Monday, January 18, 2021

Adiwira Muslim Marvel (Bahagian 1) Kamala Khan a.k.a Miss Marvel

SEPERTI yang Abang J.A.M janjikan, bila berjanji mesti ditunaikan. Untuk pembuka tirai 2021 ni Abang J.A.M nak kongsi cerita tentang adiwira dari keluaran Marvel. Seperti yang kita sedia maklum, adiwira ciptaan atau keluaran Marvel sangat terkenal kini, seperti Captain America, Iron Man, Thor, Hulk, Black Widow, Hawkeye, Dr. Strange, Black Panther, Spiderman, Ant Man, Death Pool dan lain-lain. Tetapi pernahkah sebelum ini anda tahu, Marvel ada menerbitkan watak-watak adiwira berlatarbelakang wirawan atau wirawati berdasarkan seorang muslim?

Bahagian pertama ini Abang J.A.M nak perkenalkan watak superhero (adiwira) muslim, namanya KAMALA KHAN a.k.a MISS MARVEL. Ehhh, bukankah kita dah tahu Captain Marvel? Ya, yang ini lain, bukan dari watak yang sama, cuma gelarannya sahaja yang hampir sama. Kekuatan, asal-usul berbeza atau karakter amat berlainan. Kamala Khan Miss Marvel dicipta oleh editor Marvel sendiri iaitu Sana Amanat dan Stephen Wacker, penulisnya G. Willow Wilson serta seniman watak ini Andrian Alphona dan Jamie McKelvin.

Pertama kali diterbitkan dalam komik Captain Marvel siri 14 bulan ogos 2013. Kamala Khan adalah watak superhero muslim yang paling terkenal dari kalangan adiwira muslim dalam Marvel. Kenapa? Ini kerana sebelum ini watak Kamala Khan hanya memegang watak sampingan sahaja dalam marvel universe, tetapi kini watak Kamala Khan diberi peranan yang lebih besar termasuk penampilan dalam siri buku komiknya sambil penerbitan siri animasi sendiri yang diterbitkan oleh Disney Plus. Kamala Khan mendapat gelaran Miss Marvel kerana Kamala Khan adalah satu-satunya superhero (adiwira) muslim Marvel yang memiliki buku komik dan animasi solonya sendiri.

Mungkin ada yang menyangka Miss Marvel adalah persis Captain Marvel sekiranya anda hanya mendengar sahaja tanpa membaca komik atau menonton animasinya. Wataknya agak berbeza dengan Captain Marvel. Melalui wataknya, asal Kamala Khan dari Jersey City, New Jersey, Amerika, dia berbangsa Desi dan beragama Islam. Kuasanya berbeza dari Captain Marvel, Kamala Khan a.ka. Miss Marvel boleh mengubah bentuk badan atau ‘shapeshifting’ seperti tangannya boleh memanjang, buku limanya boleh membesar dan juga mempunyai kuasa ‘healing’ atau penyembuhan pada kadar yang cepat dan pantas.

Seperti saya kata tadi, perwatakkannya berbeza dengan Captain Marvel, Kamala Khan seorang yang comel dan lucu, Miss Marvel ini sesuai sekiranya dia digandingkan dengan Spiderman pasti anda akan terhibur nanti. Untuk makluman anda, watak Miss Marvel ini sebenarnya pernah berjuang bersama-sama Avengers dan kini Kamala Khan adalah salah seorang daripada ahli kumpulan ‘Champions’. Seterusnya Adiwira muslim Marvel ialah SORAYA KADER a.k.a The Dust. Nantikan ulasan tentang the Dust pada keluaran bahagian 2 Adiwira Muslim Marvel!