Wednesday, January 20, 2021

Adiwira Muslim Marvel (Bahagian 3) Josiah Bradley (al Hajj Saddiq) a.k.a Josiah X (Minister X)


HAI… bertemu kembali kita… Perkongsian kali ini pasti akan membuatkan anda terkejut. Ya, jika anda nak tahu sebenarnya terdapat 2 orang Captain Amerika. Pertama Steve Roger dan satu lagi yang pasti bukan Sam Wilson. Captain America yang kedua atau yang satu lagi sebenarnya adalah Isaiah Bradley, seorang adiwira muslim, ayah kepada watak Josiah Bradley dan juga seorang muslim, lelaki berkulit hitam yang beragama Islam. Bagaimana ia terjadi? Ceritanya begini…

Selepas Steve Rogers berjaya dalam ujian menjadi ‘super soldier’, pihak tentera Amerika ingin mencipta lagi seorang lagi ‘tentera hebat’. Oleh itu, seramai 300 sukarela orang dipilih menjalani program tersebut tetapi hanya seorang sahaja yang berjaya seperti Steve Roger iaitu Isaiah Bradley. Apa kaitan pula dengan Josiah Bradley, kenapa tajuk lain cerita lain? Haa… sebenarnya ada kaitan. Isaiah Bradley ayah Josiah. Secara keturunan Josiah mewarisi kekuatan ‘super soldier’.

Apabila kelahiran Josiah, dia secara semulajadi memiliki kuasa yang dimiliki oleh ayahnya dan turut menjadi ‘super soldier’. Oleh kerana kehebatannya, Josiah dihantar ke Afrika untuk mengetuai satu misi di sana. Sewaktu berada di Afrika, dia terpegun dengan kesucian agama Islam dan memeluk Islam di sana. Setelah memeluk Islam, Josiah menunaikan fardhu haji di Mekah. Sekembalinya ke Amerika Josiah telah menjawat jawatan Menteri Agama dan berjanji mempertahankan komuniti Islam dan bukan islam dari ancaman ‘super villains’. Oleh itu, Josiah Bradley turut di kenali dengan panggilan Josiah X. Amboi, macam Malcolm X pula.

Melalui sumber ini wajar juga ya, sekiranya Captain America itu diangkat wataknya sebagai muslim. Oklah, tamat sudah perkongsian ringkas kali ini. Bertemu lagi kita dalam bahagian seterusnya topik Adiwira Muslim Marvel kelak.