Tuesday, January 26, 2021

Adiwira Muslim Marvel (Bahagian 9) Doktor Faiza Hussain a.k.a Excalibur

SEORANG lagi watak adiwira muslim marvel dicipta oleh Marvel. Kali ini pencipta watak tersebut dicipta oleh Paul Cornell, nama watak tersebut ialah Dr. Faiza Hussain, asal dari Pakistan. Merupakan seorang keturunan British Muslim, kelibatnya diterbitkan dalam komik Captain Britain dan M13 siri 1 bulan mei 2008. Dr. Faiza Hussain juga diberi gelaran Excalibur iaitu nama bagi pedang yang digunakan Raja Arthur dalam sejarah England.

Bagaimana dia memiliki kuasa sehingga diangkat sebagai adiwira? Dia mendapat kuasa apabila England diserang oleh sekumpulan penjahat dikenali dengan nama Skrull. Ketika itu Dr. Faiza Hussain sedang bertugas menyelamatkan mangsa serangan yang cedera. Tiba tiba ahli Skrull menyerang Dr. Faiza Hussain tetapi serangan tersebut tidak memudaratkannya sebaliknya memberinya secara tidak sengaja kuasa mengawal partikel tahap subatomic. Dengan itu Doktor Faiza mempunyai kuasa yang boleh meleraikan tubuh badan mereka tanpa membunuhnya.

Setelah memiliki kuasa tersebut Doktor Faiza Hussain turut membantu Captain Britain menumpaskan musuhnya Skrull seperti yang diceritakan dalam komik Captain Britain. Hebat juga adiwira muslim yang marvel ciptakan. Episod seterus selepas ini adalah perkongsian kisah superhero muslim marvel yang terakhir bakal Abang J.A.M kongsikan. Chow!!!