Saturday, January 23, 2021

Adiwira Muslim Marvel (Bahagian 6) Kareem a.k.a Red Dagger

MAKIN lama makin banyak info yang anda dapat berkenaan Adiwira Muslim Marvel. Bagus, teruskan bersama Abang J.A.M untuk perkongsian seterusnya. Baik! Adiwira muslim seterusnya dikenali dengan gelaran ‘The Red Dagger’, atau nama wataknya Kareem. Pendek sahaja namanya, bukan Kareem Abdul Jabar ya, iaitu bekas pemain legenda NBA dan juga salah seorang anak murid mendiang Bruce Lee. Sebelum memeluk Islam dikhabarkan bahawa Kareem Abdul Jabar merujuk kepada Bruce Lee tentang pandangan pemilihan agama yang patut dianuti, atas pandangan Bruce Lee Kareem Abdul Jabar memilih Islam. Allahuakbar!

Berbalik pada watak Kareem iaitu adiwira muslim dalam marvel, pada asalnya diterbitkan dalam keluaran komik Miss Marvel (kamala khan) volume 4 siri 12. Kareem berasal dari Karachi, Pakistan dan diberikan gelaran The Red Dagger kerana sering memakai topeng merah dan mahir menggunakan pisau sebagai senjata, seolah-olah persis Gambit menggunakan kad. Kareem adalah pemuda atau pelajar di Amerika dan pernah tinggal menumpang bersama Miss Marvel iaitu Kamala Khan.

Di Pakistan, Kareem diangkat sebagai hero kerana suka menolong orang dalam kesusahan dan di Amerika dia menyertai kumpulan penentang jenayah bernama Champions yang turut disertai Kamala Khan a.k.a Miss Marvel. Nampaknya watak watak adiwira muslim marvel saling berkait antara satu sama lain. Siapakah watak adiwira muslim marvel yang seterusnya, sila ikuti sambungan seterusnya yeah!