Wednesday, January 27, 2021

Adiwira Muslim Marvel (Bahagian 10) Monica Chang

JIKA anda perhatikan, ramai dikalangan adiwira muslim yang marvel ciptakan ada persis dari superhero superhero yang sudah sedia ada kita tahu seperti Captain America, Captain Marvel, Gambit, Storm, Profesor X dan lain-lain lagi, Cuma bezanya kuasa, kemahiran dan penampilannya sahaja. Pada kali seorang lagi watak adiwira muslim yang mempunyai persis dengan adiwira marvel sebelumnya iaitu watak Monica Chang.

Monica Chang seorang berbangsa Cina Amerika dan juga salah seorang ahli SHIELD. Penampilan dan karakternya seperti Black Widow. Dia pernah berkahwin dengan pengarah SHIELD iaitu Nick Fury dan dia juga pernah memegang jawatan pengarah SHIELD, pengarah Marvel Universe Spy Agency, yang menjadikan dia antara 3 watak wanita yang dapat memegang jawatan tersebut. Monica Chang antara watak penting yang terlibat mempertahankan bumi dari ancaman serangan jahat Red Skrull.

Tiada siapa yang menyangka bahawa Monica Chang ini adalah seorang muslim. Namun, identity dia terbongkar apabila dia menghadapi serangan dari A.I. (Artifition Intelligent) Dimitrios. Sewaktu mengahdapi serangan Dimitrios, Monica berkata “Allahuakbar! Ada benda lebih kuat daripada Doom!”. Itulah bukti bahawa Monica Chang iaitu Black Widow muslim ciptaan Marvel. Secara kesimpulannya, dunia luar sana mengiktiraf Islam dalam pelbagai sudut, kenapa kita takut atau malu mengetengahkan ciri-ciri Islam sesuatu perkara atau bidang. Nasib baik BoboiBoy Galaxy bukan Marvel yang buat… kikiki