti Captain America. Setelah melalui eksperimen tersebut usaha tersebut berhasil dan Abdul Al Rahman memiliki kuasa setanding dengan Captain America dan terus dilantik sebagai Kolonel bagi mengetuai kumpulan penentang dikenali sebagai ‘Liberatos’. Bagi Amerika Abdul Al Rahman adalah penjahat tetapi sebenarnya Abdul Al Rahman membela hak mereka yang dicabuli Amerika.

Menyedari kekuatannya setanding dengan Captain Amerika, Abdul Al Rahman mahu bertindak balas terhadap Amerika. Dia bersama pasukan Liberatos menyerang Amerika tetapi serangannya berjaya dipatahkan oleh Captain America dan Liberatos tewas. Kemudian, Abdul Al Rahman dan Liberatos diusir keluar dari Amerika. Itulah kisah watak Abdul Al Rahman yang memiliki kuasa superhero tetapi dilabel sebagai antagonis atau ‘supervillains’. Apa-apapun wataknya adalah adiwira muslim dalam marvel. Temui sambungan bahagian seterusnya adiwira muslim marvel!